Saturday 1 August 2009

...DIAM---> salah ke?...




~Bismillah...



Waaahhh...byk nye org bercakap. Bergelak ketawa lagi. Waaahhh...hepinya mereka. Penuh gurau senda lagi. Waaahhh...riuh-rendahnya. Waaah... Eh, aku diam je. Aduh, sakitnya... kesunyian dlm kemeriahan. Hmmm... Tapi,ye ke sunyi?

Ish, ingat pesan mak...
"ada ketikanya, kita x perlu bersuara. Kita kena tengok je, pastu pikir."






Banyak bersuara, banyak salahnya
Penah jumpa x org yg suka melontarkan pendapat tanpa diminta? Byk sgt org mcm ni. Semua mende nk ulas. Dari hal politik, masuk kpd bencana alam, tempek sket pasal H1N1, terus kpd hal studi, kaitkan sket ngn cerita2 keluarga, selit2 pula ngn hal2 sendiri. Fuuuhhh... panjang berjela. Memangla ada fakta2 menarik + hujah2 yg bernas, tapi... x semua. Percayalah, lagi byk kita bersuara, lg byk salahnya.

--->
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)







Better diam
Dah tu, xkan nk diam je? Xde life ler... hoho... Islam tidak sebegitu. Islam ni lengkap, kan... Boleh je nk bercakap ke, berdebat ke, bg pendapat ke... Tapi, kena guna cara yg baik la. Cakap yg baik2 je. Boleh pikir sindri kot. Mana yg baik, mana yg x. Kalau agak2 mende yg kita nk ckp tu, boleh wat org sakit hati atau xde manfaat ape2, better diam je.


--->
"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)







Balas balik
Sbg seorang manusia normal, semestinya kita pernah bercakap ttg sesuatu yg membuatkan org lain terasa hati ke, sakit hati ke... Hidup umpama roda kan..., x tipu la... Kita pun mesti juga penah terasa hati ke, sakit ati ke dgn kata2 org lain. Camne rasa? sbg seorang yg normal, kita akan rasa macam nk balas balik je segala ape yg org tu ckp kt kita. Ye la, nk bela diri. Ape dia ingat dia tu betul sangat? Amboiiihhh... Tapi, adakalanya kita diam je, kan.... Kenapa kita diam ye? adakah krn kita merupakan pihak yg salah?adakah kerana kita tiada hujah utk membalas kata2 org itu? atau adakah krn kita maleh nk layan?



..."kalau kita melayan org yg tgh sedih menangis, x mustahil kita turut menangis sepertinya"...

..."kalau kita melayan org yg tgh 'emo' marahkan sesuatu, x mustahil kita turut berasa marah sepertinya"...

..."kalau kita melayan org yg bodoh bercakap, x mustahil kita turut jd bodoh sepertinya"...




--->
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)




Tapi...


Tak boleh diam
ade ketikanya kita x boleh diam--->kalau perkara yg kita diamkan tu, boleh mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri mahupun org lain.







Nikmat bersuara
(bg yg pernah mahupun masih lagi diberi nikmat olehNya untuk bersuara)
--->melontar bicara, melantun hujah, memberi pendapat, membuat ulasan. pastinya pernah, bukan?

Sememangnya manusia suka berbicara mengenai perkara2 yg terjadi di sekeliling. Itu fitrah.

tapi kan...

Dosa
~cakap pasal keburukan org lain (di belakangnya) walaupun benar---> mengumpat --->dosa...

~cakap pasal keburukan org lain (di hadapannya) walaupun benar ---> mengata --->dosa juge kalau dia sakit hati...

~cakap pasal keburukan org lain tapi tak benar ---> fitnah ---> memang berdosa...

~bercakap, tapi tak buat gitu pun (ckp x serupa bikin la )---> dosa ler...


--->
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kau kerjakan. (As-Saff 61;2~3)




Madah dari Hukama:

* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yg pendiam lebih baik dari orang bodoh yg banyak cakap.

* Menasihati orang yg bersalah, tidak salah. Yg salah memikirkan kesalahan orang...

* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yg sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.





nota kaki: ketika bertengkar dgn org, org tu ckp mcm2 tapi kita diam je. x bererti kita salah kan...

~lalala...
~terima kasih...
~sekian...