Thursday 12 August 2010

...corat-coret ramadan...

Hari ini 2 ramadan. Sudah seminggu lebih aku di tanah air. Bahang ramadan kian memuncak. Di sana sini, ada sahaja mereka-mereka yang mengingatkan tentang kelebihan bulan ramadan. salam ramadan, eid mubarak, ramadan kareem... antara ungkapan-ungkapan yang mudah dijumpai dalam masa lebih kurang 4 minggu lamanya. Sila percaya.

***

latar masa : sehari sebelum 1 ramadan
latar tempat : pasar pagi

Lukisan alam menterjemah peribadi

Menemani abangku yang sulung pergi ke pasar pagi. Mencari keperluan-keperluan dapur di rumah. Agak ramai bilangan manusia di situ. Barangkali mereka juga mahu mencari keperluan untuk menyambut ramadan---> fenomena biasa di tanah air. Segalanya mahu diselesaikan sebelum ramadan. Awatnya? bulan puasa, tak larat dah nak pi mana-mana. alahai... alasan klise kebanyakan orang kita.

di pasar pagi...

Langit gelap. Angin bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa. Kata sesetengah orang, angin sepoi-sepoi kurang ajar. Waaah... siapa yang kurang ajar tu? Buat awak yang mungkin terlebih belajar, angin tu bertiup atas arahan dan aturan Dia. Jadi, siapa yang kurang ajar dalam kes ini?

Langit makin gelap. Angin yang bertiup membawa awan-awan mendung yang berat dari arah Alor Setar menghampiri daerah Pendang ini. Ada tanda-tanda hujan akan turun. Sekilas lalu, dapat dilihat orang ramai yang berada di situ mula tergesa-gesa menyelesaikan urusan berjual-beli. Mahu cepat pulang sebelum hujan menyimbah bumi, mungkin.

Dan... hujan yang diramal turun mencurah-curah. Menyirami bumi Tuhan. Orang ramai sudah mula berlari-lari di pasar pagi. Urusan yang ada perlu diselesaikan cepat. Angin makin kuat menghembus. Di gerai sayuran, sekaki payung jatuh menyembah bumi.
" Haa... macam itulah kawan, saling tolong-menolong, " kata si pemilik gerai itu apabila melihat rakannya dari gerai sebelah mampir menghulurkan bantuan mengangkat payung yang jatuh tadi. Aku yang berada di situ senyum seorang diri sambil berlalu pergi. Mengekori abangku yang turut berlari-lari di dalam hujan menuju ke gerai lain. Aku? tetap berjalan seperti biasa. Malas mahu berlari Macho gitu.

Hamparan kotak-kotak yang dibentang menutupi lopak-lopak air telah basah dek air hujan. Orang ramai masih lagi berlari-lari di pasar pagi sambil mengelakkan kaki dari terpijak lopak-lopak air lecak itu. Penunggang-penunggang motosikal pula ramai yang tumpang berteduh di bawah payung si penjual pakaian.

Aku di gerai si penjual ayam mentah. Sambil menunggu abangku yang sedang berlari-lari ke arah gerai daging untuk mengambil daging yang telah dipesan tadi, mataku tertancap pada payung di gerai sebelah yang terbuai dek angin kuat dan terus tersungkur sujud ke bumi. Seketika, terdengar jeritan dari seorang kakak yang aku kira sebagai pemilik gerai itu. Sejurus, seorang anak muda dari gerai yang sama bertindak mengangkat payung yang jatuh tadi sambil mulutnya lantang melaungkan ungkapan yang cukup menarik perhatian aku. "buboh bagi lebih lagi hujan oooiiii..." katanya sambil tersengih-sengih memandang langit. Aku di sebelah mengetap bibir menahan rasa. Geram sebenarnya.

***

latar masa : 1 ramadan
latar tempat : bazar ramadan

Bazar ramadan kurang tumpuan

Petang 1 ramadan. Orang ramai yang mengunjungi bazar ini tidak seramai tahun-tahun lepas. Mengikut kata abangku yg baru sahaja pulang dari beberapa bazar ramadan di sekitar Alor Setar memberitahu bahawa hanya di bazar ramadan kawasan tumpuan di Alor Setar sahaja mendapat kunjungan orang ramai.

Sedikit hairan, tapi tidak pelik. Selalunya, pada 1 ramadan, bazar2 ramadan akan sesak dipenuhi pengunjung. Tetapi, 1 ramadan kali ini, sebaliknya yang terjadi. Mungkinkah ramai yang mahu berjimat berbelanja pada ramadan tahun ini? Mungkinkah ramai yang lebih menghayati ramadan tahun ini dengan tidak berbelanja berlebihan pada ramadan kali ini? Atau, ramai yang ketiadaan wang? Haha. Itu yang sebenarnya.

Keluhan demi keluhan oleh rakyat bisa didengari di mana-mana sahaja. Harga barang semakin meningkat. Dan kerajaan enak berbahasa. Katanya, subsidi yang perlu diturunkan [elak meneladani Greece]. Waaah... betapa berpandangan jauhnya. Gud2. I no comment okeh. Bagi yang bergaji bulanan, boleh lagi lah mahu hidup. Bagi yang hanya mengharapkan belanja hasil jualan padi sahaja misalnya, amatlah sukar sekali menghadapi fenomena 'harga barang naik, subsidi turun' ini. Iya. Sebagai orang yang tinggal di negeri jelapang padi, keluhan-keluhan si pesawah bagai sentiasa berlagu tanpa irama di telinga. Oh Malaysia ...~~~

***

latar masa : 2 ramadan
latar tempat : cyber cafe depan rumah

Aku menatap desktop di hadapan mata. Jari-jemariku laju menterjemah arahan akal yang lahir dari lintasan hati. Memuntahkan sedikit isi hati yang bermain-main minta dikemudi. Seminggu lebih aku di tanah air, pelbagai perkara yang terjadi. Oh manusia...~~~

***

terima kasih kepada yang membaca.
sila tepuk tangan bagi yang membaca sampai habis, sebab saya tulis dari mula.


notakaki : ...tika dikejar hambatan dunia, berlarilah hanya menuju Dia...




salam ramadan...