Sunday 19 December 2010

muhasabah





rabbighfirlii

warhamnii

wajburnii

warfa'nii

warzuqni

wahdini

wa'aafinii

wa'fu 'annii









Ya Allah, ampunilah daku

rahmatilah daku

kayakan daku

angkatlah darjatku

rezekikan daku

berilah aku hidayah

sihatkanlah daku

maafkanlah akan daku




~~~~~~~~~~pause~~~~~~~~~~~~




muhasabah, muhasabah, muhasabah.

Friday 17 December 2010

Fikir untuk mengundang hidayah.

Bismillahi arrahman arrahim...


Latar tempat : sekitar kawasan universiti
Latar masa : petang khamis, 16 Disember 2010



yamanashi university, tempat saya menuntut ilmu



Saya mendail kembali nombor yang tertera di skrin telefon saya. Ada satu misscall daripada seorang teman dari Ukrain. Ksenya namanya.

Melalui perbualan di telefon, kami bersetuju untuk berjumpa di satu tempat di sekitar universiti.

Tak lama menanti, Ksenya tampil dengan senyuman berseri-seri.

"Minta maaf, buat awak lama menunggu," dia menyapa saya. Mesra.

"Eh, tak apa, takdelah lama mana pun," saya berbahasa.


Hiasan magnet dan losyen tangan.
Petang itu, Ksenya menyerahkan kepada saya satu hiasan magnet dan sebotol losyen tangan.



hiasan magnet. kecil tapi penuh makna.





losyen tangan. tanda ingatan seorang teman.


"Minta maaf lagi, saya simpan benda-benda ini dah lama. Sejak bulan 5 lagi.Baru sekarang dapat bagi awak," Ksenya menerangkan.

"Yang hiasan magnet ini boleh lekat di peti ais, ada gambar muzium. Indah pemandangan di situ,saya pernah ke sana," tambahnya.

"Oo... muzium ke... macam mana nak baca tulisan dia ni?" tanya saya tersengih-sengih.

"Sebutannya 'yalta' ," beritahunya. Ringkas.

"Losyen ini pun untuk awak. Saya ingat lagi yang kulit awak akan cepat kering bila cuaca menyejuk," katanya sambil menyerahkan losyen yang dibawanya dari negaranya, Ukrain.

"Waaahh... terima kasih, ingat juga awak kat saya," balas saya. Terharu.

Fikiran saya terbang mengimbas kembali peristiwa ketika dia memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke negaranya untuk melawat ahli keluarganya yang sakit sekitar bulan 5 yang lalu.

"Jangan lupa bawakan saya ole-ole dari Ukrain ye," kata saya selamba.

"Okey,"balasnya.

Tak tersangka dia mengambil kata-kata saya sebagai suatu yang serius.
Dia belikan saya hiasan magnet itu sebagai ole-ole dari negaranya.
Barang yang kecil tapi amat menyentuh hati saya. Ditambah pula dengan losyen tangan yang dibelinya khas untuk saya.

"Terima kasih," kata saya.

"Saya pun ada ole-ole untuk awak, dari Malaysia. Tapi benda tu ada kat rumah saya, tak dapat nak bagi awak sekarang," tambah saya.

"Tak apa, nanti lepas-lepas ini, kita boleh jumpa lagi. Waktu itu, awak boleh bagi saya ole-ole dari Malaysia tu," balasnya lembut.

Saya tersengih lagi.

Lepas-lepas ini, jumpa lagi? Macam dating pula.
Haha.
Saya ketawa dalam hati.

Dari perbualan biasa kepada perihal agama.
Kami terus berbual-bual.

Macam-macam cerita yang kami bualkan, dari cerita tentang study, hinggalah kepada hal-hal agama dan kepercayaan.

"Awak mahu minum apa-apa tak? Boleh kita minum-minum sambil berbual," tanya nya. Prihatin.

"Eh, tak apa. Terima kasih. Saya berpuasa pada hari ini," balas saya.

Hari itu 10 Muharam, hari asyura. Terbayang seketika sebuah bahtera besar yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. bersama orang-orang mukmin yang mengikutinya yang diselamatkan selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

"Oh, awak berpuasa. Minum air pun tak boleh ke? Strictnya... ," tanya dia. Spontan.

"Mana ada strict. Ok je..." balas saya. Tersenyum.

"Kami orang muslim berpuasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari, lepas itu boleh makan dan minum seperti biasa," tambah saya.

"Ooo... kami orang Kristian pun berpuasa juga. Ada suatu tempoh masa itu, kami tak boleh makan daging dan telur. Tapi boleh je nak minum air," cerita dia.

"Waaahh... boleh minum air sewaktu berpuasa..." saya bersuara. Cuba melayan.

"Kenapa orang kristian berpuasa sebegitu, ya?" saya lontarkan persoalan.

Dengan semangatnya dia menjawab soalan saya.
Dia memberitahu, orang kristian berpuasa sebegitu untuk kebaikan tubuh badan.

Saya mengangguk memberi respon.

"Oo.. Orang kristian percayakan Jesus kan? Siapa dia yang sebenarnya ni? Ceritalah sedikit tentang Jesus... "

Spontan.
Saya menghantar soalan 'bahaya' kepada dia. Bahaya juga kepada akidah saya.

Astaghfirullah...
saya beristighfar dalam hati.

Mohon diampunkan dosa andai keterlaluan dalam perbualan.

Lantas, doa dipohon menujah petala langit.
Mohon diberi kekuatan untuk berbicara soal akidah dengan orang yang belum mempercayai kebenaran Allah.

Berfikir tanda mencari kebenaran.
Sejak saya mengenalinya tahun lepas, perbualan kami selalunya akan menjurus kepada soal agama.
Agak bahaya perbualan kami, kerana melibatkan soal akidah.

Tapi saya cuba berfikiran positif,
menafsirkan keadaan sebegitu sebagai suatu tarbiyyah untuk saya dalam menyampaikan islam kepada orang bukan islam.

"Saya respek orang muslim yang pakai tudung seperti kamu semua ini," katanya merujuk kepada saya dan rakan-rakan muslim lain yang bertudung.

Itu kata-katanya di tahun lepas.
Masih jelas terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-katanya itu.

"Bila saya tengok kamu-kamu yang bertudung, saya dapat nampak yang kamu sedang 'protect' agama kamu," tambahnya. Bernada jujur.


Dia seorang yang suka berfikir. Itu hemat saya.

Penjelasannya tentang Jesus dan asal-usul hukuman salib yang dikenakan kepada Jesus jelas memberi signal bahawa Ksenya yang berada di hadapan saya ini seorang yang suka mengkaji tentang agama.

Penerangannya tentang Jesus, amat panjang.

Saya mengangguk, memberi respon.

Perbualan kami pada petang itu berlarutan.

80% daripada perbualan kami petang itu adalah tentang agama.

Perhatian saya tertarik apabila dia bercerita mengenai suaminya yang tidak bertuhan.

"Saya ada presentation hari ini. Please pray for me, " pinta suaminya pada suatu hari.

"Eh, awak kan tak percayakan tuhan, kenapa minta saya doakan pula?" balas Ksenya. Sinis.

"Walaupun saya tak bertuhan, tapi saya dapat rasakan bahawa dengan memohon pertolongan daripada tuhan awak, saya akan beroleh kekuatan dan kebaikan dalam presentation saya nanti," jawab suaminya.




Ksenya bercerita.

Matanya dikecilkan sedikit.
Memberi signal kepada saya bahawa dia tidak puas hati dengan pendirian suaminya yang tidak teguh berprinsip.

Kalau tidak percayakan tuhan, tak payahla nak suruh orang lain doakan pula...

Begitu fikir Ksenya.

Saya terus setia mendengar.
Mengangguk sesekali menghantar respon.

Seketika, saya mendongak memandang langit.

Langit sudah mulai gelap.
Maghrib sudah hampir, teka saya.

Saya melihat sekilas skrin telefon, cuba mengetahui waktu.

Eh, sudah maghrib, bisik saya.
Sudah melewati beberapa minit selepas maghrib.
Ternyata saya terleka berbual.

Saya meminta diri mahu beransur.

"Nak saya belanja apa-apa makanan atau air ke, untuk awak bebuka?" tanya dia pabila mengetahui saya tidak membawa duit ketika itu.

Saya tergamam.
Terharu sebenarnya.

"Tak mengapa, terima kasih," jawab saya pendek.

"Oh, takpe ke? Okey," dia membalas. Akur.

Saya mengangguk mengiyakan.
Tersengih buat kesekian kalinya.


Fikir dan terus fikir.
Sebelum beredar, saya memberitahunya sesuatu.

"Saya suka berfikir dan saya suka orang yang suka berfikir," ringkas.

"Saya memang suka berfikir," jawabnya pendek.

Dia tersenyum.

"Lets think together,"
katanya bersemangat.
Tangannya diletakkan di bahu saya.
Ditepuk-tepuknya bahu saya.

Yes.
Cubaan saya untuk memprovok berjaya!

Senyum. ^^

Saya cuba mengajaknya berfikir.
Kerana hidayah Allah hanya akan datang kepada orang-orang yang berfikir dengan izinNya.

Saya tahu,
tak guna untuk saya berhujah bercerita kepadanya tentang islam segala.

Saya percaya,
tak guna saya memberitahunya apa yang saya tahu tanpa memberi apa yang dia perlu.

Dia punya pelbagai persoalan.

Jadi, dia perlukan jawapan.

Saya tahu saya tak punya semua jawapan untuk semua persolan dia.

Lalu saya cuba mengajaknya untuk berfikir.

Bercerita tentang islam kepadanya tanpa membawa dia kepada apa yang dia cari adalah suatu pembaziran masa dan tenaga.
Mungkin juga penganiayaan.


Lalu, dalam keadaan yang memerlukan saya bertindak spontan sebegitu,
saya cuba bercerita tentang peristiwa daripada Al-Quran dengan menggunakan teknik chunking.

Hasilnya?

Alhamdulillah.

Katanya, dia berminat dengan cerita saya tentang permulaan kejadian manusia di bumi.
Cerita itu saya petik dari surah Al-Baqarah [2: 30-36]

Katanya, dia tertarik apabila saya bercerita serba sedikit tentang kisah para nabi terdahulu.

"Nama nabi-nabi kita banyak yang serupa. Ada banyak persamaan rupanya antara kristian dan islam," katanya.

Saya tersenyum. Melayan.

Lakum deenukum waliyadeen
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Lafaz dari ayat ke-6 surah al-kafirun melintas di hati.
Saya cuba bertegas.

Agama kita takkan sama.
Saya memberitahu hati sendiri.

Tak lama, kami berbalas senyuman sambil mengaturkan pertemuan seterusnya.
Memberi peluang untuk saya menyerahkan ole-ole untuknya yang saya bawa dari Malaysia.

Ada hikmah apabila ole-ole untuknya tertinggal di rumah.

Dan senja itu,
saya menapak pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.




Allahu Allahu...
bantu aku untuk membantu agamaMu...

.
.
.
note : Ini cerita bukan rekaan. Moga ada sesuatu yang boleh kita ambil dari kisah ini. Terima kasih juga kepada yang membaca.

Thursday 16 December 2010

Tuhan Penyayang

.
.
.
okeh,
abaikan tajuk pada video utube tuh.

saja nak beritahu pada sesiapa yang terjenguk blog ni,
bahawa saya terkesan dengan lagu itu.
subhanallah...

okeh,
beransur...

(layankan aje...)
.
.
.





duhai insan yang mulia
ingatlah kepadaNYa
yang telah memberimu
nikmat di dunia

apakah engkau sedar
pemberianNya itu
penuh mengandung makna
tidak terkira

andainya kau mengerti
bersyukurlah kau sayang
kerana hidup ini
sekelip mata

berubahlah semua
seperti kehendakNya
cuma amalan soleh
melindungimu

c/o

ingatlah rakan
ingatlah sayang
kudratnya Tuhan
Maha Segala

sucikanlah jiwamu
dengan amal dan takwa
tanpa rasa curiga
kepadaNya juga

Tuhan pengasih
Tuhan penyayang
pohonlah kepadaNya
sujud padaNya



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
iya.
hidayah milik Dia.

meniti tazkiyatun nafs,
perlu tegas dengan diri sendiri.

Wednesday 15 December 2010

takkan...



takkan tersahut,


sapaan angin lalu.





takkan tersambut,


hilaian tawa ombak.





takkan terbalas,


kiriman salam samudera.





takkan terlayan,


senyum manis rembulan.





takkan termengerti,


sepi yang bukan dicari.








...bilapercayadibalasdusta,jawapannyahanyaredha...

see things...





.
.
.
.
.
.
.


see things 


from a different 


perspective.


.
.
.



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, 


sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, 


telinga mereka dapat mendengar? 


Sebenarnya bukan mata itu yang buta,


 tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."


[Al-Hajj 22 : 46]












yes.
berhenti melihat dari sudut yang sama.
celikkan mata.
bukakan hati.

iya.
setiap yang terjadi ada hikmahnya,
ada ibrahnya,
bagi orang-orang yang berfikir.

kata kuncinya ialah berfikir.
jika tak nampak kebaikan dari sisi sini,
boleh jadi ada manfaat dari sisi sana.

***************************

note: foto itu saya ambil ketika sedang membuat jikken(eksperimen) di makmal universiti.
tak tersangka dalam bilik makmal usang itu, tertampal kertas yang mengandungi ayat berbahasa inggeris yang makes me thinking more about life... makasih jikken.

Tuesday 14 December 2010

yang bernama manusia

Kita yang bernama manusia,
sebaik-baik kejadian,
ianya ahsani taqwim.

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." [At-tin 95:4]

kita yang bernama manusia,
tidak dicipta semata-mata,
ianya bertujuan.

ah,
kamu tidak tahu itu?
atau barangkali kamu lupa.
atau mungkin saja kamu memang tahu dan ingat sentiasa.


tak mengapa,
izinkan saja aku bercerita.

kita yang bernama manusia...
iya.
aku, kau, dia, dan mereka.
diciptakan dengan dua tujuan.
tugas yang tergalas di atas setiap bahu kita.


pertamanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk beribadah kepada Dia.


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Az-Zariyat 51;56)


cuba renungi diri sendiri.
sedalam mana wujudnya rasa kehambaan...
solat, puasa, berakhlak, makan minum, pemakaian...
sejauh mana diri kita,
menjadi cermin kepada rasa kehambaan yang ada dalam jiwa.
jiwa yang penuh rasa kehambaan akan memancarkan sinar keimanan ke luar,
hingga bisa memberi tempias cahaya iman itu kepada orang sekeliling.


ataukah cermin kita yang berdebu?
hinggakan yang cantik, dibias menjadi jelek,
juga yang jelek, dibias menjadi cantik.

oh, jangan terus bernasib malang...


keduanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'... [al-baqarah 2:30]


cuba menyingkap hari semalam,
apakah ada usaha kita memakmurkan bumi dan isinya?
melunaskan tugas sebagai khalifah,
perlu bermain dengan manusia,
perlu berperang dengan masa,
mahu memberitahu sekalian alam,
bahawa Allah itu tiada setaraNya.


ataukah kita yang terdiam,
tak tahu cara melaksana?
tak mengapa.
cari sahaja teman yang bercahaya.
teman yang mengajak kepada Dia,
itu yang menyelamat kita.
teman sebegitu membantu kita di dunia,
agar tersenyum di hujung Sana.
sila percaya.




oh, cahaya itu ada.terus saja berlari ke Sana. -[sumberfoto: deviantart]

memeluk erat kitab mulia,
mencari lambaian kesejahteraan ummah.
memaut erat dahan tarbiyyah,
menyahut seruan menuju ruang selamat.




pelajari al-quran semahunya -[sumberfoto: deviantart]



langkah ini belum ternoktah.


Ramai sekali yang mengetahuinya,
tetapi bukan sedikit yang cuba menidakkannya.
Eh, bukan.
Bukan menidakkan, cuma tak mahu melunaskannya.
Ah, hentikan saja permainan bahasa.
Alasan selalunya bertopengkan bahasa.


kita yang bernama manusia,
takkan pernah berhenti meminta,
sedang Dia tak jemu memberi.


kita yang bernama manusia,
jarang sekali meluahkan syukur,
sedang nikmatNya tetap tertabur.

ini cerita kita semua,
aku, kau, dia, dan mereka,
kita yang bernama manusia.

Monday 13 December 2010

mencari diri

Mencari diri.

Tak perlu melangkah jauh ke hadapan.
Tak perlu juga mengundur setapak ke belakang.

Hanya berdiri di tempat kaki berpijak.
Cuba sahaja menghadam realiti.
Kerna segala yang telah terjadi, itulah yang terbaik.
Terima sahaja apa yang telah berlaku.
Buruk baik di mata kita, kebenaran ada pada Dia.

Saatnya pena diangkat...
dan...
Tikanya lembaran mengering...




"... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [al-baqarah 2:216]


ayat itu...
selalunya menyejuk jiwa,
melapangkan dada,
memujuk rasa.

ayat itu juga...
adakalanya menyakitkan.

iya.
amat sakit untuk diterima.
amat sakit untuk dialirkan ke seluruh urat nadi,
cuba menyemai benih-benih rasa kehambaan di dalam diri.
agar ia bercambah menjadi suatu tanda penyerahan mutlak.

susah.
ianya sukar.

tak mudah.
ianya bukan senang.

mujahadah untuk pengukuhan jiwa.

mencari diri.
perlu bukakan hati.
jangan tutup,
agar ianya tidak terkunci.

mencari diri.
perlu melapangkan dada.
jangan menyempit,
agar ianya tidak terbalik.

mencari diri.
perlu berdoa.
mohon kekuatan dari Dia.

Dia tidak pernah zalim.
Dia tidak menzalimi.
Dia tidak akan zalim.

mencari diri.
perlu percaya.
Dia yang mengatur segala.

Allahu Allahu...
Engkau dengar kan?