Friday 28 October 2011

Sepuluh Minit

Bismillahi arrahman arrahim

0018

Ini cubaan saya untuk menulis secara spontan.

Dalam masa sepuluh minit, sebanyak mana, sekualiti mana yang bakal terhasil.

0019

Hidup ini luas sangat. Tapi manusia suka benar menyempitkannya, mengikut perspektif dunia. Ianya fana.

0020

Andai nanti tiada syurga mahupun neraka, apakah usaha dakwah dan tarbiyyah ini, masih tetap diteruskan, semata-mata demi CINTA kita kepada Dia?

0021

Sulit benar kehidupan ini. Sulit lagi penghadaman terhadap nilai sketsa-sketsa di pentas dunia.

0022

Oh... mata saya asyik-asyik duk mengerling kepada jam di desktop. Macam huru-hara nak menulihnya. Haih~

0023

Mana taknya, tiap seminit, duk jeling kat jam tu. Masa bergerak pantas. Makin terasa. Oh, ianya pergi jauh meninggalkan kita.

0024

Masa makin bergerak. Ada kurang lebih 4 minit lagi untuk menggenapkan ke minit yang ke-sepuluh.

0025

Makin hampir kepada minit itu. Mungkinkah ini ayat terakhir saya di sini? Tulisan yang bakal mempersoalkan saya di akhirat Sana. Oh... setiap tulisan kita pasti akan dipertanggungjawabkan.

0026

Lagi dua minit. Tiada sebarang edit-mengedit pada isi. Cuma pada typo yang terwujud sahaja.
Andai ini yang terakhir, moga adalah hitungan yang penuh keuntungan.

0027

Lagi seminit. Saya sayang pembaca tulisan saya. Tak kira siapa kalian. Pembaca di mukabuku, laman kicau, laman belog.

0028

Ok bai.
Salam.
Moga Allah chenta sama kalian.
.
.
.

noted : Post di atas ini telah ditulis dalam masa sepuluh minit. Tolong percaya. Okeh tipu. Boleh lah kira plus minus sepuluh minit. Hoh~ Sengaja mahu test tulisan sendiri. Merapu-rapu. Aiseh. Masa kian berlalu. 


noted lagi : Sudah jam 0030. Oh, sudah hari jumaat. Selamat datang hari kegemaran saya. Saya akan bergembira dengan kehadiran hari jumaat. 


noted lagi lagi : Jangan lupa al-kahfi.


Saturday 22 October 2011

Jiwa Luruh



Rasa itu seakan kabur. Dedaunan keemasan itu mengering akur. Ia luruh melayangkan syukur, semoga. 



Aku 
merindui 
kita 
yang 
dahulu

Mungkinkah
masa
yang 
menjarakkan?

Atau
khilaf
sebagai
manusia
berperasaan?

Walau
apapun
alasannya
moga 
rasa
itu
akan
kembali
menyapa

Walau
seketika
cuma


-gja-
0135am
20111022
raudhatusssyakirin


#ireallymeanit

Wednesday 19 October 2011

You put your arms around me

 


Nah.

Buat sesiapa yang sentiasa menghulurkan tangannya buat saya.

Lagu ini untuk kamu, kamu, dan kamu.

Iya.

Kalian lah.


.
.
.

Saya juga mahu sentiasa menghulurkan tangan buat sesiapa yang memerlukan huluran tangan saya.

Walau sesukar mana pun ia.

Huluran tangan saya pernah ditepis, ditolak, diabai.

Mungkin tangan saya masih tak cukup kuat barangkali.

T___T

.
.
.
Doakan agar saya takkan pernah berhenti daripada berusaha untuk menghulur tangan buat kalian.

Doakan juga agar saya takkan pernah berhenti daripada menyambut huluran tangan kalian.
.
.
.



Terima kasih kepada seorang teman yang mendedikasikan lagu ini kepada saya.


Sebenarnya saya yang perlu melakukan sebegitu.


#samasamakesyurga
 

Ke hadapan pengunjung dari Mesir

Salam wbt...

Ke hadapan pengunjung dari Mesir...
Moga dalam lindungan Allah hendaknya...

Kebelakangan ini, 
kerap benar bendera Mesir itu berkibar di ruangan feedjit saya tu. 

Teringin nak tahu, siapa kamu ?

Kamu tahu, saya amaaaaaat kepingin mahu menerjah ke bumi kinanah itu, 
 jadi, 
bendera Mesir yang berkibar di ruangan feedjit itu memang benar-benar menarik perhatian saya.

Ooooohhh~~~

Kamu tahu, awal tahun 2011 yang lalu, saya sudah pun punya rencana untuk ke sana.
Siap beli tiket segala.

Angan-angan memandang langit dari puncak Gunung Sinai usah dicerita.
Sampai termimpi-mimpi saya dibuatnya.

Mahu sekali saya menapaki bumi Si Musa dan Si Yusuf itu.

Teringin juga menyentuh air dari Laut Mediterranean.
Air yang juga menghantar ombak ke pantai di Palestin sana.
Ianya Gaza.

Tapi rencana Dia mengatasi segala.
Mesir berrevolusi menghantar impak dunia.

Segala rencana saya hanya tinggal rencana.
Saya terpaksa dalam rela.
Membatal hasrat untuk ke sana.
Pembatalan tiket terjadi akhirnya 

Tiada lagi rezeki untuk ke sana.
Mungkin di lain masa.
Dengan izin Dia, pastinya.


Kepada kamu  si pengunjung dari Mesir,
siapa kamu?

Tapi kalau tak mahu memunculkan diri, 
pun tak mengapalah... 

Nak wat guane kan...


Kepada pengunjung dari Mesir,
Kepada pengunjung yang bukan dari Mesir ,
iya kamu.
Doakanlah saya dapat menjejak kaki ke bumi itu, 
walau sedetik cuma.



#iniserius


.
.
.

Wahwah. Tetiba jadi warkah berlagu pilu. Kihkih~

Ataukah... feedjit saya tu tak berapa betul? 
Ataukah... feedjit saya itu pening-pening?

Tuesday 18 October 2011

Rindu pada yang tak pernah ketemu






Law Kaana Bainana.

Peminat setia tv Al-Hijrah pasti tahu tentang rancangan ini.

Video-video berkaitan sudah lama di'upload' hebat di tiubkamu.

Bukan sedikit yang share mengenai rancangan, juga video nya, di laman mukabuku.

Yang tak pernah tahu, atau ala-ala lupa, sila lah terjah pergi menjejaki.

Selawat dan salam ke atas baginda.
.
.
.
noted : Rasulullah SAW merindui manusia-manusia (baca : kita), yang tak pernah dijumpainya, beribu tahun dahulu lagi.


.
.
.
#takpernahkutatapwajahmu

Monday 17 October 2011

Terima kasih si pakcik eki


Pagi ini cuaca cerah. Secerah mentari pagi ini, saya berharap agar mood saya akan sebagus yang mungkin untuk melalui hari. Semalam, saya tiba di rumah ketika mentari sudah pun bersembunyi, lalu membiarkan sang rembulan keluar menampakkan diri. Biarpun sang rembulan itu cuma meminjam cahaya si mentari, namun si mentari masih bisa memberi ruang kepada sang rembulan untuk berbangga diri merasa dipuji, di malam hari.

Semalam, saya tiba di rumah dalam keadaan kepala berdenyut-denyut. Dahi berkerut menahan sakit. Saya sebenarnya baru sahaja pulang daripada berkaseh-sayang sesama chenta hati di satu ceruk tanah radiasi ini. Niat untuk menziarahi seorang teman yang kurang sihat, hingga menyebabkannya tidak mampu untuk menyertai kami berkaseh-sayang, terpaksa dibatalkan sahaja memandangkan kesakitan di kepala saya masih terasa menyucuk-nyucuk, walau sudah memakan ubat istimewa daripada incik doktor. Kifarah dosa mungkin. T____T

Teringat peristiwa di eki (stesen tren?) Hachioji. Di Jepun ini, untuk bergerak ke suatu tempat dengan tren, adalah mustahil untuk kita hanya menaiki sebuah tren semata-mata. Paling kurang kena tukar tren sebanyak sekali. Lagi murah bayaran tambang yang dimahukan, lagi banyak kena berlari tukar-tukar tren, selalunyalah. Di eki Hachioji, saya menanti ketibaan tren yang akan membawa saya pulang ke kampung halaman di tanah Yamanashi. Di eki, akibat tak tertahan kesakitan yang bermaharajalela, saya duduk memeluk lutut di atas tangga eki, sambil menundukkan kepala rapat ke lutut (alaaa... macam gaya orang baru putus chenta laaa...) Boleh bayang ke?  Orang ramai yang berpusu-pusu keluar masuk tren, berlarian naik turun tangga, diabaikan sahaja. Bukan tidak sedar ada mata yang memandang, bukan tidak terasa bersalah menyempitkan ruang di tangga, tapi kesakitan yang menggila mengatasi segala. Huuuu.... T_____T    Astaghfirullah...



Beginilah lebih kurang sibuk suasananya di kebanyakan eki di Jepang. [kredit]




Tak lama saya di situ, seorang pakcik eki (baca : petugas eki) datang menyapa. Mulanya saya menyangka bahawa saya akan dihalau pergi ditegur kerana mengganggu lalulintas di tangga itu. (noted : Hachioji adalah sebuah eki yang agak besar dan boleh dikira sibuk. Errr.... di Jepun ni, eki kecik pun selalu sesak je dengan manusia. hailarr...)

"Okyakusama (baca : cik customer), kamu ni tak sihat kah?" tanya si pakcik eki dengan wajah penuh risau.
(noted : okyakusama dikira sebagai  panggilan yang super tinggi lagi penuh hormat kepada seseorang)

"Eh? " Saya mempamerkan riak wajah terkejut.

"Kamu nak duduk di kerusi kah? Mari saya bantu kamu cari kerusi." Pakcik eki terus bertanyakan sama ada saya perlukan bantuan daripadanya ataupun tidak.

Langsung tak menyuarakan soal saya duduk di tempat yang tak sepatutnya hingga menggangu laluan orang ramai. (noted : Di Jepun, tak ada fenomena orang duduk lepak-lepak bersidai di tangga awam, seperti di tanah tumpah darah kita, Malaysia.)

Saya masih menayangkan wajah tergamam (baca :hairan).

"Tadi ada manusia yang beritahu pakcik, ada seorang manusia yang sedang duduk memeluk lutut di tangga, seakan dalam kesakitan yang amat. Dia risau. Jadi, dia minta pakcik datang tengok dan memberi bantuan sekiranya perlu." Panjang lebar si pakcik eki memberi penerangan kepada saya yang masih terkesima.

"Oooh... Eh takpe-takpe. Tren saya dah nak sampai dah ni pakcik. Sekejaaaaap je lagi." Saya mula bersuara normal.

"Tapi kalau kamu nak duduk di kerusi, marilah pakcik bawak kamu pergi ke kerusi. Di sebelah sana ada kerusi, di sebelah sinun pun ada kerusi. Kamu mahu kerusi yang mana?" Si pakcik eki terus menawarkan bantuan.

"Takpe... tren saya dah nak sampai (lebih kurang 15 minit lagi). " Kata saya sambil memberitahu jam berapa tren saya itu akan tiba.

"Ooo... haa okey-okey. Kalau begitu, tak mengapalah. Pakcik faham. Tapi kalau kamu nak duduk di kerusi,  pakcik boleh tolong kamu tau." Pakcik itu terus mengulangi ayat menawarkan bantuan kepada saya.

"Baiklah pakcik. Tapi saya duduk tunggu di sini sahajalah ye. Terima kasih pakcik. " Kata saya, cuba meyakinkan si pakcik bahawa saya benar-benar tak perlukan kerusi pada ketika itu. Tangga itu sudah mencukupi.

"Okey. Duduklah baik-baik di sini. Tren kamu dah nak sampai kan?" Tanya si pakcik.

"Aah dah nak sampai. Terima kasih pakcik." Jawab saya sambil cuba untuk tersenyum.

"Okey" Si pakcik mengalah.

Pakcik itu kemudiannya berlalu pergi meninggalkan saya, sambil bercakap sesuatu terhadap mikrofon di kolar baju (alaaa macam earfon wif mic yang biasa laa... yang kita selalu guna waktu drive ke, ape ke... handsfree gitu) sambil memandang ke arah saya. Mungkin sedang meng'updet' kejadian perbualannya dengan saya sebelum itu. Mungkin juga sedang memberitahu rakan setugasnya bahawa saya berada dalam keadaan yang bagus, takdelah sakit sangat sehingga perlukan bantuan nya. Kot lah...~

T___T

Tak terkata.

Saya sebenarnya waktu itu dah rasa bersalah sangat sebab salah sangka dengan kehadiran pakcik itu. Buruk sangka pulak tu. Si pakcik tak menyebut langsung perihal ketidakbolehan duduk di tangga, hingga mengganggu kelancaran laluan awam. Siap nak tolong lagi tu... Berulang kali si pakcik menawarkan bantuan.

Huuuuuuuuuuuuuuuuu... T____T

Terasa yang Allah nak tegur saya.

Terasa yang Allah nak ajar saya.

Bersangka baik.  Si pakcik tak marah pun saya. Kalau difikirkan dengan logik akal seorang manusia biasa, si pakcik itu boleh je nak marahkan saya yang duduk merata. Si pakcik ada kuasa dan hak untuk menegur kesalahan saya di eki itu. Tapi langsung tak marahnya.  Walau apa situasinya, sentiasalah bersangka baik dengan sesiapa pun. Pengajaran pertama.

Yang diulang-ulang hanyalah pertanyaan sama ada saya memerlukan bantuan ataupun tidak. Berkali-kali si pakcik menawarkan bantuan kepada saya yang sedang mengganggu kelancaran laluan awam. T__T Kita perlu menawarkan bantuan kita dengan penuh kesungguhan. Pengajaran kedua.

Walau apa situasinya, manusia lain adalah lebih utama berbanding diri kita. Saya tak sepatutnya duduk tersadai di tangga, hingga mengganggu kelancaran laluan orang ramai yang berlarian turun naik tangga itu. Mungkin saya telah menyukarkan pergerakan manusia lain yang sedang mengejar masa. Kalau tidak, masakan ramai sungguh manusia yang berlarian turun naik tangga itu. Iya, merea mengejar masa. Kalau nak duduk sangat, duduk aje lah di atas lantai yang ada, bukan di tempat laluan awam. Terasa saya mementingkan diri. Kita perlu sentiasa itsar (mengutamakan orang lain), walau bagaimanapun keadaan kita. Pengajaran ketiga.

Ada insan terpilih yang memberitahu si pakcik eki, yang saya kesakitan di tangga eki. Pakcik eki lantas diminta untuk pergi menjenguk kondisi saya sekiranya perlukan bantuan. Concern lah dengan keadaan orang lain. Kalau kita tak mampu, mintalah tolong orang lain pula untuk membantu orang yang kita mahu bantu itu. Pengajaran keempat.


Zaaaaaaaaaaaaaaaaassssss.

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssss.

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssss.


T___________T


Allah ni baeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek sangat.


Allah selalu menzahirkan CintaNya buat kita, dengan cara Dia. [kredit]


Allah telah menghantar si pakcik eki, untuk menegur dan mengajar saya tentang empat perkara tadi.


May Allah bless you, wahai si pakcik eki.
.
.
.

Tarbiyyah di mana-mana. Bergantung pada cara kita melihatnya. [Kredit]



#tarbiyyahdisetiaphelanafas


Itu kamu


Kamu lah yang telah memberitahuku tentang nikmat  syurga, suatu ketika dulu.  [kredit]


“Segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. Penghuni neraka lalu bertanya: ‘Bagaimana kalian bisa masuk ke syurga?”. Penghuni syurga menjawab: “Tidaklah kami masuk syurga kecuali dengan apa yang pernah kami pelajari dari kalian.” Mendengar jawapan itu penghuni neraka berkata: “Kami memang mengatakannya namun tidak melaksanakannya.” (HR Thabrani)
.
.
.
Okeh.

Moh kita capai tafsir Al-Quran,
tadabbur surah As-Saff 61: 2~3.

T________________T

Astaghfirullah al-azim.




noted : Baru try wajah baru blogspot. Amat koooooool~

Friday 14 October 2011

Berubah

Berubah.

Mudah ke untuk berubah?

Kebelakangan ini, kehidupan saya dihadirkan dengan manusia yang berubah serta-merta.

Ada yang berubah daripada segi penampilannya, daripada melepaskan berterbangan mahkota di atas kepala, kepada bertudung litup. Penuh sopan, lagi menusuk jiwa saya yang melihat.

Ada juga yang berubah daripada bertudung biasa-biasa kepada yang lebih teduh di pandangan mata. Pakaian juga sudah mula lebar-lebar, labuh lagi menyejuk mata.

Allahu...



Calon bidadari syurga. Yang dalam akan terpancar ke luar, meskipun yang luaran tak melambangkan yang dalaman. [kredit]


Ada juga yang berubah dari segi semangat terhadap dakwah dan tarbiyyah. Ini dapat dilihat jelas pada wajah, tutur kata, juga tindak laku adik-adik yang baru sahaja menjalani program ketika cuti musim panas yang lalu, juga rentetan daripada pelbagai program santai tapi penuh ruhi seperti rehlah di hujung minggu serta penglibatan di Ageo World Fair (sejenis program seperti ekspo yang melibatkan 30++ buah negara yang turut serta) yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Semangat yang menjulang ke angkasa sehingga menggerunkan mata saya yang melihat.

Ada juga yang dahulunya sekadar ikut-ikut orang sahaja berada atas medan ini, kepada keseriusan yang benar-benar serius. Hampir setiap masa yang ada digunakan untuk dakwah. Segala kejadian yang berlaku dalam hidup diterjemahkannya sebagai tarbiyah.

Subhanallah...

Ada lagi. Tak tersenarai di sini.

Berubah.

Segalanya berubah. Terkedip-kedip mata saya menyaksikan semua ini di hadapan mata.

Tak tersangka, teman yang dahulunya ber'huha'-'huha' tak kena masa, kini lantang bersuara di pentas dakwah.

Tak terjangka, adik yang dahulu berwajah innocent asyik ternganga, kini butir bicaranya terkandung hikmah.

Tak termimpi, teman yang dahulu berkeras suara tak mahu menyertai sebarang program tarbiyyah, kini seakan sendu memohon kekuatan untuk turut berlari memecahkan dinding yang dibina sendiri.


(Minta maaf kalian, mungkin saya yang underestimate T______T)

Allahu akbar.

Dia lah yang memegang hati-hati ini. Hati saya juga.

Moga hati-hati ini takkan terpaling lagi ke belakang selepas tersentuh oleh cahaya Ilahi.

Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur berhadapan dengan semua ini.

Kagum dengan jiwa-jiwa terpilih ini, yang mahu berubah kepada yang lebih baik. Graf semangat mereka sedang menjulang naik. (noted : Detakan jantung yang seirama sepanjang masa itu mengundang futur. Awas wahai daie.)

Bersyukur dengan rahmat Allah buat jiwa-jiwa ini. Allah masih sayangkan mereka. Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menghadap secara serius kepadaNya.

Risau dengan perubahan yang tiba-tiba. Sungguh, saya risau. Apabila kita terlalu drastik dalam berubah, tak mustahil hati kta juga akan cepat berpaling kembali kepada diri (baca : jahiliyah) kita yang dahulu.

Iya.
Iman - Yazid wa yankus. Naik dan turun tak kira masa. Iman seseorang boleh naik dan turun sesuka hati. Tak siapa pun yang mahu imannya turun menyembah bumi. Tapi rencana Dia, siapa yang tahu? Sesekali Dia menurunkan graf keimanan kita, untuk memanggil kita yang seakan jauh itu , untuk menghadap kepadaNya.

Saya amat mengharapkan agar jiwa-jiwa yang berubah ini, untuk terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan. Harapan pada diri sendiri juga, untuk terus tsabat atas jalan yang dipilih.

Ada seorang teman yang bercerita kepada saya, perihal dirinya yang mahu berubah. Katanya, dia tak terasa hidupnya terisi selama ini. Terasa kosong. Katanya lagi, dia berasa mahu sekali mengikut jejak langkah teman-teman yang lain yang terlebih dahulu melakukan perubahan dalam merapatkan diri dengan Rabb. (noted : Bukan sedikit orang yang terkejut dengan perubahan teman-teman sendiri. Lebih obvious kepada perempuan, kerana lebih menyerlah dari segi penampilan yang lebih ketara di pandangan mata. Saiz tudung, kelabuhan pakaian etc.)



Berubah? Inilah masanya. [kredit]



Perlahan-lahanlah dalam melakukan perubahan. Itu pesan saya yang tak sebaik mana.

Carilah teman untuk berada di sisi. Itu nasihat saya yang kerdil ini.

Bukan sebarang teman, tapi teman yang kita percaya mampu (baca : mahu) membantu kita dalam kembara kembali kepada Pencipta. Kerana dalam keadaan sebegini, kita akan lebih cenderung untuk terjatuh menyembah bumi. Dalam keadaan sebegini, hati masih berbelah bahagi, kaki masih tak kuat berdiri. Teman yang berada di sisi itulah yang akan membantu kita untuk bangkit kembali andai terjatuh. Si teman itu jugalah yang akan memapah kita untuk terus melangkah menuju Dia.

Percayalah, pada situasi sebegini, kita berkeadaan lemah. Goyah.

Pabila seseorang manusia itu mula serius dalam kembara mencari Tuhan, si syaitan dan kuncu-kuncunya akan benar-benar serius dan lebih bersungguh dalam mengendalikan kita.

Perlu sangat untuk mohon bantuan Allah.

Oh... i really mean it.

Bukan tiada manusia yang saya kenali, yang seakan mahu lari dari medan ini. Tak larat katanya. Sayu.

Bukan sedikit manusia yang saya kenali, yang berpaling daripada cahaya yang sudah di hadapan mata. Sebak.

Mengalir air mata melihat teman yang dahulunya bertudung litup, kini mem'bebas'kan mahkota, seakan bangga (?). Terasa teruknya diri ini, yang tak mampu membantu si teman itu untuk kembali bersungguh menuju Dia. Iya, teman yang baik itu adalah yang mampu berkata benar terhadap kita. Bukannya yang membenarkan segala kata-kata kita. Tak mampunya saya untuk menjadi teman yang baik. (noted : Sehingga saat saya menulis ini, teman itu masih bertudung litup ketika berhadapan dengan saya. Saya hanya pernah melihat foto 'bebas' nya sahaja. Sedangkan di hadapan teman-teman yang lain, si dia telah pun dengan beraninya menayang mahkota di kepala. Tak tahulah mengapa, di mana silapnya. Allahu... mari doakan dia.)


Sungguh, hati manusia itu, Dia yang pegang.

Moga Allah pegang hati kita kuat-kuat.

Moga keinginan kita untuk berubah kepada kebaikan itu, benar-benar direalisasikan kepada perbuatan, juga diiringi doa yang laju menerjah ke langit.

Mari, kita ulang-ulang doa ini :




[kredit]

Maksudnya :


(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi=Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.




Sedihnya andai kita menghentikan larian kita seketika, hanya kerana keletihan di tengah jalan, sedang garisan penamat sudah hampir tiba, cuma tak kelihatan di mata.

Berubah itu bukanlah mudah. Kuncinya adalah mujahadah.

Keletihan bermujahadah berpunca daripada titik mula yang goyah. [Jzkk kepada yang memberitahu ini]




Menuju ke puncak, bukanlah mudah. [kredit]




Sama-sama berlari menuju Dia.

Sama-sama melangkah ke syurga Dia.

Jom???????