Monday, 17 May 2010

...senyap sorang-sorang...

Kadang-kadang saya senyap sorang-sorang.
Sedangkan pada waktu itu, orang lain sedang rancak bercerita.
Malas mahu bersuara.
Malas mahu mencelah di tengah keriuhan.

Ketika itu saya lebih suka menjadi pendengar.
Hanya memerhati.
Seronok juga sesekali menjadi pemerhati.

Mentafsir suasana.
Menghadam ibrah.
Apabila saya berkeadaan begitu, selalunya mereka-mereka yang lain akan bertanya,
"u okey ke?"
atau
"ada masalah ke?"
atau
"siapa yang buat u marah?"
atau
"u marah kat siapa?"
... oh~~~

Terima kasih kepada yang bertanya.
Itu tanda anda peduli.

Hairan juga saya.
Sesekali, berdiam diri...
pun dianggap memarahi orang?
Atau bad mood?
Aisehhh...
Kena bersuara juga la nampak gayanya.
Tidak mahu mewujudkan prasangka-prasangka yang saya sendiri tidak suka.
Jujur.
Saya tidak suka apabila orang melabel saya sedang marah walhal saya tidak beremosi apa-apa pun pada waktu itu.

Tapi saya tak salahkan siapa-siapa.
Susah nak baca perasaan orang.
Kita bukannya ada ilmu magik,
yang boleh baca perasaan orang dengan amat tepat.
Saya pun bukan lah pandai sangat membaca perasaan orang lain.
Saya tahu itu.
Jadi, tidak mustahil lah apabila orang lain juga TERsalah membaca perasaan saya.
Tidak mengapa.
Manusia kan...
Memang begitu...

Sudah namanya manusia.
Tersalah anggap.
Tersilap percaturan.
Tersalah perhitungan.
Itu bukti kita manusia.
Membuatkan saya makin percaya.
Alam ini ada Pengatur.
Dia yang mengatur segala.
Peredaran bumi.
Gerhana bulan.
Luruhnya daun.
Kehadiran tsunami.
Lahirnya seorang bayi.
Matinya seekor semut.
Semua.
Banyak lagi.
Semua Dia tahu.
Manusia jahil.
Tak tahu apa-apa. melainkan diberitahu.
Siapa yang beritahu?
Tentulah Dia.
Yang mengetahui segala.
Guru, kitab, itu hanya perantara.
Dia yang memberitahu.
Pun mahu berlagak lagi?

Sudahlah.
Tidak mahu mendabik dada.
Seolah tahu segala.
Tak salah belajar.
Bukti kita mahu tahu.
Tak salah pura-pura bodoh di hadapan guru.
Walau kita sudah tahu.
Itu tanda kita hormat.
Adab berguru.
Mahu berilmu.

Bersuara.
Belum pasti didengar.
Menulis.
Belum pasti dibaca.



...contoh respon jasad hasil tafsiran akal terhadap arahan hati...

Bosan.
Itu kata hati.
Jemu.
Itu tafsiran akal.
Diam.
Itu respon jasad.

Terima kasih kepada yang membaca.
Ayat entah apa-apa.
Tak tersusun butir bicara.
Niat asal lain ceritanya.
Entah mengapa, ini jadinya.
Ketidakstabilan emosi.
Boleh jadi itu puncanya.
Lihat sahaja tajuk entri ini.
Lihat pula apa yang ditaip.
Lain benar tidak balas jari.
Hati berkata hitam.
Jari menaip putih.
Wahai akal!!!
Mungkinkah kau yang salah?
Tafsiran terbelau.
Habis kucar-kacir.

Cis!!!

Salah.
Semuanya salah.
Parah.
Otak perlu dikerah.
Biar semuanya terarah.
Tidaklah tak tentu arah.

Entahlah.
Dah mula rasa diri sedang merapu.
Jari-jemari percuma kurniaan Ilahi ini laju menaip,
butir-butir kata yang mungkin pada orang lain entah apa-apa.
Saya tidak kisah.
Sudah lama saya simpan.
Bukan bermaksud saya pendendam.
Itu bukti saya manusia normal.
Iya.
Seperti kalian.
Miliki perasaan.
Punya pemikiran.
Simpan sorang-sorang.
Susah, tahu?

...teratai biru...
3 Jamadilakhir 1431H


[sumber foto : Mr. google]

Sunday, 16 May 2010

...golden week gathering [gwg'10]... ~ after

Tatkala cuti minggu emas (1-3 Mei) baru-baru ini...

Alhamdulillah, Chiba-ken telah menjadi saksi berkumpulnya insan-insan yang terpilih untuk sebuah lagi program ilmu... [memang mencari emas lah kamu-kamu ini]

Iya. Para peserta datang dari seluruh Jepun.

Sekali fikir memang seperti tidak logik. Mana tidaknya, pada waktu cuti yang sememangnya dinanti-nantikan oleh sesiapa pun yang bergelar pelajar, wujud juga manusia-manusia yang sanggup berhabis duit membayar tambang untuk ke Chiba-ken---> sudahla hari-hari biasa pergi ke kelas, hari cuti pun nak belajar juga? aish~~~


Lagi pulak, melalui perjalanan yang jauh, dah sampai ke tempat program, kena belajar lagi... [dah namanya pun majlis ilmu]








Tapi, nasib baik lah program dijalankan secara santai-relaks-berisi. Jadi, tiadalah pressure sangat ---> rileks pun rileks, ilmu pun dapat, ukhwah pun terasa. Memang terbaik.

Bertemakan 'discover our self' , program dijalankan dalam suasana yang cukup santai.

Mengajak para peserta untuk sama-sama menyingkap proses kejadian manusia sambil menyelak-nyelak tafsir Al-Quran - ternyata sains membenarkan Al-Quran.










Terngiang-ngiang lagi suara-suara para peserta yang bersuara membuat kesimpulan daripada pengisian program~

Manusia terdiri daripada 2 unsur :
-roh
-tanah (jasad)

daripada 2 unsur itu, ada 3 komponen :
-akal
-hati
-jasad

setiap daripadanya memerlukan makanan :
akal---> ilmu
hati---> zikir, baca Al-Quran, tadabbur alam, dll...
jasad---> makanan dan minuman

daripada 3 komponen ini, yang PALING berkuasa ialah HATI.

ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
[hadith riwayat Bukhari dan Muslim]








Apabila disentuh perihal hati, ramai yang terkesan. Sebab hati tak dapat menipu. Manusia memang begitu. Rata-rata manusia yang saya temui, apabila perihal hati ditimbulkan, ramai sekali yang berminat. Orang kampung saya kata, perihal heart-to-heart, memang terpahat. [apa kaitan?]


Apabila hati memilih A, maka darah akan mengalirkan maklumat ke otak sebagai arahan untuk menterjemahkan tindak balas yang lahir dalam bentuk tindakan fizikal.

Oh~

Hampir tersasar daripada topik asal. Asalnya mahu bercerita mengenai suasana program tempoh hari, ntah macam mana boleh tercerita pasal hati kat sini.

Okai.

Sebelum lebih tersimpang, saya berhenti setakat ini, untuk entri ini.

Terima kasih kepada yang membaca.

Doakan saya untuk menulis entri-entri yang lain
-ketiadaan internet di rumah baru menyukarkan diri untuk aktif berblog.

-sudah ada beberapa draf, tapi baru separuh jalan. Konpius mahu habiskan yang mana dahulu.

Abaikan alasan-alasan di atas. Terima kasih kepada yang bertanya.

Sekian~~~

[sumber foto---> fesbuk kak eni] ... jzkk~~~

notakaki : ...yang mencari pasti akan menemui, andai itu janji Ilahi...