Showing posts with label warkah. Show all posts
Showing posts with label warkah. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

Surat ke?


Salam.

Ke hadapan umat manusia di akhir zaman
Mari kita menuju Tuhan
Tengok kiri toleh kanan
Umat tenat dalam kelemasan

Betapa banyak jiwa yang melaungkan
Tarbiyyah itu jalan penyelesaian
Tapi masih malas dan suka beralasan
Hal sendiri masih diutamakan

Perihal Tarbiyyah di senarai kemudian
Cerita Dakwah di hujung kepedulian
Lupa agaknya di Sana bakal dipersoalkan
Apa pula jawapan berhujah dengan Tuhan?


***

Dalam surat, ada Cinta. Barulah bunga-bunga jadinya jiwa. [kredit]

Buat penyeri hati tatkala membaca bacaan ini, ayuh saya selitkan secebis peringatan daripada seseorang (baca : sumber asal tak dapat dikenal pasti), melalui emel yang menghubung perkhabaran. 

Jemput baca bagi yang teruja...^^



***



Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, 
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. 
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah 
sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting' yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, 
yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut 

sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, 

mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. 
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa 

tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, 

yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, 

kerja nak beri alasan ini dan itu. 
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. 

Islam akan tetap berjaya. 
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. 
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. 
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. 

Berbahagialah seadanya.





 ***

Salam sayang dari perantauan
Doakan saya dan kami, akhwat di Bumi Tsunami
Berhempas pulas mencari bekalan
Buat berbakti di tanah sendiri


----

1) Ini draf yang entah bila sudah ada. Baru kini mampu saya klik butang 'Publish'. Moga teruja. 

2) Alhamdulillah, sudah selesai episod kehuru-haraan dengan perihal tesis dan presentation paper. Tak sangka pula sensei terima tesis saya tu. Banyak kisah yang ada di sebalik semua tu, berair mata menyiapkannya. Dengan aksi berani-berani takut stay-back di lab seorang diri demi menyudahkan tesis segala. Memang nak sangat bercerita di sini. Doakan ya?

Sunday, 29 January 2012

Saya dapat surat chenta



Saya dapat surat chenta~~~












Tiada kata mengungkap rasa.

Moga Allah chenta sama kamu, melebihi yang aku chenta.

-Gjada-

[6 Rabiul Awal 1433H]
















Wednesday, 19 October 2011

Ke hadapan pengunjung dari Mesir

Salam wbt...

Ke hadapan pengunjung dari Mesir...
Moga dalam lindungan Allah hendaknya...

Kebelakangan ini, 
kerap benar bendera Mesir itu berkibar di ruangan feedjit saya tu. 

Teringin nak tahu, siapa kamu ?

Kamu tahu, saya amaaaaaat kepingin mahu menerjah ke bumi kinanah itu, 
 jadi, 
bendera Mesir yang berkibar di ruangan feedjit itu memang benar-benar menarik perhatian saya.

Ooooohhh~~~

Kamu tahu, awal tahun 2011 yang lalu, saya sudah pun punya rencana untuk ke sana.
Siap beli tiket segala.

Angan-angan memandang langit dari puncak Gunung Sinai usah dicerita.
Sampai termimpi-mimpi saya dibuatnya.

Mahu sekali saya menapaki bumi Si Musa dan Si Yusuf itu.

Teringin juga menyentuh air dari Laut Mediterranean.
Air yang juga menghantar ombak ke pantai di Palestin sana.
Ianya Gaza.

Tapi rencana Dia mengatasi segala.
Mesir berrevolusi menghantar impak dunia.

Segala rencana saya hanya tinggal rencana.
Saya terpaksa dalam rela.
Membatal hasrat untuk ke sana.
Pembatalan tiket terjadi akhirnya 

Tiada lagi rezeki untuk ke sana.
Mungkin di lain masa.
Dengan izin Dia, pastinya.


Kepada kamu  si pengunjung dari Mesir,
siapa kamu?

Tapi kalau tak mahu memunculkan diri, 
pun tak mengapalah... 

Nak wat guane kan...


Kepada pengunjung dari Mesir,
Kepada pengunjung yang bukan dari Mesir ,
iya kamu.
Doakanlah saya dapat menjejak kaki ke bumi itu, 
walau sedetik cuma.



#iniserius


.
.
.

Wahwah. Tetiba jadi warkah berlagu pilu. Kihkih~

Ataukah... feedjit saya tu tak berapa betul? 
Ataukah... feedjit saya itu pening-pening?

Friday, 19 August 2011

Warkah buat adik

Seteguh langit tiangnya tiada, ku titipkan warkah buatmu adinda.

Adik,

Angkat wajahmu,
pandang ke hadapan.
Nun di sana ada sinar menanti.

Adik,

Toleh juga ke belakang, sesekali.
Biar sepahit mana kisah itu.
Biar sesakit mana kenangan dulu.
Hari-hari yang lalu itulah yang mencorak kamu,
menjadi kamu yang hari ini.

Adik,

Hidup ini tak semudah yang kita sangka.
Selalu bermain dengan apa yang tak diduga.
Siapkan dirimu.
Sediakan hatimu, lebih.
Qadar Allah itu sentiasa menduga jiwa, iman pastinya.

Adik,

Aku juga masih bertatih, sebenarnya.
Mahu untuk tetap berlari mencari cahaya.
Terus melaju menuju Dia.

Adik,

Aku tiada kata, sebenarnya.
Andai bisa diguna segala peribahasa dunia,
mahu sekali aku muntahkan bahasanya.
Agar kau bisa menghadam,
juadah kehidupan yang tak selalu manis bergula.

Adik,

Biar masa yang bercerita,
kisah cinta segala petala.
.
.
.
salam melangkau segala benua,
kakakmu.