Showing posts with label tak tumbuh tak melata. Show all posts
Showing posts with label tak tumbuh tak melata. Show all posts

Monday, 9 December 2013

Salahkah aku?

Salahkah aku mahu menjadi baik?

Salahkah aku yang cuba menjadi solehah?

Kau umpama menidakkan kemanusiaan aku,
pabila mengharapkan aku untuk terus sempurna tanpa cela.

Aku juga manusia,
jangan lupa itu.

Salahkah aku cuba mengenal Tuhan?

Salahkah aku yang cuba merangkak keluar dari gelita,
cuba mengejar cahaya yang aku percaya ada?

Kau tak pernah cuba tahu,
bagaimana kegelapan itu menghantui aku.

Salahkah aku berbuat salah?

Kau umpama menafikan kemanusiaan aku,
pabila tersenyum akan kesalahan aku.

Tegurlah aku,
andai aku tersalah laku.

Nasihati aku,
andai aku terlajak kata.

Salahkah aku yang cuba berpakaian labuh dan longgar?

Salahkah aku yang cuba meraikan rasa malu pemberian Tuhan?

Salahkah aku yang cuba berasa izzah dengan kemuliaan yang dijanjikan Tuhan buat wanita yang memelihara dirinya?

Menjadi wanita di zaman ini,
tak pernah aku rasa mudah.

Salahkah aku cuba menjaga diri?

'Orang Baik' yang kau labelkan padaku,
tak pernah menjadi syarat untuk aku tetap berbuat perkara yang betul setiap masa.

Aku juga manusia,
jangan lupa itu.

Apa kau fikir,
wanita berpakaian labuh dan longgar itu sudah pasti ahli Syurga?
Sehinggakan kau berasa jelek akan kesalahan yang diperbuatnya.

"Takkanlah ahli Syurga duk buat perangai pelik yang tak elok gitu?"

Seumpama terngiang-ngiang suara kau menjerit sebegitu.

Wahai teman...

Khabarkan pada aku,
andai aku tersalah.

Jangan hakimi aku,
jangan pernah kau cuba menilai aku.

Kau tak pernah berjalan dengan kasutku,
mana mungkin kau faham kesakitan yang aku rasa sepanjang perjalanan hidupku.

Kalaupun kau pernah menyarung kasutku,
kau takkan pernah mengerti wahai teman.

Kerana gerak langkah kaki kita berbeza.

Ia takkan pernah sama.

Aku juga manusia.
Jangan lupa itu.

---

Nota Alas : Lalu aku memilih untuk menulis, kerana aku tahu kau akan baca.

Nota Tapak : Maafkan aku, kerna aku lahir berpakejkan sifat-tak-pernah-sempurna.


---

Tuhan,
jadikan aku manusia berhikmah.

Di saat maruah perempuan seolah di tapak kaki,
jadikan aku bidadari.




Saturday, 14 September 2013

Tenaga yang berpindah

Seperti yang dipelajari dalam kelas fizik.

Tenaga tak dapat dicipta atau dimusnahkan. Cuma bisa dipindahkan.

Ooohh patutlah orang-orang yang sedang marah akan membentak-bentak, menjerit-jerit, mendengus-dengus... suara jadi makin tinggi... mata mencerlang bukan main... macam nak terkam orang...

Ooohhh...
Mereka sedang cuba menyalurkan 'tenaga kemarahan' kepada persekitaran.

Tenaga tak dapat dicipta atau dimusnahkan. Cuma bisa dilemahkan.

Sebab tu... nabi pesan... bila marah, yang berdiri wajarlah duduk, yang duduk usahakanlah untuk berbaring... tak cukup dengan tu, kena ambil wuduk lagi untuk meredakan rasa marah...

'Tenaga kemarahan' tu memang takleh hilang... cuma dapat dilemahkan... disalurkan kepada aura yang lebih baik... sebab yang memuncakkn tenaga kemarahan adalah syaitan dan para pengikutnya... kita lemahkan si geng syaitan dengan mengambil wuduk...

Cantik je islam ajar kita.

Tenaga tak boleh dicipta atau dihapuskan. Ianya akan berjangkit. Yang kita boleh buat hanyalah melemahkan tenaganya sahaja.

---




Nota : Ini petikan daripada post-post lama mukabuku saya. InsyaAllah, akan ada banyak lagi post mukabuku yang bakal diserap masuk ke sini. Sebagai usaha menyimpan post yang memberi kesan kepada diri. 

Nota lagi : Atau lebih jujur, persediaan kepada penyahaktifan akaun mukabuku bila-bila masa. Mungkin. Ia seakan merimaskan. Masih ditimbangtara.



Jangan tanya kenapa.

Tuesday, 27 August 2013

Mesir : Ceritalah Lagi, plisss

Ramai yang bertanya,

"Bagaimana kami bisa membantu rakyat Mesir yang ditindas pemerintah sendiri secara terang-terangan?"

"Takkan doa je? Takkanlah infaq duit je? Mesti ada cara lain yang lebih praktikal? I mean, yang menggunakan jiwa raga dan tenaga kami ni?"

"Seriously rasa loser bila hanya mampu geleng kepala sambil istighfar je bila baca cerita pasal Mesir, Syria... Palestin jangan ceritalah, dari dulu lagi tak habis-habis. Kami sedih! Apa yang kami boleh buat?"

Dan tak kurang banyaknya kemunculan pengulas tanpa bayaran di laman mukabuku mahupun laman kicau yang turut rancak bercerita tentang isu-isu sebegini.

Iya, silakan bercerita. Maksud saya, ceritakan yang benar, toksah duk tokok tambah bagi sedap cerita.

At least, wujudkan 'spark' kepada perbualan sesama teman-teman. Laman mukabuku mahupun laman kicau, silakan aja. Kat sekolah ke, universiti ke, tempat kerja ke, dewan makan ke, tepi warung ke.... Tak kesahlah di mana, cubalah timbulkan sedikit cerita mengenai Mesir itu.

Contoh ayat ,

"Korang tahu tak, kenapa ramai orang duk tukar DP jadi simbol jari empat warna kuning?"

"Tadi... i ada scrolldown kat mukabuku, perrrgghhh banyak benor orang duk cerita pasal Mesir. U all tau tak kat Mesir tu kan, ...bla bla bla...."

Gitu~

Anda tak perlu tahu semua cerita dan berita tentang Mesir untuk melayakkan anda bercakap tentangnya. Cukuplah anda tahu siapa As-Sisi, apa yang telah berlaku pada Dr Musri, dan bagaimana keadaan rakyat Mesir ketika ini.

Pokok pangkalnya, kita mahu LEBIH RAAAAAAAAMAAAAAI manusia yang TAHU apa yang sedang berlaku di sana.

Mengapa?

Jawapannya mudah.

Supaya makin ramai yang celik mata!

Bukankah kita dan mereka di Mesir itu, sama-sama manusia?

Atas alasan kemanusiaan pun, kita takkan tergamak membiarkan mereka diperlakukan sedemikian rupa.

Apatah lagi buat kita yang mengucap syahadah yang sama seperti mereka di sana.

Khabarnya, kita dan mereka itu bersaudara. Mana mungkin seseorang saudara itu selamba je membiarkan saudaranya ditembak sesuka hati? Kat Malaysia yang kecoh dengan isu tembak-tembak seumpama dah jadi counter strike pun, kita dah menggelepar tak senang duduk. Opsss....

Kembali ke tema asal.

Berceritalah tentang Mesir kepada teman-teman anda. Seramai yang mungkin. Timbulkan spark je. The rest, suruhlah mereka google sendiri. Zaman kan dah maju. Budak kecik umur 3 tahun pun dah pandai guna internet. Takkan yang dah besor panjang tak reti cari info. Malu la bang. Internet Malaysia takdelah slow sangat. Kalau tak, takdelah budak 3 tahun cukup sabar menunggu video youtube untuk buffer kan?

Kenapa pula kita nak makin ramai yang celik mata?

Begini....

Ada sebuah rumah kondo setinggi 20tingkat.
Penghuninya hidup aman damai lagi harmoni tak terkata.
Tiba-tiba, ada manusia gila yang masuk ke sebuah rumah di tingkat 11, lalu menembak sesuka hati. Oh yaaa, si gila itu turut menghidupkan api lalu membakar rumah di tingkat 7.
Seorang penghuni di tingkat 12 nampak akan kejadian tembak itu, lalu terus update status mukabukunya mengkhabarkan pada rakan-raknnya yang turut menghuni di kondo yang sama.
Salah seorang penghuni lain kondo di tingkat 20, menyedari akan kewujudan kebakaran lalu menjerit 'Apiiii.... Apiiiii....'
Jeritannya didengari oleh seorang penghuni lain di tingkat 13, lalu dia terus menaip status mukabukunya melalu henset touch-screen yang sentiasa ada di tangannya itu. Lama-kelamaan, makin ramai yang menyedari kewujudan si gila yang suka tembak orang sesuka hati dan tindakan jahatnya yang segaja bakor rumah orang. Api yang sudah marak itu perlu dipadam, dan si gila itu patut ditangkap. Jika tidak, tak mustahil semua penghuni kondo itu mati ditembak. Plaing tidak pun, mati kehangusan dibakar api.
 


Okeh itu cerita rekaan.
Tapi logikanya begitulah lebih kurang.

Okai?

Maka berceritalah kepada sahabat handai, saudara mara, mahupun sesama pengunjung psar malam. Sebarkan cerita itu kepada ssesiapa sahaja.

Mana tahu, doa mereka yang Allah angkat ke langit. (pesan seorang teman saya di laman mukabuku)

Gitu.

Itu antara langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka yang ditindas di Mesir, dan negara-negara di sekitarnya itu.

Oh yaa....

"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di negerimu."

Ramai yang tahu, tapi rami juga yang buat-buat lupa.

"Kemenangan islam hanya akan dikecapi apabila majoriti manusia di mukabumi ini faham dan amalkan islam sebenar. Zaman yang so-called Ustaziyatul Alam."

Lalu ini kata-kata beliau, suatu masa dahulu. Beliau pernah menyelar pengumpulan angka-angka kosong dalam gerakkerja dakwah.

"Banyak surat telah sampai kepadaku , sama ada dari Morocco , Mesor , Jawa , Iraq dan negara kamu , Palestin . penulis penulisnya mencadangkan supaya diadakan mu'tamar Islam atau melantik seorang khalifah atau perkara perkara yang seumpama dengannya . namun , seperti biasa aku akan menjawab ; kita wajib memulakan usaha membina Islam ini dari bawah . kita wajib mentarbiyah individu " 
-Syakib Arsalan-

Habis cerita.

Nanti bebila rajin, i sambung membebel.

Bye.

---



1) Terkejut membaca perbualan dua orang teman di laman kicau yang saling bertanyakan kenapa ramai orang tukar DP jari 4 warna kuning. Kedua-duanya berbincang tapi tetap tak tahu kenapa. Saya nak gelak pun ada, google je la bro--- Aiseh.... kemudian, muncul seorang teman lain yang mencerahkan pemikiran mereka berdua. Lega...

2) Jom celik mata. Juga mencelikkan.


Tuesday, 23 July 2013

Pilih Kawan

Walau kita lain warna, saya pilih awak jadi kawan saya! [Kredit]



Kau tahu?
Kawan itu adalah pengaruh besar yang membawa kita ke Syurga,
atau ke neraka.

Percayalah,
dunia ini terlalu kejam dan zalim,
untuk membiarkan manusia yang baik-baik itu untuk sentiasa istiqomah berbuat baik..

Sebaik mana pun akhlak kau,
sebagus mana pun tilawah kau saban hari,
sekuat mana pun kau bangkit bertahajud saban malam,
kau tak boleh jamin tentang istiqomahnya engkau,
melakukan semua itu,
selagi mana kau tak berada dalam suasana yang mengajak kau kepada kebaikan.

Percayalah,
manusia itu fitrahnya mudah terpengaruh.
Fitrah imannya ada turun dan naik.

Antara sebab yang menjauhkan kau daripada Tuhan,
adalah pabila kau mula menjauh,
dari teman-teman yang baik dan membaikkan.
Juga pabila kau tutup pintu hati,
tak mahu dengar sebarang ajakan kebaikan.

Risau.
Risau sangat andai bukan kau sengaja tutup pintu hati,
tapi ia tertutup sendiri,
dek hitamnya hati diselaputi dosa.

Tak.
Takkan kau sedar akan kegelapan hati itu,
sebab kau dah biasa berkeadaan sebegitu.

Sadis kan?
Itu kenyataan yang kau dan aku tak mampu sanggah.

Kau tahu,
apa tanda hati yang hitam dek dosa?
Antara tanda yang mudah dikesan,
pabila kau tak lagi merasakan bahawa dosa itu dosa.

Kau tahu,
apa cara mudah untuk jadi baik?
Pilihlah kawan.
Carilah dan rapatilah kawan yang membuatkan kau teringat akan Tuhan,
tiap kali kau pandang wajahnya.

Kau tahu,
apa cara mudah untuk mengenali diri sendiri?
Perhatikan siapa kawanmu.

Bukan.
Bukan aku yang pesan.
Itu pesanan Rasul Junjungan.
Nabi Muhammad.
Yang kau dan aku bilang sayang.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, 
oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
Ia diriwayatkan oleh Abu Daud.

Lihat.
Buka mata.
Buka Hati.

Kawan kita akan mencerminkan siapa kita..

Sama ada berbau wangian harum,
atau berkongsi hapaknya besi.
Kau dan aku pilih sendiri.

---

Ramadhan sudah di fasa kedua.
Apa khabar kita?

Sudah terkapar tak larat,
atau berkejar menjadi Fastabiqul Khairat.

*Tanda Soal*




Sunday, 14 April 2013

Pendidikan Percuma


[Pendidikan Percuma]

Nota awal : Sedangkan nyawa, nikmat islam dan iman yang percuma pun dibuat-tak-kesah je, inikan pula...

--- 

Saya lebih nampak pendidikan percuma ini dapat bantu dari segi ekonomi pelajar SAHAJA. 

Ia memang tak boleh mengubah pelajar malas kepada rajin lagi hebat hanya kerana 'menghargai pendidikan percuma' (memang tak logik pun manusia berubah hanya kerana itu. ) 


Nota 1 : Ini bukan medan-silap-mata, 'TIIING~' tup tup jadi manusia rajin lagi berilmiah.

Kalau bab nak ubah pemikiran pelajar,
untuk fikir lebih matang,
yakni menjadikan pelajar itu menjadi lebih baik dalam bab pendidikan mahupun sahsiah,
yang perlu diusahakan ialah (antaranya) :

Sistem pendidikan di sekolah, bentuk program kokurikulum, jenis drama dan movie di televisyen, program masa lapang dsb. 

Nota 2 : Kita memanglah belajar subjek-subjek di sekolah, tapi percayalah yang kita juga belajar menjadi manusia melalui jenis rancangan televisyen, dan program masa lapang juga (tak keterlaluan kalau saya kata apa yang kita belajar di sekolah, tak digunakan sepenuhnya sewaktu alam bekerja dan berkeluarga).

My point is, persekitaran lah yang membentuk seseorang itu untuk fikir lebih kritis lagi matang, sekaligus meningkatkan jumlah manusia bermanfaat.

Kata Kunci : Bermanfaat

"Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia."
- Mustafa Sadiq ar-Rifai'e -
(seorang Fuqaha')

Kalau belajar tinggi-tinggi pun,
tapi bila bekerja masih fikir nak kaut untung ke dalam tekak dan perut sendiri,
akhlak entah ke mana,
sia-sia je lah.

Kalau belajar tak berapa nak tinggi pun,
tapi bila bekerja, 
dialah dengan penuh amanahnya membuat kerja sendiri bersunguh-sungguh,
sentiasa menyantuni manusia sekeliling dengan baik-baik,
oooh indahnya dunia!

Nota 3 : Belajar tinggi atau tidak, ada sijil atau tidak, itu hanya nilaian manusia. Manusia yang tentukan 'kedudukan dan keberjayaaan' seseorang manusia itu, melalui jenis aliran, jenis sekolah, jumlah sijil dsb. Sadis kan?


Kembali kepada topik asal, saya memandang pendidikan percuma dalam aspek ekonomi sahaja.



Pandangan picisan,
seorang student obesi,
yang dapat belas ihsan kerajaan untuk menerima biasiswa.



Nota akhir : Saya membesar dalam keluarga yang tidak mewah. Hakikatnya, duit biasiswa saya banyak digunakan untuk membantu keluarga di tanah air. 

---
Melihat dunia dari kacamata berbeza.

Tuesday, 22 January 2013

Ruginya Kita


Tersebutlah kisah termaktub sudah,
rugilah diri andai tak kenal Allah.

Terungkap kata bersilang bahasa,
rugilah diri yang berdiam duduknya.

Terselit rasa terungkai simpulan,
rugilah diri yang tak berpesan-pesan.

Tersebar luas rahsia berzaman,
Surah Al-Asr tiga ayat di Furqan.

---

Orang zaman la ni, tak suka kias-kias.

Istimewa buat anda-anda yang sebegitu...

Kita RUGI jika :

1) Setiap status atau paling kurang 80% daripada status mukabuku kita, mendapat banyak 'like' , tetapi status tersebut langsung tak membawa manusia kepada Allah.

2) Kita selalu bersembang sehingga ke hal peribadi dengan teman-teman Japanese kita, tapi mereka langsung tak menganggap kita ini sebagai 'pintu' untuk mengenal islam dengan lebih dekat.

3) Kita berasa geram dan meluap-luap marah dengan segala kekejaman Israel dan perilaku rejim Bashar Al-Assad, tapi hanya sekadar bising-bising di mukabuku.

4) Kita menganggap diri kita sudah berdakwah sakan, tapi bila ada yang menolak, sedihnya (baca : down) kita ibarat dihempap petala, seolah hidayah itu di tangan kita.

Kata kunci : Al-Asr, ayat satu hingga tiga.


---

Nota Emosi 1 : Kehuru-haraan makin menggila di luar sana.

Nota Emosi 2 : Tenang itu hanya ada dalam jiwa. Ingati Tuhan, itu syaratnya.

Nota Sensitif 1 : Kalau sudah salah, mengaku aja. Tak perlu menuding jari merata. Itu realiti dunia kita, memang dasar manusia.

Nota Sensitif 2 : Andai mahukan anak muda berfikiran di luar kotak, warga veteran perlu menyediakan kotak, bukan tempurung.



Orang muda. 
Fitrah darahnya mudah menggelegak.
Orang beriman.
Sabar itu sentiasa mendahului.


Monday, 21 January 2013

Random 11#

Daie itu sifatnya lelah.
Ubatnya hanyalah penyembuhan tarbiyah.

Tika berasa termengah-mengah,
maka bergeraklah mencari tarbiyah.

Bukan dari dalam rumah,
ia perlukan kaki kau untuk melangkah.

Bahasa mudah : Pemantapan mutabaah



Pemandangan dari suatu sudut jendela rumah.
Bakal merindui pemandangan dari jendela ini.
(Foto tiada kaitan. Maaf.)


Sunday, 23 December 2012

Hard Science untuk ummah?


Tajuk macam pelik.

Maaf, saya letih fikir nak letak tajuk apa, tulis, padam, tulis, padam. Jadi saya letak aje lah tajuk itu.
Kalau ada cadangan tajuk, bolehlah cadangkan kepada saya. (= 
#iniserius

Kebelakangan ini, saya kerap berfikir tentang perkara sebegini.

Mungkin sususan ayat berbeza, namun isunya tetap sama.

Pernah saya bangkitkan hal ini kepada cik hosmet beberapa kali.

"Saya risaulah, kalau-kalau kita ni ikut DnT, ikut usrah, daurah, hanya kerana nak isi masa lapang."

Iya, walaupun sudah beberapa tahun mengenal dunia misteri dakwah dan tarbiyyah (DnT), sesekali muncul juga persoalan sebegitu di benak fikiran.

Kenapa misteri?
Jawapannya mudah, ia kerana tidak sedikit bilangan manusia yang berubah beberapa darjah, setelah menerjah masuk ke dunia DnT ini. Yang berubah sikit-sikit 45darjah, 90darjah, memang ada. Yang berubah bertentangan sangat dengan diri yang asal sehingga 180darjah pun ada, yang 360darjah kembali kepada diri yang dahulu pun ada juga.

Almaklumlah di Jepun ni duk belajar pasal engine, otak pun tepu. Plus, tak ada persekitaran yang islamik, susah nak cakap Melayu(sebab tak ada sangat orang Melayu, kalau ada jumpa dalam sehari pun, dah teruja benar). Makanya, boleh jadi dengan menyertai usrah segala ni, boleh lah 'escape' kejap dari hal-hal yang menggunakan otak kiri ni. Hujung minggu je, pakat hilang turunTokyo.

Mula-mula, saja nak try-try belajar, usrah ni dijadikan medium untuk mendapatkan info-info tentang agama, belajar tadabbur sikit-sikit, sirah nabi ke...  lepas tu terpikat pula dengan 'imej' islam sebenar yang terserlah pada kebanyakan (jangan tanya kenapa saya tak guna perkataan 'kesemua ' instead of 'kebanyakan') pengisian yang ada. Lepas tu diperkenalkan dengan tugas dakwah yang membeban di bahu, lalu kita pun bergerak untuk men'setel'kan beban tu...

Risau.

Itulah konklusi kepada perasaan saya kebelakangan ini.

Baiklah to be honest, membaca beberapa artikel dan pendapat tentang perbandingan ilmu sains sosial dan sains tulen dalam episod membantu dan membaiki ummah, benar-benar mengerutkan dahi saya.

Hari itu, ada orang tanya saya(dan beberapa orang teman lain), 

"Perlu sangat ke kita belajar sains sosial hanya kerana untuk 'memenangkan islam'?" 

okey mungkin agak 'keras' bunyinya, mungkin boleh dimudahkan menjadi begini, 

"Hard science pun boleh je menyumbang kepada dakwah ni. Masih ada peranannya tersendiri."

Kejap

Nak tarik nafas.

Topik ini berstatus panas dan agak sensitif.

Pernah suatu ketika, seorang adik usrah saya berkata ketika sesi qodhoya,

"Bidang engineering ini tak mampu untuk merawat ummah."

Dan malam itu, sebagai respon kepada 'luahan perasaan' adik itu, adik-adik usrah saya yang lain bertungkus-lumus saling melontar pendapat tentang peranan-bidang-engineering-dalam-episod-menyelamatkan-ummah.

Saya? Waktu itu hanya mendiamkan diri menelan air liur , cuba menghadam ibrah suasana. 
Berkerut juga dahi pada waktu itu. Eheh.

Sesekali terfikir juga, takkan selamanya kita yang berada dalam ruangan hard science ini, hanya pulun habis-habisan untuk dapatkan kerjaya yang hebat, dapatkan kedudukan yang 'cantik' di mata masyarakat, lalu bercerita tentang keindahan islam, lalu orang yang mendengar pun teruja dan kagum apabila seorang jurutera yang tunggang-terbalik belajar tentang nombor dan mesin, bisa berucap dan membahaskan tentang apa yang dikatakan tentang islam.
Bila dah kagum, maka insyaAllah akan mudahlah untuk kita mencari mad'u, untuk mad'u ikut kita.

Persoalannya adalah, itu sahaja ke yang orang hard science boleh buat?

Teori adalah seperti berikut, situasi 1 akan bersambung secara automatik dengan situasi 2, dan begitulah seterusnya.

Situasi 1 : Kita mempunyai kerjaya(kedudukan) hebat, duit berkepuk-kepuk. 

Situasi 2 : Bercakap tentang islam, bercerita tentang kehebatan Al-Quran, dll.

Situasi 3 : Disebabkan manusia ini memang fitrah akan memandang kepada yang berkedudukan dan berduit, maka para pendengar kagum lalu tertarik dan mendengar apa yang kita cakap.

Situasi 4 : Dakwah pun berlaku.


Situasi 5 : Para pendengar yang terpaku itu pun terus menyebarkan 'cerita' tentang islam itu kepada manusia lain di sekitarnya.

Situasi 6 : Dakwah makin berpanjangan dan meluas.


Wahwah mudahnya untuk berdakwah. Nampaknya hanya dengan kerjaya hebat, kita cakap tentang islam, then dakwah itu pun berlaku, atau bahasa mudahnya islam pun berkembang.

Yes it is! I admit it. Sepenuh jiwa.

Tapi, bagaimana pula dengan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih tak tentu hala, subjek Pendidikan Agama Islam(PAI) , moral, ramai sangat kot yang skor, tapi masih bersepah manusia yang teruk akhlaknya. Masjid-masjid banyak sangat merata alam, tapi kosong tiada penghuni, dikunci pada waktu-waktu tertentu dengan alasan mahu elak daripada dimasuki golongan penagih dadah, atau taknak bagi pencuri masuk ambil tabung masjid. Errrr.... di mana keselesaan dan peacefull yang dicanangkan dalam islam?

Undang-undang negara? Usah disebut hukuman-hukuman di mahkamah yang digubal mengikut sesedap rasa sendiri, lihat saja tindakan pelik yang diambil terhadap isu seks bebas yang ada. Bagi kondom percuma kot. Tak gila ke namanya tu?

So, bahasa mudahnya, siapa yang akan membetulkan semua itu?

Engineer? Doktor?


Jawapannya mudah.
Hanya manusia yang terlibat dengan penggubalan sistem sahaja yang boleh ubah sistem itu.


Contoh : Sistem pendidikan di sekolah.

Bila Pengetua atau Penolong Kanan kata putih, maka segala yang sistem yang ada dalam sekolah itu wajib menjadi putih. Cikgu-cikgu yang tak suka dengan putih tetap tak boleh nak letak warna kelabu, mahupun hitam. Warna merah, biru, kuning atau hijau daun pisang apatah lagi Tak boleh tukar. Kena ikut arahan orang atas. .

Kalau Pengetua atau Penolong Kanan tukar keputusan daripada putih kepada hitam, maka secara automatik apa-apa yang berunsur putih, perlu ditukar menjadi hitam. Tidak boleh tidak.

Faham ke?

Berbalik kepada persoalan, bagaimanakah bidang hard-science bisa menyumbang dalam misi membaiki ummah? (Selain daripada gabungan situasi yang telah disenaraikan di atas.)

Saya telah, sedang dan akan tetap memikirkannya hingga jawapannya ditemui.

Kepada anda-anda di luar sana yang punya jawapan bagus, jemput bagi komen dan pendapat bernas. Mari kita fikir bersama.

Kepada yang tak tahu nak kata apa, tapi macam terasa nak komen, pun dipersilakan.

Saya sedang cuba lagi untuk menghadam tentang ini :
Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya, maka Dia akan memberikannya pemahaman dalam agama. [HR Al-Bukhari dan Muslim]


-----

Nota 1 : Post ini sudah ditulis sebahagiannya sejak beberapa bulan yang lalu, cuma diperkemaskan kembali dan disudahkan pada hari ini.

Nota 2 : Post ini telah tergendala beberapa kali sebenarnya, kerana memikirkan beberapa sudut pandang dari pelbagai jenis dan lapisan manusia di luar sana yang mempunyai tanggapan dan pemikiran yang berbeza, yang mungkin menyalah ertikan maksud sebenar post ini.

Nota 3 : Saya dah lama menunggu saat ini iaitu saat untuk menekan butang 'publish' untuk post ini.

Nota 4 : Benar, berkata jujur dan merealisasikan sesebuah realiti itu selalu benar menyakitkan.

Nota 5 : Saya memang pelik, dan saya selesa menjadi pelik.


*senyum*

Tarik nafas,
dan hela semahunya,
lebih telus rasanya.


Saturday, 4 August 2012

Random 7#

Bantu manusia di sekeliling kamu untuk menghormati kamu.

Tak kira siapa kamu.
Guru, pelajar, murabbi, mutarabbi, kawan atau lawan.

Menyantunilah selayaknya kamu mahu disantuni.
Semahunya.

Kamu berinteraksi dengan manusia.
Punya rasa.

***









Kadang-kadang, tak guna nak kias-kias segala, bila orang tak faham apa kita kata.

Kadang-kadang, tak guna nak terus-terang segala, bila orang masih lagi ternganga menadah telinga.