Showing posts with label ...tinta tak terluah..... Show all posts
Showing posts with label ...tinta tak terluah..... Show all posts

Monday, 9 December 2013

Salahkah aku?

Salahkah aku mahu menjadi baik?

Salahkah aku yang cuba menjadi solehah?

Kau umpama menidakkan kemanusiaan aku,
pabila mengharapkan aku untuk terus sempurna tanpa cela.

Aku juga manusia,
jangan lupa itu.

Salahkah aku cuba mengenal Tuhan?

Salahkah aku yang cuba merangkak keluar dari gelita,
cuba mengejar cahaya yang aku percaya ada?

Kau tak pernah cuba tahu,
bagaimana kegelapan itu menghantui aku.

Salahkah aku berbuat salah?

Kau umpama menafikan kemanusiaan aku,
pabila tersenyum akan kesalahan aku.

Tegurlah aku,
andai aku tersalah laku.

Nasihati aku,
andai aku terlajak kata.

Salahkah aku yang cuba berpakaian labuh dan longgar?

Salahkah aku yang cuba meraikan rasa malu pemberian Tuhan?

Salahkah aku yang cuba berasa izzah dengan kemuliaan yang dijanjikan Tuhan buat wanita yang memelihara dirinya?

Menjadi wanita di zaman ini,
tak pernah aku rasa mudah.

Salahkah aku cuba menjaga diri?

'Orang Baik' yang kau labelkan padaku,
tak pernah menjadi syarat untuk aku tetap berbuat perkara yang betul setiap masa.

Aku juga manusia,
jangan lupa itu.

Apa kau fikir,
wanita berpakaian labuh dan longgar itu sudah pasti ahli Syurga?
Sehinggakan kau berasa jelek akan kesalahan yang diperbuatnya.

"Takkanlah ahli Syurga duk buat perangai pelik yang tak elok gitu?"

Seumpama terngiang-ngiang suara kau menjerit sebegitu.

Wahai teman...

Khabarkan pada aku,
andai aku tersalah.

Jangan hakimi aku,
jangan pernah kau cuba menilai aku.

Kau tak pernah berjalan dengan kasutku,
mana mungkin kau faham kesakitan yang aku rasa sepanjang perjalanan hidupku.

Kalaupun kau pernah menyarung kasutku,
kau takkan pernah mengerti wahai teman.

Kerana gerak langkah kaki kita berbeza.

Ia takkan pernah sama.

Aku juga manusia.
Jangan lupa itu.

---

Nota Alas : Lalu aku memilih untuk menulis, kerana aku tahu kau akan baca.

Nota Tapak : Maafkan aku, kerna aku lahir berpakejkan sifat-tak-pernah-sempurna.


---

Tuhan,
jadikan aku manusia berhikmah.

Di saat maruah perempuan seolah di tapak kaki,
jadikan aku bidadari.




Friday, 4 January 2013

Bidadari







Harum dan menggugah,
bidadari di Jannah.

Takkanlah mudah,
dipatah-patah?

Takkanlah rebah,
mengaku kalah?

Tabah.

Bidadari,
anggun tak terperi.

Sakti.

Takkanlah meratap hiba,
ujian berupa penghapus dosa?

Bahagia.

-gjada-
04/01/2013





Teratai Merah Jambu. Saya mahukan yang berwarna biru!



---

1) Kekaburan dan berbayang-bayang.
2) Ianya penghapus dosa, bi iznillah.

Sunday, 23 December 2012

Hard Science untuk ummah?


Tajuk macam pelik.

Maaf, saya letih fikir nak letak tajuk apa, tulis, padam, tulis, padam. Jadi saya letak aje lah tajuk itu.
Kalau ada cadangan tajuk, bolehlah cadangkan kepada saya. (= 
#iniserius

Kebelakangan ini, saya kerap berfikir tentang perkara sebegini.

Mungkin sususan ayat berbeza, namun isunya tetap sama.

Pernah saya bangkitkan hal ini kepada cik hosmet beberapa kali.

"Saya risaulah, kalau-kalau kita ni ikut DnT, ikut usrah, daurah, hanya kerana nak isi masa lapang."

Iya, walaupun sudah beberapa tahun mengenal dunia misteri dakwah dan tarbiyyah (DnT), sesekali muncul juga persoalan sebegitu di benak fikiran.

Kenapa misteri?
Jawapannya mudah, ia kerana tidak sedikit bilangan manusia yang berubah beberapa darjah, setelah menerjah masuk ke dunia DnT ini. Yang berubah sikit-sikit 45darjah, 90darjah, memang ada. Yang berubah bertentangan sangat dengan diri yang asal sehingga 180darjah pun ada, yang 360darjah kembali kepada diri yang dahulu pun ada juga.

Almaklumlah di Jepun ni duk belajar pasal engine, otak pun tepu. Plus, tak ada persekitaran yang islamik, susah nak cakap Melayu(sebab tak ada sangat orang Melayu, kalau ada jumpa dalam sehari pun, dah teruja benar). Makanya, boleh jadi dengan menyertai usrah segala ni, boleh lah 'escape' kejap dari hal-hal yang menggunakan otak kiri ni. Hujung minggu je, pakat hilang turunTokyo.

Mula-mula, saja nak try-try belajar, usrah ni dijadikan medium untuk mendapatkan info-info tentang agama, belajar tadabbur sikit-sikit, sirah nabi ke...  lepas tu terpikat pula dengan 'imej' islam sebenar yang terserlah pada kebanyakan (jangan tanya kenapa saya tak guna perkataan 'kesemua ' instead of 'kebanyakan') pengisian yang ada. Lepas tu diperkenalkan dengan tugas dakwah yang membeban di bahu, lalu kita pun bergerak untuk men'setel'kan beban tu...

Risau.

Itulah konklusi kepada perasaan saya kebelakangan ini.

Baiklah to be honest, membaca beberapa artikel dan pendapat tentang perbandingan ilmu sains sosial dan sains tulen dalam episod membantu dan membaiki ummah, benar-benar mengerutkan dahi saya.

Hari itu, ada orang tanya saya(dan beberapa orang teman lain), 

"Perlu sangat ke kita belajar sains sosial hanya kerana untuk 'memenangkan islam'?" 

okey mungkin agak 'keras' bunyinya, mungkin boleh dimudahkan menjadi begini, 

"Hard science pun boleh je menyumbang kepada dakwah ni. Masih ada peranannya tersendiri."

Kejap

Nak tarik nafas.

Topik ini berstatus panas dan agak sensitif.

Pernah suatu ketika, seorang adik usrah saya berkata ketika sesi qodhoya,

"Bidang engineering ini tak mampu untuk merawat ummah."

Dan malam itu, sebagai respon kepada 'luahan perasaan' adik itu, adik-adik usrah saya yang lain bertungkus-lumus saling melontar pendapat tentang peranan-bidang-engineering-dalam-episod-menyelamatkan-ummah.

Saya? Waktu itu hanya mendiamkan diri menelan air liur , cuba menghadam ibrah suasana. 
Berkerut juga dahi pada waktu itu. Eheh.

Sesekali terfikir juga, takkan selamanya kita yang berada dalam ruangan hard science ini, hanya pulun habis-habisan untuk dapatkan kerjaya yang hebat, dapatkan kedudukan yang 'cantik' di mata masyarakat, lalu bercerita tentang keindahan islam, lalu orang yang mendengar pun teruja dan kagum apabila seorang jurutera yang tunggang-terbalik belajar tentang nombor dan mesin, bisa berucap dan membahaskan tentang apa yang dikatakan tentang islam.
Bila dah kagum, maka insyaAllah akan mudahlah untuk kita mencari mad'u, untuk mad'u ikut kita.

Persoalannya adalah, itu sahaja ke yang orang hard science boleh buat?

Teori adalah seperti berikut, situasi 1 akan bersambung secara automatik dengan situasi 2, dan begitulah seterusnya.

Situasi 1 : Kita mempunyai kerjaya(kedudukan) hebat, duit berkepuk-kepuk. 

Situasi 2 : Bercakap tentang islam, bercerita tentang kehebatan Al-Quran, dll.

Situasi 3 : Disebabkan manusia ini memang fitrah akan memandang kepada yang berkedudukan dan berduit, maka para pendengar kagum lalu tertarik dan mendengar apa yang kita cakap.

Situasi 4 : Dakwah pun berlaku.


Situasi 5 : Para pendengar yang terpaku itu pun terus menyebarkan 'cerita' tentang islam itu kepada manusia lain di sekitarnya.

Situasi 6 : Dakwah makin berpanjangan dan meluas.


Wahwah mudahnya untuk berdakwah. Nampaknya hanya dengan kerjaya hebat, kita cakap tentang islam, then dakwah itu pun berlaku, atau bahasa mudahnya islam pun berkembang.

Yes it is! I admit it. Sepenuh jiwa.

Tapi, bagaimana pula dengan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih tak tentu hala, subjek Pendidikan Agama Islam(PAI) , moral, ramai sangat kot yang skor, tapi masih bersepah manusia yang teruk akhlaknya. Masjid-masjid banyak sangat merata alam, tapi kosong tiada penghuni, dikunci pada waktu-waktu tertentu dengan alasan mahu elak daripada dimasuki golongan penagih dadah, atau taknak bagi pencuri masuk ambil tabung masjid. Errrr.... di mana keselesaan dan peacefull yang dicanangkan dalam islam?

Undang-undang negara? Usah disebut hukuman-hukuman di mahkamah yang digubal mengikut sesedap rasa sendiri, lihat saja tindakan pelik yang diambil terhadap isu seks bebas yang ada. Bagi kondom percuma kot. Tak gila ke namanya tu?

So, bahasa mudahnya, siapa yang akan membetulkan semua itu?

Engineer? Doktor?


Jawapannya mudah.
Hanya manusia yang terlibat dengan penggubalan sistem sahaja yang boleh ubah sistem itu.


Contoh : Sistem pendidikan di sekolah.

Bila Pengetua atau Penolong Kanan kata putih, maka segala yang sistem yang ada dalam sekolah itu wajib menjadi putih. Cikgu-cikgu yang tak suka dengan putih tetap tak boleh nak letak warna kelabu, mahupun hitam. Warna merah, biru, kuning atau hijau daun pisang apatah lagi Tak boleh tukar. Kena ikut arahan orang atas. .

Kalau Pengetua atau Penolong Kanan tukar keputusan daripada putih kepada hitam, maka secara automatik apa-apa yang berunsur putih, perlu ditukar menjadi hitam. Tidak boleh tidak.

Faham ke?

Berbalik kepada persoalan, bagaimanakah bidang hard-science bisa menyumbang dalam misi membaiki ummah? (Selain daripada gabungan situasi yang telah disenaraikan di atas.)

Saya telah, sedang dan akan tetap memikirkannya hingga jawapannya ditemui.

Kepada anda-anda di luar sana yang punya jawapan bagus, jemput bagi komen dan pendapat bernas. Mari kita fikir bersama.

Kepada yang tak tahu nak kata apa, tapi macam terasa nak komen, pun dipersilakan.

Saya sedang cuba lagi untuk menghadam tentang ini :
Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya, maka Dia akan memberikannya pemahaman dalam agama. [HR Al-Bukhari dan Muslim]


-----

Nota 1 : Post ini sudah ditulis sebahagiannya sejak beberapa bulan yang lalu, cuma diperkemaskan kembali dan disudahkan pada hari ini.

Nota 2 : Post ini telah tergendala beberapa kali sebenarnya, kerana memikirkan beberapa sudut pandang dari pelbagai jenis dan lapisan manusia di luar sana yang mempunyai tanggapan dan pemikiran yang berbeza, yang mungkin menyalah ertikan maksud sebenar post ini.

Nota 3 : Saya dah lama menunggu saat ini iaitu saat untuk menekan butang 'publish' untuk post ini.

Nota 4 : Benar, berkata jujur dan merealisasikan sesebuah realiti itu selalu benar menyakitkan.

Nota 5 : Saya memang pelik, dan saya selesa menjadi pelik.


*senyum*

Tarik nafas,
dan hela semahunya,
lebih telus rasanya.


Friday, 20 July 2012

Payung

Katamu,
kau cintakan alam ciptaan Tuhan.
Hairan,
pabila hadir tibanya sang hujan,
mengapa payungmu lekas di tangan?

-gja-
20/07/2012



***
Pagi ini, langit berwarna putih.
Seakan turut sayu dan syahdu menerima bulan yang meredupkan jiwa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Tuesday, 10 April 2012

Iya saya marah


Hari tu kan... saya pulang ke malaya...

pastukan, saya ada lah jugak tengok2 tv... ofkos lah tv malaya tu ada cerita ceriti yang merapu-rapu, merepek lagi menggelikan, menyesakkan dada, menyampahkan rasa, tak membina malah meruntuhkan, tak membantu malah membantutkan pemikiran warga rakyat jelata yang menginginkan kemakmuran jiwa, keluarga, harta juga negara ...
lepas tu kan... dalam keadaan jiwa yang terasa serabut, tetiba tertengok pula rancangan ala2 islamik yang bertajuk ala2 islamik, dengan suasana yang ala2 islamik... tym tu kan.. rasa macam hampir terpujuk juga lah hati yg awal2 tadi memanas.... dalam hati, rasa syukur dan gembira sbb wujud juga rancangan yg ada unsur2 islam, yang sy cuba yakin yg ianya bertujuan amat mulia seperti mahu mengajak penonton mengnal islam dgn lebih dekat atau paling tidak mengisi masa para surirumah juga mungkin pelajar2 yang tak pergi sekolah yg duk ngadap tv tu dgn sesuatu yg berfaedah lagi baguih duk ada...

eerrr tolak ke tepi seketika tentang rancangan wawancara ala2 forum yg dibuka majlis nya dgn pameran 'busana muslimah' yg jelas menampakkan susuk tubuh, si model megahnya melenggang lengguk di atas pentas, para cameraMAN aktif mengambil foto2... sbg pemangkin kpd sesi menghangatkan darah saya,
background muzik ialah qasidah yg maha sedap masyaAllah... (rasa terhina)




Inilah background muzik yg mengiringi aksi model muslimah yg bertudung litup (baca : bertudung, dan menutup aurat itu adlah dua perkara yg berbeza)... piuuwiiitttt... T_____T




nak dijadikan cerita,  adalah satu rancangan tv yg ala2 islamik tu... yg sy percaya mereka aim budak2 atau kanak2 atau mungkin pelajar sekolah rendah sebagai target penonton.... rancangan ini memaparkan ada ustaz2 yang bercerita tentang al-quran kpd beberapa org kanak2 (saya kira kesemua mereka adlh pelajar sekolah rendah).. amat bagus sebenarnya sebab boleh ajak dan ajar generasi baru yg baru nak kenal dunia ini akan sesuatu yg bagus yg ada unsur islamik.. ada ayat2 al-quran yg digunapakai, baguslah tu....
tapi tapi tapi.... satu hari tu kan... rancangan tersebut bawak keluar topik tentang surah An-Nisa ayat 3, iya lah... aah... tentang poligami... memula kan... saya pikir yg mybe topik poligami tu hanya disentuh sekilas lalu je, atau mungkin just diceritakan secara tiba2 je... sebab ustaz dlm rncangan tu sedang bercerita kpd budak skola rendah... takkanlah nak cerita pulok pasal poligami dlm tu (fikir saya pd mulanya).. kemudian.... apbila si ustaz cerita lebih details tentang ciri2 adil yg perlu ada oleh si suami utk membolehkannya berpoligami... ciri2 adil tersebut telah dihurai secara panjang lebar, sehingga keluar perkataan seperti 'mandul', 'tak puas', 'tak takut harimau, tapi takut hari-hari mau' , dan lain2 perkataan dan ayat yg saya tak sanggup nk dengar apatah lagi tulis.... saya membuntangkan mata... muka merah tak semena-mena... bukan... bukan kerana saya malu... tapi kerana saya sedang menahan marah... iya saya amat marah.... lebih marah apabila adik2 yang ada dlm rncgn tersebut ternganga seperti tak memahami intipati penceritaan si ustaz, sedang si ustaz ada yang tergelak kecil... mungkin berasa lucu dgn apa yg sedang diperkatakannya... iya sy tak menafikan ada je antara adik2 tu yg ketawa sesekali contohnya apbl si ustaz mengeluarkan perkataan 'mandul' ... normal lah manusia akan ketawa apbl berasa lucu...

kembali kpd topik ttg kemarahan saya.... saya marah bukan kerana topik poligami yg dibangkitkan.. saya juga tak marah langsung apbila berkali-kali dinyatakan keharusan utk si suami berpoligami apbl mampu... malah apbl si ustaz membangkitkan hadis yg menceritakan bahawa barangsiapa yg menolak sunah Nabi, maka Nabi takkan mengaku dia sbg umat, saya langsung tak marah... sy terima je... ok je what..  betul lah apa yg si ustaz tu kata... sebenarnya, sy amat marah apbl topik itu dibangkitkan di klngn budak2 sekolah rendah (sy amat yakin yg mereka adlh plaja sek ren)... kalau nak bangkitkan topik poligami tu pd pelajar universiti ke, kolej ke... sy x kisah pun.. sila lah... koman2 ceritalah tentang itu pd student skola menengah atas (f3-f5).. tu kalau nak cerita sangat lah... tapi bila topik poligami in dibangkitkan kpd adik2 skola rendah, lalu adik2 itu ternganga tak paham 'istilah2 tinggi' yg ada, juga menghasilkan ketawa kpd benda yg saya tak rasa lucu langsung, maka saya amat marah.... tym tu.... saya ada bbrpa persoalan yg sy rasa mcm mahu tnya direct kpd jiwa2 blakang tabir rncngn tersebut antaranya iaitu :

1) dah takde topik lain ke yg nak diceritakan pd bebudak tu?
2) dah takde orang lain sangat ke utk dijadikan pendengar topik tu?
3) dah takde rancangan mahupun saluran lain ke utk bercerita tentang itu?
4) apa tujuan rancangan itu diterbitkan?
5) nak tak saya bagi cdgn2 topik yg mungkin boleh dipertimbangkan di waktu akan dtg (sekiranya budak2 skola rendah telah ditarget sbg penonton)?
contoh2 topik cdgn sy adlh spt berikut  :

- kepimpinan melalui teladan dalam islam
- jangan buat khianat pada orang lain, pasti anda bahagia
- kasih sayang sesama rakan sebaya
- hormat ibubapa selagi ada
- dalami seerah, banyak ibrah
- menabunglah demi kewangan yang mantap
- maneskan muka, chantekkan bahasa, anda pasti teruja

saya rasa panas... rasa lemas... rasa mengah....
Allah....  T_______T
dalam hati, saya bersimpati kpd adik2 tu.. kasihannya mereka... kecik2 dh disogokkan dgn perkara sebegitu...

sebelum ada yg tersalah ertikan maksud segala ayat2 sy di atas, mai sini nak habaq...

1) dalam keadaan umat yg makin tenat, saya tak nampak langsung topik poligami yg dibangkitkan terhadap budak2 skola rendah akan bisa membantu merawat umat
2) dalam suasana umat yg kian parah, saya cuma rasa yg rancangan tersebut pada hari tesebut adlah suatu pembaziran masa, wang, tenaga, usaha, minda, generasi, dan jiwa juga harapan....
3) dalam fenomena rakyat jelata yang menjulang budaya juga kerenah barat, saya yakin bahawa rakyat jelata tersebut tetap dahagakan bahkan ketagihkan suatu rancangan yg bisa 'membina jiwa' jua 'membasahkan HATI'
4) hanya celupan Allah sahaja yg bisa menyelamatkan umat masa kini

"Sibgah Allah. Siapa yang lebih baik sibgah-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah." [Al-Baqarah 2:138]

5) islam perlu diambil sepenuhnya. bukan ambil yang mana suka.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh  yang nyata bagimu." [Al-Baqarah 2;208]

‘…Kami beriman kepada sebagian dan kami mengingkari sebagian (yang lain),” serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir),merekalah orang-orang kafir sebenarnya.Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.’[An-Nisa 4: 150~151]



noted : 
1) iya saya marah, atau lebih tepat, saya kecewa .
2) abaikan penggunaan gaya bahasa yang ntahapa2 sepanjang post ini, apatah lagi shortform2 yg digunapakai. sengaja tak tulis penuh2 bagi menggambarkan yg saya memang marah dan kecewa. (saya hanya tulis shortform tym awal2 menulis di blog shj, kerana pd sy, tulisan yg 'ada isi' tapi x ditulis secara penuh, meggambarkan si penulis yang tak serius, mungkin caca marba...) 
3) memang susunan ayat dan segala kosakata yg ada adlh dlm kategori serabut, perenggan2 pun tak kena gaya. jelas membayangkan jiwa sy yg serabut dgn realiti ini. 
4) segala apa yg tertulis adlh 100% pandangan peribadi saya yang masih merangkak dalam gelita dunia menuju cahaya Dia. anda bebas menolak.
5)  saya tak attack jiwa2 belakang tabir rancangan tu pun, mereka ada ijazah segala, saya sekadar pelajar engineering yg biasa2. pandangan picisan. 
6) saya tak menolak poligami, tapi saya tak kata yang saya mahu bakal suami saya berpoligami. (tak perlu direct translation pada ayat ini sbb ia perlukan penghuraian panjang lagi berilmiah)




Lamanya saya tak menulis di sini. 
Ada lagi ke orang yang mampir ke sini?
Wujud ke manusia yang baca tulisan saya lagi?

Iya tulisan kali ini mungkin dipengaruhi emosi.
Moga Allah ampunkan diri ini.


Tahniah kerana habis membaca!!!
*clap clap clap . bertepuk tangan*

Monday, 23 January 2012

Ini tentang exam

Cakap, memang senang kan? Allah.... [kredit]


Sudah lewat malam.
Lewat sangat.

Kini musim exam.
Segala penyakit segala demam segala peel pelik mula menampilkan diri.
Teringin nak jahit baju.
Teringin nak main sulam-sulam saputangan.
Teringin nak cari kawan baru buat Erika-chan.
Kesian beliau sunyi sorang-sorang.
Teringin nak round satu Kofu sambil makan softcream dengan cik hosmet.
Teringin nak rasa angin sepoi-sepoi bahasa sambil merempit naik genski menerjah ke Aeon Mall.
Err... nak pergi Aeon Mall sebab jalannya straight je. 
Seronok sikit takyah kona-kona.
Dan...lebih feel boleh layan memori silam dari atas genski.
Kesian beliau berhabuk di bawah rumah.
Eheh.


Inilah Erika-chan. Sunyi kan? 


Mula nak mengidam itu ini.
Mengada-ngada.

Beberapa hari ini, blog ini menguji kesabaran dan ketenangan diri.
Saya tak boleh nak jenguk blog sendiri pun,
Bila buka je, akan keluarlah iklan widget apa benda entah.
Bila close iklan tu, secara automatik blog saya pun ter'close' sekali.
Wahwah cukup menguji. 
Tapi still gedik nak menulis di blog sendiri,
pabila mengetahui bahawa blog ini masih bisa diterjah melalui komputer bukan milik peribadi,
Amboi.

Saya banyak sangat idea untuk dihurai panjang di blog ini.

Antara tema yang terigau-igau setakat ini :

1) Naqib/naqibah yang tak serius. Chotto-hanpa no taido akan menghasilkan adek-adek bulatan gembira yang lemau.

2) Tarbiyyah ini banyak diburukkan imej nya oleh orang-orang tarbiyyah itu sendiri.

3) Susah sangat ke untuk memiliki common sense as seorang Daie?

4) Manja nya Daie.


Heh. 
Berderet tema.
Bila tak sempat nak menghurai panjang,
mulalah akan terhasil post-post yang konon ala-ala puisi.

Kehkeh~

Tapi tapi tapi.
Tolong doakan saya ya?
Agar saya dipermudahkan untuk menulis seperti yang dihajati.

Banyak sangat apa yang terlintas di Hati.
Nak cakap direct, orang pun malas nak dengar bila meleret.
Itu antara sebab mengapa saya suka menulis.
Bila menulis,
takkan ada orang yang boleh memintas saya daripada menghabiskan ayat.
Takde orang yang nak bangkang di pertengahan.
Bahagia.

Saya lebih suka tulis kias-kias.
Konon nak jaga Hati orang.
Taknak lah fire depan-depan.
Orang terasa, Allah pun tak suka.

Tapi tapi tapi.
Bila saya tulis secara 'lepas',
bertubi-tubi respon yang diterima.
Selalunya tulisan yang 'lepas-lepas',
saya simpan sebagai koleksi peribadi je.
Heh.
Orang kita kot.
Mende yang 'lepas',
itu yang orang suka.

Contoh mudah,
Tengoklah penulisan Incik G.
Ramai kan yang suka?
Banyak je beliau main kias-kias,
tapi boleh nampak bahawa itu adalah jenis 'lepas'.
Ke... saya seorang je yang rasa macam tu?
Haih~

Tentang tema berderet tu,
Nanti-nantilah.
Nak fokus exam, insyaAllah.
Kena studi.
Kena usaha untuk perform.
Bukan usaha untuk lulus.
Bukan untuk degree.
Walaupun dalam Hati ,
naaaaaak sangat lulus dengan bergaya,
setelah bertungkus lumus di medan jugyou. 

Tapi niat kena betul.
Studi kaw-kaw untuk dapatkan redha Allah.

Mahu perform di dunia.
Lebih mahu perform di akhirat Sana.

Mahu usaha untuk perform dengan bergaya,
di hadapan Allah nanti.

Perform di dunia,
amat sangat perlu.
Supaya ianya boleh diperalatkan untuk dakwah.

Iyalah kan.
Daie yang fail exam,
mana ada orang nak respek?
Sehebat mana pun kata-kata nasihat yang disampaikan oleh daie itu,
tapi kalau studi nya hancus,
memang orang tak pandang.
Sakit kan?
Kenyataan deskedo.

Orang akan pandang pada keputusan.
Tak jeling langsung pada usaha.

Itu antara beza neraca manusia dengan neraca Dia. 

Allah pandang pada usaha.
Manusia cuba juga memandang usaha,
tapi lebih ramai,
bahkan lebih sering,
memandang pada result.

T_____T


Topik usaha untuk redha Allah vs usaha untuk result,
sememangnya akan HOT dibahaskan.
Di mana-mana.
Bila-bila masa.
Alaaaahhh... topik qadar dalam Mukaddimah Zilal itulah...
Dalam print out yang A4 dilipat dua itu,
ada di mukasurat 4 selalunya.

Teringat kenangan di PETIR,
Program pada ramadhan lepas.
Apabila topik ini dibangkitkan pada hari kedua terakhir program.
Fuuuuhhh...
Berasap-asap adek-adek yang ada.
Saya yang memberi ini lagilah berapi-api.
Bermain dengan emosi sendiri.
Berat rasanya tanggungan di bahu.
Diamanahkan berbicara tentang qadar.
Bimbang nanti teruji dengan kata-kata sendiri.
T___T
Difikirkan tentang nikmat yang perlu dihebahkan,
digagahkan juga untuk menyampaikan.

Okailah.
Nanti esok-esok,
saya terjah lagi ke sini.
Bi iznillah.
Mahu studi.
Untuk Allah.
Iya.
Untuk Allah.

Allahu... izinkan aku studi untuk Engkau Yang Maha Tahu.




"Sesiapa yang mahukan dunia maka dia perlu berilmu,
sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia juga perlu berilmu,
dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka dia perlu berilmu."
[Saidina Ali]






Dunia di genggaman.
Akhirat di Hati yang penuh iman.
Ameeennn...



Strong God. Amat strong. Tuhan segala kekuatan yang wujud. [kredit]







Noted :

1) Kadang-kadang, hidup ini tak memerlukan kita pikir banyak, dalam-dalam pun. Redaaaahhh je.


2) Antara tulisan sendiri yang amat sangat menggugah jiwa sendiri. 
Terasa amat diuji dengan tulisan-tulisan ini. 
Allahu... 
Bertemakan exam mode. Kalau rasa-rasa teringin nak terjah, dipersilakan.
Saya letak tajuk pos tanpa link ya. 
Saya tak boleh buka sebab iklan widget tu sedang tumpang publisiti. 
Mungkin komputer kalian okai je. 
Jadi, sila copy tajuk berikut dan manfaatkan ruangan 'search' yang ada di sebelah kiri atas blog sepi ini.

- Fail exam? Nasib ah...
- Exam di sini boleh gak nak repeat-repeat paper segala.
- perang
- ...saya diuji...
- Jiwa gagak jalanan


3) Jangan lupa kita saling doa-mendoakan. Itu yang menguatkan, insyaAllah.

Indeed.


Okbai.



Wednesday, 20 July 2011

Jiwa gagak jalanan

Seronoknya,
bila apa yang dipinta,
hadir sekelip mata.
Bling!
Tipu.
Mana ada sebegitu.
Kecuali keajaiban,
itupun memang Dia dah tentu.
Dan,
si merak kayangan
takkan pernah mengerti
rengekan si gagak jalanan.



Jiwa gagak jalanan,
Teratai Biru.
2251pm,
19 Sya'ban 1432.

Saturday, 11 June 2011

Exam di sini boleh gak nak repeat-repeat paper segala.


Exam oh exam. [sumberfoto]



Lewat dua tiga minggu belakangan ini, saya, juga teman-teman di bumi samurai ini majoritinya bergelumang dengan shiken-shiken (peperiksaan a.k.a. exam) yang hadir saban hari demi memeriahkan lagi hari-hari kami di sini.

Waktu-waktu begini, macam-macam peel dan gaya ada.

Ada yang study siang malam tunggang terbalik hingga tidur pun memeluk buku.
Ada juga yang ala-ala rileks selamba seolah tak ada apa-apa.
Ada juga yang teguk kafein bercawan-cawan demi berjaga di malam hari untuk study.
Ada juga yang berkarok hingga ke tengah malam sambil-sambil study, melepaskan tekanan akibat shiken, katanya.
Ada juga yang solat-solat sunatnya diperbanyakkan, bacaan Al-Quran nya dirancakkan lagi.
Ada juga yang sibuk di dapur sehari menjelang shiken, mencuba resepi baru. Cuba menghilangkan tekanan, katanya.
Ada juga yang langsung tak menjengah ke dapur untuk memasak, rela makan apa yang mudah dimakan sahaja. Memasak adalah memakan masa, nanti kurang pula masa untuk study, katanya.

Manusia ni, macam-macam kan? :)

Musim-musim shiken begini, tahap keimanan benar-benar teruji. Konsep tawakal makin aktif minta diaplikasi.

Alangkah seronoknya bila kita selalu berpenat lelah menelaah pelajaran, dengan niat mendapatkan redha Allah, bukan untuk dapatkan result yang cantik semata-mata.

Bahagianya bila jiwa kita tenang menjelang peperiksaan dek penghadaman yang cantik dan baik tentang qadar ketentuan Allah.

Result exam memang dah tercatat, lulus atau gagalnya kita, pun sudah tercatat di Luh Mahfuz. Terpulang kepada kita untuk berusaha sebanyak mana, demi mengejar pahala.

Kalau sudah tertulis yang kita akan lulus exam, buatlah perangai malas study pun, kita tetap akan lulus, insyaAllah.

Kalau sudah tercatat yang kita akan gagal exam, study lah bagai nak rak pun, kita tetap akan gagal, insyaAllah.


Itu konsep qadar.

Ianya berat, malah membebankan jika kita berusaha dengan amat bersungguh-sungguh untuk menghadam.

Dulu, sewaktu pertama kali saya mendengar ini;

" Kita tak tahu apa yang baik untuk kita, tapi Allah tahu. Sebab tu kita kena doa minta supaya Allah bagi yang terbaik, bukan minta supaya Allah bagi kita lulus exam, dapat fly pegi Jepun ke... apa ke... Andainya kita gagal exam, lalu kita tak dapat fly ke Jepun, mungkin itu adalah yang terbaik buat kita. Boleh jadi study di Malaysia adalah yang terbaik buat kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila kita doa minta yang terbaik, insyaAllah hati kita akan rasa tenang lagi redha."

Saya mendengar nasihat sebegini sebelum saya menduduki exam untuk melayakkan saya terbang ke Jepun.
Waktu itu, jiwa saya tersentak-sentak cuba menghadam, bahawa kita sepatutnya berdoa meminta yang terbaik (tak kira lulus atau gagal), bukan berdoa untuk lulus exam.

Susah kan?

Sebagai seorang pelajar, exam-exam sudah menjadi ibarat 'permainan' saban semester. Lulus atau gagal dalam sesuatu subjek pun umpama rencah penambah rasa kehidupan sebagai pelajar.

Lulus.
Gagal.

Pandangan normal manusia biasa, bahawa lulus exam itu adalah baik, gagal exam itu adalah sebaliknya.

Untuk berlapang dada ketika berhadapan dengan situasi gagal dalam exam, bukanlah suatu perkara yang mudah.

Untuk terus yakin akan hikmah yang terselindung di sebalik suatu kegagalan, ianya memang payah.

Tambah menyakitkan, apabila mengenang segala penat lelah kita ketika study sebelum exam. Usaha, doa, tawakal. Semua tu dibuat bagai nak rak. Tapi tetap gagal?

Lebih mengharukan, apabila ada mata-mata yang sinis memandang ke arah kita yang gagal dalam exam. Seolah kita ini teruk tak hengat.

Waktu itu memang kita rasa down habis.

Ketika itu, kita akan rasa tak mahu jumpa dengan manusia lain, apatah lagi mendengar ungkapan-ungkapan seperti ;

"Sabarlah ye. Allah ada aturan yang lebih baik dan cantik untuk awak."

"Jangan sedih sangat, awak dah berusaha sedaya yang mungkin."

"Don't worry, you are not alone."


PANG~~~
Rasa macam nak sepak je sesiapa yang cakap gitu kat kita, walau itu memang realitinya yang kita kena terima dan hadam betul-betul, pekat-pekat dalam hati.

Kemampuan untuk berlapang dada dengan ketentuan yang berlaku tak seperti apa yang diharapkan, tak pernah semudah kata.

Anda akan bersetuju dengan saya jika anda pernah gagal exam. =)

Pabila ketentuan takdir Allah datang mendahului tak seperti pengharapan kita, memang kita rasa down sangat.

Waktu itu kita selalunya tak mahu mendengar sebarang kata-kata apatah lagi nasihat daripada sesiapa.

Kita lebih cenderung mendengar suara-suara hati kita sahaja.

Hanya diri kita je yang boleh tolong kita untuk bangun balik dari 'kejatuhan' itu.

Lebih tepat lagi, hanya jiwa yang penuh penyerahan pada Allah je yang boleh bantu kita.

Kita tiada pilihan lain melainkan terima sahaja ketentuan yang datang, dan berusaha lagi buat kesekian kalinya.

Walaupun amat sakit lah untuk kita berdiri kembali setelah terjatuh. Ianya payah.

Dan pahala mujahadah itu pasti ada. Itu janji Dia. Terpulang pada kita nak lihat sesuatu peristiwa itu dari sudut mana.

Kena melatih diri untuk sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Ianya tak mudah.





Tindakan terakhir sebelum menghantar kertas jawapan? Hehe. Klik untuk pembesaran imej. [sumberfoto]





Sungguh, jari-jemari saya menggeletar sepanjang menulis entri ini. Apa yang kita cakap mahupun tulis, akan patah balik kat kita.

Sekiranya saya terjatuh...

Saya selalu mengharapkan agar saya ditenangkan kembali dengan kata-kata seperti ;

" Dulu waktu saya gagal, awak ada ingatkan saya yang kita perlu bersangka baik dengan Allah, walau kita tak suka dengan ketentuan Dia. Sekarang giliran saya nak ingatkan awak balik tentang perkara yang sama."


bukannya ayat-ayat smash seperti ;

" Itulah awak. Waktu saya gagal dulu, bukan main lagi sedap bercakap. Kena bersangka baik dengan Allah lah, kena berlapang dada lah, apa lah. Sekarang baru awak tahu langit itu setinggi mana."



Moga saya dan kita semua boleh terima segala ketentuan takdir Dia. Walau apa jua bentuknya.



Selamat menjawab exam, bagi sesiapa yang berkaitan.
Exam di dunia sini boleh gak nak repeat-repeat paper segala.
Exam di akhirat Sana, apa pula ceritanya?

Thursday, 19 May 2011

Pinjam seloka dari lapangan bumi koala.

[Sila bersabar untuk membaca. Dan tahniah kepada yang baca semua.]



Ruangan sendiri bernama privasi. Damai itu tetap ada.




Kebelakangan ini, saya dilanda penyakit rimas dengan yahoo messenger (ym). Entahlah penyakit jenis apa. Saya mempunyai senarai kontek di ym hampir 400 orang (kali terakhir kira pada tahun 2009, mungkin sekarang lebih ramai lagi). Jangan tanya dari mana datangnya seramai itu kontek ym saya. Notification tentang status online dan offline insan-insan yang memeriahkan senarai kontek, seakan setiap masa beraksi. Sat naik, sat turun, rimas pula rasanya. Jadi, sign out dan hanya offline adalah jalan termudah bagi mengatasi masalah saya. Minta maaf bagi yang mengalami kesukaran.

Dalam sehari, ada lah jenguk sekejap-sekejap, dalam dua tiga minit, kalau-kalau ada sebarang mesej penting. Kemudian, sepantasnya offline.

Tadi tiba-tiba nampak si dia online, terus saya terjah. Sempatlah sembang gedik-gedik sekejap, sebelum kembali offline.

Dalam sembang-sembang yang singkat, si dia memberitahu bahawa si dia telah menghantar sebuah seloka yang dikarang khas sempena memenuhkan keinginan si dia yang telah lama memendam rasa untuk berseloka. Saya pun melayanlah. Baca-baca sikit. Wah, ada nilai yang boleh mengaktifkan neuron-neuron dalam otak, kata saya dalam hati.

Jadi, setelah meminta izin, dengan ini, saya menerbitkan seloka itu di sini.

Jemput baca.

***

Seloka kisah kita

Dengan nama Yang Maha Kuasa,
saya mulakan seloka kita,
kisah kita sesama manusia,
ragam pelbagai bermacam cerita,

seloka dicipta untuk semua,
yang sering terlupa susur dan galur,
mendabik dada tak kira masa,
mudah melatah bila ditegur,

kebanyakan sikap antara kita,
melangit ego pantang ditegur,
konon betul tindakan segala,
tak terasakah diri semakin takbur?

ada pula yang mengaku,
"kubur kita asing-asing,
tak payah dikau nak tegur daku,
nanti jawab asing-asing",

dengar sini saya nak jawab,
awak bercakap sungguhlah riak,
"memang kubur asing, sendiri jawab,
siapa nak diseksa sekali dengan awak?",

tak kurang pula yang meninggi diri,
sombong terlebih tak sedar diri,
"saya nak hidup sendiri-sendiri,
tak payah sebok, sila jaga tepi kain sendiri!",

amboi awak lancangnya bercakap,
sebelum teriak, fikir dulu yer,
kelak susah mula terperangkap,
pandai pulak berdrama, "takde orang pedulikan saye",

saat itu baru nak terasa,
langit biru tinggi atau rendah,
mula tersedar kuasa Yang Esa,
mujur teringat nak bentang sejadah,

terkisah pula yang sinis tempelak,
"awak tegur orang ni, konpem masok sorga ker?,
kain sendiri koyak-rabak,
lain kali cermin diri dulu yer..",

wahai awak, jangan biadap,
syurga neraka, Allah punya kerja,
nanti tiba saat dihadap,
sekurang-kurangnya saya dah buat kerja,

kalau saya confirm masuk syurga,
tak perlulah saya buat baik segala,
tapi saya tau syurga itu berharga,
takkan dijejak kalau penting diri semata,

ada pula kalangan kita,
berfalsampahlah pulak dia,
"hidup ini sekali cuma,
enjoylah kita selagi bernyawa",

falsafah saya mari akui,
hidup ini cuma sekali,
tapi jangan pula kita nafi,
mati juga hanya sekali,

"please back off, don't bother me,
it's none of your business, it's my privacy",
"hey you, please do agree with me,
reminding each other is our addin policy",

jalan mendongak sungguh berbangga,
hanya peduli kisah sendiri,
langsung tak jengah hal tetangga,
susah senang tanggung sendiri,

pabila terlalu bersikap terbuka,
semua benda jadi tak apa,
jadilah kita semakin leka,
lemas dalam tipu daya dunia,

nanti bila bala menjelma,
semua diterkam tak kira siapa,
barulah kalut nak sorok kat mana?,
kudrat Allah usah dilupa,

sekebal manakah berbuat salah?,
menidak segala tohmahan diri,
tak runtuh maruah jika mengaku salah,
malah dihormati disanjung tinggi,

kalau rasa betul belaka,
semua dibuat terasa hebat,
pergilah tinggal di dalam gua,
dengan masyarakat tak payah dekat,

orang menegur untuk manfaat,
moga hidup mendapat berkat,
sama-samalah kita bermuafakat,
saling menegur, saling mengingat,

tidaklah nanti di akhirat sana,
saat Munkar Nakir mula bertanya,
di dunia dulu kamu buat apa?,
terkebil-kebil blur nak jawab apa,

amar makruf dan nahi mungkar,
itu amanah tanggungjawab kita,
bukankah itu Nabi dah ajar?,
marilah sahut laksana segera,

buat baik dapat pahala,
buat jahat dapat dosa,
pilihlah awak, mahu yang mana,
baru bermakna syurga neraka,

sungguh saya bukan Nabi,
bukan juga seorang Wali,
sudah tentu punya khilaf sendiri,
mari sahabat, tegurlah diri,

siapa makan cili dia terasa pedas,
tak nak pedas, jangan makan cili,
saya hanya mahu membidas,
tabiat kita yang makin tuli,

mata ke atas, tangan ke dada,
bukan mahu menyentap sesiapa,
sekadar mengajak berlapang dada,
menguat syukur, melemah alpa,

sudah-sudahlah tu duk menuding jari,
sampai tak kenal yang batil dan haqiqi,
lihatlah dengan mata hati,
di situ terletak hati nurani,

di saat assignment sedang menimbun,
sempat pula buat seloka,
hajat terpendam bertahun-tahun,
menghadam ibrah sebelum bicara,

maaf dipohon andai terasa,
mahu menegur masalah umat,
saya hanya insan biasa,
mengimpi di sana kita selamat,

terima kasih kerana sudi membaca,
usai sudah seloka kita,
terlerai sudah hasrat di jiwa,
mengharap dapat kebaikan bersama.


S.E.L.E.S.A.I
~hak cipta menten terpelihara~


saya yang memerhati,
nonikopiko


***

noted 1 : Si dia ialah penulis asal seloka, merangkap saudara kembar saya.

noted 2 : Pernah dengar sepatah kata yang disebut telepati? Insan-insan yang bergelar kembar, ramai yang mengalaminya. Dan saya kerap merasainya.

noted 3 : Di blog ini, saya hanya menerbitkan apa yang saya mahu sampaikan. Dan seloka di atas adalah apa yang bermain di hati saya juga, telah diterjemahkan oleh si dia, melalui seloka. Terima kasih. Mudah kerja.

noted 4 : Selalu sahaja apa yang terbayang di fikiran saya, turut terlintas di fikiran si dia. Dan saya merasai kehebatan Dia yang Maha Kaya. Subhanallah.

noted 5 : Kepada bakal suami, seronok kan, kalau dapat anak kembar?


.
.
.

Aku rasa,
kamu juga merasainya.
Kita berjuang di rahim bonda di waktu yang sama.
Semahunya aku mengenang detik-detik itu,
tapi realiti hidup tak mengizinkannya.
Kita selalu bersama.
Kadangkala bercakaran juga kita.
Tapi itulah yang menambah rasa rindu ini kepada kamu.
Kamu, nun jauh di lapangan bumi koala sana.
Aku, di bumi samurai, berjuang memburu cinta.

Tahun lalu,
di pusara adinda kita.
Buat pertama kalinya dalam hela nafas,
aku merasai sebak melihat pusara itu.
Kita dulu bertiga.
Adinda kita sempat berjuang 3 hari di dunia fana,
setelah kita bertiga bersama-sama berjuang di rahim bonda.
Ternyata Allah lebih menyayanginya.
Dia pergi meninggalkan kita.
Mengharung payah dunia menggila.
Sesekali,
aku mengharapkan yang kita masih bertiga,
bersama melayari samudera kehidupan.
Tapi seperti yang kita tahu,
ianya mustahil.
Mana mungkin yang telah pergi bisa hidup kembali.
Apa rasanya dia ya?
Melihat kita di pentas dunia.
Dia sudah di horizon Sana.

Kamu masih ingat?
Tika itu,
kita berbalah,
selisih pendapat,
bertikam lidah,
lalu diputuskan,
aku dengan cara aku,
dan kamu dengan cara kamu.
Kita berbeza, kata kita penuh bangga.
Dan mungkin si iblis enak ketawa.
Ada saudara yang tega tak kena masa.
Tapi kini,
kejauhan jarak mendekatkan rasa kita.
Aku tiada kata,
sebenarnya.
Saat jemariku berada di papan kekunci ini,
fikiranku melayang entah ke mana.
Bisa saja terbang merentasi benua,
menggapai kamu.

Kamu,
bilakah masanya akan kita bersua muka,
di alam nyata,
buat kesekian kalinya?

Kamu tahu,
setiap kali menilik muka di cermin,
yang terpantul adalah imej kamu.
walau orang kata,
muka kita serupa,
muka aku, wajah kamu juga.
Tiada bezanya.
Namun,
aku tahu,
imej itu bukan milik aku,
ianya milik kamu.

Wahai kamu,
jawablah aku,
inikah rindu?

Friday, 22 April 2011

Kuburan.


Salah satu daripada tiga tanah perkuburan muslim di bumi sakura.



Dunia,
tak ada apa-apa.
Sengsaranya,
menghimpit jiwa.
Nikmatnya,
meluas terhampar.

***

Wahai semut-semut di kuburan,
kamu mesti banyak tahu kisah kan?
Kalian hidup di kawasan kuburan.
Mesti dengar macam-macam.

Wahai semut-semut di kuburan,
apa yang kalian dengar?
Mari beritahu aku.
Khabarkan aku kisah di horizon Sana.

Wahai sakura-sakura mekar di kuburan,
apa yang kalian saksikan?
Mari beritahu aku.
Khabarkan aku cerita di dimensi Sana.

Wahai orang-orang yang sudah pergi,
apa khabar kalian di alam Sana?
Marilah mengingatkan aku.
Khabarkan aku berita yang terhijab.

Agar hati yang selalu bongkak dapat ditunduk.
Biar jiwa yang selalu mentakbur bisa akur.
Supaya ruh yang selalu mengering suka membasah.

***

Aku yang menulis ini,
akan mati.

Kamu yang membaca ini,
akan mati.

Kita sama-sama,
akan mati.

Selamat lah dikau yang pergi dahulu.
Selamat juga andai aku yang berangkat dahulu.

Moga-moga selamat di alam Sana.
Menanti waktu dibangkit semula.

Tika itu akan tiba.
Sama-sama menempuhnya.

Selamat tinggal,
dunia fana,
yang kian menggila.

Andai aku pergi dahulu,
doakan aku selamat di alam Sana.
Selamat tinggal.
Tata.

.
.
.

Melangkah ke kawasan perkuburan di Enzan, Yamanashi-ken, telah meruntun jiwa.
Merupakan salah satu daripada tiga tanah perkuburan di Jepun.
Iya.
Satu daripada tiga.
Hanya tiga.
Itupun banyak masalah menyusul timbul.
Tanah kian tiada di sini.
Muslim pula makin bertambah jumlahnya.
Lokasi kuburan ini yang bersebelahan kuburan kafir (japanese),
amat mengundang pelbagai 'cerita'.
Mahu tahu cerita ?
Banyak perkara yang mahu dikongsi bersama.
Sungguh, ianya mensayukan hati.
Eh, mahu pergi sekolah.
Lain kali sambung cerita.
Itupun kalau ada yang mahu dengar cerita saya lah kan...
Ada ke?

Thursday, 20 January 2011

pengajaran detik ini




pengajaran detik ini:

pengharapan kepada Allah mesti menjadi
pertimbangan pertama dalam meminta sesuatu.

tidak kira semustahil mana sesuatu perkara,
wajib yakin dan percaya,
Dia itu Pengatur segala urusan langit dan bumi.

segala apa yang dilakukan,
mestilah dalam niat dan usaha
untuk mendapatkan redha dan rahmat Allah.

.
.
.
-noted-
latar masa : sewaktu pertengahan kelas CAD (seizu)
latar tempat : dalam bilik CAD

Wednesday, 15 December 2010

takkan...



takkan tersahut,


sapaan angin lalu.





takkan tersambut,


hilaian tawa ombak.





takkan terbalas,


kiriman salam samudera.





takkan terlayan,


senyum manis rembulan.





takkan termengerti,


sepi yang bukan dicari.








...bilapercayadibalasdusta,jawapannyahanyaredha...

see things...





.
.
.
.
.
.
.


see things 


from a different 


perspective.


.
.
.



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, 


sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, 


telinga mereka dapat mendengar? 


Sebenarnya bukan mata itu yang buta,


 tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."


[Al-Hajj 22 : 46]












yes.
berhenti melihat dari sudut yang sama.
celikkan mata.
bukakan hati.

iya.
setiap yang terjadi ada hikmahnya,
ada ibrahnya,
bagi orang-orang yang berfikir.

kata kuncinya ialah berfikir.
jika tak nampak kebaikan dari sisi sini,
boleh jadi ada manfaat dari sisi sana.

***************************

note: foto itu saya ambil ketika sedang membuat jikken(eksperimen) di makmal universiti.
tak tersangka dalam bilik makmal usang itu, tertampal kertas yang mengandungi ayat berbahasa inggeris yang makes me thinking more about life... makasih jikken.