Showing posts with label ...yuujou (friendship).... Show all posts
Showing posts with label ...yuujou (friendship).... Show all posts

Wednesday, 19 October 2011

You put your arms around me

 


Nah.

Buat sesiapa yang sentiasa menghulurkan tangannya buat saya.

Lagu ini untuk kamu, kamu, dan kamu.

Iya.

Kalian lah.


.
.
.

Saya juga mahu sentiasa menghulurkan tangan buat sesiapa yang memerlukan huluran tangan saya.

Walau sesukar mana pun ia.

Huluran tangan saya pernah ditepis, ditolak, diabai.

Mungkin tangan saya masih tak cukup kuat barangkali.

T___T

.
.
.
Doakan agar saya takkan pernah berhenti daripada berusaha untuk menghulur tangan buat kalian.

Doakan juga agar saya takkan pernah berhenti daripada menyambut huluran tangan kalian.
.
.
.



Terima kasih kepada seorang teman yang mendedikasikan lagu ini kepada saya.


Sebenarnya saya yang perlu melakukan sebegitu.


#samasamakesyurga
 

Friday, 14 October 2011

Berubah

Berubah.

Mudah ke untuk berubah?

Kebelakangan ini, kehidupan saya dihadirkan dengan manusia yang berubah serta-merta.

Ada yang berubah daripada segi penampilannya, daripada melepaskan berterbangan mahkota di atas kepala, kepada bertudung litup. Penuh sopan, lagi menusuk jiwa saya yang melihat.

Ada juga yang berubah daripada bertudung biasa-biasa kepada yang lebih teduh di pandangan mata. Pakaian juga sudah mula lebar-lebar, labuh lagi menyejuk mata.

Allahu...



Calon bidadari syurga. Yang dalam akan terpancar ke luar, meskipun yang luaran tak melambangkan yang dalaman. [kredit]


Ada juga yang berubah dari segi semangat terhadap dakwah dan tarbiyyah. Ini dapat dilihat jelas pada wajah, tutur kata, juga tindak laku adik-adik yang baru sahaja menjalani program ketika cuti musim panas yang lalu, juga rentetan daripada pelbagai program santai tapi penuh ruhi seperti rehlah di hujung minggu serta penglibatan di Ageo World Fair (sejenis program seperti ekspo yang melibatkan 30++ buah negara yang turut serta) yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Semangat yang menjulang ke angkasa sehingga menggerunkan mata saya yang melihat.

Ada juga yang dahulunya sekadar ikut-ikut orang sahaja berada atas medan ini, kepada keseriusan yang benar-benar serius. Hampir setiap masa yang ada digunakan untuk dakwah. Segala kejadian yang berlaku dalam hidup diterjemahkannya sebagai tarbiyah.

Subhanallah...

Ada lagi. Tak tersenarai di sini.

Berubah.

Segalanya berubah. Terkedip-kedip mata saya menyaksikan semua ini di hadapan mata.

Tak tersangka, teman yang dahulunya ber'huha'-'huha' tak kena masa, kini lantang bersuara di pentas dakwah.

Tak terjangka, adik yang dahulu berwajah innocent asyik ternganga, kini butir bicaranya terkandung hikmah.

Tak termimpi, teman yang dahulu berkeras suara tak mahu menyertai sebarang program tarbiyyah, kini seakan sendu memohon kekuatan untuk turut berlari memecahkan dinding yang dibina sendiri.


(Minta maaf kalian, mungkin saya yang underestimate T______T)

Allahu akbar.

Dia lah yang memegang hati-hati ini. Hati saya juga.

Moga hati-hati ini takkan terpaling lagi ke belakang selepas tersentuh oleh cahaya Ilahi.

Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur berhadapan dengan semua ini.

Kagum dengan jiwa-jiwa terpilih ini, yang mahu berubah kepada yang lebih baik. Graf semangat mereka sedang menjulang naik. (noted : Detakan jantung yang seirama sepanjang masa itu mengundang futur. Awas wahai daie.)

Bersyukur dengan rahmat Allah buat jiwa-jiwa ini. Allah masih sayangkan mereka. Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menghadap secara serius kepadaNya.

Risau dengan perubahan yang tiba-tiba. Sungguh, saya risau. Apabila kita terlalu drastik dalam berubah, tak mustahil hati kta juga akan cepat berpaling kembali kepada diri (baca : jahiliyah) kita yang dahulu.

Iya.
Iman - Yazid wa yankus. Naik dan turun tak kira masa. Iman seseorang boleh naik dan turun sesuka hati. Tak siapa pun yang mahu imannya turun menyembah bumi. Tapi rencana Dia, siapa yang tahu? Sesekali Dia menurunkan graf keimanan kita, untuk memanggil kita yang seakan jauh itu , untuk menghadap kepadaNya.

Saya amat mengharapkan agar jiwa-jiwa yang berubah ini, untuk terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan. Harapan pada diri sendiri juga, untuk terus tsabat atas jalan yang dipilih.

Ada seorang teman yang bercerita kepada saya, perihal dirinya yang mahu berubah. Katanya, dia tak terasa hidupnya terisi selama ini. Terasa kosong. Katanya lagi, dia berasa mahu sekali mengikut jejak langkah teman-teman yang lain yang terlebih dahulu melakukan perubahan dalam merapatkan diri dengan Rabb. (noted : Bukan sedikit orang yang terkejut dengan perubahan teman-teman sendiri. Lebih obvious kepada perempuan, kerana lebih menyerlah dari segi penampilan yang lebih ketara di pandangan mata. Saiz tudung, kelabuhan pakaian etc.)



Berubah? Inilah masanya. [kredit]



Perlahan-lahanlah dalam melakukan perubahan. Itu pesan saya yang tak sebaik mana.

Carilah teman untuk berada di sisi. Itu nasihat saya yang kerdil ini.

Bukan sebarang teman, tapi teman yang kita percaya mampu (baca : mahu) membantu kita dalam kembara kembali kepada Pencipta. Kerana dalam keadaan sebegini, kita akan lebih cenderung untuk terjatuh menyembah bumi. Dalam keadaan sebegini, hati masih berbelah bahagi, kaki masih tak kuat berdiri. Teman yang berada di sisi itulah yang akan membantu kita untuk bangkit kembali andai terjatuh. Si teman itu jugalah yang akan memapah kita untuk terus melangkah menuju Dia.

Percayalah, pada situasi sebegini, kita berkeadaan lemah. Goyah.

Pabila seseorang manusia itu mula serius dalam kembara mencari Tuhan, si syaitan dan kuncu-kuncunya akan benar-benar serius dan lebih bersungguh dalam mengendalikan kita.

Perlu sangat untuk mohon bantuan Allah.

Oh... i really mean it.

Bukan tiada manusia yang saya kenali, yang seakan mahu lari dari medan ini. Tak larat katanya. Sayu.

Bukan sedikit manusia yang saya kenali, yang berpaling daripada cahaya yang sudah di hadapan mata. Sebak.

Mengalir air mata melihat teman yang dahulunya bertudung litup, kini mem'bebas'kan mahkota, seakan bangga (?). Terasa teruknya diri ini, yang tak mampu membantu si teman itu untuk kembali bersungguh menuju Dia. Iya, teman yang baik itu adalah yang mampu berkata benar terhadap kita. Bukannya yang membenarkan segala kata-kata kita. Tak mampunya saya untuk menjadi teman yang baik. (noted : Sehingga saat saya menulis ini, teman itu masih bertudung litup ketika berhadapan dengan saya. Saya hanya pernah melihat foto 'bebas' nya sahaja. Sedangkan di hadapan teman-teman yang lain, si dia telah pun dengan beraninya menayang mahkota di kepala. Tak tahulah mengapa, di mana silapnya. Allahu... mari doakan dia.)


Sungguh, hati manusia itu, Dia yang pegang.

Moga Allah pegang hati kita kuat-kuat.

Moga keinginan kita untuk berubah kepada kebaikan itu, benar-benar direalisasikan kepada perbuatan, juga diiringi doa yang laju menerjah ke langit.

Mari, kita ulang-ulang doa ini :




[kredit]

Maksudnya :


(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi=Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.




Sedihnya andai kita menghentikan larian kita seketika, hanya kerana keletihan di tengah jalan, sedang garisan penamat sudah hampir tiba, cuma tak kelihatan di mata.

Berubah itu bukanlah mudah. Kuncinya adalah mujahadah.

Keletihan bermujahadah berpunca daripada titik mula yang goyah. [Jzkk kepada yang memberitahu ini]




Menuju ke puncak, bukanlah mudah. [kredit]




Sama-sama berlari menuju Dia.

Sama-sama melangkah ke syurga Dia.

Jom???????

Saturday, 9 April 2011

Aku-aku. Kau-kau.


...dalam islam, tiada istilah aku-aku, kau-kau...



"Nanti, dah duduk asrama, jangan tak kawan dengan orang lain. Bahaya," itu pesan bonda kepada saya dan saudara kembar saya.

Ketika itu, kami baru sahaja mahu menapakkan kaki memasuki sekolah berasrama penuh ketika di tingkatan 4.

"Kenapa bahaya?" soal saya yang tak memahami.

"Iyalah, kalau kita selalu bersendiri, mudahlah pihak yang jahat 'masuk' line, nanti jadi perkara yang buruk-buruk."


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]



"Pihak yang jahat? Syaitan ke? Jin?"

"Pun boleh juga. Mungkin juga manusia lain yang jahat."

"Oo... tapi kami berdua. Bukannya duk sorang-sorang."

"Memanglah kamu sentiasa berdua, kalau kamu tak berkawan sangat dengan orang lain. Orang lain pun akan 'takut' nak berkawan dengan kamu, bimbang tak dilayan. Asyik berkepit aje kamu berdua ni." ujar bonda panjang lebar.

Kami tersengih.

Itulah saya dan saudara kembar saya suatu ketika dahulu. Kami selalu bersama, walaupun kadang-kadang berlainan kelas. Memang sedar jugalah, yang orang lain ala-ala tak berani nak berkawan sangat dengan kami berdua, dek kerana kami sentiasa bersama.

Disebabkan kami mahu cuba 'membuka ruang' agar kawan-kawan lain turut berkawan dengan kami, kami cuba 'merenggangkan' diri antara satu sama lain.

Cuba berjalan seorang diri. Ke kelas, ke dewan makan, ke surau.

Iya. Kami 'tersilap' cara. Tindakan kami yang cuba merenggangkan diri antara satu sama lain dengan harapan agar kami masing-masing mendapat kawan-kawan rapat yang lain, akhirnya hanya menambah kesunyian kepada kekerapan berkeseorangan.

Haha.

Hipotesis awal tertolak.

Akhirnya, kami kembali bersama ke mana sahaja.

Dan kini, memang saya rindu untuk selalu bersama dengannya. Masing-masing berada di bumi orang membawa haluan sendiri. Saya tahu dia sentiasa membaca catatan saya di blog ini. Buat kamu, saya rindu kamu okeh.


***

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang beselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
[surah al-hujurat 49:10]



Menjadi muslim,secara automatiknya, kita tidak bersendirian. Juga tak boleh bersendiri.

Tak boleh juga kita menyendiri tak tentu hala. Iaitu, sengaja bersepi-sepian seorang diri tanpa ada sebab yang jelas lagi munasabah.

Melatih diri untuk selalu menyendiri tanpa tujuan yang jelas, kita hanya menempah bala.

Hidup di zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, mengundang banyak cabaran berbentuk ala-ala millenium.


"Aku buat hal aku, kau setelkan hal kau."

"Mind your own bussiness."

"Kain sendiri rabak, jangan duk usya kain orang boleh?"

"Alaaa... selagi dia tak kacau kita, biarlah dia buat apa pun."

"Kubur kita bukan ke asing-asing?"



Itu antara ayat-ayat yang mudah didengari berkenaan situasi hidup ala-ala nafsi-nafsi.

Menyumbang kepada keruntuhan akhlak.

Meningkatkan ego tak bertempat.

Mendorong hidup kurang bermaruah.

Tolak ke tepi sebentar, perihal kebangkitan ummah.

Selagi mind-set aku-aku, kau-kau ini tak diubah, memang selamanya kita akan berada di takuk yang sama.

Sebagaimana solat berjemaah itu menjadi keutamaan dalam solat fardhu, seperti itu jugalah kita perlu sentiasa bersama-sama dalam kehidupan seharian.

Dalam islam, tiada istilah aku-aku, kau-kau.

Kalau menjaga hal orang lain itu, atau bahasa mudahnya 'busybody', adalah tidak patut,

mana mungkin Rasulullah SAW beratus-ratus kali pergi mengetuk pintu rumah si Abu Jahal, demi mengajaknya kepada islam?

mana mungkin juga perlakuan ithar(melebihkan orang lain) menduduki tempat tertinggi dalam tangga ukhwah?

mana mungkin juga manusia diciptakan hidup di bumi dengan beban galas, melaksanakan tugas khalifah?

Logiknya mudah.

Pabila kita tak peduli dengan hal orang lain, secara automatik, kita tiada rasa tanggungjawab untuk berusaha mengajak orang lain bersama-sama kita menuju syurga.

Begitu.

Kita memang kena ambil tahu tentang orang lain. Lebih-lebih lagi tentang orang yang rapat dengan kita. Kawan-kawan kita. Adik-beradik apatah lagi.

Walaupun kadang-kadang ada orang yang tak suka dengan sikap kita yang ala-ala busybody, kita tetap kena ambil tahu juga perihalnya.

Boleh jadi juga sikap kita yang suka mengambil berat dengan perihal kawan kita, terjemahannya pada dia hanyalah kita ini penyibuk.

Jangan cepat melatah jika ini berlaku.
Mungkin ada cara kita yang tak berapa kena dengan situasi, pemikiran, mahupun penerimaan dia.

Bersabar.
Bermuhasabah lah.

Dan kita, elakkan diri daripada suka buat hal sendiri sahaja.

Hidup hanya untuk diri sendiri?
Tak seronok pun.

Hidup hanya memikirkan hal orang lain dengan mengabaikan diri sendiri?
Diri kita ada hak nya.

Mari.
Kita saling hidup untuk satu sama lain.



Jangan memencilkan diri tanpa sebab yang wajar.

Tak perlu menyendiri atas alasan 'malas bergaul'.

Kurang cemerlang dalam pergaulan?

Kelemahan bersosial jika dibiarkan, dikhuatiri akan membawa kepada kesan yang lebih kronik.

Tak mengapa. Perlahan-lahan lah. Latihlah diri agar selalu menjadi proaktif, bukannya reaktif.



Jangan terlalu suka melakukan hal sendiri-sendiri. Bahaya.

Jangan terlalu tak suka ambil tahu hal orang lain. Pun bahaya.

Samalah tu, tukar ayat je.

Haha.

Jangan sorang-sorang okeh.

Friday, 21 January 2011

sunyi


...sunyi? Allah kan ada...
[sumberfoto : deviantart]


Manusia.
Takkan tahu apa yang menanti di hadapan.
Tak tahu juga apa yang akan mendatang.
Cuma.
Berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Pengharapan pada Dia, tawakal.
Terima ketentuan Dia, redha.
Heh.
Mudahnya cakap.
Haha.
Bila kena batang hidung sendiri, kelu.

Oppsss...

Dunia.
Luasnya.
Luas lagi akhirat sana.

Manusia.
Penuh dengan leka.

Sunyi?

Cis!
Aku benci perkataan itu.
Kesunyian lah yang banyak mempengaruhi teman-teman aku.
Kalah dengan kesunyian.
Heh.
Manusia mula mencari fitrah.
Mahu perhatian segala.
Lupa barangkali.
Dia ada sedang memerhati.

Kesunyian diri mula diisi.
Hati kosong disangka lapang.
Wah.
Indahnya syaitan menghiasi futur.

........................

yes.
i really mean it.

Friday, 14 January 2011

dekat tapi jauh


[sumberfoto : deviantart]

.
.
.

Kadang2,
kita TERLALU fikir dan CARE tentang sahabat yang jauh2,
hingga kita TERlupa sahabat yang dekat2.
Allah itu hebat.
Sebelum kita pergi ke arah yang lebih jauh,
Dia tegur kita untuk melihat apa yang ada depan mata.

Fitrahnya manusia mahukan perhatian.
Keadaan latar belakang keluarga banyak memainkan peranan.
Dan si syaitan yang direjam tak pernah berhenti mengambil bahagian.
Pergolakan dalam hati tanpa sedar telah membuka peluang menuju ke jalan berdebu lagi kelabu.


...

noted : ini bukan puisi

Friday, 17 December 2010

Fikir untuk mengundang hidayah.

Bismillahi arrahman arrahim...


Latar tempat : sekitar kawasan universiti
Latar masa : petang khamis, 16 Disember 2010



yamanashi university, tempat saya menuntut ilmu



Saya mendail kembali nombor yang tertera di skrin telefon saya. Ada satu misscall daripada seorang teman dari Ukrain. Ksenya namanya.

Melalui perbualan di telefon, kami bersetuju untuk berjumpa di satu tempat di sekitar universiti.

Tak lama menanti, Ksenya tampil dengan senyuman berseri-seri.

"Minta maaf, buat awak lama menunggu," dia menyapa saya. Mesra.

"Eh, tak apa, takdelah lama mana pun," saya berbahasa.


Hiasan magnet dan losyen tangan.
Petang itu, Ksenya menyerahkan kepada saya satu hiasan magnet dan sebotol losyen tangan.



hiasan magnet. kecil tapi penuh makna.





losyen tangan. tanda ingatan seorang teman.


"Minta maaf lagi, saya simpan benda-benda ini dah lama. Sejak bulan 5 lagi.Baru sekarang dapat bagi awak," Ksenya menerangkan.

"Yang hiasan magnet ini boleh lekat di peti ais, ada gambar muzium. Indah pemandangan di situ,saya pernah ke sana," tambahnya.

"Oo... muzium ke... macam mana nak baca tulisan dia ni?" tanya saya tersengih-sengih.

"Sebutannya 'yalta' ," beritahunya. Ringkas.

"Losyen ini pun untuk awak. Saya ingat lagi yang kulit awak akan cepat kering bila cuaca menyejuk," katanya sambil menyerahkan losyen yang dibawanya dari negaranya, Ukrain.

"Waaahh... terima kasih, ingat juga awak kat saya," balas saya. Terharu.

Fikiran saya terbang mengimbas kembali peristiwa ketika dia memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke negaranya untuk melawat ahli keluarganya yang sakit sekitar bulan 5 yang lalu.

"Jangan lupa bawakan saya ole-ole dari Ukrain ye," kata saya selamba.

"Okey,"balasnya.

Tak tersangka dia mengambil kata-kata saya sebagai suatu yang serius.
Dia belikan saya hiasan magnet itu sebagai ole-ole dari negaranya.
Barang yang kecil tapi amat menyentuh hati saya. Ditambah pula dengan losyen tangan yang dibelinya khas untuk saya.

"Terima kasih," kata saya.

"Saya pun ada ole-ole untuk awak, dari Malaysia. Tapi benda tu ada kat rumah saya, tak dapat nak bagi awak sekarang," tambah saya.

"Tak apa, nanti lepas-lepas ini, kita boleh jumpa lagi. Waktu itu, awak boleh bagi saya ole-ole dari Malaysia tu," balasnya lembut.

Saya tersengih lagi.

Lepas-lepas ini, jumpa lagi? Macam dating pula.
Haha.
Saya ketawa dalam hati.

Dari perbualan biasa kepada perihal agama.
Kami terus berbual-bual.

Macam-macam cerita yang kami bualkan, dari cerita tentang study, hinggalah kepada hal-hal agama dan kepercayaan.

"Awak mahu minum apa-apa tak? Boleh kita minum-minum sambil berbual," tanya nya. Prihatin.

"Eh, tak apa. Terima kasih. Saya berpuasa pada hari ini," balas saya.

Hari itu 10 Muharam, hari asyura. Terbayang seketika sebuah bahtera besar yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. bersama orang-orang mukmin yang mengikutinya yang diselamatkan selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

"Oh, awak berpuasa. Minum air pun tak boleh ke? Strictnya... ," tanya dia. Spontan.

"Mana ada strict. Ok je..." balas saya. Tersenyum.

"Kami orang muslim berpuasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari, lepas itu boleh makan dan minum seperti biasa," tambah saya.

"Ooo... kami orang Kristian pun berpuasa juga. Ada suatu tempoh masa itu, kami tak boleh makan daging dan telur. Tapi boleh je nak minum air," cerita dia.

"Waaahh... boleh minum air sewaktu berpuasa..." saya bersuara. Cuba melayan.

"Kenapa orang kristian berpuasa sebegitu, ya?" saya lontarkan persoalan.

Dengan semangatnya dia menjawab soalan saya.
Dia memberitahu, orang kristian berpuasa sebegitu untuk kebaikan tubuh badan.

Saya mengangguk memberi respon.

"Oo.. Orang kristian percayakan Jesus kan? Siapa dia yang sebenarnya ni? Ceritalah sedikit tentang Jesus... "

Spontan.
Saya menghantar soalan 'bahaya' kepada dia. Bahaya juga kepada akidah saya.

Astaghfirullah...
saya beristighfar dalam hati.

Mohon diampunkan dosa andai keterlaluan dalam perbualan.

Lantas, doa dipohon menujah petala langit.
Mohon diberi kekuatan untuk berbicara soal akidah dengan orang yang belum mempercayai kebenaran Allah.

Berfikir tanda mencari kebenaran.
Sejak saya mengenalinya tahun lepas, perbualan kami selalunya akan menjurus kepada soal agama.
Agak bahaya perbualan kami, kerana melibatkan soal akidah.

Tapi saya cuba berfikiran positif,
menafsirkan keadaan sebegitu sebagai suatu tarbiyyah untuk saya dalam menyampaikan islam kepada orang bukan islam.

"Saya respek orang muslim yang pakai tudung seperti kamu semua ini," katanya merujuk kepada saya dan rakan-rakan muslim lain yang bertudung.

Itu kata-katanya di tahun lepas.
Masih jelas terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-katanya itu.

"Bila saya tengok kamu-kamu yang bertudung, saya dapat nampak yang kamu sedang 'protect' agama kamu," tambahnya. Bernada jujur.


Dia seorang yang suka berfikir. Itu hemat saya.

Penjelasannya tentang Jesus dan asal-usul hukuman salib yang dikenakan kepada Jesus jelas memberi signal bahawa Ksenya yang berada di hadapan saya ini seorang yang suka mengkaji tentang agama.

Penerangannya tentang Jesus, amat panjang.

Saya mengangguk, memberi respon.

Perbualan kami pada petang itu berlarutan.

80% daripada perbualan kami petang itu adalah tentang agama.

Perhatian saya tertarik apabila dia bercerita mengenai suaminya yang tidak bertuhan.

"Saya ada presentation hari ini. Please pray for me, " pinta suaminya pada suatu hari.

"Eh, awak kan tak percayakan tuhan, kenapa minta saya doakan pula?" balas Ksenya. Sinis.

"Walaupun saya tak bertuhan, tapi saya dapat rasakan bahawa dengan memohon pertolongan daripada tuhan awak, saya akan beroleh kekuatan dan kebaikan dalam presentation saya nanti," jawab suaminya.




Ksenya bercerita.

Matanya dikecilkan sedikit.
Memberi signal kepada saya bahawa dia tidak puas hati dengan pendirian suaminya yang tidak teguh berprinsip.

Kalau tidak percayakan tuhan, tak payahla nak suruh orang lain doakan pula...

Begitu fikir Ksenya.

Saya terus setia mendengar.
Mengangguk sesekali menghantar respon.

Seketika, saya mendongak memandang langit.

Langit sudah mulai gelap.
Maghrib sudah hampir, teka saya.

Saya melihat sekilas skrin telefon, cuba mengetahui waktu.

Eh, sudah maghrib, bisik saya.
Sudah melewati beberapa minit selepas maghrib.
Ternyata saya terleka berbual.

Saya meminta diri mahu beransur.

"Nak saya belanja apa-apa makanan atau air ke, untuk awak bebuka?" tanya dia pabila mengetahui saya tidak membawa duit ketika itu.

Saya tergamam.
Terharu sebenarnya.

"Tak mengapa, terima kasih," jawab saya pendek.

"Oh, takpe ke? Okey," dia membalas. Akur.

Saya mengangguk mengiyakan.
Tersengih buat kesekian kalinya.


Fikir dan terus fikir.
Sebelum beredar, saya memberitahunya sesuatu.

"Saya suka berfikir dan saya suka orang yang suka berfikir," ringkas.

"Saya memang suka berfikir," jawabnya pendek.

Dia tersenyum.

"Lets think together,"
katanya bersemangat.
Tangannya diletakkan di bahu saya.
Ditepuk-tepuknya bahu saya.

Yes.
Cubaan saya untuk memprovok berjaya!

Senyum. ^^

Saya cuba mengajaknya berfikir.
Kerana hidayah Allah hanya akan datang kepada orang-orang yang berfikir dengan izinNya.

Saya tahu,
tak guna untuk saya berhujah bercerita kepadanya tentang islam segala.

Saya percaya,
tak guna saya memberitahunya apa yang saya tahu tanpa memberi apa yang dia perlu.

Dia punya pelbagai persoalan.

Jadi, dia perlukan jawapan.

Saya tahu saya tak punya semua jawapan untuk semua persolan dia.

Lalu saya cuba mengajaknya untuk berfikir.

Bercerita tentang islam kepadanya tanpa membawa dia kepada apa yang dia cari adalah suatu pembaziran masa dan tenaga.
Mungkin juga penganiayaan.


Lalu, dalam keadaan yang memerlukan saya bertindak spontan sebegitu,
saya cuba bercerita tentang peristiwa daripada Al-Quran dengan menggunakan teknik chunking.

Hasilnya?

Alhamdulillah.

Katanya, dia berminat dengan cerita saya tentang permulaan kejadian manusia di bumi.
Cerita itu saya petik dari surah Al-Baqarah [2: 30-36]

Katanya, dia tertarik apabila saya bercerita serba sedikit tentang kisah para nabi terdahulu.

"Nama nabi-nabi kita banyak yang serupa. Ada banyak persamaan rupanya antara kristian dan islam," katanya.

Saya tersenyum. Melayan.

Lakum deenukum waliyadeen
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Lafaz dari ayat ke-6 surah al-kafirun melintas di hati.
Saya cuba bertegas.

Agama kita takkan sama.
Saya memberitahu hati sendiri.

Tak lama, kami berbalas senyuman sambil mengaturkan pertemuan seterusnya.
Memberi peluang untuk saya menyerahkan ole-ole untuknya yang saya bawa dari Malaysia.

Ada hikmah apabila ole-ole untuknya tertinggal di rumah.

Dan senja itu,
saya menapak pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.




Allahu Allahu...
bantu aku untuk membantu agamaMu...

.
.
.
note : Ini cerita bukan rekaan. Moga ada sesuatu yang boleh kita ambil dari kisah ini. Terima kasih juga kepada yang membaca.

Sunday, 7 November 2010

mahu yang baik.


.
.
.
mahu yang terbaik.
Dia beri yang terbaik.
tapi diri mentafsir yang sebalik.
apa yang terjadi dianggap jelek.
itu ciri manusia pelik.
diri bukan manusia terbaik.
yang mampu fikir hanya yang baik-baik.
.
.
.

wahai Penilai Hati...
yakinkan aku bahawa Engkau itu Maha Memberi.

wahai Pemilik Nikmat...
yakinkan aku bahawa Engkau itu dekat.
.
.
.

Allahu Allahu...
izinkan aku melangkah ke Sana...
bersama mereka yang aku cinta...



monolog aku,
-terataibiru-

Tuesday, 28 September 2010

Raynaud's Phenomenon - bukan bencana alam.

erk... apakah?

Sila tepuk tangan bagi sesiapa yang pernah mendengar 2 perkataan di atas. Bagi yang berkebolehan untuk menghuraikan 2 perkataan di atas, i salute u ok.

Saya tidak pernah mendengar apatah lagi mengambil tahu tentang 2 perkataan itu sehinggalah saya menyedari fenomena itu berlaku pada diri saya. Jujur tu.

[sumber foto]



Serba sedikit tentang Raynaud's Phenomenon :


-Proses perubahan warna


1) Suatu fenomena yang agak menarik. Hujung jari-jemari tangan dan adakalanya kaki akan menjadi warna putih atau senang kata, jadi pucatlah. Incik doktor kata sebab pembuluh darah menyempit dan menyebabkan bekalan darah yang dihantar ke hujung jari itu berkurang.


[sumber foto]

2) Kemudian, akibat kekurangan oksigen di dalam darah, hujung jari yang putih tadi akan berubah warna menjadi warna biru dan adakalanya kehitaman.


[sumber foto]


3) Dalam beberapa ketika, hujung jari tadi akan bertukar warna menjadi merah menyala. Agak menyakitkan sebelum ia kembali ke warna asal iaitu healthy colour.


[sumber foto]



Selepas proses perubahan warna tadi, pesakit akan rasa sedikit kebas gitu. Boleh pulak main ubah-ubah kaler. Macam kelakar pun ada. Haha.

Jangan ambil mudah kalau tak mahu jadi begini.

[sumber foto]


- Punca fenomena


1) Suhu sekitar yang rendah. Sejuk.

Tak perlu sejuk main salji. Sejuk aircond kereta pun dah cukup untuk jari bertukar kaler.


2)  Stress.

Tekanan perasaan jangan ceritalah. Tengah elok-elok duk studi pun boleh menyebabkan jari berubah kaler. Mungkin sebab duk perah otak teramat sangat waktu studi hingga menyebabkan otak terjemahkan ia sebagai stress.


[sumber foto]


senang cerita, begini...



[sumber foto]



[sumber foto]



Menyempitkan salur darah adalah jalan pintas yang diambil oleh tubuh badan untuk protect diri daripada sebarang pressure. Pressure yang dimaksudkan termasuklah stress studi, kuat berangan berfikir, sedih melampau, cuaca sejuk, bunyi yang kuat, cahaya yang menyilaukan dan lain-lain yang boleh menyebabkan otak pesakit bekerja secara serius.


Agak ngada-ngada di situ. Padahal orang lain pun studi juga, ada je sedih-sedih semua. Tapi untuk si pesakit, kalau otak bekerja lebih sikit, otak terus anggap ia sebagai pressure lalu memberi arahan kepada salur-salur darah supaya segera menyempit sebagai jalan pintas untuk protect the body.



-Langkah mengatasi fenomena.


1) Tiada. Hanya berikan haba kepada jari-jari yang memutih dan menyejuk itu. Kalau ada air panas lagi bagus. Eh, bukan. Air suam. Kalau air panas, jari mungkin terkejut sebab perubahan suhu yang amat kontra dan mendadak. Sila percaya. Jari saya pernah melecur kerananya. Urut tapak tangan perlahan-lahan dalam air suam tadi sehingga warna kulit kembali ke asal.


2) Kalau tiada air suam,letaklah jari di mana-mana tubuh badan yang agak warm gitu. Malas nak tulis apa dia, semua dah besar, boleh fikir sendiri.

3) Pakai glove. Setel.


[sumber foto]


Secara peribadi, saya lebih suka langkah nombor 2 ini. Malaslah nak cari air suam bagai.

Selalunya saya akan mengada-ngada minta kawan-kawan menggenggam tangan saya. Minta haba sikit. Dan setakat ini tiada yang menolak, Alhamdulillah. Entahlah. Saya rasa amat best . Rasa macam kawan-kawan sayangkan saya. wallllllaaaa..... Waktu di rumah tempoh hari lagi seronok sebab yang akan menggenggam tangan saya ialah emak saya. Dan alangkah bahagianya kalau nanti suami saya yang akan menggenggam tangan saya yang memutih dan menyejuk itu sambil berkata, "don't worry sayang, i'm here to keep you warm..." hehe.


Itu sahaja serba sedikit tentang Raynaud's Phenomenon. Saja rasa macam nak share dengan sesiapa yang terjenguk ke blog ini.


Menyedari diri ini adalah salah seorang yang mengidapnya, saya rasa bersyukur dan menganggapnya sebagai satu rahmat dari Dia. Iyalah, waktu-waktu beginilah kita nak sedar yang ada lagi insan-insan yang concern dengan diri kita. Bila sakit, baru kita sedar nikmatnya sihat. Sakit tau bila cuaca sejuk.

Setakat ini, jari-jemari percuma kurniaan Dia ini hanya akan menyejuk lalu memutih dan adakalanya kebiru-biruan. Alhamdulillah, belum sampai tahap bengkak sangat-sangat. Kalau dah bengkak, mungkin akan menyukarkan untuk pakai cincin sebab nanti akan rasa sakit pada jari. Tak boleh pakai cincin? Oh, no...~~~ Kiranya bukan tahap yang kronik lah. Boleh pakai cincin lagi tau.

Dulu saya fikir semua orang akan rasa sejuk seperti yang saya rasa, tapi rupa-rupanya saya je yang sejuk lebih daripada orang.


Tubuh badan saya seolah-olah tak dapat menerima sebarang pressure secara biasa. Dia anggap luar biasa gitu. Memang mengada-ngada.



Mungkin sebab ini jugalah saya selalu sakit kepala a.k.a. migrain. Dari artikel yang saya baca, kafein akan memburukkan keadaan si pengidap Raynaud's Phenomenon. Tapi saya suka kopi sangat-sangat. Hampir setiap hari saya minum kopi. Minum kopi sunah nabi tau.



[sumber foto]


Lagi satu, merokok juga akan memburukkan keadaaan si pengidap fenomena ini. Jadi, bakal suami saya mestilah bukan dari kalangan perokok. Tiada kompromi.



[sumber foto]

.
.
.

Sekian dari saya melaporkan tentang Raynaud's Phenomenon. Tak pasal-pasal femes pakcik Raynaud nih.

Kepada yang mahu tahu lebih lanjut tentang fenomena ini, sila manfaatkan incik wiki dan incik google. Terima kasih.

Sunday, 16 May 2010

...golden week gathering [gwg'10]... ~ after

Tatkala cuti minggu emas (1-3 Mei) baru-baru ini...

Alhamdulillah, Chiba-ken telah menjadi saksi berkumpulnya insan-insan yang terpilih untuk sebuah lagi program ilmu... [memang mencari emas lah kamu-kamu ini]

Iya. Para peserta datang dari seluruh Jepun.

Sekali fikir memang seperti tidak logik. Mana tidaknya, pada waktu cuti yang sememangnya dinanti-nantikan oleh sesiapa pun yang bergelar pelajar, wujud juga manusia-manusia yang sanggup berhabis duit membayar tambang untuk ke Chiba-ken---> sudahla hari-hari biasa pergi ke kelas, hari cuti pun nak belajar juga? aish~~~


Lagi pulak, melalui perjalanan yang jauh, dah sampai ke tempat program, kena belajar lagi... [dah namanya pun majlis ilmu]








Tapi, nasib baik lah program dijalankan secara santai-relaks-berisi. Jadi, tiadalah pressure sangat ---> rileks pun rileks, ilmu pun dapat, ukhwah pun terasa. Memang terbaik.

Bertemakan 'discover our self' , program dijalankan dalam suasana yang cukup santai.

Mengajak para peserta untuk sama-sama menyingkap proses kejadian manusia sambil menyelak-nyelak tafsir Al-Quran - ternyata sains membenarkan Al-Quran.










Terngiang-ngiang lagi suara-suara para peserta yang bersuara membuat kesimpulan daripada pengisian program~

Manusia terdiri daripada 2 unsur :
-roh
-tanah (jasad)

daripada 2 unsur itu, ada 3 komponen :
-akal
-hati
-jasad

setiap daripadanya memerlukan makanan :
akal---> ilmu
hati---> zikir, baca Al-Quran, tadabbur alam, dll...
jasad---> makanan dan minuman

daripada 3 komponen ini, yang PALING berkuasa ialah HATI.

ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
[hadith riwayat Bukhari dan Muslim]








Apabila disentuh perihal hati, ramai yang terkesan. Sebab hati tak dapat menipu. Manusia memang begitu. Rata-rata manusia yang saya temui, apabila perihal hati ditimbulkan, ramai sekali yang berminat. Orang kampung saya kata, perihal heart-to-heart, memang terpahat. [apa kaitan?]


Apabila hati memilih A, maka darah akan mengalirkan maklumat ke otak sebagai arahan untuk menterjemahkan tindak balas yang lahir dalam bentuk tindakan fizikal.

Oh~

Hampir tersasar daripada topik asal. Asalnya mahu bercerita mengenai suasana program tempoh hari, ntah macam mana boleh tercerita pasal hati kat sini.

Okai.

Sebelum lebih tersimpang, saya berhenti setakat ini, untuk entri ini.

Terima kasih kepada yang membaca.

Doakan saya untuk menulis entri-entri yang lain
-ketiadaan internet di rumah baru menyukarkan diri untuk aktif berblog.

-sudah ada beberapa draf, tapi baru separuh jalan. Konpius mahu habiskan yang mana dahulu.

Abaikan alasan-alasan di atas. Terima kasih kepada yang bertanya.

Sekian~~~

[sumber foto---> fesbuk kak eni] ... jzkk~~~

notakaki : ...yang mencari pasti akan menemui, andai itu janji Ilahi...

Tuesday, 10 November 2009

...aku dapat award la...

~salam alaik...

~waaahh... lama gak blog ni x diupdate. bizi sketla lately...



...daun2 disinari cahaya...


~ haha... besela, student kan, kenala membizikan diri. lagi pulak, idup ni kan ke kejap banget. kalo x membizikan diri, idok ke rugi? hidup ini terlalu singkat untuk duk lepak2 abihkan masa begitu sahaja. setuju?

~aha. sesekali, aku membawa kursor tetikus melayari laman2 maya.

~kecoh. memang kecoh.

~pastinya ramai yg tahu mengenai kes penangkapan seorang bekas mufti baru2 ini. yaaa... x lain x bukan, Dr. Asri. Dan aku, sekadar memerhati... (OOpppss... x tahu ke? sila cari info pasal kes ini sendiri ye. maleh nak boh link)

~mentaliti, pemikiran dan peel org2 kita sedikit sebanyak turut menyumbang kpd makin gawatnya kes ini.

~haha... memang tahpape. aku x mahu kata yg mana salah, yg mana betul. aku sekadar memerhati...

~yeah! mari berfikir... mari bermuhasabah. kes Dr. Asri ini mengingatkan aku kpd tuduhan Dr. Asri terhadap seorang karyawan Malaysia, saudara Faisal Tehrani suatu masa dulu.


~Allah itu maha adil kan...





...jamuan raya 09 warga yamanashi...


oh, lupe lak.
terlari topik lak.
aha...
aku dpt award...
ala...award dlm dunia blog la...
sape bagi?
ade sorg kwn yg bg. aku panggil dia dekja.
dulu dia ade blog, tp skang ni dh deactive blognye...
lama dh dia bg award ni, sebelum raya lagi.
cumanya, baru skang aku berkesempatan tuk amik awardnya. (maafkan saya, dekja)


inilah awardnye...





~i lebiu too...
~terima kasih, dekja. lama kita x jumpa ya...



...berlatarkan akahashi (jmbtn merah)...


~eh, kena jwb soalan lak...

1)NYATAKAN 5 FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI

1~pandai melukih...
2~baik orangnya...slalu tulung org....
3~org perlis~ingat lagi trademark dia--->fromkangaqwiflurve...
4~suka berpikir. jadi, pendapatnya slalu bernas okay...
5~maksud namanya---> cahaya belahan jiwa (memang saya suka la...)




...gunung fuji yg sudah bersalji... (lihat pantulannya di air, subhanallah)



2)SETIAP BLOGGER HARUS MENYATAKAN 10 FAKTA/HOBI DIRI SENDRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD SETERUSNYA

~uiks...
~fakta no hal...
~hobi tu byk hal...
~dah la nk sepuluh...


1~seorang muslimah...(yeah! i'm proud to be muslimah)
2~juga dikenali sbg teratai biru...
3~ade kembaq... (tolong jgn wat2 terkejut)
4~suka menjadi diri sendiri... (ori punya)
5~akan diam bila x menyenangi sesuatu... (biarkan si luncai bersama labu2nya)
6~x suka org yg tiada common sense... (org gini slalu pk diri sindri je. tahpape)
7~cukupla tu. maleh dah.
8~udah2...
9~udah2...
10~udah2...




...melihat kouyou di waktu malam... (siyes sejuk banget tym ni)


3)ANDA PERLU MEMILIH 10 PENERIMA AWARD SETERUSNYA
DAN DESCRIBE TTG MEREKA


~tu dia... 10 je?
~ade ramai org la yg sy mahu bg ini award...
~gimana sih?
~xpela... boh je la...


1~saba shinshu
~kelate mariii... suka tulung org. suke2...

2~wawa hiroshima
~punya stail tersendiri... baik orgnye...

3~ati chiba
~concern punye org... bez2.

4~huda fukui
~selamber punye org... cayalah...

5~aqem korea
~klaka orgnye... rindu sama kamu la aqem...

6~anis kagoshima
~berdikari orgnye... betui anis, x tipu maaa...

7~yong nagoya
~bersemangat orgnye... yeah!

8~chah yokohama
~prihatin orgnye... alert gitu...

9~alin kitami
~pandai jaga hati org... baik punya...

10~oshn yamaguchi
~org sabah ni bah... jenis terus terang punye org ni bah... i like bah...




...kek besday... (maseh semua, suke2)


notakaki 1: nk bg ramai lagi maaa... tp xpela, bg kwn2 sama aaj je wat kali ni.
notakaki 2: sapa2 yg bkn aaj yg rasa mcm nk award ni jugak, sila la amik. jgn malu2.


~wokkey... udah setel ini award.
~i lebiu oll lah...
~terima kasih...
~sekian...

Thursday, 2 July 2009

...masih ada yang mencari...

Bismillah...

Salam alaik...

Ape kabar IMAN? ---> ada baguuuz?

sekarang sudah masuk bulan Rejab...
Alhamdulillah, ramai juga yg mengambil kesempatan untuk menambah pahala dgn berpuasa sunat di bulan ini.

--->melihat ramai yg berpuasa ketika natsu(musim panas) kian menjelang membuatkan aku tersenyum sendiri. waaaaahh...satu fenomena yg amat indah pada aku.

~Matahari yg panas menggalak di atas kepala tanpa angin sepoi2 bahasa ... cukup membuatkan sesiapa pun x senang duduk. ditambah pula dgn waktu solat subuh masuk pada sekitar pukul 2.45am, waktu maghrib pula sekitar pukul 7.05pm, dlm kata lain, waktu siang yg lebih panjang drpd wktu malam. x lain x bukan, pastinya IMAN yg 'memberi' kekuatan untuk kita berpuasa pada ketika ini.

~dan kepada mereka2 yg berpuasa, syabas dan selamat berbuka puasa diucapkan...

ibarat kata kak fizah dlm blognya...
--->"jom kita panaskan enjin amal sebelum kita pecut enjin tu di bulan ramadhan! "


hari isnin yg lalu...

aku smpat ber ym dgn seorang teman .(dia juga sedang menuntut ilmu di perantauan,tapi di negara yg berbeza).

~temanku memberitahuku, dia sabishii(sunyi)...
"...japgi aku nk berbuka puasa, tapi xde teman, sorang2 je. ko kan tau aku x biasa makan sorg2..."

--->fikiranku pantas mengulang tayang kenangan2 aku makan bersama2 dgn temanku itu. ketika sama2 menuntut di AAJ dulu, ditambah dgn faktor bilik yg dkt, selalu juga kami makan bersama. Benar. Temanku agak kekok sekiranya berseorangan ketika makan. seingat aku, selalu juga dia dtg ke bilik aku untuk makan bersama, walaupun adakalanya ketika aku tidur. pernah aku terjaga dan mendapati dia sdg makan seorg diri. katanya, biarla aku x makan skali pun, janji ade org yg berada berhampiran dgn dia sewaktu dia makan.
...oh~


~aku membalas...
"...xpe, ko bayangkan macam aku ade skali dgn ko. kiranya aku temankan ko makan la..."

~temanku membalas lagi...
"...time aku makan, mmg aku teringat time makan sama2 dgn ko..."

--->waaaahhh...terharu....
"kita selalunya lupa akan kesedapan sesuatu makanan yg kita makan, tetapi kita akan ingat dgn siapa kita makan"


~temanku berkata...
"...di bulan Rejab ni, bagi TAZKIRAH sket...dah lama x dengar TAZKIRAH..."

~aku terdiam dan secara spontan, aku membalas
"...ko mencari tazkirah?...

~aku menambah
"...tabik wa cakap lu...di saat org lain lari dari TAZKIRAH..."

~pantas temanku membalas
"...jgnla ckp camtu, aku x tahan dgn pujian..."

~hohoho~
~aku yg serba kekurangan ilmu ini, hanya sempat berkongsi fadhilat2 beribadah di bulan Rejab bersama temanku itu...

jauh di sudut hati...
aku sebak,
untuk seketika, aku termenung
dan
tap...tap...tap...
genangan air mata yg aku tahan dari tadi tumpah jua......cis~

TAHU KENAPA?
1--->sedih krn x dpt menemani temanku itu berbuka puasa...
2--->terbayangkan ke'sabishii'an temanku itu...
3--->(teruskan membaca...)

~di saat ramai org TIDAK MAHU mendengar TAZKIRAH
~di saat ramai org TIDAK MAHU merasai manisnya halaqah
~di saat ramai org TIDAK MAHU menyertai program2 ilmu

~masih ada yg mencari TAZKIRAH
~masih ada yg mencari makanan rohani
~masih ada yg mencari ketenangan yg pasti

selesai ber ym...

~aku termenung lagi...
~terkenangkan jawapan2 segelintir teman2 ketika diajak bersama-sama mendengar TAZKIRAH, bersama-sama saling bertemu lutut dlm halaqah, mahupun menyertai program2 ilmiah...

"yg wat mende2 camtu, org yg baik2 je..."
(aku bermonolog)--->ye ke?

"aku ni x layak lagi la..."
(aku bermonolog)--->mcm mana baru boleh dikatakan layak?

"aku ni x baik pun ..."
(aku bermonolog)--->ooo...

~watever~

--->
Daripada Ali menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: Akan datang ke atas manusia satu zaman ketika itu Islam tidak ada yang tinggal kecuali hanya pada namanya dan al-Quran tidak tinggal kecuali pada tulisannya, masjid-masjid mereka begitu indah namun ia kosong daripada petunjuk, ulama mereka tergolong daripada kalangan manusia paling jelik yang wujud di bawah langit. Daripada kalangan mereka lahir fitnah-fitnah dan akan kembali kepadanya".
(H.R Baihaqi)

~mungkin pula kita TAK TAHU yg ini, atau pernah TAHU tetapi terlupa barangkali...
--->
Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis Ilmu.
(HR Thabrani)


~mungkin pula kita ada urusan lain yg lebih PENTING dan perlu diSETELkan segera, dlm erti kata lain kita dlm kesibukan sehinggakan tiada waktu untuk menyertai program2 ilmiah...
--->
"Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya.Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(surah Ar-Rahman 55;29~30)



Hmmmm.....siapa yg dalam kesibukan sebenarnya ni...~


~mungkin pula kita kurang sihat ketika TAZKIRAH diberi, ketika halaqah dilakukan, ketika prog2 ilmu itu diadakan ...
--->
"Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"
[Al-Baqarah 2: 155]



~mungkin pula...bla bla bla...

YES!

terasa jua kebenaran kata2 As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna
--->
"…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."


tapi kan...
--->
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis," maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu...."
(surah Al-Mujadilah 58;11)


~sesungguhnya janji Allah itu pasti, tak pernah dan tak akan dimungkiri.

~Allah dah janji yg Dia akan memberi kelapangan kpd kita kalau kita memberi kelapangan di dlm majlis2 ilmu.
susah sangat ke untuk kita luangkan sedikit masa untuk perkara2 yg berilmiah?
Susah sangat ke nak percaya janji Allah yg ini?
~ya! memang susah.kerana apa? kerana kepercayaan kpd Allah bergantung kpd tinggi atau rendahnya tahap keIMANan seseorang. IMAN kita tidak berada dlm keadaan yg statik yakni sentiasa berubah-ubah---> krn itulah kita perlu saling ingat-mengingati...



sejenak ...
--->
"Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan"
- Riwayat al-Bukhari



terlintas jua di fikiran...
~mengapa kurangnya sambutan terhadap majlis2 ilmu?

mungkin ini jawapannya...

~kelesuan majlis ilmu itu sendiri.
~ye. majlis ilmu yg lesu. x bermaya. x bertenaga. x 'hidup'.
~mahu mengetahui dgn lebih lanjut? klik sini,teruuus kpd saifulislam,scroll mouse sedikit ke bwh...



Opppsss...
chotto matte (tunggu sekejap)...


tak perlu kita menuding jari menujah sesiapa
--->mari kita saling ingat-mengingati...

tak perlu kita bersuara melontar bicara
--->andai tiada hujah yg pasti...

~mari kita berlapang dada~

~mari kita kembali pada Yang Esa~

~merenung kembali hakikat penciptaan manusia~

--->
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah 2;30)


juga ini...

--->
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
(Az-Zariyat 51;56)


~DIAM~


--->biarkan IMAN yang berbicara<---





~lalala~

~terima kasih~

~...sekian...~

Sunday, 31 May 2009

...raikan persamaan, hargai perbezaan...


bismillah...

hoho...

skang ni ak duk kat Jepong, bkn kt Msia, yakni ak skang berada jauh dr mak, ayah, n famili...

kat sini, ape-ape hal pun, suma kena setelkan sindri. kalo nk mnta tolong pun, bule mntk tolong kat kengkawan n senpai2(senior) je...

bila dh berada dlm lingkungan kwn2 ni, ak smkn blajo erti persahabatan. org putih kata friendship gitu...

hmm...
dlm persahabatan ni, ak blaja yg kita kena ade sft tolak ansur, give n take, x berkira, saling memaafkan, saling membantu , bla2...

oh...
baru2 ni pun ak dpt ilmu yg sgt bernilai ...
ilmu yg x mungkin ak dpt waktu jugyou(kuliah). mende ni berlaku mggu lps.
xyah cite kat cni kot...
cukupla ak ckp yg somtin kanchigai(salah paham) telah berlaku antara ak ngn sorg kwn ni...

tapi skang, Alhamdulillah, dh smkin baik hubungn kami...

ak igt lagi yg tym dia dtg mntk maaf kt ak mlm tu,tah ape kena ngn ak, ak bule x pndang muka dia pun. amboiiih, sombongnye ak...

jauh di sudut hati, ak dh maafkan dia. ak cube cube bisik kat hati ak supaya mudah maafkan org, xyah dendam2...

esok2 nye...

walaupun hari2 b'jmpa, ktrg jarang bersembang cam dulu.msg2 juz b'ckp tym perlu je. ye la, mmg obvious la yg msg2 sdg sedaya upaya utk menjaga hati antara satu sama lain.

yes!

mmg ak dh maafkan dia, tp apasal ak bule bersikap dingin ye?
ak terpikir gak mende tu.
a ah. memang. ak terasa sgt la apa yg dia dh wat. terkilan to iu ka?..
walaupun ak dh suh hati ak maafkan dia, lupekan mende2 dulu, tp still rasa cam ralat tym b'sembang.

-----> dgn ak yg membuat muka pura2 ceria tym sembang ngn dia, kdg2, pura2 gelak, dgn dia yg ttp setia bercerita ttg ape2 ngn ak walaupun x serancak dolu2...( ak perasan la yg dia sdg cuba utk b'sembang tanpa memgecikkan hati org len, ckp pun cam cover2 gitu...) hahahahaha... hipokrit?

oh, tidak....
hipokrit janei(x hipokrit)!!! itu cuma salah stu usaha murni dlm persahabatan. ak amat hargai detik2 yg penuh 'kepura-puraan' itu.

krn ape?

sebab...
dgn terjadinya 'pristiwa2 bersembang yg cam pura2 hepi'...~
dlm x sedar, kepura-puraan itu sdg mengajar ak supaya menerima kelebihan dan kekurangan org len.

kdg2... x suma perkara tu tjadi spt yg kita mahukan...
---> krn kita x idup seorang diri di atas dunia ni.

kdg2... yg kita mahukan itu, x semestinya yg terbaik...

---> " Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(surah Al-Baqarah; 216)


sou da ne...(mmg gitula...)~

kalo mende ni x happen, mgkin ak still harapkan satu 'kesempurnaan' dlm persahabatan.
kalo mende ni x happen, ak xtau sape kawan ak yg bule dijadikan sahabat.

----->tym ak tgh sedey sengsorang tu, ak anto offline message kt rohan(dia kat yamaguchi, jauh tau.) ak ckp ak tgh sedey. tym tu mmg ak perlukan somebody tuk ak cite ape yg ak tgh rasa. pastu, rohan kol ak... ptg tu ak n rohan pun bersembang la... hoho...~
ak igt lagi, rohan ckp... "...kita sbg pihak yg matang dan bule berpikir, beralah la...~"

ehem... ak ni matang ke?----> ak sdg cuba bertindak scr matang...
ehem... ak ni bule berpikir ke?---> ak sdg cuba berpikir scr waras...

dan...

walaupun rohan dh ckp gitu, ak still rasa cam tahpape, rasa cam terkilan lagi ngn kwn ak yg sorang tu.

dan...

dlm kehuru-haraan perasaan ak ptg tu, ak cuba belek2 tafsir Quran yg amat ak sayang...

dan...

ak terpaku seketika pada ayat ini...

---> "Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (pula). Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (surah Ar-Rahman;60-61)

dan...

ak terkedu pada ayat ini...

---->"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
(surah Al-Hujurat; 10)


oh, terima kasih rohan atas kata2mu itu...~

oh, segala puji bagiMu ya Allah, atas ayat2Mu yg begitu bermakna dan bernilai...~

oh...
oh...
oh...

oh. betapa tahpapenye ak...

---->org dh mnta maaf... lupekan je la mende yg dh lps tu...

oh, betapa bersungguhnya dia cuba mnjaga hati ak...

---->dlm sesi bersembang yg cam 'kepura-puraan' itu...

oh...
oh...
oh...




dan...
hari itu ak belajar...

sesungguhnya ukhwah itu indah...~


ak pun xmau ade perasaan x suka kat sesape...
nnti, hati x senang, blajo pun susah nk masuk,
takut2 nnt ibadah pun x terangkat ke langit...~


ye...~

kena sentiasa berbaik sangka...
kena sentiasa wat baik je...


kena bersihkan hati slalu...
caranye?
istighfar byk2...
slalu2 berzikir...









Ya Allah, terima kasih...

Ya Allah, ak bersyukur atas sahabat2 yg Kau izinkan ak mengenali mereka...

...dlm persahabatan...
...raikan persamaan, hargai perbezaan...