Kadang-kadang,
aku rasa macam dah hilang hidup.
Jam 730pagi sudah terpacak di kilang.
Jam 730malam, kalau sudah menjejak rumah,
akulah manusia yang paling gembira.
Macam nak lompat-lompat pun ada.
Hidup macam hilang.
Sekejap.
Atau diri aku yang sudah hilang?
Tenggelam dengan suasana sekeliling.
Entah.
Aku tak dapat fikir.
Macam tak mahu nak fikir.
Redah.
Redha.
Dua kata kunci,
yang memungkinkan aku untuk terus melangkahkan kaki.
Showing posts with label ...mati.... Show all posts
Showing posts with label ...mati.... Show all posts
Sunday, 15 June 2014
Sunday, 29 January 2012
Sempena gempa bumi : Betul kah kita muslim?
Ini adalah post sempena gegaran bumi yang bepusat di Yamanashi, selama dua hari berturut-turut sejak kelmarin (28/1/2012) hingga saat post ini ditulis (29/1/2012).
Kelmarin dan hari ini, rumah sewa saya bergegar dengan gegaran yang agak kuat dan luar biasa.
Terbayang memori ketika gempa bumi bermagnitud 9 pada pertengahan bulan 3 tahun lepas.
Puisi yang terhasil daripada peristiwa itu amat menyentuh jiwa saya.
| Apabila gempa berlaku di laut, maka akan terhasillah tsunami. [kredit] |
Iya.
Kebelakangan ini, bumi matahari terbit ini kerap kali bergegar. Bahkan pada tempat-tempat yang dahulunya jarang bergegar pun, kini seolah turut merancakkan pergerakan plat-plat bumi.
Oh ya, bumi samurai ini juga sedang hangat berbicara tentang ramalan yag dibuat oleh para sensei dari Tokyo University, yang menjangkakan bahawa Jepun akan mengalami gempa bumi yang kuat (bermagnitud 7) dalam masa 4 tahun terdekat ini.
Baiklah baiklah, saya tak mahu bercerita tentang ramalan tersebut. Anda boleh manfaatkan incik google mahupun tiubawak untuk maklumat lanjut berkenaan itu.
Sebelum saya menerjah ke point utama, mari saya cerita sesuatu.
Adalah suatu hari (Selasa) pada minggu lepas. Telah ada khabar bahawa esoknya (Rabu) bahawa Jepun akan mengalami gempa bumi yang sama atau lebih kuat daripada yang pernah berlaku pada bulan 3 dulu. (noted : Khabar ini terbukti palsu. Ianya sekadar khabar angin. =.=' )
Maka tersebutlah kisah, di ruangan pengicau, dalam banyak-banyak kicauan berbaur gempa, ada satu kicauan yang menarik perhatian saya, lebih kurang begini ayatnya:
"Esok gempa, nak kena buat assignment tak?"
![]() |
| Assignment ibarat isi dengan kuku, bagi student normal. [kredit] |
Wow...
Baiklah saya mengaku. Sejujurnya, saya pun ada terfikir juga, andai hari Rabu gempa, maka saya tak perlu menduduki exam pada hari Rabu, Khamis, dan hari-hari berikutnya. Juga tak payah susah payah
Rupa-rupanya ramai lagi insan di luar sana yang berfikiran serupa. Ada kenalan saya yang berfikir bahawa nanti andai gempa besar itu benar-benar berlaku pada hari Rabu, maka tak payah lah nak buat ronbun (eerrr... bahasa mudahnya, Thesis). Saya tak pernah tulis ronbun lagi, tapi daripada cerita-cerita senior, menulis ronbun itu amatlah susah, susah, dan susah,
Tapi, alhamdulillah saya tetap study untuk exam hari Rabu itu. Takdelah nak menyerah macam orang kalah.
Buat saya dan kalian,
Mai sini nak habaq...
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Inilah kurma. [kredit]
Terfikir tak, kenapa benih kurma yang memakan masa bertahun untuk tumbuh itu perlu ditanam juga, walaupun esoknya adalah kiamat?
Pendek kata, mengapa kita tak diseru agar meninggalkan segala virus Wahan yang menular dalam diri, lalu kita pakat ramai-ramai solat sungguh-sungguh, beristighfar sakan, atau melunaskan segala hutang, atau segera memaafkan sekalian umat, atau bersedekah segala harta?
Allahu Allah.
Berbeza benar neraca manusia dan neraca Dia.
Allah memandang pada usaha, bukan pada hasil.
Di saat sebelum kiamat pun, Allah akan menapis hamba-hambaNya. Mana satu hamba yang benar-benar mukmin, mana satu yang munafik, mana satu yang kafir. T____T
Andai menanam kurma adalah perkara terakhir yang mampu kita lakukan sejurus sebelum kiamat, maka tanamlah kurma itu.
Andai study adalah perkara terakhir yang mampu kita lakukan sejurus sebelum kiamat, maka study lah sepenuh hati, semaksima mungkin.
*macam kena tembak. macam kena tembak*
T___T
Ataukah kita menganggap bahawa menanam kurma itu bukan ibadah?
***
"Errr... study pun ibadah ke?"
Tanya seorang teman saya, ketika saya bercerita kepadanya tentang hadis ini pada petang Rabu yang dijangkakan akan berlaku gempa besar itu.
"Macam mana pula kita boleh kata yang study pasal ilmu engineering ni, boleh dapat pahala? "
Soalan kedua dilontar sebelum saya sempat menjawab soalan pertama.
"Tak boleh nak dikaitkan langsung."
Dia menambah. Saya tergamam.
***
| Betul kah kita tak sekular? [kredit] |
Satu dunia mengetahui bahawa memisahkan kehidupan seharian daripada islam, itulah sekularisma.
Andai benar kita menganggap 'islam is the best way of life', mengapa masih menganggap bahawa islam itu hanya tunggang terbalik bersolat, lapar dahaga berpuasa, kelubung satu badan menutup aurat, semata-mata?
Adakah ibadah hanya boleh dilakukan di atas tikar sejadah sahaja?
Wahai saya dan kalian, selagi mana kita berniat melakukan sesuatu kerana Allah, dan perkara tersebut adalah berlandaskan syariat (contoh : Main bola jaring dengan berpakaian menutup aurat), maka itu dikira ibadah.
Kasihanlah kita andai hanya boleh dapat pahala ketika berada di atas tikar sejadah sahaja, atau mulut kumat-kamit berzikir sahaja, atau ketika sedang berbulatan gembira sahaja?
Zalim nya kita.
Bukan main kita mengutuk si Kamal Atartuk yang meranapkan sistem khalifah, sejurus sebelum melancarkan sistem sekularisma yang berkembang biak di seluruh pelusuk bumi sehingga kini. Tapi tanpa kita edar, diri kita sendiri masih terpalit dengan lumpur-lumpur sekularisma itu.
Kita kata islam dimana-mana, bila-bila masa. Tapi...
"Malu lah nak baca quran dalam densha (tren), kalau dalam masjid tak apa lah."
"Nak pergi party rumah nihonjin(japanese), tak bolehla nak pakai baju kurung. Kena pakai macam depa juga. Baru boleh geng."
"Solat atas rumput? Solat di tempat parking? Tak sesuai lah."
and so on...
| Quran di mana-mana? [kredit] |
Allahu Allah.
Tanpa sedar, kita telah mengekslusifkan islam pada sesetengah tempat, mengkhususkan nya pada masa-masa tertentu sahaja.
Di mana pengakuan hebat 'La ilaha illallah' pada sekurang-kurang nya 9kali sehari dalam solat itu?
Andai benar hanya Allah adalah ilah yang selayaknya disembah, mengapa masih mengasing-asingkan islam daripada kehidupan seharian.
"Menjemur kain adalah islam."
"Membasuh pinggan mangkuk adalah islam."
"Mengemas rumah adalah islam."
and so on...
Kalau sentiasa berfikir sebegitu, kan senang...
Cukup beriman kah kita bahwa 'islam is the best way of life'?
notakaki :
Dalam progam celik mata seperti ISK dan MZ, kita selalunya akan membangkitkan isu
"Kita manusia, bukannya robot,.
Jadi, mari melaksanakan tujuan hidup dengan berhemah lagi bertatasusila."
Dan selalunya isu robot-robot ini akan berjaya membuka mata kebanyakan mad'u.
Lalu kita akan mula melakukan aksi dakwah secara kemanusiaan yang biasa.
Saya jumpa kes menarik lagi mengujakan.
Ada orang beritahu saya,
"Saya tak kisah pun jadi robot."
Saya terfikir, mungkinkah insan sebegini perlu di handle secara robot?
Saya yakin, dia masih manusia.
(=
Saturday, 17 September 2011
Erti Perilaku [part 1]

Erti perilaku, bahasanya seribu. [kredit]
Salam seribu kali sayang...^^
Istimewa buat sesiapa yang terjenguk ke blog ini, saya kongsikan sebuah puisi hasil tulisan penulis hebat, Shoji Miyazawa. Bagi sesiapa yang mahu tahu, puisi yang dihasilkan beliau ini telah diulang tayang berkali-kali di mana-mana sahaja ceruk Tanah Samurai ini, terutamanya selepas peristiwa gempa bumi bermagnitud 9.0M yang membawa ombak pelabuhan (baca:tsunami) berketinggian 10meter, juga yang telah mencetuskan huru-hara dengan kebakaran dan kebocoran beberapa loji nuklear di Fukushima Daiichi. Iya, pada tanggal 11 Mac 2011 itulah.
Err.. saya mengejar masa, tak sempat nak tolong menterjemah satu persatu maksud puisi ini ke dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. InsyaAllah, nanti saya akan berbuat demikian dalam entri susulan (part 2), bersama penerangan ringkas lagi berinformasi penuh bergaya . Eh? Doakan ya! Jadi, bagi sesiapa yang tak sabar-sabar mahu mengetahui maksud patah perkataan puisi ini, sila manfaatkan incik google yang menawarkan khidmat penterjemahan percuma.
Lagi satu, jemput baca entri ini, sebagai persediaan mental dan spiritual sebelum menerjah ke entri susulan tentang puisi ini(part 2) yang bakal keluar tak lama lagi. Iya, saya benar-benar memaksudkannya. Jemput baca. Jemput baca. Jemput baca.
行為の意味 [koui no imi]
宮澤章二 [Shoji Miyazawa]
ーあなたの(こころ)はどんな形ですか
[anata no (kokoro) wa donna katachi desuka]
と ひとに聞かれても答えようがない
[to hito ni kikarete mo kotaeyou ga nai]
自分にも他人にも(こころ)は見えない
[jibun ni mi tanin ni mo (kokoro) wa mienai]
けれど ほんとうに見えないのであろうか
[keredo hontouni mienai no dearouka]
確かに(こころ)はだれにも見えない
[tashikani (kokoro) wa darenimo mienai]
けれど (こころづかい)は見えるのだ
[keredo (kokorozukai) wa mieru no da]
それは 人に対する積極的な行為だから
[sore wa hito ni taisuru sekkyokuteki dakara]
同じように胸の中の(思い)は見えない
[onaji youni mune no naka no (omoi) wa mienai]
けれど (思いやり)はだれにでも見える
[keredo (omoiyari) wa dareni demo mieru]
それも人に対する積極的な行為なのだから
[sore mo hito ni taisuru sekkyoku teki na koui nano dakara]
あたたかい心が あたたかい行為になり
[atatakai kokoro ga atatakai koui ni nari]
やさしい思いが やさしい行為になるとき
[yasashii omoi ga yasashii koui ni naru toki]
(心)も(思い)も初めて美しく生きる
[(kokoro) mo (omoi) mo hajimete utsukushiku ikiru]
ーそれは 人が人として生きることだ
[sore wa hito ga hito toshite ikiru koto da]
Okai.
Jap ye, nak pergi berkasih sayang penuh kelasakan bersama para chenta hati.
Nak bermukhayyam.
Dalam usaha merealisasikan salah satu muwasofat tarbiyah, Qawwiyul Jismi.
Jom lah. =)
Friday, 22 April 2011
Kuburan.
Salah satu daripada tiga tanah perkuburan muslim di bumi sakura.
Dunia,
tak ada apa-apa.
Sengsaranya,
menghimpit jiwa.
Nikmatnya,
meluas terhampar.
***
Wahai semut-semut di kuburan,
kamu mesti banyak tahu kisah kan?
Kalian hidup di kawasan kuburan.
Mesti dengar macam-macam.
Wahai semut-semut di kuburan,
apa yang kalian dengar?
Mari beritahu aku.
Khabarkan aku kisah di horizon Sana.
Wahai sakura-sakura mekar di kuburan,
apa yang kalian saksikan?
Mari beritahu aku.
Khabarkan aku cerita di dimensi Sana.
Wahai orang-orang yang sudah pergi,
apa khabar kalian di alam Sana?
Marilah mengingatkan aku.
Khabarkan aku berita yang terhijab.
Agar hati yang selalu bongkak dapat ditunduk.
Biar jiwa yang selalu mentakbur bisa akur.
Supaya ruh yang selalu mengering suka membasah.
***
Aku yang menulis ini,
akan mati.
Kamu yang membaca ini,
akan mati.
Kita sama-sama,
akan mati.
Selamat lah dikau yang pergi dahulu.
Selamat juga andai aku yang berangkat dahulu.
Moga-moga selamat di alam Sana.
Menanti waktu dibangkit semula.
Tika itu akan tiba.
Sama-sama menempuhnya.
Selamat tinggal,
dunia fana,
yang kian menggila.
Andai aku pergi dahulu,
doakan aku selamat di alam Sana.
Selamat tinggal.
Tata.
.
.
.
Melangkah ke kawasan perkuburan di Enzan, Yamanashi-ken, telah meruntun jiwa.
Merupakan salah satu daripada tiga tanah perkuburan di Jepun.
Iya.
Satu daripada tiga.
Hanya tiga.
Itupun banyak masalah menyusul timbul.
Tanah kian tiada di sini.
Muslim pula makin bertambah jumlahnya.
Lokasi kuburan ini yang bersebelahan kuburan kafir (japanese),
amat mengundang pelbagai 'cerita'.
Mahu tahu cerita ?
Banyak perkara yang mahu dikongsi bersama.
Sungguh, ianya mensayukan hati.
Eh, mahu pergi sekolah.
Lain kali sambung cerita.
Itupun kalau ada yang mahu dengar cerita saya lah kan...
Ada ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)
