Showing posts with label ...kembar.... Show all posts
Showing posts with label ...kembar.... Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

Pernah terfikir tak?

Pernah terfikir tak?
Andai helaan nafas hanya 100kali yang berbaki,
apa yang mungkin akan dilakukan?

Mungkin tarik nafas sedalam yang mungkin,
hembus pun sikit-sikit,
perlahan-lahan.

Sambil hati berzikir-zikir semahunya.
Mata dipejam mengamati suasana.
Pasti segala perjalanan hidup terbayang di kepala.

Takut
Gembira
Risau
Sejuta rasa bercampur segala.

Saya selalu pernah terfikir,
andai esok tiada lagi,
apa agaknya yang akan jadi?

Buku-buku dan segala barang yang ada di bilik sebelah kiri dalam rumah sewa ini,
cik hosmet kah yang kena kemaskini?

Nanti,
macam mana kalau dia jumpa diari saya?
pasti akan terbongkar segala apa yang bersarang di jiwa.

Baju-baju dan segala persalinan yang ada,
siapa pula yang akan uruskan?

Nanti,
Raudhatus Syakirin ini akan kekurangan penghuni,
cik hosmet takkan mampu nak bayar duit sewa seorang diri.
Apa yang akan jadi ya?
Cik hosmet akan berpindah?
Penghuni baru hadir mengganti diri ini?

Urusan penghantaran jenazah saya pulang ke tanah air,
adakah insan yang peduli?

Saya anak rantau.
Seindah mana pun menapaki bumi orang,
biarlah jasad ini bersemadi di bumi sendiri.

Tapi andai mati di bilik sendiri,
tak berjuang bermati-mati menegakkan kalimah Ilahi,
bernilai kah harga kematian ini?

Andai bisa dipilih tempat mati,
Palestin antara pilihan di hati.
Atau paling kurang,
di atas ribaan bonda yang dikasihi.

Andai bisa dipilih waktu mati,
biarlah ketika iman memuncak tinggi,
Atau dalam sujud di kala dinihari.
Atau paling kurang,
sejurus selepas mencium bonda yang dirindui.

Tadi selepas solat isyak,
di atas sejadah saya tak mahu berganjak,
rasa sayu menginjak-injak.

Terasa bahawa diri ini benar-benar akan pergi,
dalam masa terdekat ini.

Iya saya tahu.
Tak siapa yang tahu waktu mana dia akan mati.

Tapi saya tetap tahu,
yang diri ini tetap akan pergi.

Andai esok,
saya tiada bernafas lagi,
mohon ampunkan segala salah silap saya.
Saya hanya manusia biasa.
Yang hina lagi penuh dosa.
Mohon halalkan segala apa yang saya terima.
Mohon doakan saya dipermudahkan urusan di alam Sana.

Oh ya,
tolong sampaikan kepada bonda,
bahawa saya amat menyintai nya.
Mohon bonda ampunkan saya,
halalkan makan minum segala.
Saya minta maaf lagi,
tak sempat bawa bonda pergi menunaikan Haji.
Saya tahu bonda amat mahu menjejaki ke Tanah Haram itu.
Iya saya juga.
Tak mengapa bonda, di syurga nanti saya minta sama Tuhan,
agar segala hajat bonda diperkenankan.
Cukup-cukuplah apa yang bonda lalui di dunia ini,
saya tahu Tuhan itu Pembaca Segala Isi Hati,
malahan lebih dekat daripada urat nadi.

Buat saudari kembar yang amat saya sayang,
selamatlah kamu mengharungi kehidupan.
Elok-elok menjalani hari,
saya pergi mendahului,
menyertai saudara kita yang satu lagi.
Terima kasih selama ini,
kamu amat istimewa buat diri ini.
Di saat saya kegoyahan melalui hari,
pasti kamu hadir memesrai hati.
Tiada kata buat mengungkap rasa,
biarlah segalanya sepi tanpa bahasa,
saya tahu kamu mengerti,
seperti selalu,
tak perlu saya sakan bercerita,
pasti kamu sudah maklum sebelumnya.
Begitu sekali penangan telepati.
Hebat benar kekuasaan Ilahi.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
teruskan lah langkah kalian.
Jangan sesekali mengundur.
Cukuplah medan Uhud menyaksikan kekalahan gempur.
Moga tetap thabat menyampaikan nasihat.
Menyebarkan nikmat.

Buat adik-adik bulatan Chenta,
maafkan kakanda.
Minta maaf khilaf segala.
Bertebaranlah kamu semua mencari Cinta,
lalu sebarkan nya pada sekalian penduduk dunia.
Kakanda tahu kalian punya potensi besar.
Amat bermanfaat untuk umat.
Jangan cepat mengeluh, sayang.
Pergilah kamu semua kepada masyarakat
Belajarlah tentang nilai hidup di luar dewan kuliah.
Belajarlah nilai kemanusiaan dari dunia selain buku sekolah.
Belajar daripada masyarakat.
Agar kalian tak terbejat.

Buat semua yang membaca tulisan ini,
terima kasih kerana peduli.

Salam sayang dari pemburu infiniti,
moga kelak kita berkumpul di Syurgawi.


.
.
.



Pssttt...
Saya memang mahu memburu infiniti,
jangan kalian berteka-teki,
jawapannya tiada sehingga kini.





Kali pertama mendengar lagu ini,
saya menyimpulkannya sebagai lagu bertemakan mati.
Betul kan?










1)
Nak hebah juga, 
saya baru sahaja TERdelete software microsoft words, powerpoint, dan teman-temannya secara berjemaah.

2)
Dah cuba install kembali segala, desktop seakan tak mahu bekerjasama. 
Direct error sehingga kini.

3)
Hari ini sudah Rabu.
Khamis esok,
ada rehearsal presentation lagi.
Terbayang seketika slide powerpoint yang tak boleh dibuka kini.
Nasib baik punya backup dalam usb.
Patutlah kelmarin jiwa meronta-ronta untuk menyiapkan slide.
Rupanya untuk bersedia bagi kejadian hari ini.
Alhamdulillah alhamdulillah.
Macam nak menjerit sekuat hati,
memberitahu sekalian isi bumi,
bahawa Tuhan itu baek sekali.










Thursday, 19 May 2011

Pinjam seloka dari lapangan bumi koala.

[Sila bersabar untuk membaca. Dan tahniah kepada yang baca semua.]



Ruangan sendiri bernama privasi. Damai itu tetap ada.




Kebelakangan ini, saya dilanda penyakit rimas dengan yahoo messenger (ym). Entahlah penyakit jenis apa. Saya mempunyai senarai kontek di ym hampir 400 orang (kali terakhir kira pada tahun 2009, mungkin sekarang lebih ramai lagi). Jangan tanya dari mana datangnya seramai itu kontek ym saya. Notification tentang status online dan offline insan-insan yang memeriahkan senarai kontek, seakan setiap masa beraksi. Sat naik, sat turun, rimas pula rasanya. Jadi, sign out dan hanya offline adalah jalan termudah bagi mengatasi masalah saya. Minta maaf bagi yang mengalami kesukaran.

Dalam sehari, ada lah jenguk sekejap-sekejap, dalam dua tiga minit, kalau-kalau ada sebarang mesej penting. Kemudian, sepantasnya offline.

Tadi tiba-tiba nampak si dia online, terus saya terjah. Sempatlah sembang gedik-gedik sekejap, sebelum kembali offline.

Dalam sembang-sembang yang singkat, si dia memberitahu bahawa si dia telah menghantar sebuah seloka yang dikarang khas sempena memenuhkan keinginan si dia yang telah lama memendam rasa untuk berseloka. Saya pun melayanlah. Baca-baca sikit. Wah, ada nilai yang boleh mengaktifkan neuron-neuron dalam otak, kata saya dalam hati.

Jadi, setelah meminta izin, dengan ini, saya menerbitkan seloka itu di sini.

Jemput baca.

***

Seloka kisah kita

Dengan nama Yang Maha Kuasa,
saya mulakan seloka kita,
kisah kita sesama manusia,
ragam pelbagai bermacam cerita,

seloka dicipta untuk semua,
yang sering terlupa susur dan galur,
mendabik dada tak kira masa,
mudah melatah bila ditegur,

kebanyakan sikap antara kita,
melangit ego pantang ditegur,
konon betul tindakan segala,
tak terasakah diri semakin takbur?

ada pula yang mengaku,
"kubur kita asing-asing,
tak payah dikau nak tegur daku,
nanti jawab asing-asing",

dengar sini saya nak jawab,
awak bercakap sungguhlah riak,
"memang kubur asing, sendiri jawab,
siapa nak diseksa sekali dengan awak?",

tak kurang pula yang meninggi diri,
sombong terlebih tak sedar diri,
"saya nak hidup sendiri-sendiri,
tak payah sebok, sila jaga tepi kain sendiri!",

amboi awak lancangnya bercakap,
sebelum teriak, fikir dulu yer,
kelak susah mula terperangkap,
pandai pulak berdrama, "takde orang pedulikan saye",

saat itu baru nak terasa,
langit biru tinggi atau rendah,
mula tersedar kuasa Yang Esa,
mujur teringat nak bentang sejadah,

terkisah pula yang sinis tempelak,
"awak tegur orang ni, konpem masok sorga ker?,
kain sendiri koyak-rabak,
lain kali cermin diri dulu yer..",

wahai awak, jangan biadap,
syurga neraka, Allah punya kerja,
nanti tiba saat dihadap,
sekurang-kurangnya saya dah buat kerja,

kalau saya confirm masuk syurga,
tak perlulah saya buat baik segala,
tapi saya tau syurga itu berharga,
takkan dijejak kalau penting diri semata,

ada pula kalangan kita,
berfalsampahlah pulak dia,
"hidup ini sekali cuma,
enjoylah kita selagi bernyawa",

falsafah saya mari akui,
hidup ini cuma sekali,
tapi jangan pula kita nafi,
mati juga hanya sekali,

"please back off, don't bother me,
it's none of your business, it's my privacy",
"hey you, please do agree with me,
reminding each other is our addin policy",

jalan mendongak sungguh berbangga,
hanya peduli kisah sendiri,
langsung tak jengah hal tetangga,
susah senang tanggung sendiri,

pabila terlalu bersikap terbuka,
semua benda jadi tak apa,
jadilah kita semakin leka,
lemas dalam tipu daya dunia,

nanti bila bala menjelma,
semua diterkam tak kira siapa,
barulah kalut nak sorok kat mana?,
kudrat Allah usah dilupa,

sekebal manakah berbuat salah?,
menidak segala tohmahan diri,
tak runtuh maruah jika mengaku salah,
malah dihormati disanjung tinggi,

kalau rasa betul belaka,
semua dibuat terasa hebat,
pergilah tinggal di dalam gua,
dengan masyarakat tak payah dekat,

orang menegur untuk manfaat,
moga hidup mendapat berkat,
sama-samalah kita bermuafakat,
saling menegur, saling mengingat,

tidaklah nanti di akhirat sana,
saat Munkar Nakir mula bertanya,
di dunia dulu kamu buat apa?,
terkebil-kebil blur nak jawab apa,

amar makruf dan nahi mungkar,
itu amanah tanggungjawab kita,
bukankah itu Nabi dah ajar?,
marilah sahut laksana segera,

buat baik dapat pahala,
buat jahat dapat dosa,
pilihlah awak, mahu yang mana,
baru bermakna syurga neraka,

sungguh saya bukan Nabi,
bukan juga seorang Wali,
sudah tentu punya khilaf sendiri,
mari sahabat, tegurlah diri,

siapa makan cili dia terasa pedas,
tak nak pedas, jangan makan cili,
saya hanya mahu membidas,
tabiat kita yang makin tuli,

mata ke atas, tangan ke dada,
bukan mahu menyentap sesiapa,
sekadar mengajak berlapang dada,
menguat syukur, melemah alpa,

sudah-sudahlah tu duk menuding jari,
sampai tak kenal yang batil dan haqiqi,
lihatlah dengan mata hati,
di situ terletak hati nurani,

di saat assignment sedang menimbun,
sempat pula buat seloka,
hajat terpendam bertahun-tahun,
menghadam ibrah sebelum bicara,

maaf dipohon andai terasa,
mahu menegur masalah umat,
saya hanya insan biasa,
mengimpi di sana kita selamat,

terima kasih kerana sudi membaca,
usai sudah seloka kita,
terlerai sudah hasrat di jiwa,
mengharap dapat kebaikan bersama.


S.E.L.E.S.A.I
~hak cipta menten terpelihara~


saya yang memerhati,
nonikopiko


***

noted 1 : Si dia ialah penulis asal seloka, merangkap saudara kembar saya.

noted 2 : Pernah dengar sepatah kata yang disebut telepati? Insan-insan yang bergelar kembar, ramai yang mengalaminya. Dan saya kerap merasainya.

noted 3 : Di blog ini, saya hanya menerbitkan apa yang saya mahu sampaikan. Dan seloka di atas adalah apa yang bermain di hati saya juga, telah diterjemahkan oleh si dia, melalui seloka. Terima kasih. Mudah kerja.

noted 4 : Selalu sahaja apa yang terbayang di fikiran saya, turut terlintas di fikiran si dia. Dan saya merasai kehebatan Dia yang Maha Kaya. Subhanallah.

noted 5 : Kepada bakal suami, seronok kan, kalau dapat anak kembar?


.
.
.

Aku rasa,
kamu juga merasainya.
Kita berjuang di rahim bonda di waktu yang sama.
Semahunya aku mengenang detik-detik itu,
tapi realiti hidup tak mengizinkannya.
Kita selalu bersama.
Kadangkala bercakaran juga kita.
Tapi itulah yang menambah rasa rindu ini kepada kamu.
Kamu, nun jauh di lapangan bumi koala sana.
Aku, di bumi samurai, berjuang memburu cinta.

Tahun lalu,
di pusara adinda kita.
Buat pertama kalinya dalam hela nafas,
aku merasai sebak melihat pusara itu.
Kita dulu bertiga.
Adinda kita sempat berjuang 3 hari di dunia fana,
setelah kita bertiga bersama-sama berjuang di rahim bonda.
Ternyata Allah lebih menyayanginya.
Dia pergi meninggalkan kita.
Mengharung payah dunia menggila.
Sesekali,
aku mengharapkan yang kita masih bertiga,
bersama melayari samudera kehidupan.
Tapi seperti yang kita tahu,
ianya mustahil.
Mana mungkin yang telah pergi bisa hidup kembali.
Apa rasanya dia ya?
Melihat kita di pentas dunia.
Dia sudah di horizon Sana.

Kamu masih ingat?
Tika itu,
kita berbalah,
selisih pendapat,
bertikam lidah,
lalu diputuskan,
aku dengan cara aku,
dan kamu dengan cara kamu.
Kita berbeza, kata kita penuh bangga.
Dan mungkin si iblis enak ketawa.
Ada saudara yang tega tak kena masa.
Tapi kini,
kejauhan jarak mendekatkan rasa kita.
Aku tiada kata,
sebenarnya.
Saat jemariku berada di papan kekunci ini,
fikiranku melayang entah ke mana.
Bisa saja terbang merentasi benua,
menggapai kamu.

Kamu,
bilakah masanya akan kita bersua muka,
di alam nyata,
buat kesekian kalinya?

Kamu tahu,
setiap kali menilik muka di cermin,
yang terpantul adalah imej kamu.
walau orang kata,
muka kita serupa,
muka aku, wajah kamu juga.
Tiada bezanya.
Namun,
aku tahu,
imej itu bukan milik aku,
ianya milik kamu.

Wahai kamu,
jawablah aku,
inikah rindu?