Showing posts with label ...peduli.... Show all posts
Showing posts with label ...peduli.... Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Mesir : Ceritalah Lagi, plisss

Ramai yang bertanya,

"Bagaimana kami bisa membantu rakyat Mesir yang ditindas pemerintah sendiri secara terang-terangan?"

"Takkan doa je? Takkanlah infaq duit je? Mesti ada cara lain yang lebih praktikal? I mean, yang menggunakan jiwa raga dan tenaga kami ni?"

"Seriously rasa loser bila hanya mampu geleng kepala sambil istighfar je bila baca cerita pasal Mesir, Syria... Palestin jangan ceritalah, dari dulu lagi tak habis-habis. Kami sedih! Apa yang kami boleh buat?"

Dan tak kurang banyaknya kemunculan pengulas tanpa bayaran di laman mukabuku mahupun laman kicau yang turut rancak bercerita tentang isu-isu sebegini.

Iya, silakan bercerita. Maksud saya, ceritakan yang benar, toksah duk tokok tambah bagi sedap cerita.

At least, wujudkan 'spark' kepada perbualan sesama teman-teman. Laman mukabuku mahupun laman kicau, silakan aja. Kat sekolah ke, universiti ke, tempat kerja ke, dewan makan ke, tepi warung ke.... Tak kesahlah di mana, cubalah timbulkan sedikit cerita mengenai Mesir itu.

Contoh ayat ,

"Korang tahu tak, kenapa ramai orang duk tukar DP jadi simbol jari empat warna kuning?"

"Tadi... i ada scrolldown kat mukabuku, perrrgghhh banyak benor orang duk cerita pasal Mesir. U all tau tak kat Mesir tu kan, ...bla bla bla...."

Gitu~

Anda tak perlu tahu semua cerita dan berita tentang Mesir untuk melayakkan anda bercakap tentangnya. Cukuplah anda tahu siapa As-Sisi, apa yang telah berlaku pada Dr Musri, dan bagaimana keadaan rakyat Mesir ketika ini.

Pokok pangkalnya, kita mahu LEBIH RAAAAAAAAMAAAAAI manusia yang TAHU apa yang sedang berlaku di sana.

Mengapa?

Jawapannya mudah.

Supaya makin ramai yang celik mata!

Bukankah kita dan mereka di Mesir itu, sama-sama manusia?

Atas alasan kemanusiaan pun, kita takkan tergamak membiarkan mereka diperlakukan sedemikian rupa.

Apatah lagi buat kita yang mengucap syahadah yang sama seperti mereka di sana.

Khabarnya, kita dan mereka itu bersaudara. Mana mungkin seseorang saudara itu selamba je membiarkan saudaranya ditembak sesuka hati? Kat Malaysia yang kecoh dengan isu tembak-tembak seumpama dah jadi counter strike pun, kita dah menggelepar tak senang duduk. Opsss....

Kembali ke tema asal.

Berceritalah tentang Mesir kepada teman-teman anda. Seramai yang mungkin. Timbulkan spark je. The rest, suruhlah mereka google sendiri. Zaman kan dah maju. Budak kecik umur 3 tahun pun dah pandai guna internet. Takkan yang dah besor panjang tak reti cari info. Malu la bang. Internet Malaysia takdelah slow sangat. Kalau tak, takdelah budak 3 tahun cukup sabar menunggu video youtube untuk buffer kan?

Kenapa pula kita nak makin ramai yang celik mata?

Begini....

Ada sebuah rumah kondo setinggi 20tingkat.
Penghuninya hidup aman damai lagi harmoni tak terkata.
Tiba-tiba, ada manusia gila yang masuk ke sebuah rumah di tingkat 11, lalu menembak sesuka hati. Oh yaaa, si gila itu turut menghidupkan api lalu membakar rumah di tingkat 7.
Seorang penghuni di tingkat 12 nampak akan kejadian tembak itu, lalu terus update status mukabukunya mengkhabarkan pada rakan-raknnya yang turut menghuni di kondo yang sama.
Salah seorang penghuni lain kondo di tingkat 20, menyedari akan kewujudan kebakaran lalu menjerit 'Apiiii.... Apiiiii....'
Jeritannya didengari oleh seorang penghuni lain di tingkat 13, lalu dia terus menaip status mukabukunya melalu henset touch-screen yang sentiasa ada di tangannya itu. Lama-kelamaan, makin ramai yang menyedari kewujudan si gila yang suka tembak orang sesuka hati dan tindakan jahatnya yang segaja bakor rumah orang. Api yang sudah marak itu perlu dipadam, dan si gila itu patut ditangkap. Jika tidak, tak mustahil semua penghuni kondo itu mati ditembak. Plaing tidak pun, mati kehangusan dibakar api.
 


Okeh itu cerita rekaan.
Tapi logikanya begitulah lebih kurang.

Okai?

Maka berceritalah kepada sahabat handai, saudara mara, mahupun sesama pengunjung psar malam. Sebarkan cerita itu kepada ssesiapa sahaja.

Mana tahu, doa mereka yang Allah angkat ke langit. (pesan seorang teman saya di laman mukabuku)

Gitu.

Itu antara langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka yang ditindas di Mesir, dan negara-negara di sekitarnya itu.

Oh yaa....

"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di negerimu."

Ramai yang tahu, tapi rami juga yang buat-buat lupa.

"Kemenangan islam hanya akan dikecapi apabila majoriti manusia di mukabumi ini faham dan amalkan islam sebenar. Zaman yang so-called Ustaziyatul Alam."

Lalu ini kata-kata beliau, suatu masa dahulu. Beliau pernah menyelar pengumpulan angka-angka kosong dalam gerakkerja dakwah.

"Banyak surat telah sampai kepadaku , sama ada dari Morocco , Mesor , Jawa , Iraq dan negara kamu , Palestin . penulis penulisnya mencadangkan supaya diadakan mu'tamar Islam atau melantik seorang khalifah atau perkara perkara yang seumpama dengannya . namun , seperti biasa aku akan menjawab ; kita wajib memulakan usaha membina Islam ini dari bawah . kita wajib mentarbiyah individu " 
-Syakib Arsalan-

Habis cerita.

Nanti bebila rajin, i sambung membebel.

Bye.

---



1) Terkejut membaca perbualan dua orang teman di laman kicau yang saling bertanyakan kenapa ramai orang tukar DP jari 4 warna kuning. Kedua-duanya berbincang tapi tetap tak tahu kenapa. Saya nak gelak pun ada, google je la bro--- Aiseh.... kemudian, muncul seorang teman lain yang mencerahkan pemikiran mereka berdua. Lega...

2) Jom celik mata. Juga mencelikkan.


Tuesday, 22 January 2013

Ruginya Kita


Tersebutlah kisah termaktub sudah,
rugilah diri andai tak kenal Allah.

Terungkap kata bersilang bahasa,
rugilah diri yang berdiam duduknya.

Terselit rasa terungkai simpulan,
rugilah diri yang tak berpesan-pesan.

Tersebar luas rahsia berzaman,
Surah Al-Asr tiga ayat di Furqan.

---

Orang zaman la ni, tak suka kias-kias.

Istimewa buat anda-anda yang sebegitu...

Kita RUGI jika :

1) Setiap status atau paling kurang 80% daripada status mukabuku kita, mendapat banyak 'like' , tetapi status tersebut langsung tak membawa manusia kepada Allah.

2) Kita selalu bersembang sehingga ke hal peribadi dengan teman-teman Japanese kita, tapi mereka langsung tak menganggap kita ini sebagai 'pintu' untuk mengenal islam dengan lebih dekat.

3) Kita berasa geram dan meluap-luap marah dengan segala kekejaman Israel dan perilaku rejim Bashar Al-Assad, tapi hanya sekadar bising-bising di mukabuku.

4) Kita menganggap diri kita sudah berdakwah sakan, tapi bila ada yang menolak, sedihnya (baca : down) kita ibarat dihempap petala, seolah hidayah itu di tangan kita.

Kata kunci : Al-Asr, ayat satu hingga tiga.


---

Nota Emosi 1 : Kehuru-haraan makin menggila di luar sana.

Nota Emosi 2 : Tenang itu hanya ada dalam jiwa. Ingati Tuhan, itu syaratnya.

Nota Sensitif 1 : Kalau sudah salah, mengaku aja. Tak perlu menuding jari merata. Itu realiti dunia kita, memang dasar manusia.

Nota Sensitif 2 : Andai mahukan anak muda berfikiran di luar kotak, warga veteran perlu menyediakan kotak, bukan tempurung.



Orang muda. 
Fitrah darahnya mudah menggelegak.
Orang beriman.
Sabar itu sentiasa mendahului.


Sunday, 20 January 2013

#Listen

Dengan nama Pemilik Langit dan Bumi.

---

Isu #listen .

Ianya tentang adab.
Juga akhlak.
Dan mentaliti.

---

Bukan yang mengalihkan mikrofon (Tanpa menidakkan ketidaksepatutnya tindakan ini).

Bukan pula yang melontar pendapat di luar masa Q&A.

---

Tapi kepada kita yang memberi gerak balas.

Keyboard warrior?

Olahan video sana-sini.

Foto yang digubah seenaknya.

Page mukabuku yang mencanak tumbuh.

Lalu dijadikan medan untuk bergelak tawa,
tentang kesilapan seorang manusia,
yang berpakejkan sifat tak-pernah-sempurna.

Sukanya menjenakakan manusia.

Sakan pula mempermainkan manusia.

Semua nak dibuat bahan.

---

Ini bukan fenomena rilek-rilek-sudeyh~

Ini bukan aksi enjoy-lah-woi~

---

Hairan.

---

Terhibur barangkali,
apabila ada jenaka semasa.

Kreatif lah kononnya.

---

Lupa barangkali.

Manusia.
Ianya Ahsani Taqwim (rujuk At-Tin 95:4).

Tak pernah layak untuk menjadi jenaka.

---

Hentikan.

Segala jenaka ini dan itu.

---

Malaikat kiri kanan tak pernah alpa.

Setiap tindakan ada sahamnya.

Walau (mungkin) seremeh menekan butang 'like' .

---

Silakan mengisi ruang komen.
Jika perlu.

---

Saya sedia.

---

Nota 1 : Adab adalah hasil daripada kondisi HATI.

Nota 2 : HATI itu, isinya iman.




---

Diserap masuk dari dinding mukabuku milik peribadi.
Untuk tatapan di hari muka.
Dan buat sesiapa yang bertuah.

Moga bermanfaat.

Tuesday, 15 May 2012

Teguran Allah pada Hari Nakba kepada saya


Latar masa : Selepas waktu zohor 15 Mei 2012
Latar tempat : Sekitar kawasan aman di Universiti Yamanashi
Watak terpilih : Saya dan seorang teman berjantina sama, beragama berbeza.

Beliau, seorang teman yang sudah lama tidak saya jumpa. Kami mengatur temujanji untuk saling bertanya khabar, bertukar cerita. Pada mulanya, kami mahu berjumpa pada jumaat minggu lepas, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami menangguhkan temujanji kepada hari ini.

Baru sebentar tadi, saya berjumpa dengannya, sempat berbual hal-hal peribadi hinggalah kepada hal-hal dunia. Antara sebab yang menyebabkan saya suka dan teruja untuk bertemu dan bertukar cerita dengannya ialah kerana beliau suka bercerita tentang apa yang dibacanya, apa yang ditonton di televisyen, dan apa yang difikirkannya tentang apa sahaja, terutamanya tentang hal-hal agama dan kemanusiaan.

Beliau seorang wanita jelita yang berasal dari Ukrain, sudah berkahwin, masih muda, berketurunan Kristian. Datuk nya yang amat taat pada agama Kristian, serta neneknya yang banyak menghabiskan masa dengannya semasa kecil, banyak mempengaruhi pemikirannya.

Perbualan kami pada mulanya, lebih tertumpu kepada pengalaman saya yang terlantar di hospital baru-baru ini, dek demam panas yang merancakkan penyakit auto-immune yang saya ada. Bermula perbualan daripada saya dinasihatinya agar banyak memakan buah-buahan yang membekalkan vitamin C, kepada disuruhnya saya mempertimbangkan untuk menyambung pelajaran di Malaysia sahaja kerana cuaca di Jepun yang membahayakan keadaan saya yang berpenyakit. Katanya, para doktor di Jepun tak berapa 'pakar' tentang cara-cara menangani penyakit saya ini. Dia beri beberapa contoh kisah yang 'menyokong cadangannya'. Okey tak mengapalah, saya hanya diam, sambil mengangguk tanda setia mendengar. Terima kasih atas kerisauan dan sifat ambil beratnya pada saya, tapi minta maaf teman, saya masih mahu berada di Jepun.

Entah macam mana, perbualan kami diteruskan kepada kisah Amerika yang bergelar 'penjenayah' , walaupun tetap wujud rakyatnya yang amat baik hati dan baik budi. Kemudian, masuk pula kepada kisah revolusi yang berlaku di Egypt, Libya, Syria, dan kawasan sekitarnya. Apabila ditanya tentang apa pandangannya tentang revolusi yang berlaku, katanya mereka-mereka yang berevolusi itu berkemungkinan besar dibayar untuk berkumpul ramai-ramai, lalu berganding bahu menjatuhkan pemimpin negara masing-masing. Katanya lagi, rakannya yang pernah berada di salah sebuah negara yang berdemonstrasi memberitahu bahawa selama ini rakyat di negara tersebut berada dalam keadaan 'okey' sahaja, taraf hidup di negara tersebut pun agak tinggi jika mahu dibandingkan dengan Ukrain (katanya), kemudian tiba-tiba rakyat di situ mahu berrevolusi. Perkara sebegini tidak masuk akal. Jadi, adalah logik sekiranya rakyat di negara tersebut sebenarnya dibayar untuk berrevolusi. Saya menelan air liur. Geram ada. Sedih pun ada. Saya geram kerana umat islam yang berkumpul untuk memperjuangkan hak-hak kemanusiaan sebagai warganegara daripada pemerintah sendiri, dianggap sebagai menerima bayaran untuk berrevolusi. Saya sedih kerana teman yang banyak membaca pun, salah mentafsir dan 'membaca' realiti tentang apa yang berlaku di negara Arab sana. Macam nak nangis.

Dia banyak membaca dan memerhati, jadi sepatutnya apa yang difikirannya adalah sesuatu yang 'menarik' untuk saya dengar. Saya cuba menduga apa yang diketahuinya tentang konflik terbesar dunia. Saya bangkitkan isu Palestin. Apabila ditanya tentang Palestin, dia mengaku yang dia pernah mendengar tentang Palestin, tapi tak tahu dengan jelas pun tentang apa yang berlaku di sana. Zaaassss... Hati saya ibarat ditoreh-toreh. Aiseh, orang yang banyak membaca dan ambil tahu tentang dunia pun, tak tahu apa sebenarnya yang berlaku? 








Kebebasan Palestin akan menjadi tanda kemenangan islam. Ustaziyatul alam makin hampir insyaAllah.  Mahu menyumbang? Berdakwah lerrr... [sumber foto]






"Hari ini 15Mei, Hari Nakba untuk Palestinians,"saya memberitahunya. Dia tercengang apabila saya menceritakan tentang apa yang berlaku di Palestin 64 tahun dahulu. Apabila saya bercerita tentang kapal Mavi Marmara yang menuju ke Palestin, membawa bukan sahaja orang islam, bahkan turut membawa orang-orang bukan islam. "Kapal itu diserang pada waktu awal pagi, ramai yang terbunuh," saya memberitahunya. Si teman yang membenci hal-hal keganasan dan kezaliman itu terus menunjukkan ekspresi muka tanda turut marah akan hal itu. "Di Palestin, orang Israel turut mengebom sekolah-sekolah, hospital-hospital, juga kem-kem pelarian," saya bercerita sambil memandang wajahnya. Si teman yang sememangnya 'tak ngam' dengan orang yahudi, makin menunjukkan riak muka yang membenci hal itu.

Eeeeeeehhhh.... dia ni tak tahu ke apa yang berlaku di Palestin? Saya bermonolog dalaman.

"Isu Palestin bukan isu umat islam sahaja, itu dah menjadi isu kemanusiaan." kata saya sambil merujuk kepada keganasan yang dilakukan kepada aktivis dalam kapal Mavi Marmara yang turut membawa orang bukan islam di dalamnya. Orang bukan islam pun sensitif dengan isu Palestin, itu maksud saya.

Si teman makin tercengang dengan cerita saya. Mungkin kehairanan, mengapa dia tak mengetahui kisah di Palestin yang merupakan isu kemanusiaan. Saya lagilah hairan.

=.='

Saya berasa kasihan kepada si teman, kerana tak mengetahui tentang apa sebenarnya yang berlaku di negara-negara Arab yang berrevolusi, juga tak tahu-menahu tentang Palestin yang saya kira sudah tersebar kisahnya ke serata dunia.

Saya lebih berasa kasihan kepada diri sendiri. Ini teguran Allah kepada saya. Saya memperjuangkan nasib rakyat Palestin, tapi kawan sendiri pun tak tahu tentang Palestin. Ini teman yang bukan islam. Teman yang seagama pun, masih ramai yang tak tahu tentang Palestin. Saya tidaklah seorang yang serba tahu tentang apa yang berlaku di Palestin, cuma paling kurang, saya tahu yang rakyat Palestin sedang dizalimi oleh orang Israel. Nasib baik si teman menggeleng kepala tanda tidak tahu, di hadapan saya di dunia. Masih sempat saya bercerita serba sedikit semampu saya. Kalau lah di akhirat nanti, si teman menggeleng kepala di hadapan Tuhan, sambil berkata, "Saya kenal dengan si teratai biru yang muslim ni, tapi dia tak pernah pun bercerita pada saya tentang Palestin yang dah jadi isu global tu. Tentang islam apatah lagi."

Nauzubillahi min zalik...

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa."
[Az-Zukhruf 43:67]

Tak dapat dibayangkan andai nanti kaki saya dihalang daripada menjejak Syurga, hanya kerana ada teman yang saya kenal di dunia yang 'claim' pada Allah, yang saya tak pernah bercerita tentang kebenaran (baca : berdakwah) kepadanya, lalu saya dilempar ke neraka yang menyala-nyala.

T_________T


Terbayang-bayang wajah ahli keluarga, saudara-mara yang ada, rakan-rakan satu batch, teman-teman satu sekolah, kawan-kawan satu kelas, jiran tetangga yang berselisih bahu... Adakah semuanya akan mengakui dakwah yang saya buat? Adakah keberadaan saya di dunia ini hanya sekadar ada. Adakah saya sudah menyampaikan nikmat islam dan iman yang saya terima ini pada sekalian penduduk bumi?

Iya, bukan kita yang menentukan sama ada dakwah yang dibuat itu, sampai kepada mereka. Sampai atau tidak, bukan kuasa kita. Kita hanya menyeru, menyampaikan. Kita hanya berusaha, bertawakkal.

"... Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [Ali Imran 3:159]

Nak berdakwah, memanglah susah. Kalau tidak, takkanlah langit, bumi, dan gunung menolak tugas khalifah yang ditawarkan Tuhan?

Susah, tapi kena buat juga.

Mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."
Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."
[Al-Mulk 67:9-10]

Dalam ayat di atas, Allah mengajar kita supaya buat dakwah sungguh-sungguh, sehingga dakwah kita itu diakui oleh orang yang didakwahkan. Dan, mereka yang masih dalam kesesatan itu adalah kerana mereka yang menolak dakwah kita, bukannya kerana dakwah kita cacamarba, bukan kerana dakwah kita yang hambar.

Kata kunci : Buat dakwah sungguh-sungguh. All out!

*Macam kena lempang*

Muhasabah.

Perbaharui niat.
Jom perkemaskan langkah.

Syahadah.

Banyak lagi kerja KITA.
Kerja saya.


***
Terima kasih, si teman dari Ukrain.
i lebiu...



Tuesday, 10 April 2012

Iya saya marah


Hari tu kan... saya pulang ke malaya...

pastukan, saya ada lah jugak tengok2 tv... ofkos lah tv malaya tu ada cerita ceriti yang merapu-rapu, merepek lagi menggelikan, menyesakkan dada, menyampahkan rasa, tak membina malah meruntuhkan, tak membantu malah membantutkan pemikiran warga rakyat jelata yang menginginkan kemakmuran jiwa, keluarga, harta juga negara ...
lepas tu kan... dalam keadaan jiwa yang terasa serabut, tetiba tertengok pula rancangan ala2 islamik yang bertajuk ala2 islamik, dengan suasana yang ala2 islamik... tym tu kan.. rasa macam hampir terpujuk juga lah hati yg awal2 tadi memanas.... dalam hati, rasa syukur dan gembira sbb wujud juga rancangan yg ada unsur2 islam, yang sy cuba yakin yg ianya bertujuan amat mulia seperti mahu mengajak penonton mengnal islam dgn lebih dekat atau paling tidak mengisi masa para surirumah juga mungkin pelajar2 yang tak pergi sekolah yg duk ngadap tv tu dgn sesuatu yg berfaedah lagi baguih duk ada...

eerrr tolak ke tepi seketika tentang rancangan wawancara ala2 forum yg dibuka majlis nya dgn pameran 'busana muslimah' yg jelas menampakkan susuk tubuh, si model megahnya melenggang lengguk di atas pentas, para cameraMAN aktif mengambil foto2... sbg pemangkin kpd sesi menghangatkan darah saya,
background muzik ialah qasidah yg maha sedap masyaAllah... (rasa terhina)




Inilah background muzik yg mengiringi aksi model muslimah yg bertudung litup (baca : bertudung, dan menutup aurat itu adlah dua perkara yg berbeza)... piuuwiiitttt... T_____T




nak dijadikan cerita,  adalah satu rancangan tv yg ala2 islamik tu... yg sy percaya mereka aim budak2 atau kanak2 atau mungkin pelajar sekolah rendah sebagai target penonton.... rancangan ini memaparkan ada ustaz2 yang bercerita tentang al-quran kpd beberapa org kanak2 (saya kira kesemua mereka adlh pelajar sekolah rendah).. amat bagus sebenarnya sebab boleh ajak dan ajar generasi baru yg baru nak kenal dunia ini akan sesuatu yg bagus yg ada unsur islamik.. ada ayat2 al-quran yg digunapakai, baguslah tu....
tapi tapi tapi.... satu hari tu kan... rancangan tersebut bawak keluar topik tentang surah An-Nisa ayat 3, iya lah... aah... tentang poligami... memula kan... saya pikir yg mybe topik poligami tu hanya disentuh sekilas lalu je, atau mungkin just diceritakan secara tiba2 je... sebab ustaz dlm rncangan tu sedang bercerita kpd budak skola rendah... takkanlah nak cerita pulok pasal poligami dlm tu (fikir saya pd mulanya).. kemudian.... apbila si ustaz cerita lebih details tentang ciri2 adil yg perlu ada oleh si suami utk membolehkannya berpoligami... ciri2 adil tersebut telah dihurai secara panjang lebar, sehingga keluar perkataan seperti 'mandul', 'tak puas', 'tak takut harimau, tapi takut hari-hari mau' , dan lain2 perkataan dan ayat yg saya tak sanggup nk dengar apatah lagi tulis.... saya membuntangkan mata... muka merah tak semena-mena... bukan... bukan kerana saya malu... tapi kerana saya sedang menahan marah... iya saya amat marah.... lebih marah apabila adik2 yang ada dlm rncgn tersebut ternganga seperti tak memahami intipati penceritaan si ustaz, sedang si ustaz ada yang tergelak kecil... mungkin berasa lucu dgn apa yg sedang diperkatakannya... iya sy tak menafikan ada je antara adik2 tu yg ketawa sesekali contohnya apbl si ustaz mengeluarkan perkataan 'mandul' ... normal lah manusia akan ketawa apbl berasa lucu...

kembali kpd topik ttg kemarahan saya.... saya marah bukan kerana topik poligami yg dibangkitkan.. saya juga tak marah langsung apbila berkali-kali dinyatakan keharusan utk si suami berpoligami apbl mampu... malah apbl si ustaz membangkitkan hadis yg menceritakan bahawa barangsiapa yg menolak sunah Nabi, maka Nabi takkan mengaku dia sbg umat, saya langsung tak marah... sy terima je... ok je what..  betul lah apa yg si ustaz tu kata... sebenarnya, sy amat marah apbl topik itu dibangkitkan di klngn budak2 sekolah rendah (sy amat yakin yg mereka adlh plaja sek ren)... kalau nak bangkitkan topik poligami tu pd pelajar universiti ke, kolej ke... sy x kisah pun.. sila lah... koman2 ceritalah tentang itu pd student skola menengah atas (f3-f5).. tu kalau nak cerita sangat lah... tapi bila topik poligami in dibangkitkan kpd adik2 skola rendah, lalu adik2 itu ternganga tak paham 'istilah2 tinggi' yg ada, juga menghasilkan ketawa kpd benda yg saya tak rasa lucu langsung, maka saya amat marah.... tym tu.... saya ada bbrpa persoalan yg sy rasa mcm mahu tnya direct kpd jiwa2 blakang tabir rncngn tersebut antaranya iaitu :

1) dah takde topik lain ke yg nak diceritakan pd bebudak tu?
2) dah takde orang lain sangat ke utk dijadikan pendengar topik tu?
3) dah takde rancangan mahupun saluran lain ke utk bercerita tentang itu?
4) apa tujuan rancangan itu diterbitkan?
5) nak tak saya bagi cdgn2 topik yg mungkin boleh dipertimbangkan di waktu akan dtg (sekiranya budak2 skola rendah telah ditarget sbg penonton)?
contoh2 topik cdgn sy adlh spt berikut  :

- kepimpinan melalui teladan dalam islam
- jangan buat khianat pada orang lain, pasti anda bahagia
- kasih sayang sesama rakan sebaya
- hormat ibubapa selagi ada
- dalami seerah, banyak ibrah
- menabunglah demi kewangan yang mantap
- maneskan muka, chantekkan bahasa, anda pasti teruja

saya rasa panas... rasa lemas... rasa mengah....
Allah....  T_______T
dalam hati, saya bersimpati kpd adik2 tu.. kasihannya mereka... kecik2 dh disogokkan dgn perkara sebegitu...

sebelum ada yg tersalah ertikan maksud segala ayat2 sy di atas, mai sini nak habaq...

1) dalam keadaan umat yg makin tenat, saya tak nampak langsung topik poligami yg dibangkitkan terhadap budak2 skola rendah akan bisa membantu merawat umat
2) dalam suasana umat yg kian parah, saya cuma rasa yg rancangan tersebut pada hari tesebut adlah suatu pembaziran masa, wang, tenaga, usaha, minda, generasi, dan jiwa juga harapan....
3) dalam fenomena rakyat jelata yang menjulang budaya juga kerenah barat, saya yakin bahawa rakyat jelata tersebut tetap dahagakan bahkan ketagihkan suatu rancangan yg bisa 'membina jiwa' jua 'membasahkan HATI'
4) hanya celupan Allah sahaja yg bisa menyelamatkan umat masa kini

"Sibgah Allah. Siapa yang lebih baik sibgah-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah." [Al-Baqarah 2:138]

5) islam perlu diambil sepenuhnya. bukan ambil yang mana suka.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh  yang nyata bagimu." [Al-Baqarah 2;208]

‘…Kami beriman kepada sebagian dan kami mengingkari sebagian (yang lain),” serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir),merekalah orang-orang kafir sebenarnya.Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.’[An-Nisa 4: 150~151]



noted : 
1) iya saya marah, atau lebih tepat, saya kecewa .
2) abaikan penggunaan gaya bahasa yang ntahapa2 sepanjang post ini, apatah lagi shortform2 yg digunapakai. sengaja tak tulis penuh2 bagi menggambarkan yg saya memang marah dan kecewa. (saya hanya tulis shortform tym awal2 menulis di blog shj, kerana pd sy, tulisan yg 'ada isi' tapi x ditulis secara penuh, meggambarkan si penulis yang tak serius, mungkin caca marba...) 
3) memang susunan ayat dan segala kosakata yg ada adlh dlm kategori serabut, perenggan2 pun tak kena gaya. jelas membayangkan jiwa sy yg serabut dgn realiti ini. 
4) segala apa yg tertulis adlh 100% pandangan peribadi saya yang masih merangkak dalam gelita dunia menuju cahaya Dia. anda bebas menolak.
5)  saya tak attack jiwa2 belakang tabir rancangan tu pun, mereka ada ijazah segala, saya sekadar pelajar engineering yg biasa2. pandangan picisan. 
6) saya tak menolak poligami, tapi saya tak kata yang saya mahu bakal suami saya berpoligami. (tak perlu direct translation pada ayat ini sbb ia perlukan penghuraian panjang lagi berilmiah)




Lamanya saya tak menulis di sini. 
Ada lagi ke orang yang mampir ke sini?
Wujud ke manusia yang baca tulisan saya lagi?

Iya tulisan kali ini mungkin dipengaruhi emosi.
Moga Allah ampunkan diri ini.


Tahniah kerana habis membaca!!!
*clap clap clap . bertepuk tangan*

Sunday, 29 January 2012

Sempena gempa bumi : Betul kah kita muslim?





Ini adalah post sempena gegaran bumi yang bepusat di Yamanashi, selama dua hari berturut-turut sejak kelmarin (28/1/2012) hingga saat post ini ditulis (29/1/2012).

Kelmarin dan hari ini, rumah sewa saya bergegar dengan gegaran yang agak kuat dan luar biasa.
Terbayang memori ketika gempa bumi bermagnitud 9 pada pertengahan bulan 3 tahun lepas.
Puisi yang terhasil daripada peristiwa itu amat menyentuh jiwa saya.



Apabila gempa berlaku di laut, maka akan terhasillah tsunami. [kredit]




Iya.
Kebelakangan ini, bumi matahari terbit ini kerap kali bergegar. Bahkan pada tempat-tempat yang dahulunya jarang bergegar pun, kini seolah turut merancakkan pergerakan plat-plat bumi.

Oh ya, bumi samurai ini juga sedang hangat berbicara tentang ramalan yag dibuat oleh para sensei dari Tokyo University, yang menjangkakan bahawa Jepun akan mengalami gempa bumi yang kuat (bermagnitud 7) dalam masa 4 tahun terdekat ini. 

Baiklah baiklah, saya tak mahu bercerita tentang ramalan tersebut. Anda boleh manfaatkan incik google mahupun tiubawak untuk maklumat lanjut berkenaan itu.

Sebelum saya menerjah ke point utama, mari saya cerita sesuatu.

Adalah suatu hari (Selasa) pada minggu lepas. Telah ada khabar bahawa esoknya (Rabu) bahawa Jepun akan mengalami gempa bumi yang sama atau lebih kuat daripada yang pernah berlaku pada bulan 3 dulu. (noted : Khabar ini terbukti palsu. Ianya sekadar khabar angin. =.=' )

Maka tersebutlah kisah, di ruangan pengicau, dalam banyak-banyak kicauan berbaur gempa, ada satu kicauan yang menarik perhatian saya, lebih kurang begini ayatnya:

"Esok gempa, nak kena buat assignment tak?"


Assignment ibarat isi dengan kuku, bagi student normal. [kredit]



Wow...

Baiklah saya mengaku. Sejujurnya, saya pun ada terfikir juga, andai hari Rabu gempa, maka saya tak perlu menduduki exam pada hari Rabu, Khamis, dan hari-hari berikutnya. Juga tak payah susah payah berpeluh sakan   berhempas pulas untuk sesi presentation final pada hari Khamis. =.='

Rupa-rupanya ramai lagi insan di luar sana yang berfikiran serupa. Ada kenalan saya yang berfikir bahawa nanti andai gempa besar itu benar-benar berlaku pada hari Rabu, maka tak payah lah nak buat ronbun (eerrr... bahasa mudahnya,  Thesis). Saya tak pernah tulis ronbun lagi, tapi daripada cerita-cerita senior, menulis ronbun itu amatlah susah, susah, dan susah,

Tapi, alhamdulillah saya tetap study untuk exam hari Rabu itu. Takdelah nak menyerah macam orang kalah.

Buat saya dan kalian,
Mai sini nak habaq...








Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" 
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]


Inilah kurma. [kredit]




Terfikir tak, kenapa benih kurma yang memakan masa bertahun untuk tumbuh itu perlu ditanam juga, walaupun esoknya adalah kiamat?


Pendek kata, mengapa kita tak diseru agar meninggalkan segala virus Wahan yang menular dalam diri, lalu kita pakat ramai-ramai solat sungguh-sungguh, beristighfar sakan, atau melunaskan segala hutang, atau segera memaafkan sekalian umat, atau bersedekah segala harta?




Allahu Allah.

Berbeza benar neraca manusia dan neraca Dia.

Allah memandang pada usaha, bukan pada hasil. 

Di saat sebelum kiamat pun, Allah akan menapis hamba-hambaNya. Mana satu hamba yang benar-benar mukmin, mana satu yang munafik, mana satu yang kafir. T____T


Andai menanam kurma adalah perkara terakhir yang mampu kita lakukan sejurus sebelum kiamat, maka tanamlah kurma itu.

Andai study adalah perkara terakhir yang mampu kita lakukan sejurus sebelum kiamat, maka study lah sepenuh hati, semaksima mungkin.

*macam kena tembak. macam kena tembak*

T___T

Ataukah kita menganggap bahawa menanam kurma itu bukan ibadah?


***



"Errr... study pun ibadah ke?" 

Tanya seorang teman saya, ketika saya bercerita kepadanya tentang hadis ini pada petang Rabu yang dijangkakan akan berlaku gempa besar itu.

"Macam mana pula kita boleh kata yang study pasal ilmu engineering ni, boleh dapat pahala? "

Soalan kedua dilontar sebelum saya sempat menjawab soalan pertama.


"Tak boleh nak dikaitkan langsung."


Dia menambah. Saya tergamam.


***


Betul kah kita tak sekular? [kredit]




Satu dunia mengetahui bahawa memisahkan kehidupan seharian daripada islam, itulah sekularisma.


Andai benar kita menganggap 'islam is the best way of life', mengapa masih menganggap bahawa islam itu hanya tunggang terbalik bersolat, lapar dahaga berpuasa, kelubung satu badan menutup aurat, semata-mata?

Adakah ibadah hanya boleh dilakukan di atas tikar sejadah sahaja?

Wahai saya dan kalian, selagi mana kita berniat melakukan sesuatu kerana Allah, dan perkara tersebut adalah berlandaskan syariat (contoh : Main bola jaring dengan berpakaian menutup aurat), maka itu dikira ibadah.

Kasihanlah kita andai hanya boleh dapat pahala ketika berada di atas tikar sejadah sahaja, atau mulut kumat-kamit berzikir sahaja, atau ketika sedang berbulatan gembira sahaja?

Zalim nya kita.

Bukan main kita mengutuk si Kamal Atartuk yang meranapkan sistem khalifah, sejurus sebelum melancarkan  sistem sekularisma yang berkembang biak di seluruh pelusuk bumi sehingga kini. Tapi tanpa kita edar, diri kita sendiri masih terpalit dengan lumpur-lumpur sekularisma itu.


Kita kata islam dimana-mana, bila-bila masa. Tapi...


"Malu lah nak baca quran dalam densha (tren), kalau dalam masjid tak apa lah."


"Nak pergi party rumah nihonjin(japanese), tak bolehla nak pakai baju kurung. Kena pakai macam depa juga. Baru boleh geng."


"Solat atas rumput? Solat di tempat parking? Tak sesuai lah."

and so on...





Quran di mana-mana? [kredit]




Allahu Allah.

Tanpa sedar, kita telah mengekslusifkan islam pada sesetengah tempat, mengkhususkan nya pada masa-masa tertentu sahaja.

Di mana pengakuan hebat 'La ilaha illallah' pada sekurang-kurang nya 9kali sehari dalam solat itu?

Andai benar hanya Allah adalah ilah yang selayaknya disembah, mengapa masih mengasing-asingkan islam daripada kehidupan seharian.


"Menjemur kain adalah islam."


"Membasuh pinggan mangkuk adalah islam."


"Mengemas rumah adalah islam."


and so on...


Kalau sentiasa berfikir sebegitu, kan senang...

Cukup beriman kah kita bahwa 'islam is the best way of life'?






notakaki :

Dalam progam celik mata seperti ISK dan MZ, kita selalunya akan membangkitkan isu 

"Kita manusia, bukannya robot,.
Jadi, mari melaksanakan tujuan hidup dengan berhemah lagi  bertatasusila." 

Dan selalunya isu robot-robot ini akan berjaya membuka mata kebanyakan mad'u. 
Lalu kita akan mula melakukan aksi dakwah secara kemanusiaan yang biasa.

Saya jumpa kes menarik lagi mengujakan.

Ada orang beritahu saya, 

"Saya tak kisah pun jadi robot."

Saya terfikir, mungkinkah insan sebegini perlu di handle secara robot?

Saya yakin, dia masih manusia.

(=












































Saturday, 17 September 2011

Erti Perilaku [part 1]


Erti perilaku, bahasanya seribu. [kredit]




Salam seribu kali sayang...^^

Istimewa buat sesiapa yang terjenguk ke blog ini, saya kongsikan sebuah puisi hasil tulisan penulis hebat, Shoji Miyazawa. Bagi sesiapa yang mahu tahu, puisi yang dihasilkan beliau ini telah diulang tayang berkali-kali di mana-mana sahaja ceruk Tanah Samurai ini, terutamanya selepas peristiwa gempa bumi bermagnitud 9.0M yang membawa ombak pelabuhan (baca:tsunami) berketinggian 10meter, juga yang telah mencetuskan huru-hara dengan kebakaran dan kebocoran beberapa loji nuklear di Fukushima Daiichi. Iya, pada tanggal 11 Mac 2011 itulah.

Err.. saya mengejar masa, tak sempat nak tolong menterjemah satu persatu maksud puisi ini ke dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. InsyaAllah, nanti saya akan berbuat demikian dalam entri susulan (part 2), bersama penerangan ringkas lagi berinformasi penuh bergaya . Eh? Doakan ya! Jadi, bagi sesiapa yang tak sabar-sabar mahu mengetahui maksud patah perkataan puisi ini, sila manfaatkan incik google yang menawarkan khidmat penterjemahan percuma.

Lagi satu, jemput baca entri ini, sebagai persediaan mental dan spiritual sebelum menerjah ke entri susulan tentang puisi ini(part 2) yang bakal keluar tak lama lagi. Iya, saya benar-benar memaksudkannya. Jemput baca. Jemput baca. Jemput baca.



行為の意味 [koui no imi]
宮澤章二 [Shoji Miyazawa]


ーあなたの(こころ)はどんな形ですか
[anata no (kokoro) wa donna katachi desuka]

と ひとに聞かれても答えようがない
[to hito ni kikarete mo kotaeyou ga nai]

自分にも他人にも(こころ)は見えない
[jibun ni mi tanin ni mo (kokoro) wa mienai]

けれど ほんとうに見えないのであろうか
[keredo hontouni mienai no dearouka]


確かに(こころ)はだれにも見えない
[tashikani (kokoro) wa darenimo mienai]

けれど (こころづかい)は見えるのだ
[keredo (kokorozukai) wa mieru no da]

それは 人に対する積極的な行為だから
[sore wa hito ni taisuru sekkyokuteki dakara]


同じように胸の中の(思い)は見えない
[onaji youni mune no naka no (omoi) wa mienai]

けれど (思いやり)はだれにでも見える
[keredo (omoiyari) wa dareni demo mieru]

それも人に対する積極的な行為なのだから
[sore mo hito ni taisuru sekkyoku teki na koui nano dakara]


あたたかい心が あたたかい行為になり
[atatakai kokoro ga atatakai koui ni nari]

やさしい思いが やさしい行為になるとき
[yasashii omoi ga yasashii koui ni naru toki]

(心)も(思い)も初めて美しく生きる
[(kokoro) mo (omoi) mo hajimete utsukushiku ikiru]

ーそれは 人が人として生きることだ
[sore wa hito ga hito toshite ikiru koto da]









Okai.

Jap ye, nak pergi berkasih sayang penuh kelasakan bersama para chenta hati.

Nak bermukhayyam.

Dalam usaha merealisasikan salah satu muwasofat tarbiyah, Qawwiyul Jismi.

Jom lah. =)

Thursday, 14 April 2011

Krisis Mesir. Bencana gempa. Tragedi tsunami : senyumlah lagi...

Bismillahi arrahman arrahim.

Salam.

Terima kasih kepada sesiapa yang terjenguk ke blog ini.

Tulisan kali ini mungkin panjang, saya cuba memaknakan apa yang saya tulis, insyaAllah.

Sebelum kita pergi ke point utama, jemput baca isi draf terbengkalai saya yang bertarikh 1/2/2011 di bawah ini.



***

Tajuk asal bagi draf terbengkalai ini :
Bukan untuk senyum- Melayang doa ke bumi kinanah.



senyum sahaja takkan menyelamat segala. [rujuk foto : utusan 1/2/2011]



Mata saya membuntang.
Darah saya menyirap membaca dialog di ruangan senyum kambing itu.
Maaf.

Bukan mahu mengatakan kita tak perlu bersyukur dengan keamanan di Malaysia.

Tapi ada perkara lain yang lebih perlu dipandang berat oleh kita-kita yang berada di zon selesa ini.

Situasi huru-hara di Mesir.
Keadaan rakyat kita di sana.
Situasi aman-damai(?) di Malaysia.
Keadaan rakyat kita di zon selesa(?).

Bukan suatu perkara untuk dibandingkan, buat masa ini.

Sudahlah kecewa dengan jawapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini.

Cuba bersangka baik. Bukan mudah mahu mengumpulkan kesemua lebih 11000 orang pelajar kita di sana.

Tapi akhbar dan media televisyen, tak sangat menghebah cerita.
Saya tidak berada di Malaysia, sekadar peroleh berita melalui alam maya.

Sudah.
Saya menangis mengetahui keadaan mereka.
Lebih-lebih lagi memikirkan nasib pelajar Malaysia.

Allah.

Mesir dilanda huru-hara.
Sahabat-sahabat saya masih ramai di sana.

Hampir setiap detik saya menyelongkar alam maya, menjenguk situasi saudara-saudara di sana.

Hari ini, pulang dari sekolah, saya pantas menerjah ke alam maya, mencari khabar berita.

Ada beberapa orang yang sudah pulang ke Malaysia, dengan tiket sendiri. Bukan proses EVAKUASI.
Ramai lagi yang di sana.

Saya tak mahu bercerita lebih di sini, seolah tahu segala.


----> noted : Catatan di atas, telah saya tulis di ruangan draf yang bertarikh 1/2/2011 (pada tarikh ini, belum dilaksanakan proses evakuasi lagi). Mengapa terbengkalai? Ada banyak sebab. Salah satunya ialah saya tak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang 'suka menari pabila ada yang bergendang'. Baru kini saya publish, dengan sedikit aksi edit-mengedit pada draf itu atas tujuan menyesuaikan isi draf itu dengan tulisan saya di bawah.






***


11 Mac 2011.
Tarikh keramat buat warga bumi samurai.
Bumi Jepun bergegar dengan gegaran 8.9 skala richter, cukup menghuru-harakan keadaan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Kini, sesekali, masih terasa gegaran-gegaran susulan yang kecil. Jepun sedang dalam proses baikpulih, Walau dilanda kegelisahan terhadap bahaya yang tak ternampak oleh mata kasar. Ancaman radiasi!

Ketenangan pada wajah-wajah warga Jepun mudah dilihat. Melihatkan wajah-wajah mereka, jika kita tak menonton berita di televisyen, atau membaca khabar-khabar berkaitan di laman maya, kita tak akan dapat detect pun yang negara mereka ini telah dilanda bencana alam yang besar. Disusuli oleh kepungan ancaman radiasi. Bagai jatuh ditimpa tangga.

Kadang-kadang, saya pelik dengan mereka.

Ada ketikanya, mereka akan menjadi orang yang amat kelam-kabut. Panik tak bertempat. Menggelabah tak tentu pasal. Atau saya yang sudah terbiasa dengan situasi di tanah air yang ramai warganya rileks dan selamba tak kena masa?

Ada ketikanya, mereka akan mempamerkan air muka yang amat tenang dan sabar. Seolah tak pernah berhadapan dengan masalah. Kalau ada masalah pun, seakan meyakini masalah itu pasti akan selesai. Tolak ke tepi sebentar, tentang Jepun yang menggunungkan carta membunuh diri. Musibah yang melanda seolah tak menggugah jiwa. Seumpama qadar ketentuan Allah itu telah diimani sepenuh hati. AllahuAkbar! Atau saya yang sudah terbiasa dengan suasana di tanah air yang ramai warganya jenis ber responsif spontan tak kena gaya?


***


Aku melihat manusia, ramai yang takutkan mati. Gempa bumi. Ramai yang hendak lari. Mahu keluar dari nippon. Hairan. Resah. Kelakar. Gerun. Perasaan itu bercampur baur. Maut. Mahu lari dari mautkah? Haha. Takkan terlari. Sila percaya.
***
Pabila akhirat tak diobsesi, redha Ilahi tak tertimbang ketika memilih. Matlamat hidup perlu jelas, si Izrail tak pernah culas.


---- > noted : Secebis catatan pada buku diari milik peribadi, bertarikh 12/3/2011, sehari selepas gegaran terburuk dalam sejarah nippon. Amat kompleks untuk dihurai. Jika tidak kerana majlis perkahwinan abang kandung saya (dan saya pulang ke tanah air, 3 hari selepas bencana, alhamdulillah untuk itu), kaki ini bagai mahu meluru kepada warga nippon yang berkumpul di pusat pemindahan. Mahu membantu mana yang mampu. Paling tidak, sekadar menjadi pendengar cerita pengalaman tentang bencana.





***


[sumberfoto]


Errkk...Apekah?


"Nanti kalau ada jishin(gempabumi) lagi, kita lari ke tempat yang tinggi itu ya?"

"Ok. Itupun kalau tempat itu tak roboh. Kalau roboh, kita nak lari ke mana?"

"Kalau berlaku jishin lagi, aku nak menyorok kat situ."

"Airport bukak tak? Aku nak balik Malaysia. Jepun dah tak selamat."

"Kita kena prepare barang-barang penting dalam satu beg. Senang nak lari."


Jujurnya, telinga saya berdesing mendengar dialog-dialog sebegitu. Minta maaf.

Bukannya saya menidakkan keperluan untuk kita bersedia menghadapi kemungkinan bahaya mendatang.

Bukan juga saya mengiyakan untuk kita berpeluk tubuh saat bencana menghampir.

Itu menolak tuntutan sunnatullah.

Cumanya, pabila dialog-dialog sebegitu dilontarkan, tanpa ada tindakan susulan untuk menyeimbangkan kata-katanya itu, konotasi iman hanya menggambarkan goyah.

Menyeimbangkan kata-kata?

Begini,

alang-alang membenci israel , kenapa tidak menyukai palestin ?

alang-alang membenci sindiket , mengapa tidak meninggalkan rokok ?

(Pinjam kata-kata incik uwais. Baca sini untuk lebih faham.)

Jadi,
alang-alang takutkan mati, mengapa tidak menambah amal?

Mahu lari sebab takutkan mati, tapi tiada usaha untuk menambahkan amal? Itu semestinya salah.

Mesti jelas lah dengan tujuan kita menyelamatkan diri itu. Kalau sendiri takutkan mati, maksudnya diri tak cukup amal lagi lah. Astaghfirullah... beratnya hati ini mengizinkan jari-jemari untuk menaip patah-patah perkataan itu.

Amal itu adalah urusan antara seseorang hamba dengan Allah. Siapa pula saya untuk menyatakan seseorang itu tidak menambah amal?

Jawapannya mudah.
Amal ibadah yang sohih akan terhasil daripada akidah yang sejahtera. Yakni akidah yang sudah selesai tentang pemahaman bahawa mati itu pasti, tak boleh diubah, cuma kita berupaya mengatur hidup menuju detik kematian. Dan, secara automatik, sinar iman akan terpancar melalui cara pemikiran dan aktiviti hidup seharian.

Cara pemikiran dan aktiviti hidup seharian.

Rasanya tak perlu saya nyatakan dengan detail tentang soal ini. Boleh tahu-tahu sendiri kot ek, sama ada aktiviti hidup seharian kita membenarkan kerisauan kita tentang mati, atau sekadar kerisauan entah apa-apa.

Muhasabah.
Mari berfikir.


***

Dan, apa pula kena-mengena dengan draf terbengkalai pasal Mesir segala tu?

Manusia kehilangan fokus.

Itu pointnya.

Rakyat sendiri di negara orang dalam gelisah,
boleh pula tersenyum mengakui 'kestabilan' di negara sendiri.

Warga Jepun dalam huru-hara dilanda bencana tsunami,
boleh pula si menteri kita berbincang tentang kestabilan ekonomi.
Risau barangkali akan terjejas rezeki, dek tsunami.

Ada ramai lagi yang masih berduka di kepulauan yang sama di Jepun angkara bencana,
boleh pula ada yang merancang mahu terus bergelak tawa tanpa pengisian jiwa.


pinjam bait-bait kata Abusaif... [sila klik]


SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!









Allahu...

Kita semakin tidak peduli, pada yang sepatutnya.

Fokus tersasar.

Padahal tsunami itu bukan sekadar tragedi.



“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [Ar-Rum :41]




[sumberfoto]



Banyaknya teladan dalam kisah Nabi Nuh a.s.

Banyak lagi yang perlu dimuhasabah.


Sila tepuk tangan bagi yang habis membaca! ^^

Saturday, 9 April 2011

Aku-aku. Kau-kau.


...dalam islam, tiada istilah aku-aku, kau-kau...



"Nanti, dah duduk asrama, jangan tak kawan dengan orang lain. Bahaya," itu pesan bonda kepada saya dan saudara kembar saya.

Ketika itu, kami baru sahaja mahu menapakkan kaki memasuki sekolah berasrama penuh ketika di tingkatan 4.

"Kenapa bahaya?" soal saya yang tak memahami.

"Iyalah, kalau kita selalu bersendiri, mudahlah pihak yang jahat 'masuk' line, nanti jadi perkara yang buruk-buruk."


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]



"Pihak yang jahat? Syaitan ke? Jin?"

"Pun boleh juga. Mungkin juga manusia lain yang jahat."

"Oo... tapi kami berdua. Bukannya duk sorang-sorang."

"Memanglah kamu sentiasa berdua, kalau kamu tak berkawan sangat dengan orang lain. Orang lain pun akan 'takut' nak berkawan dengan kamu, bimbang tak dilayan. Asyik berkepit aje kamu berdua ni." ujar bonda panjang lebar.

Kami tersengih.

Itulah saya dan saudara kembar saya suatu ketika dahulu. Kami selalu bersama, walaupun kadang-kadang berlainan kelas. Memang sedar jugalah, yang orang lain ala-ala tak berani nak berkawan sangat dengan kami berdua, dek kerana kami sentiasa bersama.

Disebabkan kami mahu cuba 'membuka ruang' agar kawan-kawan lain turut berkawan dengan kami, kami cuba 'merenggangkan' diri antara satu sama lain.

Cuba berjalan seorang diri. Ke kelas, ke dewan makan, ke surau.

Iya. Kami 'tersilap' cara. Tindakan kami yang cuba merenggangkan diri antara satu sama lain dengan harapan agar kami masing-masing mendapat kawan-kawan rapat yang lain, akhirnya hanya menambah kesunyian kepada kekerapan berkeseorangan.

Haha.

Hipotesis awal tertolak.

Akhirnya, kami kembali bersama ke mana sahaja.

Dan kini, memang saya rindu untuk selalu bersama dengannya. Masing-masing berada di bumi orang membawa haluan sendiri. Saya tahu dia sentiasa membaca catatan saya di blog ini. Buat kamu, saya rindu kamu okeh.


***

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang beselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
[surah al-hujurat 49:10]



Menjadi muslim,secara automatiknya, kita tidak bersendirian. Juga tak boleh bersendiri.

Tak boleh juga kita menyendiri tak tentu hala. Iaitu, sengaja bersepi-sepian seorang diri tanpa ada sebab yang jelas lagi munasabah.

Melatih diri untuk selalu menyendiri tanpa tujuan yang jelas, kita hanya menempah bala.

Hidup di zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, mengundang banyak cabaran berbentuk ala-ala millenium.


"Aku buat hal aku, kau setelkan hal kau."

"Mind your own bussiness."

"Kain sendiri rabak, jangan duk usya kain orang boleh?"

"Alaaa... selagi dia tak kacau kita, biarlah dia buat apa pun."

"Kubur kita bukan ke asing-asing?"



Itu antara ayat-ayat yang mudah didengari berkenaan situasi hidup ala-ala nafsi-nafsi.

Menyumbang kepada keruntuhan akhlak.

Meningkatkan ego tak bertempat.

Mendorong hidup kurang bermaruah.

Tolak ke tepi sebentar, perihal kebangkitan ummah.

Selagi mind-set aku-aku, kau-kau ini tak diubah, memang selamanya kita akan berada di takuk yang sama.

Sebagaimana solat berjemaah itu menjadi keutamaan dalam solat fardhu, seperti itu jugalah kita perlu sentiasa bersama-sama dalam kehidupan seharian.

Dalam islam, tiada istilah aku-aku, kau-kau.

Kalau menjaga hal orang lain itu, atau bahasa mudahnya 'busybody', adalah tidak patut,

mana mungkin Rasulullah SAW beratus-ratus kali pergi mengetuk pintu rumah si Abu Jahal, demi mengajaknya kepada islam?

mana mungkin juga perlakuan ithar(melebihkan orang lain) menduduki tempat tertinggi dalam tangga ukhwah?

mana mungkin juga manusia diciptakan hidup di bumi dengan beban galas, melaksanakan tugas khalifah?

Logiknya mudah.

Pabila kita tak peduli dengan hal orang lain, secara automatik, kita tiada rasa tanggungjawab untuk berusaha mengajak orang lain bersama-sama kita menuju syurga.

Begitu.

Kita memang kena ambil tahu tentang orang lain. Lebih-lebih lagi tentang orang yang rapat dengan kita. Kawan-kawan kita. Adik-beradik apatah lagi.

Walaupun kadang-kadang ada orang yang tak suka dengan sikap kita yang ala-ala busybody, kita tetap kena ambil tahu juga perihalnya.

Boleh jadi juga sikap kita yang suka mengambil berat dengan perihal kawan kita, terjemahannya pada dia hanyalah kita ini penyibuk.

Jangan cepat melatah jika ini berlaku.
Mungkin ada cara kita yang tak berapa kena dengan situasi, pemikiran, mahupun penerimaan dia.

Bersabar.
Bermuhasabah lah.

Dan kita, elakkan diri daripada suka buat hal sendiri sahaja.

Hidup hanya untuk diri sendiri?
Tak seronok pun.

Hidup hanya memikirkan hal orang lain dengan mengabaikan diri sendiri?
Diri kita ada hak nya.

Mari.
Kita saling hidup untuk satu sama lain.



Jangan memencilkan diri tanpa sebab yang wajar.

Tak perlu menyendiri atas alasan 'malas bergaul'.

Kurang cemerlang dalam pergaulan?

Kelemahan bersosial jika dibiarkan, dikhuatiri akan membawa kepada kesan yang lebih kronik.

Tak mengapa. Perlahan-lahan lah. Latihlah diri agar selalu menjadi proaktif, bukannya reaktif.



Jangan terlalu suka melakukan hal sendiri-sendiri. Bahaya.

Jangan terlalu tak suka ambil tahu hal orang lain. Pun bahaya.

Samalah tu, tukar ayat je.

Haha.

Jangan sorang-sorang okeh.

Wednesday, 6 April 2011

Mahu menulis.


...bahasa tulisan lebih meluah rasa...

Mahu menulis.

Banyak juga idea bertampuk dalam kepala.

Tapi tak terluah dalam bentuk entri.

Sekadar bait-bait ringkas di ruangan 'notes' di aifon milik peribadi, yang kini togel tanpa casing. Eh,lupa... sebenarnya ada casing, tapi tercabut dek terhempas jatuh buat kali yang ke berapa entah. Bercakap tentang aifon yang kini masih tak 'berbaju', ia pernah becasing suatu ketika dahulu, sebanyak dua kali, itupun kedua-duanya ialah casing percuma pemberian orang, yang sebenarnya dimiliki oleh cik pemilik blog katakhijau ini (credit to her). Pernah ada seorang sahabat yang menawarkan untuk menghadiahkan casing baru, dek terlihatkan casing pertama aifon saya yang sudah lama tak berwajah baru. Terfikir juga saya, buruk benor ke rupe aifon yang bercasing lama?. Hehe. OH, sebenarnya saya amat terharu lagi berterima kasih kepada beliau-beliau yang terlibat dalam me'wajahbaru'kan aifon saya itu.

Eh, macam melalut ke saya?
Sebenarnya nak cakap yang banyak idea-idea terkumpul yang bakal dijadikan entri pembuah bicara di blog tak seberapa ini, kebanyakannya dicatat oleh saya, ke dalam ruangan 'notes' di aifon. Itu je. Termelalut pula. Ah, biarkan, saya kan perempuan. Eh?


Atau nak 'up' sikit, idea-idea tersebut dah menjadi draf terbengkalai yang tak terpublish di blog. Heh, tak ke mana pun.

Mahu menulis, tapi bagaimana ya?

Sejuk.
Itu salah satu punca saya selalu gagal dalam menghabiskan menulis sebuah entri. Sebagai seorang pengidap fenomena Raynaud, kebekuan yang menimpa mengakibatkan jari-jemari ini selalu kaku di atas papan kekunci komputer. Benar. Hampir setiap 30 saat, saya akan 'menyalai' jari-jemari ini di hadapan incik danbo (sejenis alat pemanas). Demi memanaskan jari-jemari percuma kurniaan Ilahi.

Pabila jari-jemari saya menyejuk, saya akan kurang mampu untuk melakukan apa-apa aktiviti pun. Nak pegang pensel pun tak lepas, agak struggle jugalah sebenarnya sewaktu studi. Ok, ini bukan alasan untuk saya malas studi.

Kini di Jepun, sudah masuk musim bunga. Sakura-sakura sudah mula berkembang mengindahkan pemandangan di sepanjang Takeda Doori, yakni jalan sederhana besar behampiran rumah. Selepas bunga-bunga sakura ini gugur, maka akan bermulalah era kepanasan yang agak melampau (selalu mencatatkan beberapa kematian) di sepanjang musim panas. Ni kalau musim tak sejuk pun tak banyak menulis, tak tahulah nak kata apa.

Okey sekejap. Nak menyalai tangan lagi.

Waktu sejuk-sejuk begini, saya mula lah membayangkan, alangkah bahagianya pabila bakal suami saya sudah menjadi suami saya. Boleh lah si dia menggenggam jari-jemari saya yang menyejuk ini, dan lagi best kalau si dia boleh tolong taip apa yang saya mahu tulis. Tapi macam tak seronok je, kalau tak tulis sendiri. Eh, fikir apa ni? Stop. Mari berfikir perkara yang lebih 'besar'.

Mahu menulis.
Itu aje point nya buat masa ini.
InsyaAllah akan menyusul entri-entri yang lain, jika diizinkanNya.
Mohon dipermudahkanNya.

Saya tahu yang blog tak seberapa saya ini mempunyai silent-readers yang ternanti-nanti kemunculan entri-entri baru di sini. Eceh. Terima kasih, dan moga redha Dia sentiasa bersama kalian semua. Terus doakan saya, ya? Terima kasih juga kepada readers yang tak silent. Suara-suara kalian memberi saya nafas, sebenarnya.

Saya tahu juga yang blog tak seberapa ini telah bertambah beberapa followers, walau pun di saat tiada kemunculan entri baru, dan tiada juga blogwalking di saat saya disibukkan hal dunia, demi mendapat akhirat (insyaAllah). Hairan jugalah sebenarnya, apa yang nak difollownya. Apa pun, saya menghargai semuanya. Maaf, jarang sempat nak menjenguk, siapakah gerangan pemfollow blog ini. Diulangi, terima kasih juga yang mampu saya lafazkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi ini, saya buat marathon membaca artikel-artikel di malaysiakini, memandangkan saya sudah beberapa minggu tidak menjenguk ke ruangan itu sepanjang keberadan saya di tanah air. Agak 'lampi' jugalah apabila membaca karangan ini. Dah habis baca, baru dapat tangkap apa yang sedang diperkatakan. Teringat pula kata-kata incik jotter, sarkastic itu seni.

Sepanjang berpijak di bumi kelahiran, saya jarang membuat penerjahan ke alam maya, cuma mensensitifkan mata dengan membaca akhbar-akhbar yang sememangnya penuh auta. Panas hati jugalah sebenarnya pabila mengikut perihal-perihal pelik di tanah air. (Alahai dunia hari ini semakin 'menggelikan'). Juga memicingkan telinga dengan mendengar siaran berita di corong-corong radio dan menajamkan mata dengan menonton siaran-siaran di kaca televisyen. (Sambil mulut terkumat-kamit mengutuk tindakan Amerika ke atas Libya. Oh, tragedi Iraq bakal berulang?) Teringat pula perbualan kelmarin dulu, antara saya dengan cik hosmet yang penyayang dan ganas (eh?) tentang isu Amerika yang terlalu 'baik hati' mahu menamatkan konflik di Libya itu. Amerika itu terlalu suka menolong, atau tak kena cara menolong, atau tak pandai menolong?

Hampir setiap pagi saya tercatuk di depan televisyen, menonton astro di channel 398 (kot?), yang menayangkan siaran NHK, iaitu salah satu siaran televisyen dari Jepun. Itupun sebab nak follow cerita dan berita tentang gempa bumi, tsunami, juga krisis nuklear di bumi sakura ini. Sinaran radiasi yang berlegar-legar di ruang udara Jepun ini telah membimbangkan segelintir warga Malaysia yang ala-ala cepat melatah. Agak kelakar apabila mesej-mesej sms supaya rakyat Malaysia berhati-hati dengan sinaran radiasi, (seperti menggunakan payung ketika keluar rumah, memakai topeng muka (mask) ), telah tersebar dengan amat pantas lagi berinformasi tambahan yang entah dari mana sumbernya. Alahai, penduduk di Jepun ini pun rileks je ramai tak pakai topeng segala, inikan Malaysia.

Errr... bukanlah sifat berjaga-jaga atau mengambil langkah awal pencegahan itu yang kelakar. Cumanya, yang kelakar ialah sikap melatah yang entah apa-apa, juga tabiat suka menokok-tambahkan (baca: menyedapkan) cerita yang ada. Sehinggakan pabila ditanya tentang kesahihan berita-berita tentang bumi sakura ini oleh saudara-mara, saya menjawab "Jangan percayakan sebarang berita tentang krisis di Jepun kecuali daripada orang yang pernah berada di Jepun." Macam pelik la jawapan saya tu, tapi itulah jawapan spontan saya ketika ditanya. Aiseh.






Eh, tiba-tiba jadi satu entri.
Mungkin perlu muhasabah balik hasil tulisan sendiri yang ini.


noted : Oh, melangkah itu sebenarnya payah.