Wednesday, 21 October 2009

...kita tersendiri...




-kalau saya kata saya sukakan ini, tak bermakna saya bencikan itu
-kalau saya kata saya bencikan ini, tak bermakna saya sukakan itu

-kalau saya kata ini putih, tak bermakna saya kata itu hitam
-kalau saya kata ini hitam, tak bermakna saya kata itu putih

-kalau saya kata mahukan ini, tak bermakna saya menolak itu
-kalau saya kata saya menolak itu, tak bermakna saya mahukan ini

-kalau saya kata saya lupakan ini, tak bermakna saya ingatkan itu
-kalau saya kata saya ingatkan itu, tak bermakna saya lupakan ini





-kalau saya sedang tersenyum, tak bermakna saya sedang bergembira
-kalau saya sedang bergembira, tak bermakna saya perlu tersenyum

-kalau saya sedang menangis, tak bermakna saya sedang bersedih
-kalau saya sedang bersedih, tak bermakna saya perlu menangis

-kalau saya bersuara, tak bermakna saya di pihak yg benar
-kalau saya di pihak yg benar, tak bermakna saya perlu bersuara

-kalau saya berdiam diri, tak bermakna saya di pihak yg salah
-kalau saya di pihak yg salah, tak bermakna saya perlu berdiam diri








~Saya adalah diri saya. Awak adalah diri awak. Saya dan awak ada persamaan juga punya perbezaan. Kita sama2 manusia.

Tujuan Hidup
~Tujuan hidup kita serupa
--->Khalifah di muka bumi (2:30).
--->Juga diutus utk beribadah (51:56).

buat apa mau gaduh2?

~Pemikiran kita ada yg berlainan. Masing2 ada hujah dan pendapat tersendiri terhadap sesuatu. Di situlah uniknya kehidupan. Adakalanya kita tak faham sesama sendiri walaupun satu keluarga mahupun berkawan baik setelah sekian lama. Dan ada ketikanya kita perlu terima pendapat org lain. Kita perlu pendamkan pendapat sendiri. Berdiam diri tak bermakna kita di pihak yg salah kan...

~kalau wujud persamaan, barulah terbit kesepakatan
~kalau wujud perbezaan, barulah terbit kepelbagaian


~Setiap manusia sememangnya mempunyai pendapat masing2 dlm sesuatu perkara. Ada perasaan yg berbeza-beza terhadap sesuatu. Ada citarasa tersendiri dalam memilih sesuatu. Allah hebat kan...? Semuanya berbeza waima ada persamaan walaupun sedikit...

Allah Maha Kaya
~Hebat. Memang hebat. Kepelbagaian ragam, perangai, sifat serta pemikiran manusia menjadi bukti Allah Maha Kaya... Tak percaya? Memang awak tak mahu berfikir... oh~

...teringat pesan mak...
--->"kalau nak buat apa2 pun, pastikan kita ada alasan yg kukuh. Supaya kalau kita wat menda salah, orang akan kesian ngan kita (paham keadaan kita)."




notakaki 1: ...'awak' dlm entri ini ialah selain saya...
notakaki 2: ...bukan kata saya betul, tapi tahu awak salah...



~wokkey...
~terima kasih...
~sekian...

Sunday, 11 October 2009

...bila alam bersuara...

~Salam alaik...

~Alhamdulillah... segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana masih meminjamkan udara kpd kita sehingga membolehkan kita bernafas hingga ke saat ini.

~Alhamdulillah... juga kerana telah memilih kita utk terus bertebaran di bumi milikNya, bahkan mengizinkan kita utk 'bertemu' di laman maya ini. Sedangkan sahabat2 kita, bahkan saudara2 kita di sudut dunia yg lain...



DAGUPAN, Filipina 10 Okt. - Banjir dari ribut taufan Parma di bahagian utara Filipina mulai surut tetapi jumlah kematian daripada tanah runtuh dan banjir meningkat sebanyak 299 orang.[sumber]




JAKARTA 10 Okt.— Jumlah mangsa yang mati dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 7.9 skala Richter (SR) pada 30 September lalu meningkat menjadi 803 orang setakat tengah hari Sabtu ketika kaum keluarga masih berharap menemui jasad 241 orang lagi yang dilapor masih hilang.[sumber]




Japan braces for Typhoon Melor
Source: CBC News
Posted: 10/07/09 1:58PM
Filed Under: Top News

A powerful typhoon with sustained winds of 160 km/h arrived on Japan's south coast on Wednesday, disrupting air and train travel.[sumber]




--->ini hanya beberapa cerita tentang bencana. Di luar sana, banyak lagi.



Mesej forward
~Beberapa hari yg lalu aku menerima bbrp msj forward yg isinya lebey kurang sama. Aku percaya ada antara kalian yg turut menerima mesej2 seperti ini juga.

~Selalunya, aku x ambil kisah dgn mesej2 forward. Tapi, apabila mesej2 kali ini menyentuh tentang ayat2 Al-Quran, aku peduli.


[Subhanallah..waktu gempa di Indonesia,di Tasik:15;04, di pdang, 17:16, di Padang (gempa kedua) 17:58 di Jampi keesokannya dri padang 8:52...cuba lhat surah dan
ayat Quran berdasarkan waktu2 ni..YA ALLAH, MAHA BESAR ENGKAU, manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....]




~Tanganku pantas mencapai naskhah Al-Quran yg amat aku sayang...


--->
[ Dan Kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. (surah Al-Hijr 15:04) ]



--->
[ Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (surah Al-Isra' 17:16) ]



--->
[ Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dngan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (surah Al-Isra' 17:58) ]



--->
[ (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Mahakuat lagi sangat keras siksa-Nya. (surah Al-Anfal 8:52) ]



Kita masih selamat
~Aku terdiam. Kita masih selamat. Malaysia masih selamat. Walaupun aku kini berada di Jepun, tapi aku bersyukur krn Malaysia masih selamat.

~Ya. Masih selamat.

~setakat ribut2 manja yg menerbangkan beberapa bumbung rumah, dan sedikit banjir kilat yg tidaklah seperti Filipina yg bandar Manila nya tenggelam...


OOOOoooopppsss...


Lupakah kita?
***lupakah kita pada Nabi Shuaib dan kaumnya, Madyan, dan gempa bumi?(Surah Hud :94)

***lupakah kita pada Nabi Salleh dan kaumnya, Tsamud, dan petir? (Surah Az-Zariyyat: 44-45)

***lupakah kita pada Nabi Hud dan kaumnya, Aad dan angin kencang serta halilintar? (Surah al-Haaqah:6-7)




Maksiat(perbuatan dosa) membawa bencana?
~Jika diperhatikan, ayat2 Al-Quran di atas memberitahu kita bahawa bencana2 ini terjadi kerana banyaknya maksiat(perbuatan dosa) yg berlaku.

~Malaysia masih selamat. Tidak banyakkah maksiat(perbuatan dosa) di Malaysia?

~Haha. Sesiapa pun buley jawab dgn logik akal. Besepah-sepah maksiat(perbuatan dosa) yg berlaku. Banggakah?...oh~

~Sudah-sudahlah wahai yg bercakaran sesama sendiri... sesama saudara pun mahu bertelagah. Tak perlu lihat pemimpin2 yg di atas, sesama jiran tetangga, teman2 sekolah, teman2 sekolej, bahkan ada sesama adik-beradik yg bagaikan air dicencang tak akan putus pun ada yg berbalah sampai putus saudara. Haha... Tersenyum girang si musuh2 kita.

~Tak perlu menuding jari menujah org lain. Lihat diri sendiri pun sudah cukup. Kita seringkali kalah dgn kesenangan org lain. Adakalanya suara sang iblis membisik desir hasad dengki ke dlm diri... ---> Hasad dengki yg selalu menjadi punca perbalahan...oh~ (juga pesanan buat diri ini)


~Bumi kita yg semakin tua bagaikan sudah menyampah dgn perangai2 kita. Kesenangan dunia memang melalaikan...oh~


notakaki 1 : duhai sahabat, ingatkan diri ini sekiranya terlalai...

notakaki 2 : sahabat yg baik bukanlah yg membenarkan percakapan kita, tetapi yg mampu berkata benar dgn kita...

~wokkey...
~terima kasih...
~sekian...

Saturday, 26 September 2009

...susah wooo...

~Salam semua...

~hohoho. Lama dh rasanya aku x updated blog nih. bizi la sgt, balik Malaysia padahalnya. Rumah aku guna broadband--->amat slow kalo nk dibandingkan dgn tenet kat jepong nih. Skang aku dh ade kat jepong dh, ni yg updated blog ni...hoho~

~jujur. aku jeles ngn kemajuan org jepong nih. Maju. Majoritinya kafir tapi rajin bekerja. Telus. Amanah.



...di toko hotel sebelum masing2 berpecah ke seluruh jepong...

~Malaysia kita?

rasuah toksah citerla. politik pun kotor, nyampah.

hiburan pun sama tahpape. byk sungguh citer2 tahpape yg disiarkan kat tv mahupun astro. ada gak la citer2 yg berunsurkan islam, mengajak org kpd islam... yg ni baguih!!! ada jugak la usaha ke arah islam. moga istiqomah ye...





...ketika hanami...(gmbr ni dah masuk salam perantau ye...)


aku bersyukur krn Allah telah memilih aku utk melanjutkan pelajaran di luar negara. buley jugak tengok negara org. buka mata la org kata.

jujur. beberapa purnama berada di luar negara telah byk membuka mata, minda dan hati aku. terima kasih ya Allah.




...selepas ichigogari (memetik buah strawberi)...



~aku ingin berdiri. bahkan berlari. bukan sekadar mencari arah. tetapi terus melangkah biarpun payah. tapi aku takut. bukan takut utk terjatuh, tapi aku takut aku terus rebah sekiranya terjatuh. kuatkan aku ya Allah.

~sesekali aku cuba melihat sekeliling. membawa kursor tetikus melawat blog2 sahabat2 yg lain. ada juga sahabat yg suka berfikir. suka mengambil tahu. hebat. mengambil tahu dan mengkaji mencari pencerahan. x kurang ada juga yg teruuus dgn kehidupan sendiri. leka menikmati nikmat dunia yg sementara. haha...



~a ah. memang. memang mudah utk berkata-kata. utk berubah kpd kebaikan itu mudah (ye ke?). yg payahnya utk berubah kpd yg baik dan teruuus istiqomah. x semua org buley istiqomah. hanya yg hebat sahaja mampu krn islam itu sendiri sudah hebat.

~rimas la (bkn semua, sesetengah je). ada segelintir sahabat, percakapan nampak gempak. keluarkan hadis itu la, baca ayat Quran inila, join usrah itu la, join daurah inila... tapi xde mende. rasa diri dah baik n terer sangat bila dh buley hapai beberapa hadis or ayat Quran. tambah pulak buley sembang pasal politik negara n hiburan tanah air. dr luar mmg nmpk gempak la tapi... hallloooooo... ibarat kata sorang kwn aku kpd kwn yg lain--->" awak ni kompem ke masuk syurga duk wat keje2 dakwah ni?"
...haha... utk soalan yg hebat, perlulah jwpn yg hebat. nk jwpn? tepuk dada, tanyala iman.



...air terjun di Nikko...--->subhanallah


~aku maleh nk merepek pjg2. juz share sket2 je apa yg aku rasa, apa yg aku pikir.

~dunia makin maju. semua org berlumba2-lumba mengejar kesenangan. kehidupan yg semakin mudah mendorong kpd kepayahan dalam pemikiran. haha...

~aku slalu ingat pesan mak --->
"...life goes on. ape2 pun yg terjadi, kita kena teruskan hidup. kita kena kuat..."

~mak slalu cakap--->
"...bumi Allah ni luas, pergila mana2 pun. cari pengalaman..."





...menyaksikan matahari terbit dr atas gunung Fuji... --->maha suci Allah




~susah. memang susah. kita x selalunya betul. x selamanya kuat. kerana itulah kita perlu saling ingat-mengingati...





...lagi pemandangan dr atas gunung Fuji...



~ada ketikanya aku mahu diam. hanya melihat. bodohkah aku begitu?




...pemandangan bandar Kofu dr atas...




~hidup ini bukan utk memiliki, tapi hidup ini utk menikmati.





...beznya awak x jadi manusia. Awak kompem masuk syurga kan?...


~tegurlah aku sekiranya aku tersalah jalan, sahabat...

~kerna syurga Allah ada harganya, kawan...



notakaki: kpd yg memberi award dan tag diriku, dun wori. insyaAllah, aku akan amik award dan setelkan tag tu ye...

~wokkey...
~terima kasih...
~sekian...