Sunday, 15 January 2012

Kuat ke? Lemah ke?

Bismillahi arrahman arrahim...

Menyelak kembali tulisan-tulisan sendiri di blog sepi ini, kelihatan suatu rasa yang sukar diungkap bahasa.

Tulisan yang ada bernada hambar.
Patah kata yang tercatat berirama resah.

Allah...

Baiklah baiklah baiklah.
Saya mengaku, yang saya memang mengalami situasi yang entah apa-apa.
Kebelakangan ini, banyak benar kejadian-kejadian luar jangkaan yang hadir memeriahkan hidup saya.
Sehinggakan saya mula merasakan bahawa saya bukan sahaja telah terjatuh, malah rebah tak mampu bangun kembali.

Maka dalam keadaan tercungap-cungap mencari ruang buat bernafas semula,
sangka saya,
Allah akan kirim sesiapa yang gagah untuk memapah saya berjalan semula.
Atau paling tidak pun,
Allah akan menghantar sesiapa yang kuat untuk membantu saya untuk bangkit kembali.

Lalu Tuhan itu benar-benar Maha Menguji.
Di saat saya kesukaran mengharung badai menggila,
Allah hantar mereka-mereka yang sedang lemah untuk  menghampiri saya.

Sejujurnya saya mengharapkan kata-kata seperti...



"Meh saya tolong awak bangun meh."

atau 

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

atau

"Saya tak tahu perasaan awak, tak berada pada situasi awak. Tapi saya akan bersama awak menghadapi masalah awak."

atau 

"Sebagaimana Allah mendatangkan pelangi selepas hujan gerimis, sebegitulah pengharapan kita terhadap segala masalah yang hadir dalam hidup. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya."




Tapi yang datang bertubi-tubi kepada saya ialah...



"Gja... saya rasa malaaass sangat, bagi nasihat sikit..." 

dan

"Akak... saya rasa jiwa saya kering. Apa saya nak kena buat?" 

dan

"Saya dah lama tak menangis. Puas saya paksa, air mata tak mahu keluar juga. Saya takut Allah dah kunci pintu hati saya...

dan

"Macam mana kita mahu berbaik sangka pada Allah?"


=.='

Haih~~~

Makin down lagi ada. 

Terkesima saya dibuatnya.

Saya mengharapkan orang kuat yang datang kepada saya, tapi orang lemah yang datang menemui saya.

T_T

Musim peperiksaan yang hampir tiba, menambahkan lagi huru-hara suasana.

Pantang kawan tersilap kata sikit,
hati ini cepat benar tercalar segala.

Allah...

Saya mula merapati alam untuk meluah rasa.
Alam yang sentiasa bertasbih memuji Tuhan, pasti akan sudi membantu saya.

Saya paling suka langit di kala senja.
Merah-merah bercampur jingga.
Bahagia seketika.

Satu-persatu peristiwa yang terjadi mula hadir menerjah kepala.
Seumpama memori saya di flash back semula.

Saya mula mengerti suatu perkara.


Pabila kita mula memohon untuk menjadi kuat, 
maka Tuhan mula menampakkan segala kelemahan kita untuk kita 'menguruskan' nya.


Dan saya lebih mergakui ayat ini. 


How can you claim kamu itu orang beriman, when you are not tested yet?

kehkeh~

Gelak lah pada diri sendiri.

Allah akan menguji kita pada titik lemah kita.

Allah...

Siapa kata yang bila kita lemah, Allah sentiasa akan kirim orang kuat untuk bantu kita?

Suka hati Allah lah nak atur hidup kita macam mana.

Ada ketikanya, Allah hantar orang kuat untuk bantu kita.
Ada juga ketikanya, Allah hantar orang lemah, untuk kita bantu orang itu, supaya kita menjadi kuat.

Huh.
Zalim benar manusia.
Mengukur sesuatu pada tafsiran sendiri, mengikut neraca dunia?


Neraca Allah itu tinggi lagi tiada tara.
Dia selalu tahu apa yang terbaik buat kita.

Pabila manusia itu merasakan yang dirinya benar segala, maka akan ketawa berdekah-dekah lah barisan musuh yang nyata. Ianya syaitan nirrojim.


***

Ok itu aja setakat ini.
Cukuplah setiap patah kata di atas menjadi peluru yang meluru laju ke diri sendiri.

Izinkan saya mengundur diri.
Nak ngadap report plus slide presentation lagi.

Jangan lupa doakan saya.

Tak mau cerita banyak-banyak kat sini.
Nak tau banyak-banyak, nanti kita stori-stori di syurga~
Bi iznillah.

Ok bai.


Latar tempat foto diambil : Di hadapan bilik CAD, tingkat 4 bangunan usang A1 gakko.
Latar masa foto diambil : Sejurus selepas dibenarkan pulang oleh sensei. selepas jugyou CAD.




Tiba-tiba saya selalu berasa sayu.
Air mata tumpah tak tahu hala tuju.

Wednesday, 11 January 2012

Indeed




Oh ya,
tajuk memang tiada kaitan bicara.
Sila abaikan.


1)
Angin sungguh kuat di luar.
Terasa bergegar rumah sewa yang kesejukan ini.
Sempat memaklumkan pada cik hosmet yang baru balik sekolah, 'kalau jadi apa-apa, aku redha aje'. 

2)
Saya semakin rindu untuk menulis panjang-panjang.
Memuntahkan segala apa yang ada pada hati.
Ada orang kata, bila dia baca tulisan saya, dia akan menganggap yang saya ini jenis yang kritikal.
Huraian panjang lagi berilmiah tentang 'kritikal' yang dikatanya itu, saya tak tahu.
Dan, saya tak rasa mahu lebih tahu tentang itu.

3)
Tahun masihi sudah bertambah lagi satu.
Maut itu semakin hampir.
Resah.

4)
Baru selesai bersembang dengan bonda terchenta.
Rasa bahagianya bila dapat mendengar suara nya yang ketawa mesra.
Lama benar saya tak mendengar suara sebegitu.
Oh, patutlah nada suara bonda berirama bahagia
Rupanya bonda bergembira dengan khabar kepulangan saya di musim bunga yang bakal tiba.
Bonda memendam rindu.
Saya makin sayu.
Bonda, maafkan anakanda.
Bukan saya sengaja lama tak pulang.
Tapi Tuhan sedang mengajarkan saya sesuatu di bumi orang.

5)
Hari sudah berganti malam.
Teringat seketika pada langit tadi petang.
Cerah.
Tapi angin kuat menerjah segenap ruang.
Langit indah terasa suram.
Bungkam.

6)
Kurang sepurnama lagi.
Sesi persekolahan semester ini bakal ditamatkan.
Awal april yang akan menjengah tiba.
Saya bakal bergelar pelajar tahun akhir.
Ah, cepat benar masa berlalu.
Sudah dewasa benarkah saya?

7)
Saya mengalami fasa huru-hara menerjah ke petala.
Membuka langkah mengenal dunia.
Lagi.
Kesekian kalinya.
Musim bunga yang bakal tiba.
Saya semakin duduk tak kena gaya.
Manakan tidak, setiap kali musim bunga tiba, 
peristiwa besar akan bertandang ke dalam kamus peribadi.
Oh, apa pula kali ini?
Mungkinkah kehadiran putera idaman menyunting hati?
Hihi.
Terasa lucu sendiri.


8)
Saja nak umum pada dunia.
Akaun mukabuku telah dinyah-aktif buat seketika.
Rimas terasa menyesak di dada.
Baru beberapa purnama akaun dilahirkan.
Kini ia seolah tiada.
Biarlah sebegitu.
Bertahun lamanya saya tak pernah bermukabuku.
Boleh je nak hidup.
Baru hari tu mengada-ngada.
Seingat saya, selepas raya puasa.
Akaun mukabuku diterbitkan jua.
Itupun setelah puas difikir segala.
Pendapat kenalan habis ditanya.
Hanya kerana mahu mendaftarkan akaun mukabuku.
Ha ha.
Gelak tanpa suara.
Lebih telus rasanya.
Nantilah pabila masa telah tiba.
Jiwa terasa reda.
Akaun itu akan muncul lagi.
Jangan tanya kenapa.
Jawapan nya tak disedia.
Nak hubungi atau apa-apa,
sila terjah ke medium selainnya.
Melalui blog pun, boleh juga. ^^

9)
Esok ada rehearsal presentation.
Slide masih berstatus entah apa-apa.
Mohon doa nya. 


10)
Kehuru-haraan yang tak bertimbang rasa.
Terima kasih sebenarnya.
Saya makin merasai kehadiran Dia di setiap nafas yang terhela.






Setiap jiwa yang mengaku beriman itu pasti akan diuji, sunnatullah itu tetap akan hadir.



 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. [Al-baqarah 2: 155]





#doakansayakuat

#mahumenerjahkelangitdimalamhari






Wednesday, 14 December 2011

Serah Hati


Kehuru-haraan perilaku diri, ditambah kecelaruan rasa di jiwa, membuatkan hati hilang tenangnya.

Dahi ditunduk sujud ke bumi, helaian quran diselak berkali-kali, dialun syahdu kalimah Ilahi, namun tiada tenang menghampiri hati.

Allahu Allah.

Ada something wrong di situ.

Recheck amal.

Refresh niat.

Rasai lah apa yang sepatutnya kita rasa, wahai jiwa yang mengaku hamba.


***

Anda berkebolehan berbahasa Inggeris?

Nah, terjah aja video ini.

Sebak jangan cerita. 
Allahu Allah...

Menyengat rasa pada minit ke 17:38-18:32 video. Jemput tonton kepada yang teruja.^^







Mengharung jiwa yang menggila, ibarat dihempuk berkali-kali, ditumbuk bertubi-tubi, pada ayat-ayat chenta Dia, pabila menjatuhkan pandang pada mukasurat 67 naskhah al-quran milik peribadi.




[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; 




[137]
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 




[138]
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa


[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 

[140]
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. 



pssstt... jangan tanya kenapa.

***


noted : Terima kasih buat jiwa-jiwa yang mencadangkan video ini kepada saya.

also noted : Saya ada banyak sangat cerita untuk dikongsi bersama, beberapa daripadanya sedang berstatus 'draf terbengkalai' di ruangan draf. Haih~~ Minta maaf blog, saya sedang berusaha. Ayuh doakan saya,

and noted : Makin membuak rasa mahu menerjah ke bumi nusantara, apabila menonton video trailer ini. Waduh-waddduuuuhhhhh.............. XD