Wednesday, 12 December 2012

Random 10#


It has to be strong enough, 
to make them confident.

To show them a difference,
that values me,
and the ummah.

With God’s will,
anything is possible.

Bismillahi arrahman arrahim.

-gja-
12/12/12


---

Nak jugak letak tarikh tu. 
Haha.

---



Di saat sebegini, saya mahu kopi.






People will never understand,
because this shoes are mine.


Friday, 7 December 2012

Keajaiban tanpa logika

Antara masalah orang-orang kita, adalah suka dan kerap mengharapkan keajaiban datang depan muka, tanpa membuat sesuatu yang logik selayaknya manusia normal yang berakal.

Teringat dulu-dulu, waktu tahun pertama di Jepun, saya dan teman-teman satu batch yang perempuan, kami buat satu blog istimewa untuk bercerita tentang tarbiyah dan kongsi cerita sesama kami. Saya ada menulis satu kisah yang agak tidak logik, dan tiada siapa yang mempersoalkan.
Jemput baca kisah itu di sini  : [link] 

 Dalam kisah itu, cuba lihat pada ayat ini :  


bisikan dari langit menjawab persoalan.
fatimah memejamkan mata.
"hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

fatimah masih memejamkan mata.

"kau baca Al-Quran.
yes.
memang kau baca.
TAPI...
ade ke kau ingat Allah sewaktu kau baca ayat2 Al-Quran itu?
kau sekadar baca je.
sebab kau dah jadikan itu rutin kau.
kau x masukkan jiwa kau skali waktu kau baca ayat2 tu.
kau baca Al-Quran.
bagus.
paling kurang kau baca.
kau nak tenang kan?
ingatlah Allah.
bukan sekadar baca.


ego!!!
kau memang ego.
kau ego untuk memasukkan jiwa kau ketika kau baca Al-Quran.
kau baca sebab kau anggap itu rutin.

cis!!!

ingatlah Allah.
baca Al-Quran akan menyucikan hati yg kotor.
kalau kau baca sekadar baca, mmg ayat2 Al-Quran itu akan menyucikan hati kau.
tapi sifat ego kau akan membawa kotoran2 baru pada hati okeh.

sebab tu kau tak tenang.
jiwa kacau.
paham enggak?"


Err...  bisikan dari langit kot... tak pelik ke? Macam dalam cerita Harry Potter pula. Ada suara ghaib yang tiba-tiba muncul bila kita tengah keliru atau dalam kesusahan.

=.='

Tu hanya suatu contoh kepelikan orang yang tak berapa nak logik. (Saya lah tu.) Saya pun tak tahu macam mana saya boleh buat cerita macam tu. Haha. Lawak oh lawak. Ayat-ayat dalam post itu pun nampak sangat ketidakmatangan di situ. Tu cerita zaman kanak-kanak lagi. Malu pula bila baca balik. Tapi tak apalah, boleh jadi bahan kenangan di zaman tua. 

Kita ini manusia. Diturunkan ke dunia, berfitrahkan sifat manusiawi. Apa-apa yang jadi di sekeliling kita pun, terjadi berdasarkan hukum alam (and yes, dengan izin Allah). Kalau kita bakar kertas dengan api, maka kertas akan terbakar. Kalau kita potong buah dengan pisau, maka buah itu akan terpotong. Semestinya semua tu terjadi dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin, kita potongl;ah buah tu dengan pisau terbaik di dunia, ia tetap takkan terpotong. Sila percaya.

Same goes to hidayah, as known as  petunjuk.
Kalau kita tak berusaha untuk cari dan dapatkan hidayah tu, memang kita takkan dapat lah.

Entah... saya tak pernah lagi mendengar cerita tentang orang yang duduk saja diam-diam dalam rumah, kemudian tiba-tiba tup-tup bertukar menjadi seorang yang amat baik dalam ibadah dan hebat dakwahnya. 

Penampilan berubah serta-merta. Cara hidup juga semestinya.

Daripada bertudung berselempang atas daripada dada kepada bertudung litup penuh sopan santun, manis semestinya, 

Daripada seorang yang solat sekadar cukup-cukup, tu pun lewat waktu kepada seorang yang amat mementingkan waktu solat. Solat sunat jangan cerita, kalau terlepas solat subuh pun, dia boleh meraung bagai orang gila dek rasa sesal dan rasa penuh dosa.

Daripada seorang yang hidup seharian tak ubah seperti nihonjin (Japanese), bangun pagi terus lari-lari pergi kelas, study bagai nak rak, malam cukup masa masuklah tidur, esok bangun pagi, meneruskan hidup seperti biasa. Yang membezakan antara dia dan orang nihonjin, hanyalah dia ini solat dan err... penampilan lah yang berbeza... sikit (pakai tudung), kepada seorang yang mula memikirkan tentang tujuan hidup dan berusaha melaksanakan amanah yang sudah diamanahkan. Merasai bersalah yang amat sangat setiap kali menjejakkan kaki ke kelas dek melihat ramainya nihonjin yang masih tak kenal siapa Tuhan mereka. Bimbang sungguh nanti kakinya diheret sekali menjejak ke neraka, atas sebab tiadak bercerita tentang kenikmatan islam kepada mereka.

Atau bahasa mudahnya, berubah menjadi seorang manusia yang amat faham akan tujuan penciptaanya, DAN berusaha menyempurnakannya.

Semua orang yang telah berubah yang telah saya jumpa, kesemua mereka adalah orang yang bukan duduk-duduk saja menanti kehadiran petunjuk Allah.

Mereka CUBA keluar menuju ke majlis ilmu.

Mereka CUBA membaca bahan-bahan berilmiah. (Kalau tak baca buku pun, koman-koman baca blog-blog yang baik isinya.)

Mereka CUBA berkawan dan mengenali orang-orang soleh,

Pokok pangkalnya, mereka cuba berbuat sesuatu untuk mendapatkan petunjuk, sekaligus mendapatkan rasa 'bernilainya hidup ini'.

Kisah Tufail Bin Amru, yang menyumbatkan kapas ke telinga ketika mendengar dakwah Rasulullah  pun adalah orang yang berusaha untuk mengetahui sesuatu. Mula-mula je dia sumbat telinga, kemudian dia buka sumbatan lalu mendengar kehebatan ayat alquran yang dibaca Rasulullah. Sebagai penyair hebat, Tufail dapat mengesan bahwa yang ddibicarakan Rasulullah itu bukanlah syair biasa. Tufail tahu bahawa manusia takkan mampu untukl mencipta ayat ynang sebegitu indah. Akhirnya, dia memeluk islam. 

Kisah Abu Zaar, yang sanggup meninggalkan jualannya untuk pergi mencari seorang manusia yang dipanggil Muhammad, hanya untuk mencari kesahihan berita yang didengarinya. Akhirnya beliau rela dibelasah teruk dek mengakui keislamannya di hadapan penduduk musyrikin.

Kedua mereka berusaha keluar dari pada tempat 'diam' mereka, untuk mencari sesuatu kebenaran.

Kita?

Nak duduk saja, tapi nak jadi baik. Nak goyang kaki dalam rumah, tengok drama, tapi nak masuk Syurga. Err... 

Ada juga sesetengah manusia pelik, yang sudah tahu tentang tujuan penciptaan, tapi tak mahu buat apa-apa. Mungkin berasa selesa, tapi entah sampai bila.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, niscaya diberi petunjuk oleh Tuhan karena keimanannya. Mereka di dalam surga yang penuh kenikmatan, mengalir di bawahnya sungai-sungai.
[Yunus 10:9]

Allah janji dalam al-quran, bahawa Dia memberi petunjuk kepada seseorang kerana iman nya. Bila orang tu beriman, baru Dia bagi petunjuk. Bukannya orang itu diberi petunjuk, kemudian baru dia beriman.

Nak lagi?

Nah...

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-Ankabut 29:69]

Jihad maksudnya bersungguh-sungguh.

Jadi, ayat itu akan jadi begini,

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keridaan) Kami, ...


Kalau kita betul-betul nak rasa hidup penuh kalapangan dada dek merasai kebersamaan Allah dalam setiap masa, maka Allah akan bagi kita rasa lapang itu.

Mintalah.

Mohon pada Allah untuk ditunjukkan jalan yang benar dan sebenar.

Miracle will never happen, unless your heart is opened. Macam mana nak buka hati, kalau kita hidup hanya untuk diri sendiri je. Hati kecil. Tidak berjiwa besar.

Hidayah Allah takkan datang pada hati yang tak dibuka jendelanya.


*senyum*

Kalau kita memang nak rasa yang islam itu indah dan hebat, maka Allah akan bagi kita rasa itu. Dengan syarat, kita yang kena berusaha untuk merasai nya.

Sedangkan untuk makan nasi pun, kita perlu membuka mulut. 
Inikan pula untuk memasukkan hidayah ke dalam hati, lagi lah kena buka hati.

Simple.

Buka hati, lazimi majlis ilmu, rapati orang yang soleh. 

Tiada keajaiban tanpa usaha yang logik.



------------------


1) Saya suka ayat ke-69 daripada surah Al-Ankabut itu. Ayat inilah yang membuka mata saya tentang kehidupan akhirat kita adalah dipengaruhi oleh kehidupan dunia. Ayat ini jugalah yang membuatkan saya 'GILA' lagi 'OBSES' dengan perkataan 'INFINITI. Nak juga bercerita tentang ini, tapi lain kali insyaAllah. Cerita itu akan jadi panjang sekali. Err... nak tahu ke?

2)  Terharu dengan mesej-mesej sebegini :

Elok-elok jaga tangan tu, sejuk-sejuk begini. Asyik bengkak je...
Dan 
I wonder apa jadi dengan jemari u semalam... lambat reply mesej... jari u kan jadi macam mengeras sikit waktu sejuk.

Thank you.
Arigatou.
Tak sangka pula ada orang concern juga dengan jemari saya. Hehe.

Oh ya... jangan risau, saya dah biasa. Kalau nak memikirkan soal ni, memang takleh nak buat kerja. Jadi saya selalu malas nak layan jemari ni. 


3) Seronok juga sesekali ambil gambar jemari yang memutih, kebiruan, dan makin comel-comel sekarang. Buat tatapan anak cucu nanti. 

4) Walaupun tajuk post seolah sedikit lari daripada isinya, moga bermanfaat. Banyak cerita-ceriti yang terbengkalai sebagai draf dan tak kurang juga yang berstatus idea dalam kepala. Uhuk uhuk.

5) Tolong doakan saya.

Saturday, 24 November 2012

Tips usrah masakini

Zaman berbeza.

Apa yang kita dapat daripada murabbi, ada ketikanya kita perlu olah-olah sikit untuk sampaikan pada mutarabbi.
Bukan olah fikrah. Tapi olah style dan cara penyampaian.

Fikrah biar pekat. Jangan cair-cair.

Ada sekali tu, saya join daurah yang dibuat untuk adik-adik.

Saya duduk bersama adik-adik sebagai pendengar.

Ada seorang adik tu sebut selamba je, 'BOSAN!' .

Ada yang duk melukis-lukis dalam buku nota.

Ada yang duk mengunyah-nguyah kacang.

Ada yang duk garu-garu iphone. Errr... ramai kooot yang duk main garu-garu iphone. 


T_____________________T



Something have to be done!

Ada orang beritahu saya, "Tugas kita hanya menyampaikan, adik tu dengar atau tidak, itu bukan kuasa kita. Allah yang akan gerakkan hati adik tu untuk dengar apa yang kita cakap. So, kita cakap je lah kat depan, adik tu nak dengar atau tidak, tak kesah lah."

Hellooo....

Orang yang bercakap di hadapan pumpang pumpang, tapi audience tak beraksi seperti pendengar, malahan kelihatan hanyuuuut ke dalam dunia berbeza, tak macam badut ke? (Sorry kalau ayat saya tu jahat sangat)

Memanglah Allah yang gerakkan hati si adik untuk mendengar apa yang kita cakap di hadapan, mahupun ketika sedang 'memberi' dalam usrah. Tapi, kalau kita hanya bercakap dan bercakap, dan adik-adik seolah dipaksa untuk hanya mendengar dan mendengar, memang susahlah untuk adik-adik fokus. Manusia hanya boleh fokus untuk 20minit yang pertama sahaja dalam sesuatu perkara. So, lets make your performance fun and easier to understand. 

Jangan jadi 'badut'.

Kalau kita pun umpama sedang membaca-semula-ayat-ayat-di-buku kepada adik-adik ketika usrah, memang tak perlu hairan lah kalau adik-adik jadi bosan lalu menguap atau paling tidak, mula menconteng-conteng buku nota atau menggaru-garu iphone untuk menghilangkan kantuk. . 

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap soal ini. Tapi melihatkan situasi yang kian meruncing, saya tak boleh berdiam diri. 

Makanya, izinkan saya berkongsi sedikit tips untuk menjadikan penyampaian kita semasa 'memberi' itu kelihatan 'hidup'. Saya ni pengalaman dalam tarbiyyah amatlah sikit dan ciput je... Tak hebat mana pun... Tapi saya nak share juga dengan kalian. Boleh?

1) Basahkan hati

Yeeess.... analoginya mudah. Manakan bisa span yang kering kontang bisa membasahkan span-span kering yang lain?

Kalau kita nak bercerita tentang hadis satu yang menyentuh tentang niat, jadi kita pun perlu benar-benar merasakan yang niat itu adalah amat penting dan penting dan pentiiiiing dalam apa-apa perkara pun. Kalau kita study tentang hadis satu sebelum 'bagi' kepada adik-adik, tapi kita tak rasa apa, so usahalah sampai kita rasa yang niat itu adalah penting. Kena juga usaha supaya kita sendiri rasa berkobar-kobar nak bercerita kepada adik-adik. Kalau kita pun tak rasa apa, tak payah lah nak expect adik-adik boleh terkesan dengan apa yang kita cerita.

Ok, memanglah wujud juga insiden yang mana kita cakap biasa-biasa je, tapi orang yang mendengar rasa zezaaaasss dengan apa yang kita cakap. Terkesan lah senang kata. Memang lah ada je terjadi situasi sebegitu. Tapi tapi dan tapi.... kejadian sebegitu boleh dianggap sebagai 'miracle' gitu. Faham ke? Means, kita tak expect pun perkara sebegitu terjadi. Itulah yang dimaksudkan dengan miracle.

Antara masalah kita adalah lebih mengharapkan pertolongan Allah itu hadir dalam setiap perkara, tanpa berusaha membuat sesuatu yang logik, yakni sesuatu yang sepatutnya kita kena buat.

Kalau kita duk sakan study untuk 'memberi' , tapi still tak rasa apa-apa, maka berdoalah kepada Allah. Istighfar banyak-banyak. Solat taubat ke apa ke... Mana tahu, hati kita yang sedang kotor hitam pekat, lalu menghalang cahaya untuk sampai kepada kita. Bersihkan hati. Sedihnya andai hidayah Allah tu tak sampai kepada adik-adik, hanya kerana kita yang 'memberi' ini yang sedang kegelapan.

Sedih, memang sedih, Itu loser okeh. Bersihkan hati, insyaAllah akan mudah untuk ia basah lalu bisa membasahkan hati-hati yang lain.


2) Eye-contact

Make sure mata anda memandang tepat ke anak mata adik-adik ketika usrah berjalan. Errr.. janganlah duk tenung, tapi cukup sekadar memandang sekilas lalu kepada KESEMUA adik-adik ketika usrah berjalan. Biar mereka rasa yang 'naqibah aku tengah bercakap dengan aku lah...' . 

Ingat... adik-adik itu hadir ke usrah, maksudnya mereka bersedia untuk menerima sesuatu daripada kita. Tak kesah lah adik tu datang sebab terpaksa atau sukarela. Once dia datang usrah, maksudnya dia sedang membuka hatinya untuk menerima sesuatu daripada Allah yang disampaikan melalui kita, walaupun sikiiiit je dia buka hati dia. 

Dan... melalui eye-contact ini juga, kita dapat detect yang adik-adik teruja dengan pengisian usrah atau tidak. Kalau nampak ramai yang dah menguap sakan, udah le tu... Stop je usrah tu. No point kalau kita asyik bercakap, tapi tiada yang mendengar.


3) Make difference

Cuba menjadi kreatif. Buatlah kelainan. Kalau setiap kali usrah, asyik 'buka majlis-tazkirah-isu semasa-dengar naqibah bercakap-tutup majlis' , no wonder kalau cepat bosan.

Cuba buat kelainan pada setiap kali usrah. Kali ini buat kuiz, next buat sharing sambil masak-masak ke, buat karipap ke.... Then, jalan-jalan shopping cari sweater sempena musim sejuk. Buatlah apa sahaja, asalkan adik-adik rasa seronok untuk join usrah. Tautan hati itu amat penting untuk dapatkan tsiqah(kepercayaan) adik-adik. Once dah dapat tsiqah, kita cakap lah apa pun, insyaAllah mudah je mereka nak ikut.

Saya pernah buat aktiviti memotong ayam adhoc. Errr.. begini, pernah dahulu saya beli 2 ekor ayam whole yang tak dipotong lagi. Seekor yang pertama, saya potong depan mereka, tunjuk cara-cara potong ayam (sebab sebelum tu pernah juga tengok hasil potongan ayam yang tak berapa ada rupa ayam yang dipotong oleh mereka), then yang kedua saya minta mereka yang potong dan masak. Selamba je saya minta mereka potong ayam yang kedua dan minta mereka yang masakkan menu untuk lunch tengah hari itu. Hehe... ada adik tu yang terus telefon emaknya di Malaysia utuk cari resepi. Mereka tak tahu pun aktiviti usrah pada hari itu adalah memotong ayam dan memasak... ada yang bertanya, 

"Kenapa kita potong ayam, siap kena masak-masak lagi? Tak buat usrah ke kak?"

Saya jawab,

"Inilah usrah. Tak semestinya hanya duduk-duduk dalam bulatan, then sharing macam yang selalu kita buat tu."  

Sebenarnya, waktu itu tema usrah adalah 'islam is the best way of life' . Islam yang syumul, kamil wa mutakammil. Islam yang menyeluruh, sempurna lagi menyempurnakan.

Saya cuba bangkitkan perihal kita yang selalu sekular. Waktu itu saya cuba ajak adik-adik untuk sentiasa rasa yang islam itu ada dalam setiap perlakuan kita, pada setiap masa dan ketika. Bukan ketika dalam majlis ilmu semata-mata.


Itu satu contoh. Banyak je lagi yang kita boleh buat ketika usrah. Jangan sempitkan pemikiran kita. Fikrah kita ialah islam (rujuk Fikratuna). Pada setiap perkara, boleh je nak selit fikrah pekat-pekat pada adik. Bukan hanya ketika duduk-duduk dalam bulatan sahaja.


---
Cukuplah 3 point yang saya share kali ini. Moga bermanfaat. 

Bukan sedikit teman-teman yang telah menjadi naqibah yang beritahu saya, 

"Saya dah tak mahu bawa usrah. Saya dah tak ada rasa."

"Saya takut saya yang menjadi penghalang kepada hidayah Allah daripada sampai kepada adik-adik. Saya dah rasa macam nak give up."

"Kalau saya tak nak bawa usrah, boleh ke?"


Sedih. Saya sedih.

Kalau selama ini kita melalui jalan A, then jumpa jalan buntu. Ok takpelah, cuba lah lalui jalan B pula. Jalan C ke... jalan D ke... banyaaaak je lagi jalan-jalan yang ada. As long as kita menuju kepada matlamat yang sama, lalu aje lah jalan apa pun. Jangan tergelincir dari fikrah kita lah semestinya. Saya cuma ajak kalian mempelbagaikan aktiviti usrah, supaya adik-adik tak jemu, dan kita pun tak tawar hati dek melihatkan mata adik-adik yang bersinar-sinar teruja menantikan setiap usrah.

Kalau kita pun seronok untuk membuat pekara A, maka adik-adik pun seronok juga lah untuk buat  perkara yang sama.

Bonda saya di tanah air pernah pesan, 

"Kalau kita memasak, make sure kita pun ada selera untuk makan apa yang kita masak. Kalau kita pun tengok masakan kita tapi takde selera nak makan, so takyah expect yang orang lain akan teruja untuk makan apa yang kita masak."

**(Selingan) Itulah tips memasak yang mak saya turunkan pada saya. 


Okaisss mari kita berusrah. Make sure yang kita teruja untuk share something ketika buat usrah, insyaAllah adik-adik akan lebih teruja, mata bersinar bling-bling.

Kalau kita duk sebut,

"Akak tak prepare sebenarnya untuk usrah hari ni... hehe.. tak sempatlah.. sibuk...."

atau,

"Akak ngantuklah..."

Agak-agaklah, apa yang adik-adik fikir waktu itu? Boleh ke adrenalin adik-adik beraksi aktif untuk berusrah kalau naqibah awal-awal dah macam lembik gitu? 

Mari refresh kan niat kita.

Mari berbuat sesuatu.

Raaaamai adik-adik yang menantikan sesuatu daripada kita, tapi kita jadi macam dah tawar hati.... tak semangat.... sobs... 

---

Oppss...Panjang pulak saya membebel.
Tahniah kerana habis membaca!

InsyaAllah, nanti esok lusa saya mampir lagi ke sini.

Doakan saya juga.

Moga ada rasa untuk berbahagia dan membahagiakan.
Walau secebis cuma.

Moga masih cuba menghayati erti.
Walau hanya sisa yang berbaki. 

Minta maaf atas sebarang salah silap dalam penulisan. Ayat caca marba. Moga tak disalah erti.


---

Senyum.

Pelangi hanya menampilkan diri selepas hujan beraksi.

---

Oh yaa...
Post ini tiada langsung foto-foto hitam putih apatah lagi yang berwarna.

Bosan kan?


Nota 1 : Isi mungkin macam lari sikit daripada tajuk. Maafkan saya.
Nota 2 : Jujur itu adakalanya lebih menyakitkan.