Wednesday, 24 April 2013

Serba tak kena?

Pabila nasihat datang bertamu,
kita menutup daun pintu.
Mungkin kita yang tak tahu,
bahawa HATI sedang beku,

Solat sekadar sahaja,
Kerap juga lewat masa.
Tanpa rasa.
Tak ubah seperti robot bernyawa.

Tuhan Yang Maha Pengasih.
Itulah Allah.

Dia Yang Maha Kaya.
Punya banyak cara,
untuk memanggil kita.

Kita manusia lemah,
punya fitrah.
Pabila susah,
dan dilanda masalah,
baru teringat yang kita punya Allah.


Akan ada suatu masa,
kita seakan hilang punca.
Serba tak kena.
HATI tiada tenangnya.


Itu tanda,
Dia memanggil hambaNya.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. "
[Al-Baqarah 2 : 186]


---
Moga tetap bertahan,
dan terus kuat.

Walau apa pun yang datang menerpa.
Walau kita seakan tak punya siapa.
Walau dunia seolah membenci kita.

Percayalah,
Dia tetap ada!

---
Kamu, kamu dan kamu.
Tuhan bersama kamu.

Jangan pernah hilang harapan,
kerna kamu masih punya Tuhan.


----

1) Perubahan suasana dan aktiviti harian. Menuntut segala kesabaran.  
2) Sireh bakal pulang ke gagang. Masanya hampir tiba. 

Saturday, 20 April 2013

Diari Training #6 : Jumaat の力!

On the way menuju ke sebuah HINO Plant di Gunma.

Membaca Al-Kahfi di dalam bas.
Kawan (Japanese) lihat mulut saya yang terkumat kamit, lalu bertanya, 

"Awak buat apa? Baca doa?" 

"Aah... saya baca chapter 18 daripada Quran. Kalau baca perabih satu chapter ni hari ni, selama seminggu kita akan dilindungi." 

Saya teruja bercerita, (mata bling-bling gitu~) sambil tangan duk scroll ex-iphone (kini sudah berstatus ipod), menayangkan apps alquran yang ada.

"えええ。。さっすがFriday の力!"
(woowwss hebatnya kuasa Friday!)

balas beliau sambil angguk-angguk tersenyum.



[Gambar ihsan FB]


---




Jom baca Al-Kahfi.
Muka bercahaya, lapan hari lamanya.

(;

Diari Training #5 : Impression

Kelihatan seorang senpai (senior) company yang sedang memberi talk tentang negara-negara luar yang mempunyai company yang sama (global lah senang kata).

Di suatu sudut, kelihatan seorang rakyat Malaysia yang sedang memicit-micit kepalanya, mungkin migrain hadir menyinggah seketika.

Beliau yang berkaca mata, membuka kacamatanya untuk mengurangkan pening.

Disebabkan beliau tidak memakai kacamata, makanya penglihatan menjadi kabur, lantas beliau buat-buat nampak je apa yang sedang tertera di slideshow di hadapan.
(Bagi memudahkan cerita, kita panggil beliau sebagai A)

Senpai menerangkan satu-persatu negara-negara yang terlibat dengan HINO.

Tibalah masanya Malaysia disebut sebagai negara yang mempunyai HINO.

Senpai : Malaysia... haaa... makanan kat sini sedap tau...

Kelihatan A mendongakkan kepalanya, lalu memicingkan telinganya untuk lebih fokus mendengar. Teruja okeh, bila orang sebut tentang Malaysia.

Senpai : Makanan yang sedap di Malaysia... yang paling sedap ialah... yang ada 'pork' .

Senpai bercerita selamba. Teruja benar wajahnya bercerita mengenai makanan sedap.

Beberapa orang teman (Japanese) mengalihkan wajah, memandang A sambil tersengih.

Kawan 1 : Ehhh... awak kan tak makan pork?

Kelihatan A agak terpinga-pinga. Dia sebenarnya kurang fokus bila tak pakai kacamata.
Pantas, A memakai kacamatanya, lalu bertanya kepada kawan 1.

A : Err... senpai ni cakap pork tu ialah makanan paling sedap kat Malaysia?

Kawan 1 : Yes.

A diam.

"Err... setakat ni, ramai je manusia yang puji makanan Malaysia ni sedap hingga menjilat jari, tapi tak makan pork pun. Mungkin senpai ni tak makan yang lagi sedap punya... kehkeh... " monolog A, dalam hati.

Kepalanya berdenyut lagi.



---


Teringin untuk mendengar impession tentang Malaysia seperti rakyat-bersopan-santun , atau sistem-pentadbiran-yang-adil , atau budaya-hormat-menghormati. 

Am i too ambitious?