Saturday, 1 August 2009

...DIAM---> salah ke?...




~Bismillah...



Waaahhh...byk nye org bercakap. Bergelak ketawa lagi. Waaahhh...hepinya mereka. Penuh gurau senda lagi. Waaahhh...riuh-rendahnya. Waaah... Eh, aku diam je. Aduh, sakitnya... kesunyian dlm kemeriahan. Hmmm... Tapi,ye ke sunyi?

Ish, ingat pesan mak...
"ada ketikanya, kita x perlu bersuara. Kita kena tengok je, pastu pikir."






Banyak bersuara, banyak salahnya
Penah jumpa x org yg suka melontarkan pendapat tanpa diminta? Byk sgt org mcm ni. Semua mende nk ulas. Dari hal politik, masuk kpd bencana alam, tempek sket pasal H1N1, terus kpd hal studi, kaitkan sket ngn cerita2 keluarga, selit2 pula ngn hal2 sendiri. Fuuuhhh... panjang berjela. Memangla ada fakta2 menarik + hujah2 yg bernas, tapi... x semua. Percayalah, lagi byk kita bersuara, lg byk salahnya.

--->
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)







Better diam
Dah tu, xkan nk diam je? Xde life ler... hoho... Islam tidak sebegitu. Islam ni lengkap, kan... Boleh je nk bercakap ke, berdebat ke, bg pendapat ke... Tapi, kena guna cara yg baik la. Cakap yg baik2 je. Boleh pikir sindri kot. Mana yg baik, mana yg x. Kalau agak2 mende yg kita nk ckp tu, boleh wat org sakit hati atau xde manfaat ape2, better diam je.


--->
"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)







Balas balik
Sbg seorang manusia normal, semestinya kita pernah bercakap ttg sesuatu yg membuatkan org lain terasa hati ke, sakit hati ke... Hidup umpama roda kan..., x tipu la... Kita pun mesti juga penah terasa hati ke, sakit ati ke dgn kata2 org lain. Camne rasa? sbg seorang yg normal, kita akan rasa macam nk balas balik je segala ape yg org tu ckp kt kita. Ye la, nk bela diri. Ape dia ingat dia tu betul sangat? Amboiiihhh... Tapi, adakalanya kita diam je, kan.... Kenapa kita diam ye? adakah krn kita merupakan pihak yg salah?adakah kerana kita tiada hujah utk membalas kata2 org itu? atau adakah krn kita maleh nk layan?



..."kalau kita melayan org yg tgh sedih menangis, x mustahil kita turut menangis sepertinya"...

..."kalau kita melayan org yg tgh 'emo' marahkan sesuatu, x mustahil kita turut berasa marah sepertinya"...

..."kalau kita melayan org yg bodoh bercakap, x mustahil kita turut jd bodoh sepertinya"...




--->
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)




Tapi...


Tak boleh diam
ade ketikanya kita x boleh diam--->kalau perkara yg kita diamkan tu, boleh mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri mahupun org lain.







Nikmat bersuara
(bg yg pernah mahupun masih lagi diberi nikmat olehNya untuk bersuara)
--->melontar bicara, melantun hujah, memberi pendapat, membuat ulasan. pastinya pernah, bukan?

Sememangnya manusia suka berbicara mengenai perkara2 yg terjadi di sekeliling. Itu fitrah.

tapi kan...

Dosa
~cakap pasal keburukan org lain (di belakangnya) walaupun benar---> mengumpat --->dosa...

~cakap pasal keburukan org lain (di hadapannya) walaupun benar ---> mengata --->dosa juge kalau dia sakit hati...

~cakap pasal keburukan org lain tapi tak benar ---> fitnah ---> memang berdosa...

~bercakap, tapi tak buat gitu pun (ckp x serupa bikin la )---> dosa ler...


--->
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kau kerjakan. (As-Saff 61;2~3)




Madah dari Hukama:

* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yg pendiam lebih baik dari orang bodoh yg banyak cakap.

* Menasihati orang yg bersalah, tidak salah. Yg salah memikirkan kesalahan orang...

* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yg sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.





nota kaki: ketika bertengkar dgn org, org tu ckp mcm2 tapi kita diam je. x bererti kita salah kan...

~lalala...
~terima kasih...
~sekian...

12 comments:

Wan Nurul Atiqah said...

sayang gja...
u r rite...
love u.

FiDieYaaa said...

Yaaa.. kalau ade orang marah @ nak begadoh ngan kita, lebih baik diam. Mana ade org boleh bergadoh sorang2 kan?

Teratai Biru said...

to atiqah humaira
~ sayang tqa juge... doakan gja kuat, ye... :)
~maseh..........sahabat.

Teratai Biru said...

to fidieyaaa
~betul2. kalau sorang2, x bule la nk gadoh, kan...

~tapi, org kita kan... yg byk bersuara tu la yg nmpak betulnye... padahal, lg byk ckp, lg byk salahnya. hoho...

fareast said...

cakap perkara yang berfaedah tetapi bernas. Betul dan setuju, tak perlu bercakap perkara yang tidak berfaedah sampai orang sakit hati.

azreen yahaya said...

ini la hikmahnye aku dapat sorang2 kot kan jijah.haha aku kan byk ckp.kalau dapat ramai2 kompem mulut aku xsenyap.kui3

Teratai Biru said...

to fareast
~betul2. ckp perkara yg berfaedah tp bernas.
~maseh atas komennya, sy hargainya...

Teratai Biru said...

to azreen yahaya
~perancangan Allah adlh yg terbaik...

~kalau dh ramai2, mmg kita cenderung utk byk bercakap, sbb ada yg mendengar kan...

~hoho... paham2...maseh drop komen... :)

Anonymous said...

haha...btol3....tp nk tny sket...asal ko particullar sangat ngan 'cakap x serupa bikin'?

Teratai Biru said...

to anonymous
~particular sgt ke gitu...?
~cuba baca balik mksd ayat Quran bwh dia tu(As-Saff 61;2~3), itulah sebabnya...
~moga menjawab persoalan...

p/s: ...tp nk tny sket jugak... asal x letak nama yg betul ke, plg kurang nick name ke, nmpk sket identiti. anonymous tu umum sgt kan...

Anonymous said...

salam ziarah juga dari rocketingrabbit,

betul2..x bole bercakap sia-sia..

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.”

Para sahabat bertanya lagi,

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

[Riwayat at-Tarmizi]

menjawab persoalan di rocketingrabbit;NTT san tu dlm lingkungan umur 40-an..knp?

Teratai Biru said...

to rocketting rabbit
~ terima kasih atas perkongsian ilmu ...
~ jemput ziarah d lain masa... :)