Tuesday, 17 November 2009

...arus...






payahnya utk berpaling
pabila sudah menjengah
arus itu selalu sehala
menongkah arus umpama menempah bala
...dusta...

payahnya utk mengundur
pabila sudah melangkah
arus itu selalu laju
berdiri kaku umpama menyekat lalu
...palsu...

payahnya utk ke belakang
pabila sudah ke hadapan
arus itu tak pernah berhenti
tidur mati umpama menyingkap sepi
...keji...

detik waktu terus meluru
detak jantung terus berlagu
deras darah terus memburu
kalimah tauhid terus bersatu
...ampuh...

*
*
*
*
*
arus kaku,
aku terkedu.

arus manja,
aku tergoda.

arus deras,
aku bernafas.

arus serabut,
aku hidup!

*
*
*
*
*

notakaki 1 : ...adakalanya mengundur ke belakang itu lebih payah berbanding melangkah ke hadapan...

notakaki 2 : ini bukan entri suka2. jiwang2 bertempat. hanya untuk yg MAHU berfikir.

notakaki 3 : sudah letih dgr keluhan mereka2 yg suka mengeluh. aha~ pd yg suka mengeluh, anda normal. kenapa? baca ini...

--->"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir," (surah Al-Ma'arij 19~21)

8 comments:

Syada said...

wah..sungguh puitis..org yg sikit puitis mcm sy pn xfaham sgt. puisi ni ttg ape cik teratai biru?
salam ukhwah (^_^)

Teratai Biru said...

to shahadah

~aha. alhamdulillah. ilham dari Dia. terima kasih.

~puisi ini... agak sukar utk diterangkan secara detail. scr ringkasnya, puisi ini tentang arus kehidupan. semua org bergerak mengikut arus. dan kalau kita tidak mengikut rentak, kita akan ketinggalan, mungkin juga akan tenggelam ditelan arus.

tetapi, hakikatnya, yg majoriti org ikut dan buat itu x semestinya betul. adakalanya, kita perlu menongkah arus juga.

~hmmm... byk lagi penerangannya. mungkin sy buley pertimbangkan utk membuat satu entri bg menjelaskan puisi ini. insyaAllah. doakan ya... :)
menarik juga kalau difikirkan. terima kasih kerana bertanya.

~salam ukhwah dr sy juga... :) aha~

Kamal Zharif bin Kamaludin said...

gmbr sesuai ngn kata2.. very refreshing

NurulAzreen said...

nice puisi gja!hehe.aku ade blog baru.sila la jenguk2 :)

Teratai Biru said...

to kamal zharif

~alhamdulillah... terima kasih.
~teruskan usaha dakwah sedara melalui gambar2 ye.
~tima kasih atas ziarahnye.

Teratai Biru said...

to nurulazreen

~alhamdulillah...terima kasih.

~waaahh... welkam back to the dunia blogger. aha~

~udah jenguk dah. baguih2. mari menulis. yaaa... hanya yg menulis sahaja tahu nikmatnya menulis (ade kaitan ke)...hehe...

~dtg jenguk sini lagi ye... :)

F said...

pandai tul teratai biru ni berbicara..pantun pun pandai..xsangka xD

Teratai Biru said...

to F

~alhamdulillah. maseh2. ape yg sedara F sangka?