Friday, 8 January 2010
...aku mahu diam...
aku mahu diam,
sebelum kau bersuara
aku mahu diam,
ketika kau bersuara
aku mahu diam,
setelah kau bersuara
aku mahu diam,
tak bermakna aku takut
aku mahu diam,
tak bermakna aku bersalah
aku mahu diam,
tak bermakna aku mengalah
aku mahu diam,
kerna aku mahu kuat
aku mahu diam,
kerna aku mengumpul berani
aku mahu diam,
kerna aku masih mencari diri
dan
kau yang tak mengerti,
sila ke tepi...
dan
kau yang tak tahu,
biarkan aku dengan duniaku...
dan
kau yang tak mahu faham,
tolonglah diam!
*
*
*
notakaki 1 : ...pabila sendu dan senyum bersatu, aku menjadi aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam cik adik cun..
aku mahu diam...menarik...emmmm
lama tak jumpe deh..
bila la boleh jumpa lagi ek...
salam..moga-moga si dia akan faham dan mahu diam..moga trus istiqomah dalam arena dakwah ini..salam maju jaya,takbir!
salam.
tiap entry menyelami diri..terus berkarya dan menyulam rasa
Cg Tg
to misoshiru
~wassalam kakak cun...
~alhamdulillah... maseh...
~souneee.... jika kita tetap di jalan ini, pasti bertemu lagi. jika tidak di dunia, insyaAllah di hujung sana...
:)
to nahwal imtiyaz
~wassalam.
~insyaAllah... terima kasih.
to Cg Tg
~wassalam...
~alhamdulillah...ilham dari Dia... terima kasih.
~insyaAllah... doakan ya..
assalamualaikum...
wah... sungguh berseni... =)
to fakhrul islami
~wa'alaikumussalam...
alhamdulillah... ilham dari Dia... terima kasih... :)
salam ziarah,
syurga itu juga mahal harganya :)
to muhammad syafiq
terima kasih atas ziarah...
ye. benar...
Post a Comment