Tuesday, 13 July 2010

...perhatian dicuri...

bismillah...

permulaan pagi ini dengan menjelajah alam maya mencari berita-berita terkini--- > ambil tahu dengan situasi sekeliling lah senang cerita.

dalam banyak-banyak berita yang saya baca, ada beberapa petikan ayat dalam berita yang AGAK mencuri perhatian saya. Saya ulang, petikan berita BUKAN isi berita.


[yang kaler merah itu ucapan dari saya]

***



"Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?" katanya lagi. [sumber]

 --- >'demi Islam' sahaja sudah memadai. Mengapa perlu ditambah 'demi orang Melayu' ? Kerana wujudnya UMNO, ayat itu terlontar sedemikian rupa kah...


***


Tepukan gemuruh kedengaran daripada beribu-ribu peminat cakerawala yang mula berhimpun di ibu kota Pulau Easter ini untuk menyaksikan gerhana selama empat minit dan 41 saat itu....orang ramai yang sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia memalingkan pandangan dari skrin televisyen untuk mendongak ke langit.[sumber]

--- > alangkah indahnya jika beribu-ribu peminat cakerawala itu bersujud membesarkan Yang Maha Besar sejurus selepas berlakunya gerhana itu. Lihat ayat yang dihighlight, jelas manusia lebih tertarik dengan fenomena alam ciptaan Dia berbanding fenomena kelam ciptaan manusia.

***


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Malaysia juga menjadi negara kedua tertinggi terlibat dari segi nilai pertaruhan, serbuan dan tangkapan di kalangan enam buah negara Asia Pasifik, selepas Thailand. [sumber]

 ---> Judi Bola. Malaysia itu majoritinya Muslim ATAU muslim?

 ***


...menyingkap kembali berita-berita yang pernah tersiar di akhbar online yang lain...


"Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu."[sumber]

---> Moga dipermudahkan...

***


"Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,"tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Asri menyertai PAS._ [sumber]


--- > Nampak serupa, tapi berbeza. Permainan bahasa memang menarik. Selain itu, no komen okeh.

***


"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.
"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya. _ [sumber]

 ---> Saya semakin suka ber'bahasa'. Selain itu, no komen okeh.

***

okai.
selesai untuk pagi ini.
dunia oh dunia.
mahu ke kelas.
sekian, beransur~~~

notakaki : ...mungkinkah terkejar hikmah hari esok, sedang semalam menagih janji...

No comments: