siapalah aku mengharapkan cinta |
sakit.
pabila impian tinggi melangit.
rebah.
pabila harapan kian tercapah.
redha.
pabila yang ditunggu tak kunjung tiba.
terpana.
pabila yang hadir tak pernah terjangka.
gelabah.
pabila yang ada hanya pasrah.
terseksa.
pabila jawapan tak menenang jiwa.
sendu.
pabila sendiri mendayung perahu.
sayu.
pabila hati terpaku di situ.
geram.
pabila ada yang tak mahu diam.
jemu.
pabila ada yang mengaku tahu.
sebak.
pabila masa kian mendesak.
goyah.
pabila kisah silam datang menerjah.
...
aku tak tahu.
jangan tanya.
tak perlu tunggu.
jawapan, aku tak punya.
maaf.
monolog aku,
untuk kamu.
-terataibiru-
3 comments:
salam alaik..
tersenyum membaca setiap bait kata.
seakan seiras dengan monologku untuk dia.
allahu 'alam..
Dia pasti punya jawapannya. insyaAllah. sabarlah.
Aku tak punya apa..
Harta tiada..mewah tiada,
Ibu tiada..bapapun tiada
Teman hidup entah berantah..
Sebatang kara..Yatim piatu...
Seorang pemalu, seorang perindu
Namun aku punya harapan
impian dan wawasan
Menyusun melangkah
bagai sang anai2 mengatur
bebutir pasir
Tinggi menjulang piramid
Menggapai mimpi di awan tinggi
Dalam sakit
Aku terseksa, rebah dan redha
Dia tak kunjung tiba
Dulu ..aku kepingin tahu
Menunggu dan setia menunggu
Dalam pasrah aku tetap berjaya
tanpa dia yang berdusta
Kini aku sudah tahu
Tuhan Maha Kaya
Mengatur cinta.
syauqahwardah :
-wassalam alaik... moga segalanya adalah yg terbaik... insyaAllah.
jzkk akak... =)
mamawana :
- alhamdulillah... terima kasih. tulis sendiri ke tu? superb~
Post a Comment