Kita yang bernama manusia,
sebaik-baik kejadian,
ianya ahsani taqwim.
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." [At-tin 95:4]
kita yang bernama manusia,
tidak dicipta semata-mata,
ianya bertujuan.
ah,
kamu tidak tahu itu?
atau barangkali kamu lupa.
atau mungkin saja kamu memang tahu dan ingat sentiasa.
tak mengapa,
izinkan saja aku bercerita.
kita yang bernama manusia...
iya.
aku, kau, dia, dan mereka.
diciptakan dengan dua tujuan.
tugas yang tergalas di atas setiap bahu kita.
pertamanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk beribadah kepada Dia.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Az-Zariyat 51;56)
cuba renungi diri sendiri.
sedalam mana wujudnya rasa kehambaan...
solat, puasa, berakhlak, makan minum, pemakaian...
sejauh mana diri kita,
menjadi cermin kepada rasa kehambaan yang ada dalam jiwa.
jiwa yang penuh rasa kehambaan akan memancarkan sinar keimanan ke luar,
hingga bisa memberi tempias cahaya iman itu kepada orang sekeliling.
ataukah cermin kita yang berdebu?
hinggakan yang cantik, dibias menjadi jelek,
juga yang jelek, dibias menjadi cantik.
oh, jangan terus bernasib malang...
keduanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'... [al-baqarah 2:30]
cuba menyingkap hari semalam,
apakah ada usaha kita memakmurkan bumi dan isinya?
melunaskan tugas sebagai khalifah,
perlu bermain dengan manusia,
perlu berperang dengan masa,
mahu memberitahu sekalian alam,
bahawa Allah itu tiada setaraNya.
ataukah kita yang terdiam,
tak tahu cara melaksana?
tak mengapa.
cari sahaja teman yang bercahaya.
teman yang mengajak kepada Dia,
itu yang menyelamat kita.
teman sebegitu membantu kita di dunia,
agar tersenyum di hujung Sana.
sila percaya.
oh, cahaya itu ada.terus saja berlari ke Sana. -[sumberfoto: deviantart]
memeluk erat kitab mulia,
mencari lambaian kesejahteraan ummah.
memaut erat dahan tarbiyyah,
menyahut seruan menuju ruang selamat.
pelajari al-quran semahunya -[sumberfoto: deviantart]
langkah ini belum ternoktah.
Ramai sekali yang mengetahuinya,
tetapi bukan sedikit yang cuba menidakkannya.
Eh, bukan.
Bukan menidakkan, cuma tak mahu melunaskannya.
Ah, hentikan saja permainan bahasa.
Alasan selalunya bertopengkan bahasa.
kita yang bernama manusia,
takkan pernah berhenti meminta,
sedang Dia tak jemu memberi.
kita yang bernama manusia,
jarang sekali meluahkan syukur,
sedang nikmatNya tetap tertabur.
ini cerita kita semua,
aku, kau, dia, dan mereka,
kita yang bernama manusia.
3 comments:
Kita yg bernama manusia
Punya skirp dan watak berbeza
silih berganti
sekejap di atas sekejap
dipijak ke bawah
Pedihnya.....
Tapi kita terus berlakon
menari dan berlari di pentas dunia
Selagi kita bernama manusia
Kita tetap mulia selagi
berpegang pada skirp riman
typo..selagi berpegang pada skrip iman
mamawana : mama, u makes me love u more...~~~ subhanallah... (",)
[buley x nak panggil mama?]
Post a Comment