...titik tolak menuju rahmah, ianya tidak mudah...
[sumberfoto : googleimage]
Menghela nafas berbeza dari udara yang serupa,
ianya titik tolak dalam memaknai kehidupan.
Amat jarang turning point itu disebabkan kebahagiaan.
Mungkin ada, tapi kebarangkaliannya masih boleh dipertikaikan.
Selalunya musibah yang hadir menjengah ke ruang hidup,
itulah pencelik mata.
Biasanya masalah yang datang menyinggah di jendela hidup,
itulah pembuka minda.
Kelazimannya suratan takdir yang merentas titian kembara hidup,
itulah penyucian jiwa.
***
...bukan sekadar perjalanan semata...
[sumberfoto : googleimage]
Hidup ini bukan suatu perjalanan semata-mata.
Ianya perjuangan!
Hidup ini bukannya sekadar bermain sebagai kanak-kanak, bersekolah sebagai pelajar, berkahwin sebagai orang dewasa, menimang anak sebagai seorang ibu mahupun bapa, dan duduk di rumah menanti ajal sebagai orang tua (jika punya umur lagi).
Ianya lebih dari itu.
Sila percaya.
Ketika ditimpa musibah, mudahnya berkata begini...
"Rasa amat down. Teruknya hidup macam ni..."
"Asyik aku aje yang ditimpa masalah. Tak sempat nak setel satu masalah, datang pula masalah lain..."
"Dah tak larat dah nak hadapi semua kesusahan ini. Macam dah takde harapan je untuk aku hidup bahagia..."
Maka merugilah bagi mereka yang masih mampu untuk berkata begitu, tanpa melakukan suatu usaha penambahbaikan...
Diulangi, TANPA melakukan suatu usaha penambahbaikan.
"Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan."
[peribahasa Melayu]
Itu peribahasa yang kita rata-ratanya tahu.
Kembali ke pangkal jalan.
Melaksanakannya tak semudah kata.
Sila setuju.
Untuk kembali berada di pangkal jalan setelah tersesat, ianya tidak mudah.
Ianya perlukan mujahadah.
Dan mujahadah untuk itu pastinya lebih sukar andai tiada pemerhatian yang jelas tentang musibah yang dihadapi.
Boleh jadi kita terbuat kesilapan yang sama, sekali lagi.
Allah itu Maha Kaya.
Macam-macam cara Dia boleh buat untuk panggil kita kembali kepadaNya, kembali dekat kepadaNya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..."
[Al-Baqarah 2:186]
***
Hidup ini bukan suatu perjalanan semata-mata.
Ianya perjuangan!
Perjuangan untuk memastikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan pastinya hari esok lebih baik daripada hari ini.
Kalau hari semalam kita berbuat salah, hari ini kita tidak boleh mengulanginya.
Perlu jadi lebih baik.
Kalau hari ini kita berbuat salah, hari esok kita tidak boleh mengulanginya.
Perlu jadi lebih baik.
Tidak boleh ulang kesalahan.
Tidak boleh ulang kesilapan.
Tidak boleh ulang kekhilafan.
Gulp... sentap dengan ayat sendiri.
Nak power lagi?
Nah...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
[Riwayat Bukhari & Muslim ]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini catatan spontan.
Hasil daripada kes adik lelaki saya yang dibuang sekolah.
Atas kesalahan yang terhasil daripada pemikiran singkat dia,
seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Walau dia kini nyata menampakkan kesal.
Yang dah lepas, tetap perlu dilepaskan.
Kami tak pernah menyalahkan dia.
Berita ini nyata hampir meragut tabahnya bonda, juga ayahanda.
Khabar ini nyata menggugah sabarnya kami, adik beradik sedarahdaging.
Iya.
Kini aku cuba berusaha menjernihkan keadaan yang sedia keruh.
"Mungkin ini turning point untuk dia lebih sedar akan masa depannya."
Itu kata-kata mereka yang ramai.
Amboi mudahnya kata, aku menelan air liur. Kelat.
"Bagai nak luruh jantung mak bila dengar berita tu..."
Itu kata-kata bonda yang sedang meniti usia.
Allahu, kuatkan bonda, mataku berkaca. Takungan makin penuh.
"..."
Itu aku yang tiada kata untuk meluah rasa.
2 comments:
Adik lelaki fikiran nya singkat. lambat matang.
Dan pengalaman akan mendewasakannya. Membutuhkan kesabaran kita.
Bimbinglah dia. Dalam doa mu. Kerna adakalanya kata-kata bukanlah jalan penyelesaian. hanya seuntai doa yang tulus cukup buat beri dia kekuatan.
dan bersamalah dengan ibumu selalu. hiburkan lah dia dengan telatah mu.
Moga allah merahmatimu sahabat.
to hikari :
-memang sabar itu amat perlu. tapi sekadar sabar, ianya takkan cukup. perlukan tindakan susulan ke arah penambahbaikan.
kini kami (pihak keluarga), sedang memohon drpd phk sekolah untuk menandatangani surat berhenti sekolah (supaya masih boleh terus bersekolah di tmpt lain ), bukannya menandatangani surat buang sekolah spt yg diputuskan oleh phk skola.
ini lagi satu contoh tindakan drastik pihak skola yg tak memikirkan masa depan pelajar-pelajar yg dikenakan 'hukuman' spt ini. phk skola spatutnya sedar, dunia hari ini menuntut supaya kita perlu ada sijil utk terus 'hidup', walaupun ianya hanya sekadar sijil lulus SPM. pihak skola perlu fikir lebih jauh dan mendalam.
waaahh. makin emo jadinya sy. kalau nk bercerita ttg ini pun, boleh jadi satu entri baru. haih.
kita sama-sama doa supaya phk skola setuju dgn cdgn kami.
doakan juga segalanya baik2 sahaja.
-terima kasih. moga Allah merahmati kamu juga. ^^
Post a Comment