Tanah tumpah darahku. [sumberfoto]
"Awak datang dari negara mana?"
"Saya datang dari negara Malaysia."
"Apa yang menarik dan best nya tentang Malaysia?"
"Kaum nya yang pelbagai, blablabla..."
"Lagi?"
"Makanan nya yang amat berjenis-jenis, pelbagai rasa, blablabla..."
"Lagi?"
"Masih ada kawasan-kawasan menghijau, sedap mata memandang, tempat-tempat bercuti sesama ahli keluarga pun banyak, pantai-pantai segala, blablabla..."
"Lagi?"
...
[kelompok jawapan A]
Jawapan klise!
Selalunya pabila ditanya tentang apa yang menarik dan best nya Malaysia, jawapan-jawapan femes adalah berkenaan kaum, makanan, tempat jalan, dan yang seumpama dengannya.
Saya amat mahu memberi jawapan seperti ini :
"Apa yang menarik dan best nya Malaysia adalah majoriti penduduk Malaysia adalah muslim, dan kami amat bahagia dengan cara hidup islam yang diamalkan dan dititikberatkan di Malaysia."
tambah lagi,
"Hasil daripada acuan Allah terhadap islam melalui Al-Quran yang amat kami sayang, kami hidup aman harmoni, seronok tak terkata."
tambah lagi,
"Pemimipin-pemimpin kami sentiasa merujuk Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyelesaikan sebarang konflik mahupun provokasi yang wujud."
tambah lagi,
"Dan saya bangga saya lahir sebagai anak Malaysia."
[kelompok jawapan B]
***
Setakat ini, saya tak mampu lagi memberi jawapan-jawapan seperti kelompok B itu.
Allahuakbar!
Kalau ada sesiapa yang pernah beri jawapan sebegitu rupa apabila ditanya tentang apa yang menarik dan best nya Malaysia, sila beritahu saya. Saya nak kawan dengan awak lah. [ini serius okeh]
Ada ke?
Meh nak kenal-kenal.
Ada?
Mai nak kawan.
***
Maaf, mode memberontak.
7 comments:
So,your point is? Let cut the chase here alright? Do u simply wanted to say that the current Malaysian government is not good enough? If that is not the case, what should we do to correct this? Give an answer that is practical to implement, not some vague nice-to-hear answer but hard-to-implement action. Salam.
Memberontak kerana apa?
Apa kata kita didik dulu orang sekeliling kita sebelum membawa kepada kerajaan.
atau, mampukah kita awak jawab sedemikian?
incik/cik anonymous :
- Terima kasih atas respon. Appreciated. My point is KERJA KITA masih banyak (u dpt tangkap x point i tu?). And do u simply wanted to say that u bahagia dengan apa yang ada sekarang? Yang KITA kena buat sekarang adalah buat KERJA. Meh ikut cara Nabi. Jom banyakkan membaca, memerhati, menganalisis dan berinteraksi (ni pesan kat diri sendiri terutamanya).
notakaki : saya rasa amatlah kurang berwibawa apabila berinteraksi dengan sebarang insan yang menggunakan gelaran anonymous, sebab saya susah nak menjejaki siapa orangnya untuk perkenalan lanjut di masa hadapan.
Wassalam.
sakura putih :
- Terima kasih atas respon. Appreciated. Memberontak kerana saya tak mampu nak bagi jawapan dari kelompok jawapan B. Bab didik orang tu, saya kata setuju. Sebab saya tak mampu nak bagi jawapan sedemikian lah saya memberontak. Ayuh buat kerja dari bawah, asas binaan kena kukuh, agar tak mudah goyah.
notakaki 1 : walau saya selalu bertembung dengan cik sakura putih di alam maya, saya masih tak tahu siapa gerangannya. saya tahu kita sefikrah. jom melangkah sama-sama. (=
notakaki 2 : saya masih rasa kurang berwibawa berinteraksi dengan orang yang hanya guna nick name tanpa link, sebab saya susah nak menjejaki siapa orangnya, demi perkenalan lanjut di masa hadapan.
***
notabuatsemua :
percayalah, anda akan rasa lebih berkarisma lagi bergaya apabila orang yang berinteraksi dengan anda tahu bagaimana untuk melaksanakan komunikasi lanjut dengan anda. koman-koman, boh link. kalau nak boh emel lagi superb lah.
.
.
.
dan pungguk itu terus melangut,
saya gja.
ya kak.....betui..pembinaan bangunan pun kena dari asas....=)
tp bkn sy anonymous tu..hehe...saya junior akak la=)
albanat :
ha tau pun..
maksudnya, saya ni senior awak la kan? hehe. (=
ok , saya suka post ini .
tahniah pemilik belog
ketuk lagi hati kami ketuk lagi
" alquran adalah sebaik baik pengetuk hati "
astaghfirullah wa alhamdulillah...
abu uwais:
ok, saya lebih suka post2 kamu. (eh?)
Post a Comment