Wednesday, 6 July 2011

Incik hidayah dan si budak baik




***

"Aku dah cari incik hidayah sejak dari semalam. Mana dia? Takde pun."

Kicau seorang teman saya di laman kicauan(baca: twitter) miliknya. Saya diam menelan air liur.

***

"Aku nak je pergi program-program agama yang ada kat Jepun ni, tapi aku takut lah..."

Luah seorang teman.

"Apa yang ditakutkannya? Ada hantu ke?" Tanya saya bersahaja.

"Takdelah, kalau aku pergi program, lepas dengar pengisian, mesti aku rasa berat. Aku tak sangguplah." Balas dia. Matanya tepat memandang saya.

"Apa yang tak sanggupnya?"

"Tak sanggup nak rasa berat. Rasa tak mampu nak terima apa yang disampaikan."

"Ha eloklah tu. Itu tanda hati kita masih lembut, mudah cair dek kebenaran yang datang." Jawab saya, memandang tepat ke arah matanya pula.

"Kebenaran? Bukan sepatutnya kita akan rasa lebih tenang ke? Kenapa makin rasa sesak dada? Kenapa makin rasa tak tentu arah?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan.

"Mungkin kau tersilap tafsir. Bukan rasa sesak dada, apatah lagi tak tentu arah. Itu sebenarnya adalah interaksi antara diri(baca: jiwa) kita dengan ilmu yang kita terima." Cair sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut saya.

"Tapi aku tak boleh nak terima benda-benda macam itu. Aku bukan budak baik."

"Ok. Apa yang kau faham dengan frasa 'budak baik'?"

***

[Penjelasan lanjut tentang entri ini tidak saya tulis dengan panjang lebar di sini. Saya menganggap kesemua pembaca blog ini adalah terdiri daripada golongan manusia yang suka berfikir dan menghadam. Walaubagaimanapun, sebarang soalan sekiranya ada, adalah dialu-alukan]


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
[At-Taubah 9:41]

No comments: