Wednesday, 16 November 2011

1, 2, 3, sayang sampai infiniti~

(1)
Hujung minggu itu, kami ada acara cari chenta untuk adek-adek. Sabtu dan ahad. Pagi ahad itu, sebelum acara cari chenta bermula, saya telah diajak keluar dari dewan oleh seorang teman , untuk menyelesaikan sedikit hal seketika. Sekembalinya saya ke dewan, dendangan lagu Thousand Miles bergema memenuh ruang, bersama iringan muzik dari piano yang menggugah jiwa! Mendengarkan bait-bait lirik lagu, membawa fikiran saya melayang-layang menerjah angkasa, membayangkan alangkah bahagianya orang yang menerima dedikasi lagu ini. Melihatkan 2 orang adek daripada bulatan chenta saya yang sedang beraksi di hadapan piano, bersama mikrofon di tangan, membuatkan saya tersenyum. "Waaaah berbakatnya mereka ini, boleh menyumbang kepada islam melalui hiburan yang mendidik jiwa lah ..." begitu lintasan hati saya ketika itu.

Sejujurnya pada ketika itu, saya hanya menganggap mereka sedang membuat persembahan 'percuma' kepada peserta-peserta acara cari chenta yang lain. (Saya memang tahu yang mereka memang berbakat bermain piano). Kemudian, ada seseorang yang berbisik kepada saya, " Ini adalah hadiah birthday gja..."  Saya hanya ketawa kecil menyambut kata-kata itu. (Memang hari itu adalah hari lahir saya). Iyalah kan, memang mula-mula, saya anggap itu hanyalah persembahan 'percuma', sementara menanti slot bermula. Langsung tak menyedari apa-apa 'kelainan' daripada senyum simpul majoriti manusia yang saya jumpa pada pagi itu, sebelum itu. Hinggalah ke bait ayat berikut di akhir lagu :



"If I could fall into the sky
Do you think time would pass me by?
Cus you know I'd walk a thousand miles
If I could just see you
If I could just hold you..."

disambung dengan frasa ini :

"Kak gja..."


Eeeeehhhhhh... tergamam lagi terkesima. Lagu itu untuk saya! Allah... Macam mana boleh tak perasan ni. Aiseh aiseh aiseh... 'Menyesal' pula melangkah ke hadapan dewan ketika mendengar lagu itu. Kalau saya tahu dari awal-awal lagi, pasti kaki saya akan statik tak bergerak di belakang dewan, dek tak tahu nak bagi respon apa. Takdelah tersengih-sengih kat depan bila tahu hal sebenar. Kemudian,  mereka telah meminta segala audiens yang ada,  untuk bersama-sama menyanyikan lagu  'Happy Birthday' buat saya. Allah... Muka dah hampir memerah tak tahu nak buat apa. Butir-butir air jernih ditahan segagah yang mungkin agar tak melimpah dari takungan mata. Bajet macho gitu. Huuuu.... seriously terharu. Langsung tak sangka bahawa lagu yang menggugah jiwa itu benar-benar didedikasi kan buat saya. Congratulations!! Well planned. Ramai juga rupanya manusia yang berkomplot dengan adek-adek bulatan chenta saya itu, untuk persembahan 'percuma' itu. Tahniah kerana kalian benar-benar berjaya menterkejutkan saya (walau lambat sikit daripada apa yang dirancang kalian... heeeeee....minta maaf, lambat pulak nak notice yang lagu itu untuk saya.)




  I
Seperti inilah lagu itu didendangkan bersama iringan piano. Tapi pastinya lebih hebat, kerana ianya didendangkan khas oleh adek-adek bulatan chenta.




(2)
Hujung minggu yang lain, ada acara cari chenta untuk saya dan teman-teman seperjuangan yang lain. Acara cari chenta itu memakan masa selama dua hari. Sabtu dan ahad. Usai daripada acara cari chenta itu, saya bergegas menuju ke rumah salah seorang adek bulatan chenta, untuk sesi membulat chenta bersama adek-adek lain yang sudah setia menunggu. Akibat aral yang melintang, saya terlewat daripada waktu yang dijanjikan. Sesampainya saya di lokasi, terus doa makan dibaca, dan hidangan yang super lazat dijamah bersama. Tak sempat salam pun. Uiiihhh... lapaq betui dah depa ni... Rasa bersalah juga lah kerana telah terlewat tiba, sehinggakan menyebabkan mereka kelaparan menanti saya. Allah... menyesal pula kerana tak pesan kepada mereka supaya makan terlebih dahulu tanpa saya. Sudahlah cuaca yang kian menyejuk sebegini, perut selalu mengada-ngada lapar dengan kekerapan yang amat pantas. Maafkan saya ye adek-adek chenta... T_______T   Kalian 'terseksa'... huuu...

Tak lama, hadir pula seorang teman mereka yang kebetulan datang berziarah ke rumah adek saya itu. Kemudian, tiba-tiba sebuah kotak misteri dikeluarkan daripada peti ais, sambil adek-adek itu berteriak

 "Happy Birthday!!!!!!!"

 Errrrkk...nasib baik tak terputus jantung saya dek terkejut. Lagu 'Allah selamatkan kamu' pun turut dinyanyikan secara riang gembira. Yang si teman adek yang datang berziarah itu pun rupanya turut 'diheret' masuk ke perkomplotan mereka pada malam itu, secara tak sengaja. Sekali lagi butir-butir jernih ditahan segagah mungkin agar tidak mencurah turun menceruni pipi. Allah...

Oh ya... sejambak bunga yang tak diketahui nama juga turut dihadiahkan kepada saya pada malam itu. Ah sudah. Bunga hidup tu...wangi lagi. Nampaknya saya perlu mempraktikkan skill bercucuk tanam, untuk menjaga kebajikan si bunga. Resah gelisah jugalah sikit-sikit. Risau andai nanti bunga itu mati... alangkah sedihnya saya nanti.


Rupa-rupanya adek-adek bulatan chenta saya, telah merancang untuk menyambut hari lahir saya. Dendangan lagu Thousand Miles beriringan piano itu tak cukup rupanya... Dilengkapi lagi oleh kek dan bunga. Mendengar kisah mereka yang struggle membeli bunga dengan menaiki basikal, juga sesi menjaga bunga itu agar terus mekar sehingga tarikh pertemuan bulatan chenta (bunga itu telah dibeli beberapa hari sebelum ianya selamat tiba kepada saya), cukup membuatkan saya terharu tahap petala ke-lapan. Allah...



(3)
Ada lagi... nantilah saya kongsi cerita di lain masa. Mereka banyak membuatkan saya tergamam (baca : terharu). Nanti berjela pula entri ini jadinya... cukuplah saya ceritakan kisah mereka struggle dalam meraikan ulangtahun kelahiran saya.


Terasa sangat yang Allah ini baeeeeeeeek sangat, kerana menghadirkan mereka kepada saya. Di saat manusia lain ramai yang lari dari membulat chenta, mereka hadir menadah jiwa. Allah... moga hak-hak mereka dapat saya tunaikan semoleknya...


1, 2, 3... sayang kalian sampai infiniti, insyaAllah... *tekup muka*

.
.
.


noted : Juga terima kaseh menjulang angkasa buat...


1. Cik 'Sy' yang tabah menyediakan kek coklat yang super sedap sempena birthday saya.


2. Teman-teman se'batch' yang sungguh berusaha dalam menguruskan sesi makan malam kita-kita, sempena sambutan birthday secara pukal. (=


3. Ahli Suffah atas 'kairo berjalan' yang istimewa.


3. Ahli bilik di acara cari chenta yang bersungguh menyorokkan kek coklat saya!  


4. Cik E dan Cik F atas keropok chenta penuh makna.


5. Cik G atas surat chenta yang sekerat tapi menyengat rasa.


6. Cik S atas selimut comel musim sejuk.


7. Cik K atas roti sedap tiada tara.


8. Dan kalian semua yang tak tersenarai di sini. Panjang senarainya nanti. 



Moga Allah menchentai kalian, melebihi yang aku chenta.

Bi iznillah...


Salam memuncak chenta,
saya gja. <3





No comments: