Tuesday, 13 March 2012

random

Murobbi yang selalu bertegas agak kepayahan dalam mengumpul orang, tapi sekali dapat, memang laju dan menderulah si daie asuhan.

Murobbi yang selalu berlembut, mudah mengumpul ramai mad'u, tapi menghasilkan daie manja, lambat dan membazir masa, tenaga, wang, jiwa.

Perlu seimbang mengikut waqi' dan situasi semasa.

Murobbi perlu berjiwa besar untuk menghasilkan daie asuhan yang berhati luas.

Murabbi perlu amat sangat yakin pada kemampuan mutarabbi.

Never underestimate.

Berada di 'barisan atas' bukan kerana kita yang lebih hebat, tetapi hanya kerana kita terlebih dahulu mengenal jalan ini.

Hanya itu.

Bersyukurlah kerana Allah memilih kita sebagai watak yang 'melakonkan' rencanaNya pada jalan ini, pada ketika ini.

Allahumma, tsabat kan kami dalam keadaan kami benar-benar mengerti akan jalan ini.


Allahumma, permudahkanlah.

Wala takkilna ila anfusina torfata ain, wala aqolla min zalika ya nikmal mujib.





Somewhere in Tanah Nusantara,
gja.

No comments: