Saya tak dapat nak berbohong dengan mengatakan kesemua orang yang menyertai tarbiyyah adalah super baik, lagi berbudi bahasa tak kira suasana, bila-bila masa, di mana jua.
Ada je orang tarbiyyah yang cakap main lepas.
Ada je orang tarbiyyah yang ketawa seolah dunia dia yang punya.
Ada je orang tarbiyyah yang selalu culas untuk solat awal waktu.
Ada je orang tarbiyyah yang baca quran tak tentu masa, kejap baca, kejap tidak.
Ada je orang tarbiyyah yang jenis lambat-lambat susah nak patuhi masa.
Ada je orang tarbiyyah yang rumah bersepah tak berkemas.
Iya saya dan mereka, kesemuanya manusia.
Tak sempurna, dan takkan sempurna.
Tapi tapi tapi...
Tapi yang membezakan antara orang yang ditarbiyyah dengan yang tidak, ialah orang yang ditarbiyyah akan cepat rasa bersalah sekiranya ada tersalah kata. terketawa tak kena gaya, tersolat lambat sikit, tersibuk tahap petala kelapan hingga tak sempat nak belek quran, terlambat lagi terlengah, termalas atau mungkin terlalu tak kisah pun kalau rumah bersepah dan tak berkemas lagi huru-hara.
Dan yang paling super penting, orang tarbiyyah takkan membiarkan dirinya berada dalam situasi tersebut lama-lama. Dia akan berusaha sehabis baik untuk memperbaiki dirinya. Dia akan cuba memastikan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, dan pastinya untuk menjadikan hari esok lebih mengujakan berbanding hari ini.
Itu sifat orang mukmin kan?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali."(Riwayat Bukhari & Muslim)
Orang beriman, akan sensitif hatinya. Sensitif akan perkara yang boleh memberi effect negatif kepada title yang ada padanya. Tak kisah lah bagaimana title tersebut diucap. Orang tarbiyyah ke, budak usrah ke, daie ke...
Yang penting, orang mukmin takkan rasa senang lagi tenang apabila ada perilaku dirinya yang boleh mengundang kepada buruknya imej islam.
Err... bila saya cakap orang tarbiyyah, maksudnya adalah orang yang benar-benar serius akan pentarbiyyahan dirinya. Bukan yang jenis berusrah on-off sesuka hati. Bukan pula yang menganggap usrah dan daurah adalah tempat menagih ilmu dan perhatian semata.
Bab nak repair diri hari-hari, supaya esoknya adalah lebih baik daripada hari ini, bukanlah semudah kata.
Susaaaah sangat.
Bab nak jadi qudwah, itu satu hal.
Yang diamanahkan jadi naqibah, kena bawa usrah, lagiiilah double triple susahnya untuk behave semaksima mungkin, menjadi qudwah hasanah kepada orang lain, terutamanya kepada anak-anak usrahnya.
(Nota selingan : Dulu, saya amat tak suka dengan perkataan mak naqibah, anak usrah, dan apa-apa perkataan seangkatan dengannya. Rasa rimas. Atau mungkin lebih jujurnya, rasa menyampah. Tapi alhamdulillah sekarang dah beransur noramal, dah boleh terima and yet, dah guna dah words tu.)
Susah kan?
Tapi kena cuba juga.
Kena buat juga.
Orang tarbiyyah perlu berbakat dalam berlakon baik dan bagus tahap menerjah langit dalam segala situasi. Ini bukan hipokrit, tapi mujahadah, sayang... Jemput baca sini bagi penceritaan lanjut.
Haih...
Stop merungut, walaupun itu pelengkap aksi sebagai seorang manusia.
Saya dan kamu semua, kita adalah mukmin.
Mukmin adalah daie (baca : penyeru dan penyebar).
Jom semua,
kita seru ke arah kebaikan.
Mari,
kita sebarkan nikmat bergelar hamba Ilahi.
Marilah, berusaha untuk menjadi yang lebih baik untuk hari-hari mendatang.
Layan lagu ni yuk.
Tajam . Tak berapa suka dengar, sebab rasa macam kena lempang-lempang je bila dengar.
Tajam . Tak berapa suka dengar, sebab rasa macam kena lempang-lempang je bila dengar.
Tapi, daie perlu je kena lempang-lempang selalu.
Daie perlu bergerak.
Nak minta tolong ni,
tolong tegur saya balik dengan apa yang saya tulis kat atas ni,
bila saya sengal-sengal mengada nak senang je hidup lagi malas nak repair diri.
Tolong ya...
No comments:
Post a Comment