Wednesday, 18 January 2012

Pernah terfikir tak?

Pernah terfikir tak?
Andai helaan nafas hanya 100kali yang berbaki,
apa yang mungkin akan dilakukan?

Mungkin tarik nafas sedalam yang mungkin,
hembus pun sikit-sikit,
perlahan-lahan.

Sambil hati berzikir-zikir semahunya.
Mata dipejam mengamati suasana.
Pasti segala perjalanan hidup terbayang di kepala.

Takut
Gembira
Risau
Sejuta rasa bercampur segala.

Saya selalu pernah terfikir,
andai esok tiada lagi,
apa agaknya yang akan jadi?

Buku-buku dan segala barang yang ada di bilik sebelah kiri dalam rumah sewa ini,
cik hosmet kah yang kena kemaskini?

Nanti,
macam mana kalau dia jumpa diari saya?
pasti akan terbongkar segala apa yang bersarang di jiwa.

Baju-baju dan segala persalinan yang ada,
siapa pula yang akan uruskan?

Nanti,
Raudhatus Syakirin ini akan kekurangan penghuni,
cik hosmet takkan mampu nak bayar duit sewa seorang diri.
Apa yang akan jadi ya?
Cik hosmet akan berpindah?
Penghuni baru hadir mengganti diri ini?

Urusan penghantaran jenazah saya pulang ke tanah air,
adakah insan yang peduli?

Saya anak rantau.
Seindah mana pun menapaki bumi orang,
biarlah jasad ini bersemadi di bumi sendiri.

Tapi andai mati di bilik sendiri,
tak berjuang bermati-mati menegakkan kalimah Ilahi,
bernilai kah harga kematian ini?

Andai bisa dipilih tempat mati,
Palestin antara pilihan di hati.
Atau paling kurang,
di atas ribaan bonda yang dikasihi.

Andai bisa dipilih waktu mati,
biarlah ketika iman memuncak tinggi,
Atau dalam sujud di kala dinihari.
Atau paling kurang,
sejurus selepas mencium bonda yang dirindui.

Tadi selepas solat isyak,
di atas sejadah saya tak mahu berganjak,
rasa sayu menginjak-injak.

Terasa bahawa diri ini benar-benar akan pergi,
dalam masa terdekat ini.

Iya saya tahu.
Tak siapa yang tahu waktu mana dia akan mati.

Tapi saya tetap tahu,
yang diri ini tetap akan pergi.

Andai esok,
saya tiada bernafas lagi,
mohon ampunkan segala salah silap saya.
Saya hanya manusia biasa.
Yang hina lagi penuh dosa.
Mohon halalkan segala apa yang saya terima.
Mohon doakan saya dipermudahkan urusan di alam Sana.

Oh ya,
tolong sampaikan kepada bonda,
bahawa saya amat menyintai nya.
Mohon bonda ampunkan saya,
halalkan makan minum segala.
Saya minta maaf lagi,
tak sempat bawa bonda pergi menunaikan Haji.
Saya tahu bonda amat mahu menjejaki ke Tanah Haram itu.
Iya saya juga.
Tak mengapa bonda, di syurga nanti saya minta sama Tuhan,
agar segala hajat bonda diperkenankan.
Cukup-cukuplah apa yang bonda lalui di dunia ini,
saya tahu Tuhan itu Pembaca Segala Isi Hati,
malahan lebih dekat daripada urat nadi.

Buat saudari kembar yang amat saya sayang,
selamatlah kamu mengharungi kehidupan.
Elok-elok menjalani hari,
saya pergi mendahului,
menyertai saudara kita yang satu lagi.
Terima kasih selama ini,
kamu amat istimewa buat diri ini.
Di saat saya kegoyahan melalui hari,
pasti kamu hadir memesrai hati.
Tiada kata buat mengungkap rasa,
biarlah segalanya sepi tanpa bahasa,
saya tahu kamu mengerti,
seperti selalu,
tak perlu saya sakan bercerita,
pasti kamu sudah maklum sebelumnya.
Begitu sekali penangan telepati.
Hebat benar kekuasaan Ilahi.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
teruskan lah langkah kalian.
Jangan sesekali mengundur.
Cukuplah medan Uhud menyaksikan kekalahan gempur.
Moga tetap thabat menyampaikan nasihat.
Menyebarkan nikmat.

Buat adik-adik bulatan Chenta,
maafkan kakanda.
Minta maaf khilaf segala.
Bertebaranlah kamu semua mencari Cinta,
lalu sebarkan nya pada sekalian penduduk dunia.
Kakanda tahu kalian punya potensi besar.
Amat bermanfaat untuk umat.
Jangan cepat mengeluh, sayang.
Pergilah kamu semua kepada masyarakat
Belajarlah tentang nilai hidup di luar dewan kuliah.
Belajarlah nilai kemanusiaan dari dunia selain buku sekolah.
Belajar daripada masyarakat.
Agar kalian tak terbejat.

Buat semua yang membaca tulisan ini,
terima kasih kerana peduli.

Salam sayang dari pemburu infiniti,
moga kelak kita berkumpul di Syurgawi.


.
.
.



Pssttt...
Saya memang mahu memburu infiniti,
jangan kalian berteka-teki,
jawapannya tiada sehingga kini.





Kali pertama mendengar lagu ini,
saya menyimpulkannya sebagai lagu bertemakan mati.
Betul kan?










1)
Nak hebah juga, 
saya baru sahaja TERdelete software microsoft words, powerpoint, dan teman-temannya secara berjemaah.

2)
Dah cuba install kembali segala, desktop seakan tak mahu bekerjasama. 
Direct error sehingga kini.

3)
Hari ini sudah Rabu.
Khamis esok,
ada rehearsal presentation lagi.
Terbayang seketika slide powerpoint yang tak boleh dibuka kini.
Nasib baik punya backup dalam usb.
Patutlah kelmarin jiwa meronta-ronta untuk menyiapkan slide.
Rupanya untuk bersedia bagi kejadian hari ini.
Alhamdulillah alhamdulillah.
Macam nak menjerit sekuat hati,
memberitahu sekalian isi bumi,
bahawa Tuhan itu baek sekali.










5 comments:

Anonymous said...

may ALLAH bless ya ukhti :) good luck tok presentation ya :)insyaALLAH dipermudahkan...

Teratai Biru said...

mujahidah :

ameen..
jazakillah khair ...=)
moga Allah chenta sama kamu...

semut merah said...

gja syg,
tgh2 malam ni sebak baca entri ni
Allah, saye sayang gja :)

Teratai Biru said...

semut :

sayang kamu sangat2, semut...(=


moga Allah Chenta sama kamu melebihi keChentaan kamu pada ku...

Anonymous said...

hati pernah rasa begini..
malah berkali-kali...
saat sujud akhir solat,setelah seharian berpenat lelah..
semua yang dilakukan bagai kosong..
saat solat baru terasa hidup...
lantas nafas panjang di tarik di sujud terakhir..
berderai airmata,mengenang diri tanpa bekalan...
yang bakal ditinggalkan dirindui..
yang bakal mengharung digruni.
SUBHANALLAH