Monday, 23 January 2012

Ini tentang exam

Cakap, memang senang kan? Allah.... [kredit]


Sudah lewat malam.
Lewat sangat.

Kini musim exam.
Segala penyakit segala demam segala peel pelik mula menampilkan diri.
Teringin nak jahit baju.
Teringin nak main sulam-sulam saputangan.
Teringin nak cari kawan baru buat Erika-chan.
Kesian beliau sunyi sorang-sorang.
Teringin nak round satu Kofu sambil makan softcream dengan cik hosmet.
Teringin nak rasa angin sepoi-sepoi bahasa sambil merempit naik genski menerjah ke Aeon Mall.
Err... nak pergi Aeon Mall sebab jalannya straight je. 
Seronok sikit takyah kona-kona.
Dan...lebih feel boleh layan memori silam dari atas genski.
Kesian beliau berhabuk di bawah rumah.
Eheh.


Inilah Erika-chan. Sunyi kan? 


Mula nak mengidam itu ini.
Mengada-ngada.

Beberapa hari ini, blog ini menguji kesabaran dan ketenangan diri.
Saya tak boleh nak jenguk blog sendiri pun,
Bila buka je, akan keluarlah iklan widget apa benda entah.
Bila close iklan tu, secara automatik blog saya pun ter'close' sekali.
Wahwah cukup menguji. 
Tapi still gedik nak menulis di blog sendiri,
pabila mengetahui bahawa blog ini masih bisa diterjah melalui komputer bukan milik peribadi,
Amboi.

Saya banyak sangat idea untuk dihurai panjang di blog ini.

Antara tema yang terigau-igau setakat ini :

1) Naqib/naqibah yang tak serius. Chotto-hanpa no taido akan menghasilkan adek-adek bulatan gembira yang lemau.

2) Tarbiyyah ini banyak diburukkan imej nya oleh orang-orang tarbiyyah itu sendiri.

3) Susah sangat ke untuk memiliki common sense as seorang Daie?

4) Manja nya Daie.


Heh. 
Berderet tema.
Bila tak sempat nak menghurai panjang,
mulalah akan terhasil post-post yang konon ala-ala puisi.

Kehkeh~

Tapi tapi tapi.
Tolong doakan saya ya?
Agar saya dipermudahkan untuk menulis seperti yang dihajati.

Banyak sangat apa yang terlintas di Hati.
Nak cakap direct, orang pun malas nak dengar bila meleret.
Itu antara sebab mengapa saya suka menulis.
Bila menulis,
takkan ada orang yang boleh memintas saya daripada menghabiskan ayat.
Takde orang yang nak bangkang di pertengahan.
Bahagia.

Saya lebih suka tulis kias-kias.
Konon nak jaga Hati orang.
Taknak lah fire depan-depan.
Orang terasa, Allah pun tak suka.

Tapi tapi tapi.
Bila saya tulis secara 'lepas',
bertubi-tubi respon yang diterima.
Selalunya tulisan yang 'lepas-lepas',
saya simpan sebagai koleksi peribadi je.
Heh.
Orang kita kot.
Mende yang 'lepas',
itu yang orang suka.

Contoh mudah,
Tengoklah penulisan Incik G.
Ramai kan yang suka?
Banyak je beliau main kias-kias,
tapi boleh nampak bahawa itu adalah jenis 'lepas'.
Ke... saya seorang je yang rasa macam tu?
Haih~

Tentang tema berderet tu,
Nanti-nantilah.
Nak fokus exam, insyaAllah.
Kena studi.
Kena usaha untuk perform.
Bukan usaha untuk lulus.
Bukan untuk degree.
Walaupun dalam Hati ,
naaaaaak sangat lulus dengan bergaya,
setelah bertungkus lumus di medan jugyou. 

Tapi niat kena betul.
Studi kaw-kaw untuk dapatkan redha Allah.

Mahu perform di dunia.
Lebih mahu perform di akhirat Sana.

Mahu usaha untuk perform dengan bergaya,
di hadapan Allah nanti.

Perform di dunia,
amat sangat perlu.
Supaya ianya boleh diperalatkan untuk dakwah.

Iyalah kan.
Daie yang fail exam,
mana ada orang nak respek?
Sehebat mana pun kata-kata nasihat yang disampaikan oleh daie itu,
tapi kalau studi nya hancus,
memang orang tak pandang.
Sakit kan?
Kenyataan deskedo.

Orang akan pandang pada keputusan.
Tak jeling langsung pada usaha.

Itu antara beza neraca manusia dengan neraca Dia. 

Allah pandang pada usaha.
Manusia cuba juga memandang usaha,
tapi lebih ramai,
bahkan lebih sering,
memandang pada result.

T_____T


Topik usaha untuk redha Allah vs usaha untuk result,
sememangnya akan HOT dibahaskan.
Di mana-mana.
Bila-bila masa.
Alaaaahhh... topik qadar dalam Mukaddimah Zilal itulah...
Dalam print out yang A4 dilipat dua itu,
ada di mukasurat 4 selalunya.

Teringat kenangan di PETIR,
Program pada ramadhan lepas.
Apabila topik ini dibangkitkan pada hari kedua terakhir program.
Fuuuuhhh...
Berasap-asap adek-adek yang ada.
Saya yang memberi ini lagilah berapi-api.
Bermain dengan emosi sendiri.
Berat rasanya tanggungan di bahu.
Diamanahkan berbicara tentang qadar.
Bimbang nanti teruji dengan kata-kata sendiri.
T___T
Difikirkan tentang nikmat yang perlu dihebahkan,
digagahkan juga untuk menyampaikan.

Okailah.
Nanti esok-esok,
saya terjah lagi ke sini.
Bi iznillah.
Mahu studi.
Untuk Allah.
Iya.
Untuk Allah.

Allahu... izinkan aku studi untuk Engkau Yang Maha Tahu.




"Sesiapa yang mahukan dunia maka dia perlu berilmu,
sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia juga perlu berilmu,
dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka dia perlu berilmu."
[Saidina Ali]






Dunia di genggaman.
Akhirat di Hati yang penuh iman.
Ameeennn...



Strong God. Amat strong. Tuhan segala kekuatan yang wujud. [kredit]







Noted :

1) Kadang-kadang, hidup ini tak memerlukan kita pikir banyak, dalam-dalam pun. Redaaaahhh je.


2) Antara tulisan sendiri yang amat sangat menggugah jiwa sendiri. 
Terasa amat diuji dengan tulisan-tulisan ini. 
Allahu... 
Bertemakan exam mode. Kalau rasa-rasa teringin nak terjah, dipersilakan.
Saya letak tajuk pos tanpa link ya. 
Saya tak boleh buka sebab iklan widget tu sedang tumpang publisiti. 
Mungkin komputer kalian okai je. 
Jadi, sila copy tajuk berikut dan manfaatkan ruangan 'search' yang ada di sebelah kiri atas blog sepi ini.

- Fail exam? Nasib ah...
- Exam di sini boleh gak nak repeat-repeat paper segala.
- perang
- ...saya diuji...
- Jiwa gagak jalanan


3) Jangan lupa kita saling doa-mendoakan. Itu yang menguatkan, insyaAllah.

Indeed.


Okbai.



Friday, 20 January 2012

Pintu Hati

Tuhan
Nadi ini berdenyut lagi
Nafas ini dihela lagi
Tapi jiwa seakan mati
Aku seolah tiada Hati


Tuhan
Sekian lama aku seakan buta
Teraba-raba dalam terang cahaya
Ke bumi orang aku langkahkan kaki
Cuba mengenal dunia dari lensa sendiri


Tuhan
Aku melihat dunia yang makin menggila
Seolah rahmat tak lagi mewarnai rasa
Di sana sini umat kecelaruan
Terpekik terlolong memohon bantuan
Yang di bawah terus ditindas
Makin tercungap mencari nafas
Yang di atas makin tiada belas
Barangkali enak berlaku culas


Gila!


Tapi aku tak mampu bersuara
Hanya kaku menonton sketsa dunia
Sedang si zalim ligat bermain dusta
Aku masih sekadar bersahaja


Tuhan
Cita-cita aku kecil sekali
Sekadar berfikir untuk diri sendiri
Hidup mulia tak terlintas di Hati
Mengimpi Syahid jauh sekali


Tuhan
Sedang aku sibuk tercari-cari
ke arah mana yang patut dijejaki
Hati yang kosong semakin sepi
Aku nekad melangkahkan kaki


Lalu Kau Maha Mengerti
Aku terpana tika Kau ketuk pintu Hati
Dan aku seolah sudah menghala ke Syurga
Tapi Kau Maha Menguji
Payah rupanya untuk menapakkan kaki




Terataibiru,
Kampung Tarbiyyah of Zao Liza,
[31 Disember 2011]



----------------------



nota 1 : Puisi (jika layak digelar puisi) ini telah dipersembahkan pada acara penutup Kampung Tarbiyyah World Wide 2011.

nota 2 : Puisi ini adalah tergantung. Saya ambil part intro je. Kesinambungannya diambil alih oleh cik Chah. Jazakillah khair. Tasukatta! (=

nota 3 : Teringat ada part dalam borang muhasabah program yang diedar, ada feedback daripada seorang penduduk kampung yang bunyinya lebih kurang begini ...






"Sebenarnya saya tak berapa suka bila ada orang yang baca sajak sambil baca teks. Tak feel."




Kehkeh~

Chomey je...

Adek sayang... A Samad Said pun baca sajak sambil pegang buku!




 Saya sentiasa respek manusia yang gilakan buku. #iniserius       [kredit]



(=

Ok.

Tata.





Jumaat tiba lagi.
Yeay yeay!!! 
(Maaf maaf maaf. Saya tak dapat mengawal keterujaan menyambut ketibaan Jumaat setiap minggu)




Wednesday, 18 January 2012

Pernah terfikir tak?

Pernah terfikir tak?
Andai helaan nafas hanya 100kali yang berbaki,
apa yang mungkin akan dilakukan?

Mungkin tarik nafas sedalam yang mungkin,
hembus pun sikit-sikit,
perlahan-lahan.

Sambil hati berzikir-zikir semahunya.
Mata dipejam mengamati suasana.
Pasti segala perjalanan hidup terbayang di kepala.

Takut
Gembira
Risau
Sejuta rasa bercampur segala.

Saya selalu pernah terfikir,
andai esok tiada lagi,
apa agaknya yang akan jadi?

Buku-buku dan segala barang yang ada di bilik sebelah kiri dalam rumah sewa ini,
cik hosmet kah yang kena kemaskini?

Nanti,
macam mana kalau dia jumpa diari saya?
pasti akan terbongkar segala apa yang bersarang di jiwa.

Baju-baju dan segala persalinan yang ada,
siapa pula yang akan uruskan?

Nanti,
Raudhatus Syakirin ini akan kekurangan penghuni,
cik hosmet takkan mampu nak bayar duit sewa seorang diri.
Apa yang akan jadi ya?
Cik hosmet akan berpindah?
Penghuni baru hadir mengganti diri ini?

Urusan penghantaran jenazah saya pulang ke tanah air,
adakah insan yang peduli?

Saya anak rantau.
Seindah mana pun menapaki bumi orang,
biarlah jasad ini bersemadi di bumi sendiri.

Tapi andai mati di bilik sendiri,
tak berjuang bermati-mati menegakkan kalimah Ilahi,
bernilai kah harga kematian ini?

Andai bisa dipilih tempat mati,
Palestin antara pilihan di hati.
Atau paling kurang,
di atas ribaan bonda yang dikasihi.

Andai bisa dipilih waktu mati,
biarlah ketika iman memuncak tinggi,
Atau dalam sujud di kala dinihari.
Atau paling kurang,
sejurus selepas mencium bonda yang dirindui.

Tadi selepas solat isyak,
di atas sejadah saya tak mahu berganjak,
rasa sayu menginjak-injak.

Terasa bahawa diri ini benar-benar akan pergi,
dalam masa terdekat ini.

Iya saya tahu.
Tak siapa yang tahu waktu mana dia akan mati.

Tapi saya tetap tahu,
yang diri ini tetap akan pergi.

Andai esok,
saya tiada bernafas lagi,
mohon ampunkan segala salah silap saya.
Saya hanya manusia biasa.
Yang hina lagi penuh dosa.
Mohon halalkan segala apa yang saya terima.
Mohon doakan saya dipermudahkan urusan di alam Sana.

Oh ya,
tolong sampaikan kepada bonda,
bahawa saya amat menyintai nya.
Mohon bonda ampunkan saya,
halalkan makan minum segala.
Saya minta maaf lagi,
tak sempat bawa bonda pergi menunaikan Haji.
Saya tahu bonda amat mahu menjejaki ke Tanah Haram itu.
Iya saya juga.
Tak mengapa bonda, di syurga nanti saya minta sama Tuhan,
agar segala hajat bonda diperkenankan.
Cukup-cukuplah apa yang bonda lalui di dunia ini,
saya tahu Tuhan itu Pembaca Segala Isi Hati,
malahan lebih dekat daripada urat nadi.

Buat saudari kembar yang amat saya sayang,
selamatlah kamu mengharungi kehidupan.
Elok-elok menjalani hari,
saya pergi mendahului,
menyertai saudara kita yang satu lagi.
Terima kasih selama ini,
kamu amat istimewa buat diri ini.
Di saat saya kegoyahan melalui hari,
pasti kamu hadir memesrai hati.
Tiada kata buat mengungkap rasa,
biarlah segalanya sepi tanpa bahasa,
saya tahu kamu mengerti,
seperti selalu,
tak perlu saya sakan bercerita,
pasti kamu sudah maklum sebelumnya.
Begitu sekali penangan telepati.
Hebat benar kekuasaan Ilahi.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
teruskan lah langkah kalian.
Jangan sesekali mengundur.
Cukuplah medan Uhud menyaksikan kekalahan gempur.
Moga tetap thabat menyampaikan nasihat.
Menyebarkan nikmat.

Buat adik-adik bulatan Chenta,
maafkan kakanda.
Minta maaf khilaf segala.
Bertebaranlah kamu semua mencari Cinta,
lalu sebarkan nya pada sekalian penduduk dunia.
Kakanda tahu kalian punya potensi besar.
Amat bermanfaat untuk umat.
Jangan cepat mengeluh, sayang.
Pergilah kamu semua kepada masyarakat
Belajarlah tentang nilai hidup di luar dewan kuliah.
Belajarlah nilai kemanusiaan dari dunia selain buku sekolah.
Belajar daripada masyarakat.
Agar kalian tak terbejat.

Buat semua yang membaca tulisan ini,
terima kasih kerana peduli.

Salam sayang dari pemburu infiniti,
moga kelak kita berkumpul di Syurgawi.


.
.
.



Pssttt...
Saya memang mahu memburu infiniti,
jangan kalian berteka-teki,
jawapannya tiada sehingga kini.





Kali pertama mendengar lagu ini,
saya menyimpulkannya sebagai lagu bertemakan mati.
Betul kan?










1)
Nak hebah juga, 
saya baru sahaja TERdelete software microsoft words, powerpoint, dan teman-temannya secara berjemaah.

2)
Dah cuba install kembali segala, desktop seakan tak mahu bekerjasama. 
Direct error sehingga kini.

3)
Hari ini sudah Rabu.
Khamis esok,
ada rehearsal presentation lagi.
Terbayang seketika slide powerpoint yang tak boleh dibuka kini.
Nasib baik punya backup dalam usb.
Patutlah kelmarin jiwa meronta-ronta untuk menyiapkan slide.
Rupanya untuk bersedia bagi kejadian hari ini.
Alhamdulillah alhamdulillah.
Macam nak menjerit sekuat hati,
memberitahu sekalian isi bumi,
bahawa Tuhan itu baek sekali.