Daie itu adalah seorang manusia yang menyeru manusia lain untuk menuju kepada Allah.
Daie itu adalah seorang manusia yang mengajak manusia lain agar sentiasa meletakkan pengharapan yang amat tinggi hanya pada Allah.
Daie itu ialah seorang manusia yang tak pernah memikirkan hal dirinya sendiri mendahului keperluan orang lain di sekelilingnya.
Susah.
Menjadi daie yang sebenar-benar daie adalah tidak mudah.
Kita tak boleh langsung pun nak fikir hal diri kita sendiri. Kita tak boleh langsung pun nak fikir masalah kita sendiri. Daie perlu mendahulukan orang lain. Dalam erti kata lain, daie itu sentiasa melaksanakan itsar(mendahulukan orang lain). Ya, bukan sekadar berlapang dada, malah sentiasa berusaha untuk itsar.
Pabila ada makanan, kita lah yang perlu menghulurkan makanan itu kepada orang lain dahulu, baru menyuap masuk makanan ke dalam mulut kita. Walau kita dalam keadaan amat lapar, manakala orang lain sedang kenyang. Perlu dipastikan bahawa riak muka kita mestilah seperti kita memang amat sangat mahu orang lain itu menyuap makanan dahulu sebelum kita, seolah-olah kalau kita tak dapat makan pun tak apa, asalkan orang lain itu terisi perutnya.
Daie tak boleh menjadi orang pertama yang terkam makanan yang ada di hadapan mata. [kredit]
Pabila kita berkecil hati dengan seseorang, kita lah yang perlu melupakan dan bersabar. Walau itu bukanlah kali pertama kita berkecil hati dengannya. Pendek kata, biarlah orang itu buat muka tak bersalah sekalipun seolah tak ada apa-apa, tetapi kita lah yang perlu senyum seindah suria pagi berlakon seolah kita langsung tak terasa hati dengan tingkah-lakunya itu.
Pabila kita bertengkar, kita lah yang pertama sekali perlu menghulurkan tangan memohon kemaafan. Walau punca pertengkaran itu bukan dimulakan oleh pihak kita. Walau orang itu ternyata berlebih-lebihan dalam bertengkar.
Bukan sekadar itu.
Ketika kita tidak sihat, demam atau sakit, dan pada masa yang sama, ada panggilan untuk kita melakukan sesuatu kerja, kita perlu pantas lagi laju melaksanakan kerja itu sambil membayangkan bahawa diri kita itu adalah amat sihat lagi bertenaga.
Ketika kita dilanda masalah kewangan sekalipun, dan pada masa itu ada orang lain yang membutuhkan huluran duit daripada kita, kita perlu meminjamkan duit kita kepadanya, sambil terseyum simpul penuh gula. Manis.
Jika kita mengaku bahawa diri kita ini seorang daie yang benar-benar menyerahkan hidup mati kita kepada Allah, dan kita benar-benar mahu memaknakan nilai-nilai islam yang syumul itu ke dalam kehidupan seharian kita, kita perlu menjadikan segala aktiviti hidup kita, percakapan yang terlontar, adalah yang menunjukkan bahawa kita benar-benar tenang dalam menjalani hidup seharian. Termasuklah segala status-status di mukabuku (fesbuk), kicauan (twitter), mahupun yahoo messenger, segala yang tertaip di situ mestilah sesuatu yang amat bermanfaat untuk semua, paling kurang pun, sesuatu yang tidak menunjukkan sesuatu kejelekan sebagai seorang daie.
Bahasa mudahnya, begini...
Jika manusia biasa yang sedang marah, akan memaki hamun di laman kicauan, kita yang mengaku daie ini tak boleh begitu. Kita perlu berkicau yang baik-baik sahaja, tanpa menghamburkan kemarahan kita itu, walau di laman maya.
Jika seorang manusia biasa itu sedang tidak berpuas hati akan sesuatu, akan mengeluh bermuram durja di status mukabuku nya, tetapi tidak bagi daie. Daie tak boleh merungut. Daie perlu redha. Perlu sabar.
Status-status daie di mukabuku mestilah tak menjengkelkan. [kredit]
Kihkihkih...
Daie-daie ini pandai sungguh berlakon?
Bukan berlakonlah, itulah namanya mujahadah.
Iya, itulah mujahadah. I bet you, untuk berlagak tenang dan bahagia di saat jiwa kita sengsara, bukanlah suatu perkara yang mudah. Susah okeh.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu berlagak tenang dan bahagia? Tak bolehkah kita menjadi diri sendiri? Tak bolehkah kita menzahirkan fitrah manusiawi kita selaku manusia normal yang juga punya rasa marah, tak puas hati, sedih, berkeluh-kesah, dan segala macam perasaan yang bercampur baur itu?
Iya, anda normal berfikiran begitu.
Mari kita fahamkan betul-betul, pekat-pekat dalam hati.
Jiwa-jiwa yang rapat dengan Rabb nya adalah jiwa-jiwa yang sentiasa redha akan segala kejadian yang telah berlaku dalam hidupnya, walau pahit untuk ditelan.
Jiwa-jiwa yang kasih akan Khaliq nya akan berusaha untuk tidak merungut apalagi mempertikaikan segala apa perbuatan jelek manusia lain padanya, yang adakalanya menjengkelkan. Kerana jiwa-jiwa ini sentiasa percaya bahawa sikap menusia di sekelilingnya yang adakala menjengkelkan itu adalah suatu bentuk teguran Khaliq nya kepadanya, yang dizahirkan dalam perlakuan manusia-manusia di sekelilingnya itu. Khaliqnya itu mahu mengajarkannya bersabar, itu yang selalu bermain di fikirannya.
Jiwa-jiwa ikhlas itu sentiasa menghantar syukurnya menjulang ke langit, malah, membenamkan egonya dalam ke bumi. Takdenya nak berlagak-lagak bajet hebat dengan Tuhan sendiri.
Dan lebih penting lagi, hanya jiwa-jiwa yang penuh penyerahan sahaja yang akan melangkah masuk ke syurga Dia. Jiwa-jiwa ini sentiasa rela akan aturan Tuhan nya. Usaha dilakukan semaksima mungkin, demi mencapai redha Dia. Bukan sebagai aras ukur suatu kejayaan sendiri.
Kalau cinta, katakan cinta. [kredit]
Allahu... jauhnya diri ini untuk mencapai syurga itu... sentap sentap sentap!
Mengenangkan kicauan-kicauan di laman kicau selama ini, yang adakala merungut tak tentu hala, mengeluh tak kena gaya, merapu tak berpada-pada. Perkara sebegini nampak seperti simple, tapi amatlah mempengaruhi 'harga' seorang manusia yang mengaku daie.
Iya. Saya benar-benar memaksudkannya.
Daie perlu sentiasa melakukan yang terbaik. Masyarakat di luar sana sentiasa mengharapkan yang baik-baik sahaja daripada kita. Tak keterlaluan saya katakan, mereka di luar sana sentiasa mengharapkan kita sebagai manusia yang amat sangat PERFECT!. Tak boleh silap sikit. Sekali sahaja kita melakukan kesalahan, akan terus di'blame'kan kita. Habis tercalar imej daie-daie lain secara tak langsung lah senang kata. Mereka seakan lupa bahawa kita ini juga manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Daie oh daie.
Kerja kita tak pernah, tidak, dan takkan mudah.
'Berlakon' pun 'berlakon' lah. (Baca : Tak ada cara lain, memang kena mujahadah.)
Susah.
Ianya payah.
Dan di situ nilainya mujahadah.
Noted : Adakalanya kita perlu berlakon kuat untuk tidak kelihatan lemah. Ada pula masanya kita tetap perlu mengaku bahawa diri kita ini sememangnya lemah, lalu kekuatan itu akan datang tak semena-mena..
9 comments:
ada seorang kawan kata macam hipokrit bila jadi dai'e ini.seperti kamu kata di atas. terpaksa 'berlakon'..wallhu'alam. kalau kita nak tunggu diri bersih dari dosa baru nak menyeru, memang susah.
tarbiyah untuk mereka yang menyucikan diri bukan untk mereka yang sudah suci. see? dai'e pun masih perlu menyucikan diri.
tapi walaupun susah, ganjarannya hebat di sisi Allah.
nak tanya pendapat, ada orang tanya saya, macam mana kalau seorang dai'e tu suka dengar lagu2 korea? just certain je sebab musik dia best.dia try dedicatekan lagu tu untuk ibubapa dll..
benar2 .
macam membasuh baju yg kotor, sambil2 membasuh kotoran dlm kuku pn hilang.
Assalam,
benar sekali. hari2 kena berlakon, watboddo konon tak tahu apa2 citer gossip opis. Walau sebenarnya memang bingit tinga dengar gossip kawan2 sana sini, adu domba sana sini.. huhuhu... tak mahu kuruskan pahala amal solleh yg sedia ciput.
MasyaALLAH, nice entry... sangat terkesan ana, sebab kadang kadang diri ini tidak pandai berlakon untuk menjadi seorang daie, salam ukhuwwah ukhti.. sampaikan salam ku kepada bumi sakura =)
pengunjung :
Saya lebih selesa memandang ia sebagai suatu mujahadah utk memberi yg terbaik sbg penyeru di jalan Allah, bukannya sebuah perlakuan hipokrit.
Terima kasih krn bertanya. Bab lagu korea tu, pada saya, okai je nak layan2 segala. As long as lagu tu tak menjauhkan kita drpd Allah. Kita sendiri pun dah cukup mahir utk mengenalpasti lagu apa yg mendekatkan kita dgn Allah, juga sebaliknya. We may choose. =) Moga menjawab persoalan.
abu uwais :
Yes bro. Buat 2 kerja dlm satu masa, efektif gitu. Err.. kalo x basuh baju pun, basuh pinggan pon boley.
mamawana :
wassalam.
hihi.. jom berlakon-lakon. ^^
asiah yusro :
Astaghfirullah wa alhamdulillah. Segala penulisan, adlh dgn izin Dia. Terima kasih. Salam ukhwah semanis kurma buat kamu. Bumi sakura ni tanya, bila nak mai sini? =)
Perkongsian yang menarik. Muhasabah buat semua.
faiz :
alhamdulillah, semua dari Dia. terima kasih. sama2 muhasabah. =)
cik teratai biru pernah tak merasa penat dalam bermujahadah ni?
kita manusia,terkadang ada juga masa2 yang kita rasa lemah. apa cik teratai biru buat ye?
ingin menghadapai"kasih sayang plastik", "high expectation", "tersepit dengan kekangan masa.
ada sebarang nasihat yang praktikal dari cik teratai biru?
cik sakura putih :
Allahu... tak layaknya sy utk melontar nasihat untuk ini. uhuk...
nway, jzkk kerana bertanya.
ya saya pernah rasa penat dalam bermujahadah.
bila sy rasa lemah, sy akan perbaiki hubungan dgn Allah, bermuhasabah dgn mutabaah amal sendiri. Kdg2 sy akan bersendiri buat beberapa ketika. Selalunya sy akan menulis, juga baca balik hasil tulisan sendiri sebelum ini (diari, blog etc) . Muhasabah lah sng kata.
sy juga akan keluar mencari akhwat, demi menghangatkan ukhwah yg sudah terbina. menyerap ruh drpd jiwa2 hebat.
alasannya mudah. yang akan membantu kita utk terus tsabat di jln ini, yg pertama adlh iman, yg kedua adlh ukhwah.
huuuu... doakan untuk kita sama2 tsabat dan kuat. =)
bab 'kasih sayang plastik' segala tu, sejujurnya mmg kita xley nk wat ape dah. manusia kan... gitulah sokmo nye... bior je mereka2 itu.
saya slalunya baca bismillah, then redah je ape2 yg berlaku.
moga urusan cik sakura dan sesiapa yg sedang membaca ini, dipermudahkan.
Allah tu baeeeeeeek sangat. =)
Post a Comment