Tuesday, 17 January 2012

Hati 'sejuk'?

Dalam kekebasan jari-jemari, saya paksa juga ia menari di atas papan kekunci.

Kebas?
Ohhh sebab cuaca yang menyejuk. Jemari saya akan mengebas setelah berputih-putihan sebelum kebiru-biruan ketika cuaca menyejuk.
Bacaan suhu sekarang adalah 2degree. Alaaahh memang lah tak rendah mana suhu, tapi saya baru lepas basuh tangan. Ni yang rasa kebas semacam je jemari ni. Sekejap-sekejap duk menyalai jemari depan danbou (alat pemanas). =.='


Lebih kurang beginilah jemari saya ketika ianya menyejuk. [kredit]



Pabila jemari saya mengebas sebegini, saya takkan mampu untuk berbuat apa-apa. Nak menaip tak boleh, nak pegang pensel pun tak lepas. Tu kalau jemari je yang menyejuk punya hal. Kalau satu badan menyejuk, memang saya langsung tak boleh nak bergerak sangat pun. Ambil selimut tebal, balut satu badan, pakai sweater berlapis-lapis, tutup kepala segala (selalu nya pakai sweater yang ada hood tu je... errr camtu ke eja hood?), stokin pun double, cuma tak pakai gloves je. Dulu waktu awal-awal datang nippon, pernah juga lah saya tidur pun pakai gloves, tapi sekarang, malas nak pakai. Rasa rimas. Haih~

Oh ya... nak cerita jugak ni, jemari saya akan obviously kebiru-biruan ketika saya memakan nasi (walaupun nasi tu panas je). Saya pun tak tahu kenapa, layan aje lah. Kurang haba kot. Selalunya, saya akan sekejap-sekejap menyalai jemari di hadapan danbou, berselang-seli dengan suapan nasi ke mulut. Kalau tak salai, maka jemari ini akan sukar untuk digerakkan untuk berinteraksi dengan nasi. He he.

Pendek kata, apabila cuaca menyejuk, saya akan mula tak senang duduk. Saya akan mula bertindak memanaskan badan sendiri, supaya saya mampu melakukan rutin harian seperti biasa. Makan ke, buat homework ke, report ke, slide ke, tu semua hanya akan berjalan apabila saya berjaya memanaskan badan. Paling tidak pun, jari-jemari. Sepanjang menaip post ini pun, sekejap-sekejap saya akan berhenti seketika untuk menyalai jemari. Kesimpulannuya, bila jemari saya menyejuk, ia akan mula jadi keras-keras sikit (macam beku), sebab tu lah kot tak dapat nak buat apa-apa. (Sape-sape yang duduk overseas mesti faham situasi  sejuk-keras ni). =)

Nak cerita lagi, pagi tadi, saya bajet kebal apabila keluar rumah dengan hanya sehelai sweater biasa menuju ke sekolah. Okey rumah sebelah sekolah je pun. Tapi cuaca yang menyejuk, menyebabkan saya menyesal sendiri kerana tidak berpakaian lebih tebal. Selepas urusan di sekolah, konon nak cari angin baru setelah kehuru-haraan selama ini, maka saya pun jalan-jalan lah sekeliling sekolah.

Kehkeh~
Rasa macam dah duduk kat kutub dah. Sejuuuuuuukkkkk~~ Orang lain mungkin akan bersikap biasa dengan suhu yang merendah. Tapi fenomena raynaud ini tak mengizinkan saya bersikap selamba. Lantas, langkah dipercepatkan untuk mendapatkan 'perlindungan' di salah satu bangunan sekolah. Hasrat di jiwa, mahu tumpang heater di mana-mana kelas yang tak berpenghuni. Tapi bangunan yang saya masuk tu semua kelasnya ada penghuni. T____T
Huuuuuuuuuuuuuuuu.
Agak kecewa deskedo.

Saya pun decide untuk duduk sekejap di kerusi yang ada dalam bangunan tu, sebab kat luar lagi sejuk. Saya cuba memanaskan jemari dengan cara duduk di atas jemari sendiri. Errr faham ke ? Bahasa mudahnya, saya cuba mendapatkan haba daripada badan sendiri untuk memanaskan jemari saya yang sudah keputih-putihan bak salju itu. Konon nak tumpang wi-fi sekolah yang laju kaw-kaw, saya cuba download sebanyak mungkin  mp3 daripada Bayyinah Podcast melalui itunes. Tapi jemari yang menyejuk itu jadi macam keras-keras sikit sehinggakan aifon saya tak dapat nak detect jemari saya. Errr boleh bayang tak? Maka dipendekkan cerita, saya tak dapat nak memanfaatkan pun wi-fi tersebut. Saya pun mengalah lalu melangkah pulang ke rumah mencari haba.

Susah kan bila jemari menyejuk?
Saya tak mampu nak buat apa-apa pun. Maka banyak benar lah urusan yang tergendala kerananya.

Kalau duk pikir banyak-banyak pasal ni, memang rasa macam nak down dan geram.

Lalu Tuhan itu benar-benar Maha Bijaksana.

Di sebalik semua itu, saya belajar sesuatu daripada segala situasi di atas!

Itu hal jemari.

Kalau HATI yang 'menyejuk' , apa pula ceritanya?

Hati yang menyejuk beku itu adalah hati yang mengeras.

Apabila dibacakan tentang nikmat-nikmat syurgaNya, ia stedi tiada reaksi.
Apabila diberitakan tentang perkhabaran nerakaNya, ia sepi tanpa respon.

Sesuatu yang keras, apabila dihentak kuat, ia akan merekah, atau kemek, and even worse, ia pecah berkecai.

Alaaaaahh... macam belajar fizik jugalah.
Kalau benda itu keras, apabila berlanggar apa-apa, impuls nya adalah besar.
Kalau benda itu lembut, apabila berlanggar apa-apa, impuls nya adalah kecil.

nota fizik skeeet : Sebab tu kereta diperbuat daripada logam-logam yang tak terlalu keras, supaya tidak rosak teruk ketika accident.


Begitu juga Hati.

Hati yang keras, akan mengalami efek yang amat besar apabila menerima suatu hentakan kuat ataupun dihempap sesuatu yang besar.

Bahasa mudahnya, Hati yang keras itu akan cepat hancur apabila menerima suatu ujian yang besar.

Cepat nak down, cepat nak blame others, cepat melenting, cepat melatah, and even worse, cepat bersangka buruk dengan Allah.

T______T

Hati yang keras itu perlu dilembutkan semula. Agar ianya tak mudah bertindak negatif terhadap sekeliling.

Hati kita perlu lembut.

Tak guna memiliki Hati yang keras.
Manusia tak suka, Allah lagi lah benci.

Lembutkan Hati dengan kembali kepada Allah.

Meh nak bagi tips :


Carilah hatimu di tiga tempat:
  • Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
  • Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SHALAT.
  • Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI.
Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru karena hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai hati. 

 (Imam al-Ghazali)

 Hati.
Jangan dibiar mengeras.
Bimbang nanti dikunci kemas.



Kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu, sehingga seperti batu, malahan lebih keras lagi. Sebab ada batu-batu yang memancar sungai-sungai daripadanya, dan ada pula yang terbelah mengeluarkan air. Dan ada pula yang meluncur jatuh, karena takutnya kepada Allah. Dan Allah tiada lengah terhadap apa yang kamu lakukan”. (QS. Al-Baqarah [02]: 74).


Hati.
Perlu dilembutkan.
Agar mudah menerima kebenaran.

Kadang-kadang kan, Hati kita tu nak je jadi lembut, tapi kita sendiri yang macam 'tak benarkan' ia untuk jadi lembut. Kita taknak baca quran betul-betul, malas join majlis ilmu, solat lewat-lewat waktu, jarang berzikir, solat pun macam main patuk-patuk je.

Allah...



Ali bin Abi Thalib RA menceritakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan, seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, tetapi karena hatinya ditutupi oleh awan. Ia menjadi gelap. Ketika awannya menyingkap, ia pun kembali bercahaya (HR. Bukhari-Muslim).


Sudah-sudahlah menyiksa Hati sendiri.
Di dunia tiada tenang, di akhirat Sana kompem tak senang.

Jom repair Hati.



Malangnya apabila ada yang mempertahankan Hati yang sudah rosak. Repair pun taknak, buang aja lah ke dalam tong sampah. [kredit]



Huk~

T____T




Pesanan buat yang menulis : 
Sebagaimana kamu struggle memanaskan jemari agar tak mengeras untuk membolehkan kamu melakukan sesuatu kerja, sebegitulah kamu perlu struggle (bahkan lebih lagi) 'memanaskan' Hati supaya tak menyejuk lalu mengeras agar ia dapat membenarkan bahawa Tuhan itu adalah Tuhan.



Moga Hati kita ada nilai di pandangan Allah.

***

Eehh dah lewat malam.
Jom tido.
Jangan lupa mengucap.

La ilaha illallah.
Muhammadur rasulullah.

1 comment:

tsumetai kokoro said...

...thanks for the info