Wednesday, 9 May 2012

Random #3

Horizon itu masih di situ.
Ku tenung lama-lama,
Jauhnya aku dengan infiniti itu,
Terbayang gayutan harapan di sebalik kelompok awan-awan ujian,
Awanan yang menapis keikhlasan jiwa seorang hamba.
Aku bungkam.
Aku mahu terbang tinggi,
namun jahiliyyah diri masih kuat mencengkam kaki,
Memasak kakiku tegap di bumi.
Tapi aku mahu terbang tinggi.
Mahu menggapai kenikmatan hidup yang menuju Syurga.
Aku mahu berjumpa Tuhan.
Ingin merasai nikmatnya hidup bersama Sang Pencinta.
Tapi awanan itu masih kelam.
Sedang mentari tetap bersinar di belakang sana.
Aku tiada pilihan.
Aku hanya perlu melangkah di atas awanan kelam,
agar mudah bagiku untuk menyapa Sang Mentari.

-gja-
2012/04/13

No comments: