Latar masa : Selepas waktu zohor 15 Mei 2012
Latar tempat : Sekitar kawasan aman di Universiti Yamanashi
Watak terpilih : Saya dan seorang teman berjantina sama, beragama berbeza.
Beliau, seorang teman yang sudah lama tidak saya jumpa. Kami mengatur temujanji untuk saling bertanya khabar, bertukar cerita. Pada mulanya, kami mahu berjumpa pada jumaat minggu lepas, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami menangguhkan temujanji kepada hari ini.
Baru sebentar tadi, saya berjumpa dengannya, sempat berbual hal-hal peribadi hinggalah kepada hal-hal dunia. Antara sebab yang menyebabkan saya suka dan teruja untuk bertemu dan bertukar cerita dengannya ialah kerana beliau suka bercerita tentang apa yang dibacanya, apa yang ditonton di televisyen, dan apa yang difikirkannya tentang apa sahaja, terutamanya tentang hal-hal agama dan kemanusiaan.
Beliau seorang wanita jelita yang berasal dari Ukrain, sudah berkahwin, masih muda, berketurunan Kristian. Datuk nya yang amat taat pada agama Kristian, serta neneknya yang banyak menghabiskan masa dengannya semasa kecil, banyak mempengaruhi pemikirannya.
Perbualan kami pada mulanya, lebih tertumpu kepada pengalaman saya yang terlantar di hospital baru-baru ini, dek demam panas yang merancakkan penyakit auto-immune yang saya ada. Bermula perbualan daripada saya dinasihatinya agar banyak memakan buah-buahan yang membekalkan vitamin C, kepada disuruhnya saya mempertimbangkan untuk menyambung pelajaran di Malaysia sahaja kerana cuaca di Jepun yang membahayakan keadaan saya yang berpenyakit. Katanya, para doktor di Jepun tak berapa 'pakar' tentang cara-cara menangani penyakit saya ini. Dia beri beberapa contoh kisah yang 'menyokong cadangannya'. Okey tak mengapalah, saya hanya diam, sambil mengangguk tanda setia mendengar. Terima kasih atas kerisauan dan sifat ambil beratnya pada saya, tapi minta maaf teman, saya masih mahu berada di Jepun.
Entah macam mana, perbualan kami diteruskan kepada kisah Amerika yang bergelar 'penjenayah' , walaupun tetap wujud rakyatnya yang amat baik hati dan baik budi. Kemudian, masuk pula kepada kisah revolusi yang berlaku di Egypt, Libya, Syria, dan kawasan sekitarnya. Apabila ditanya tentang apa pandangannya tentang revolusi yang berlaku, katanya mereka-mereka yang berevolusi itu berkemungkinan besar dibayar untuk berkumpul ramai-ramai, lalu berganding bahu menjatuhkan pemimpin negara masing-masing. Katanya lagi, rakannya yang pernah berada di salah sebuah negara yang berdemonstrasi memberitahu bahawa selama ini rakyat di negara tersebut berada dalam keadaan 'okey' sahaja, taraf hidup di negara tersebut pun agak tinggi jika mahu dibandingkan dengan Ukrain (katanya), kemudian tiba-tiba rakyat di situ mahu berrevolusi. Perkara sebegini tidak masuk akal. Jadi, adalah logik sekiranya rakyat di negara tersebut sebenarnya dibayar untuk berrevolusi. Saya menelan air liur. Geram ada. Sedih pun ada. Saya geram kerana umat islam yang berkumpul untuk memperjuangkan hak-hak kemanusiaan sebagai warganegara daripada pemerintah sendiri, dianggap sebagai menerima bayaran untuk berrevolusi. Saya sedih kerana teman yang banyak membaca pun, salah mentafsir dan 'membaca' realiti tentang apa yang berlaku di negara Arab sana.
Dia banyak membaca dan memerhati, jadi sepatutnya apa yang difikirannya adalah sesuatu yang 'menarik' untuk saya dengar. Saya cuba menduga apa yang diketahuinya tentang konflik terbesar dunia. Saya bangkitkan isu Palestin. Apabila ditanya tentang Palestin, dia mengaku yang dia pernah mendengar tentang Palestin, tapi tak tahu dengan jelas pun tentang apa yang berlaku di sana. Zaaassss... Hati saya ibarat ditoreh-toreh. Aiseh, orang yang banyak membaca dan ambil tahu tentang dunia pun, tak tahu apa sebenarnya yang berlaku?
Kebebasan Palestin akan menjadi tanda kemenangan islam. Ustaziyatul alam makin hampir insyaAllah. Mahu menyumbang? Berdakwah lerrr... [sumber foto] |
"Hari ini 15Mei, Hari Nakba untuk Palestinians,"saya memberitahunya. Dia tercengang apabila saya menceritakan tentang apa yang berlaku di Palestin 64 tahun dahulu. Apabila saya bercerita tentang kapal Mavi Marmara yang menuju ke Palestin, membawa bukan sahaja orang islam, bahkan turut membawa orang-orang bukan islam. "Kapal itu diserang pada waktu awal pagi, ramai yang terbunuh," saya memberitahunya. Si teman yang membenci hal-hal keganasan dan kezaliman itu terus menunjukkan ekspresi muka tanda turut marah akan hal itu. "Di Palestin, orang Israel turut mengebom sekolah-sekolah, hospital-hospital, juga kem-kem pelarian," saya bercerita sambil memandang wajahnya. Si teman yang sememangnya 'tak ngam' dengan orang yahudi, makin menunjukkan riak muka yang membenci hal itu.
Eeeeeeehhhh.... dia ni tak tahu ke apa yang berlaku di Palestin? Saya bermonolog dalaman.
"Isu Palestin bukan isu umat islam sahaja, itu dah menjadi isu kemanusiaan." kata saya sambil merujuk kepada keganasan yang dilakukan kepada aktivis dalam kapal Mavi Marmara yang turut membawa orang bukan islam di dalamnya. Orang bukan islam pun sensitif dengan isu Palestin, itu maksud saya.
Si teman makin tercengang dengan cerita saya. Mungkin kehairanan, mengapa dia tak mengetahui kisah di Palestin yang merupakan isu kemanusiaan. Saya lagilah hairan.
=.='
Saya berasa kasihan kepada si teman, kerana tak mengetahui tentang apa sebenarnya yang berlaku di negara-negara Arab yang berrevolusi, juga tak tahu-menahu tentang Palestin yang saya kira sudah tersebar kisahnya ke serata dunia.
Saya lebih berasa kasihan kepada diri sendiri. Ini teguran Allah kepada saya. Saya memperjuangkan nasib rakyat Palestin, tapi kawan sendiri pun tak tahu tentang Palestin. Ini teman yang bukan islam. Teman yang seagama pun, masih ramai yang tak tahu tentang Palestin. Saya tidaklah seorang yang serba tahu tentang apa yang berlaku di Palestin, cuma paling kurang, saya tahu yang rakyat Palestin sedang dizalimi oleh orang Israel. Nasib baik si teman menggeleng kepala tanda tidak tahu, di hadapan saya di dunia. Masih sempat saya bercerita serba sedikit semampu saya. Kalau lah di akhirat nanti, si teman menggeleng kepala di hadapan Tuhan, sambil berkata, "Saya kenal dengan si teratai biru yang muslim ni, tapi dia tak pernah pun bercerita pada saya tentang Palestin yang dah jadi isu global tu. Tentang islam apatah lagi."
Nauzubillahi min zalik...
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa."
[Az-Zukhruf 43:67]
Tak dapat dibayangkan andai nanti kaki saya dihalang daripada menjejak Syurga, hanya kerana ada teman yang saya kenal di dunia yang 'claim' pada Allah, yang saya tak pernah bercerita tentang kebenaran (baca : berdakwah) kepadanya, lalu saya dilempar ke neraka yang menyala-nyala.
T_________T
Terbayang-bayang wajah ahli keluarga, saudara-mara yang ada, rakan-rakan satu batch, teman-teman satu sekolah, kawan-kawan satu kelas, jiran tetangga yang berselisih bahu... Adakah semuanya akan mengakui dakwah yang saya buat? Adakah keberadaan saya di dunia ini hanya sekadar ada. Adakah saya sudah menyampaikan nikmat islam dan iman yang saya terima ini pada sekalian penduduk bumi?
Iya, bukan kita yang menentukan sama ada dakwah yang dibuat itu, sampai kepada mereka. Sampai atau tidak, bukan kuasa kita. Kita hanya menyeru, menyampaikan. Kita hanya berusaha, bertawakkal.
"... Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [Ali Imran 3:159]
Nak berdakwah, memanglah susah. Kalau tidak, takkanlah langit, bumi, dan gunung menolak tugas khalifah yang ditawarkan Tuhan?
Susah, tapi kena buat juga.
Mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."
Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."
[Al-Mulk 67:9-10]
Dalam ayat di atas, Allah mengajar kita supaya buat dakwah sungguh-sungguh, sehingga dakwah kita itu diakui oleh orang yang didakwahkan. Dan, mereka yang masih dalam kesesatan itu adalah kerana mereka yang menolak dakwah kita, bukannya kerana dakwah kita cacamarba, bukan kerana dakwah kita yang hambar.
Kata kunci : Buat dakwah sungguh-sungguh. All out!
*Macam kena lempang*
Muhasabah.
Perbaharui niat.
Jom perkemaskan langkah.
Syahadah.
Banyak lagi kerja KITA.
Kerja saya.
***
Terima kasih, si teman dari Ukrain.
i lebiu...
No comments:
Post a Comment