Saya pernah bertemu dengan seorang hamba Allah ini, yang menyatakan kehairanannya tentang orang yang
sanggup bersusah payah untuk sesuatu.
"Kenapalah dia itu buat macam tu. Kan susah nak buat benda A tu. Benda B kan ada, lagi senang." Lebih kurang begitu katanya.
"Mana kau tahu si dia itu ada pilihan B? Mungkin waktu itu dia hanya ada pilihan A. Mahu atau tidak, dia tetap kena buat benda A itu." Balas saya spontan.
"Alaaaa... kalau aku, memang aku takkan buat benda A yang yang confirm susah tu. Aku akan cuba juga buat benda B." Dia mempertahankan pernyataan awalnya.
"Kalau benda B tu wujud, bolehlah kau cakap gitu." Saya berwajah selamba.
"Taaak... memang aku takkan buatlah benda A tu." Dia menuturkan pendiriannya.
"Nanti akan ada suatu masa, kau akan jumpa keadaan yang memerlukan kau terpaksa juga buat benda tu. Tak ada pilihan. Pasti akan datang juga waktu sebegitu." Saya cuba mengawal nada suara yang mula bergetar.
Sedikit geram berhadapan dengan orang yang bercakap seolah mudah segala. Juga menahan sebak apabila peristiwa-peristiwa silam tampil menjengah kepala.
***
There will be times when we have no choices. There is only a choice to be chosen.
Ketika itu, pengharapan benar-benar kepada Yang Maha Kuasa, mengharapkan miracle lah orang kata.
Waktu itu, baru kita tahu langit itu setinggi mana.
Saat itu, usaha kita mula berganda-ganda, atas satu pilihan yang ada.
Masa itu, menangis tersedu-sedu lah kita memohon kekuatan, minta pertolongan dari Pemilik Petala.
Kadang-kadang, saya mengharapkan yang saya tak mempunyai pilihan untuk sesetengah perkara.
Sebab...
Bila saya ada pilihan, saya akan mula mengada-ngada nak cuba-cuba segala pilihan yang ada.
Atau saya terbazir masa menimbangtara pilihan yang tak sepatutnya.
Maka saya amat terkesan dan suka untuk mengulang-ulang bait doa sesudah mathurat ini,
"wala takkilna ila anfusina torfata ain, wala aqolla min zalika ya nikmal mujib.
Jangan (ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, (perkenankanlah). "
Saya tak pernah tahu apa yang terbaik untuk saya, jadi saya amat takut untuk memilih. Takut tersilap pilih, saya enak bergembira di dunia, tapi kemudian dilempar hina ke neraka.
Sedikit nota tambahan :
Tarbiyah mengajar kita, bahawa hanya ada dua perkara sahaja yang baik di dunia ini.
1) Segala perkara yang sudah berlaku. Tak kiralah semanis kurma, mahupun sepahit hempedu. Asalkan ianya sudah berlaku, maka itulah yang terbaik.
2) Segala perkara yang Allah syariatkan untuk kita lakukan. Maksudnya, kena elok-elok ikut sunnah Rasulullah, sentiasa merujuk alquran. Pendek kata, kena melompat masuk ke dalam islam secara keseluruhan.
La takhauf wala tahzan.
Tidak takut akan perkara mendatang, tidak pula sedih akan perkara yang sudah berlalu.
Itu ciri orang mukmin.
Tarbiyah mengajar bahawa kita hanya bisa berusaha, natijahnya semua kerja Dia.
Tarbiyah juga mengajar kita bahawa kita tak pernah memiliki, jadi mana mungkin wujudnya kehilangan.
Pilihan.
Amat tak suka bila perlu memilih.
Dalam novel 'Rooftop Rant' , Hlovate asyik ulang,
"Live well or live hell. You choose."
Memang kita perlu memilih.
Jadi, bila kita hanya ada pilihan A, sebenarnya kita masih perlu memilih.
Memilih untuk meredah pilihan A dengan penuh pengharapan pada Tuhan, dengan kepercayaan bahawa Tuhan bersama kita, atau meredah pilihan A dengan kepasrahan tak tentu hala, ibarat layang-layang terputus talinya.
"Dan (demi) jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu (dengan ketakwaan) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (dengan kefasikan)." [Asy Syams: 7-10]
Takwa atau fasik, kita yang pilih.
Syurga atau neraka, kita yang pilih.
Iya, masuknya seseorang itu ke syurga adalah kerana rahmatNya, masuknya seseorang itu ke neraka adalah kerana dirinya sendiri.
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [Al-'Araf :23]
Dalam keadaan tak mempunyai pilihan A atau B pun, kita masih perlu memilih.
Pilihlah untuk sentiasa mendapat rahmat Allah dalam setiap apa yang kita pilih, apa yang kita lakukan.
Nota : Kadangkala manusia lupa, bahawa pelangi hanya ada selepas hujan beraksi.
No comments:
Post a Comment