Wednesday, 28 April 2010

...golden week gathering [gwg'10]... ~ before





beberapa hari sahaja lagi,

dengan izin Ilahi,

suatu lagi peristiwa akan terjadi,

bakal tercatat dalam diari,









bagi yang MAHU mencari,

bagi yang MAHU menerokai,

bagi yang MAHU mengenali,

mencari diri,

menerokai diri,

mengenali diri,










menyelami erti,

terciptanya diri,

menyelak kalam Ilahi,

menjejaki Yang Hakiki,

menyuluh laluan berduri,

mengintai jejak2 kaki,

manusia ke alam ini,

tidak sekadar mengiramakan rentak tari,

tetap ada tujuan pasti,

dihantar ke duniawi,

dari syurgawi,

ke syurgawi...





(gwg 2009)


~sebak sekali melihat senarai nama yang telah mendaftar, masyaAllah...

~betapa bersungguhnya kalian ingin menyelami diri sendiri...

~semoga Allah merahmati, dipermudahkan segala urusan...

~dunia dan akhirat...

*
*
*
*
*
[sumber poster]
[sumber video]


notakaki : ...merindui sahabat tachi, kita jumpa di taman syurgawi ya...

Sunday, 18 April 2010

...emosi datte?...






"gja, genki nai no(gja, tak sihat ke)? " A bertanya kepadaku ketika kami bersama-sama menikmati makan malam.

"u daijoubu(okey) tak ni?" belum sempat aku menjawab soalan pertama, A bertanya lagi.

Suara A yang sedikit kuat telah mengundang rakan2 lain untuk turut memandang muka aku.

Aku berhenti menyuap makanan ke mulut.

Lantas, aku tersenyum.
Meraikan sifat mengambil berat si A.

"eh, i daijoubu je...i okey, masehla tanya," jawab aku perlahan.

Aku menyambung suapan makanan yang terhenti.

Rakan2 yang lain juga meneruskan suapan makanan sambil memandang sekilas ke arah wajahku.
Barangkali hairan dengan tingkahku yang agak senyap pada malam itu berbanding kebiasaannya.







SATU MESEJ

Jujurnya, pada malam itu aku sedang berkecil hati.

Jujurnya, pada malam itu aku sedang marah.

Jujurnya, pada malam itu aku sedang cuba mengawal emosi.

Itulah puncanya aku berdiam diri.

Alasannya?

Cukup mudah.

Beberapa jam sebelum itu, aku telah menerima satu mesej yang menyatakan kesalahan yang telah berlaku pada aktiviti hanami(melihat bunga sakura) sebelum ini.
Mesej itu aku terima daripada seorang senpai(senior).

Ya.
Benar.
Memang kesalahan itu telah berlaku.

Tetapi, apakah kesalahan yang telah berlaku itu adalah totally 100% kesalahan yang dilakukan oleh aku?

Sehinggakan mesej yang berbaur teguran sinis itu dihantar kepada aku?

Mesej yang satu itu jugalah yang telah menyentap mood aku serta-merta.

Tidak!

Bukan kesalahan aku secara total.

Itu jawapan aku.

Bukan mahu membela diri, cumanya aku cuba menyatakan kebenaran yang mungkin disalahtafsirkan oleh orang lain.

Kerana bukan aku seorang sahaja yang membuat kerja untuk hanami itu. Barangkali banyak buah fikirannya, kerana jumlah orang yang bersama bekerja untuk hanami itu, tidak sedikit. Jangan lupa, Too many cooks spoil the soup.

Kerana yang bekerja bersama-sama aku juga manusia. Barangkali tersilap perilakunya.

Kerana kamu yang menghantar mesej kepada aku juga manusia. Barangkali tersilap percaturannya.







EMOSI

Bukan soal mesej yang mahu aku utarakan.

Cuma otakku ligat berfikir cuba menafsir hikmah kesalahan.

Aku percaya bahawa emosi jugalah yang mendorong si senpai menghantar satu mesej berbaur teguran sinis kepada aku.

Kenapa aku?

Mungkin kerana ketika hanami tempoh hari, kelihatannya seperti aku yang incharge. Jadi, tidak hairanlah apabila wujud suatu kesalahan, terus 'naik' namaku serta-merta.

Tak mengapalah.

Aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku belajar menerima hakikat bahawa setiap yang bergelar manusia, pasti akan beremosi.

Terima kasih atas mesej yang satu itu.

Terima kasih kerana telah menyebabkan aku teresak-esak menangisi kesalahan yang sepertinya bukan dilakukan oleh diriku.

Terima kasih kerana telah membuatkan diriku bertarung dengan emosi sendiri untuk tidak memburukkan keadaan.

Terima kasih kerana membuatkan aku berfikir.

Terima kasih kerana mempamerkan emosi anda yang sedang beremosi.

Dan...

Rupanya tindakan aku yang memilih untuk berdiam diri dengan niat mengawal emosi pada malam itu telah mengusik emosi rakan-rakan yang lain.

Oh...

Susah rupanya untuk mengawal emosi.

Perlu ke untuk kita mempamerkan emosi?







MEMPAMERKAN EMOSI

Aku ada mengenali seorang rakan yang kerap mempamerkan emosi sendiri.


Jika gembira, dia akan ketawa sekuat-kuatnya.

Jika tertekan, habis semua orang di'sembur'nya.

Jika sedih, wajahnya jelas bermuram durja.

Jika marah, singa betina pun kalah dibuatnya.



Persoalannya...

Perlukah kita mempamerkan emosi kita setiap masa?

atau

Hanya perlu mempamerkan emosi yang baik-baik sahaja.

Bagaimana jika sedang bersedih?

Menangis semahu-mahunya?

atau

Ketawa sebanyak mungkin demi menghilangkan kesedihan?

Tidakkah itu hipokrit?

Tidak mahukah kita berlaku jujur kepada diri sendiri?

Nah.

Persoalan demi persoalan yang terlontar.

Persoalan yang mengundang pelbagai jawapan di dalam hati, tidak di mulut.

Mengapa?

Ah, sudahlah.

Diam sebentar.

Renung sejenak.

Berfikir seketika.

Persoalan yang terlontar, pasti ada jawapan.


Dan Al-Quran...

sememangnya penunjuk jalan...


"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh." [surah Al-A'raf 7; 199]



jangan lupa ini...

"Allah tidak menyukai perkataan yang buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [surah An-Nisa 4;148]


ingat juga yang ini...


"(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." [suran Ali-Imran 3;134]




notakaki : ...andai mudah bagai dikata, tidaklah syurgaNya mahal harganya...