pergilah hanya kepada Tuhan.
Buatlah apa sahaja,
asalkan kamu berasa tenang,
kerana itu tanda bahagia.
Tuhan sudah berjanji,
lama dahulu dalam kalam.
Bahawa tenang itu hanya ada,
pada jiwa yang mengingati Dia.
Lalu mengapa manusia ini,
kerap lagi bermain sandiwara.
Berbuat itu ini,
padahal tenangnya tiada.
Rapati diri dengan mereka yang soleh,
mereka akan membantu kamu.
Tempias keimanannya akan terkena pada mu.
Tenang nya hati mereka itu,
akan membantu menghilangkan resahmu.
Percayalah,
hati-hati manusia yang selalu akrab dengan Tuhan,
di situ ada tenang.
Rajinkan menghadiri majlis ilmu,
di situ berkumpulnya hati-hati yang mahu maju.
Andai saja kamu nampak kehadiran malaikat,
yang menebarkan sayapnya menaungi sekalian pengunjung majlis ilmu,
pasti kau tak mahu langsung pun berangkat dari majlis.
Ilmu tentang Tuhan itu adalah cahaya,
yang menerangi hati-hati yang gelita dek pekatnya dosa.
Iman itu penerang jiwa,
membantu manusia memilih jalan di dunia.
Logika nya mudah.
Manakan bisa,
manusia itu mahukan gula,
andai tak tahu tentang kemanisannya?
Manakan bisa,
seseorang itu memilih sesuatu jalan itu,
tanpa menyuluhnya terlebih dahulu?
Manakan bisa,
kamu berasa mahukan Syurga,
tanpa mengetahui nikmat yang ada di dalamnya,
terlebih dahulu?
Makanya kamu perlukan ilmu.
Ilmu yang membawa kamu kepada tempat yang dituju.
Tempat yang pasti.
Biar mata terpejam,
kamu akan bisa terus memilih yang benar.
Kerana hati mu sudah diterangi cahaya yang bernama iman.
Seronok bukan?
Andai segala apa yang kita buat di tika dan masa ini,
membawa ketenangan pada hati yang selalu resah dek dosa.
Hati yang sudah hitam pekat dek dosa yang hina.
Tenang.
Bahagianya andai bisa berasa tenang ketika apa sahaja ujian datang menjengah muka,
setenangnya Bilal yang dihempap batu besar di tengah padang pasir yang panas.
Walaupun ada yang berkata , "Gila!" .
Walaupun ada yang berkata , "Gila!" .
Gembiranya andai bisa terus tenang ketika dikejar musibah yang bertimpa-timpa,
setenangnya Muhammad yang masih bisa menasihati Abu Bakar ketika dikejar musuh dalam peristiwa hijrah.
Walaupun ada yang berasa hairan.
Innallaha ma'ana.
Sesungguhnya Allah bersama kita.
Tenang,
ia hadir pada jiwa yang yakin.
Hanya yakin,
bahawa Tuhan itu ada bersama.
-gjada-
Di suatu sudut bangunan usang,
Universiti Yamanashi.
05.11.12
*******
Ada orang beritahu saya, yang dia macam tak percaya yang kata-kata puitis(kata dia) yang sesekali muncul di status mukabuku, juga blog usang ini, adalah ditulis oleh saya.
Haha.
Maaf, tergelak pulak.
Masih, masih, dan masih cuba bernafas segirangnya.
Doakan lagi.
No comments:
Post a Comment