Friday 25 January 2013

...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah dibilang, SABAR itu pada hentakan yang pertama.

Diam.


---

Yang tersayang itu yang bisa menjerut kesayangan hamba.

Berbisa.

---

Untuk Kau semata.

Mana?

Tuesday 22 January 2013

Warisan - Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi, dia jaga.
Kau bersenang, dia bekerja.
Untukmu tiada terbatas,
memberi tak minta dibalas.

Ingin dibinanya untukmu,
kehidupan yang sempurna.
Punya kekuatan jiwa,
punyai MARUAH.

Leterannya dari rasa luhur,
menegur sebelum terlanjur.
Itulah yang diwarisi,
pesan ibu terpahat di hati.

Beringat-ingatlah berpesan-pesan,
untuk kebaikan.
marah bukan kebencian,
tapi tanda sayang.

Engkau semakin dewasa,
berjiwa MERDEKA.
Sedang dia semakin tua,
membilang usia.
Di saat kau berjaya,
dia tiada berdaya.

Semoga kau tak lupa,
jasa BONDA.

[Warisan-Jasa Bonda]





---
Semenjak kali pertama,
ia mula berdendang di telinga,
lapan tahun yang lalu,
tak pernah ia menjemukanku.

Ada unsur jiwa,
dalam alunan lagu ini.

---
Wahai Pemilik Segala Jiwa,
Ampuni dosa aku.
Ampuni dosa bonda,
Ampuni dosa bonda.
Ampuni dosa bonda,
Ampuni dosa ayahanda.
Dan kasihilah mereka,
sebagaimana mereka mengasihiku,
semasa kecilku.


Ruginya Kita


Tersebutlah kisah termaktub sudah,
rugilah diri andai tak kenal Allah.

Terungkap kata bersilang bahasa,
rugilah diri yang berdiam duduknya.

Terselit rasa terungkai simpulan,
rugilah diri yang tak berpesan-pesan.

Tersebar luas rahsia berzaman,
Surah Al-Asr tiga ayat di Furqan.

---

Orang zaman la ni, tak suka kias-kias.

Istimewa buat anda-anda yang sebegitu...

Kita RUGI jika :

1) Setiap status atau paling kurang 80% daripada status mukabuku kita, mendapat banyak 'like' , tetapi status tersebut langsung tak membawa manusia kepada Allah.

2) Kita selalu bersembang sehingga ke hal peribadi dengan teman-teman Japanese kita, tapi mereka langsung tak menganggap kita ini sebagai 'pintu' untuk mengenal islam dengan lebih dekat.

3) Kita berasa geram dan meluap-luap marah dengan segala kekejaman Israel dan perilaku rejim Bashar Al-Assad, tapi hanya sekadar bising-bising di mukabuku.

4) Kita menganggap diri kita sudah berdakwah sakan, tapi bila ada yang menolak, sedihnya (baca : down) kita ibarat dihempap petala, seolah hidayah itu di tangan kita.

Kata kunci : Al-Asr, ayat satu hingga tiga.


---

Nota Emosi 1 : Kehuru-haraan makin menggila di luar sana.

Nota Emosi 2 : Tenang itu hanya ada dalam jiwa. Ingati Tuhan, itu syaratnya.

Nota Sensitif 1 : Kalau sudah salah, mengaku aja. Tak perlu menuding jari merata. Itu realiti dunia kita, memang dasar manusia.

Nota Sensitif 2 : Andai mahukan anak muda berfikiran di luar kotak, warga veteran perlu menyediakan kotak, bukan tempurung.



Orang muda. 
Fitrah darahnya mudah menggelegak.
Orang beriman.
Sabar itu sentiasa mendahului.


Takwa dan Tawakkal

Takwa.
Itu membawa kepada jalan keluar,
juga rezeki yang tak disangka punca.

Tawakkal.
Tuhan akan mencukupkan segala.

Percaya.
Itu syarat agar Tuhan menyertai kita.

(';

Tarbiyah Allah di mana-mana.
Dalam sebarang rupa.


Maka bertasbihlah.



Ianya tentang Percaya. Sila percaya.[Foto ihsan google]



Kapasiti ujian yang menyesak nafas.
Untuk mereka yang berHATI luas.

Kapasiti dugaan yang berat.
Untuk mereka yang berjiwa hebat.

Kapasiti nikmat yang melapangkan dada.
Untuk mereka yang syukur tiada tara.


---

Tujahkan doa melangkau petala. 
Tanpa curiga. 
Dia mengikuti sangkaan HambaNya,

---

Nota ; Mari doakan saya.

Monday 21 January 2013

Random 11#

Daie itu sifatnya lelah.
Ubatnya hanyalah penyembuhan tarbiyah.

Tika berasa termengah-mengah,
maka bergeraklah mencari tarbiyah.

Bukan dari dalam rumah,
ia perlukan kaki kau untuk melangkah.

Bahasa mudah : Pemantapan mutabaah



Pemandangan dari suatu sudut jendela rumah.
Bakal merindui pemandangan dari jendela ini.
(Foto tiada kaitan. Maaf.)


Sunday 20 January 2013

#Listen

Dengan nama Pemilik Langit dan Bumi.

---

Isu #listen .

Ianya tentang adab.
Juga akhlak.
Dan mentaliti.

---

Bukan yang mengalihkan mikrofon (Tanpa menidakkan ketidaksepatutnya tindakan ini).

Bukan pula yang melontar pendapat di luar masa Q&A.

---

Tapi kepada kita yang memberi gerak balas.

Keyboard warrior?

Olahan video sana-sini.

Foto yang digubah seenaknya.

Page mukabuku yang mencanak tumbuh.

Lalu dijadikan medan untuk bergelak tawa,
tentang kesilapan seorang manusia,
yang berpakejkan sifat tak-pernah-sempurna.

Sukanya menjenakakan manusia.

Sakan pula mempermainkan manusia.

Semua nak dibuat bahan.

---

Ini bukan fenomena rilek-rilek-sudeyh~

Ini bukan aksi enjoy-lah-woi~

---

Hairan.

---

Terhibur barangkali,
apabila ada jenaka semasa.

Kreatif lah kononnya.

---

Lupa barangkali.

Manusia.
Ianya Ahsani Taqwim (rujuk At-Tin 95:4).

Tak pernah layak untuk menjadi jenaka.

---

Hentikan.

Segala jenaka ini dan itu.

---

Malaikat kiri kanan tak pernah alpa.

Setiap tindakan ada sahamnya.

Walau (mungkin) seremeh menekan butang 'like' .

---

Silakan mengisi ruang komen.
Jika perlu.

---

Saya sedia.

---

Nota 1 : Adab adalah hasil daripada kondisi HATI.

Nota 2 : HATI itu, isinya iman.




---

Diserap masuk dari dinding mukabuku milik peribadi.
Untuk tatapan di hari muka.
Dan buat sesiapa yang bertuah.

Moga bermanfaat.

Tuesday 15 January 2013

Antara akhwat dan nasihat


Teruskanlah membaca tanpa prasangka.

Saya pernah menghantar mesej sebegini kepada akhwat-akhwat di Jepun, berkongsi sebuah rasa hati.

***

[Mesej saya]

A : ehh... nape tgn B nmpk mcm bengkak?

B : eh ye ke? xnaklah.. xnak jd mcm tgn gja..

gja : apa salahnya jd mcm tgn gja... (sambil pikirkan tgn sndri yg besor buruk dan mungkin hodoh di mata org lain)

B : xnaklah..

gja : kan seronok jd manusia pilihan Tuhan.. (nada mcm tetiba sebak, n terus pndg bwh, n terus paksa otak pk mende lain)

---
kisah benar.
---
oyasumi...
---
mohon doa.
---
saya makin cuba menghadam, tak mudah untuk menjadi manusia pilihan Tuhan.
---
saje nk share.
---
oyaaasss~~

***

Hati masih bergetar.
Mata terasa berkaca.

Sementara menanti respon mesej daripada akhwat...

Entah kenapa saya amat terasa hati dengan peristiwa itu, sehinggakan update berikut turut dibuat di laman wall LINE, disedut ke laman Instagram, kemudian ditayang di laman mukabuku. Haha. Segala jenis medium mahu diguna.



Saksi sebuah sifat manusiawi yang minta disantuni.


Tak lama, saya menerima beberapa respon tentang mesej saya itu daripada beberapa akhwat, saya kongsikan di sini beberapa sahaja ya... :


[Respon 1]

Gja...:))
oyasumi..
Manusia adelah ujian kpd kte..
Jika Allah memilih kte..
Allah mahukan mahar kesabaran kte..
Dlm Al-Quran Allah ckp tentang sir lebih drpd 33kali..nak Kate..sabar itu tiada noktah..

Syg Gja!


[Respon 2]


Syukur ya Allah kite ade tgn. Ade jari. Ade tapak tgn. 

Mari brsyukur gja syg. Dan mari brsyukur dgn adany dugaan sprti itu. Mari brsyukur sbb Allah hantar org2 sperti itu pd gja~~~~~~~~ tiap sesuatu yg Allah buat kt gja kerana trpilih ny gja.. Mcm gja ckp tu kan. Maka, teruslah merasakn diri gja telah trpilih Allah.

Teruslah merasakn kasih syg Allah. Manusia tiada apa.. Setakat kata manusia yg mnyakitkn tu nk buat hati kite sedih!? 22:73 kana ayat psl manusia ni lemah. Even lalat pon xleh nk tngkap. Ce tgk. 

No one can make u cry except Allah! No one can have your heart except Allah! No one. Ni kwn egyptian akk ckp kt akk one day ms akk tgh down berat. So rs sgt3 trpukul. 

Kami kt sini sume suka gja. Suka tgn gja. Bile sejuk, kami akn panaskn. So dont worry. Dont be sad. Kami brsyukur adany gja. Kami brsyukur ada ny gja yg xbpe sehat. Dgn itu, kami blh doa. Kami blh dekatkn diri pd Nya. Kami juga dpt pahala. 

Cntik islam tu.


***

Menggugah jiwa dan memujuk rasa. 

Pesanan : Sila baca sekali lagi ayat-ayat yang berhighlight merah.

Apa lagi yang dimahukan selain nasihat yang membawa kita kepada Allah?

Kembalikan segalanya kepada Dia.

Semuanya.

Sepenuhnya.

Ini adalah salah satu sebab, mengapa saya menyukai akhwat.

Mereka selalu mengingatkan antara satu sama lain.

Saling menguatkan.

Mendoakan.

*senyum*

Tuhan sedang mengajarkan sesuatu.


Nota : Antara hak muslim kepada muslim yang lain ialah, memberi nasihat apabila diminta. Sila manfaatkan google untuk maklumat lanjut.




---

Mungkin tajuk tak ada kena-mengena dengan isi post.
Maafkan saya.

---



Notakaki 1: Segala mesej di atas adalah hasil copypaste, tanpa sebarang aksi edit-mengedit (termasuklah segala typo yang ada) malas nak repair demi menjaga keaslian mesej.

Notakaki 2 : Suhu sekitar yang merendah, sedikit menyukarkan pergerakan. Amat tidak berproduk (Baca: less productivity). Bila jemari mengeras, cucuk kerongsang ke tudung susah, nak menaip payah, nak pegang pensel tak lepas, nak tidur pun sedikit sukar. Nak pasang heater memanjang, risau bil melambung. 

Notakaki 3 : Bukan nak tarik simpati, tapi nak tolak prasangka. Manusia, nak kena cerita segala, baru boleh angguk kepala.

Notakaki 4 : Kita tak tahu, dan tak pula mahu bertanya. Manusia.

Notakaki 5 : I'm okay. Percayalah.


(';

Friday 4 January 2013

Bidadari







Harum dan menggugah,
bidadari di Jannah.

Takkanlah mudah,
dipatah-patah?

Takkanlah rebah,
mengaku kalah?

Tabah.

Bidadari,
anggun tak terperi.

Sakti.

Takkanlah meratap hiba,
ujian berupa penghapus dosa?

Bahagia.

-gjada-
04/01/2013





Teratai Merah Jambu. Saya mahukan yang berwarna biru!



---

1) Kekaburan dan berbayang-bayang.
2) Ianya penghapus dosa, bi iznillah.