Sunday 19 December 2010

muhasabah





rabbighfirlii

warhamnii

wajburnii

warfa'nii

warzuqni

wahdini

wa'aafinii

wa'fu 'annii









Ya Allah, ampunilah daku

rahmatilah daku

kayakan daku

angkatlah darjatku

rezekikan daku

berilah aku hidayah

sihatkanlah daku

maafkanlah akan daku




~~~~~~~~~~pause~~~~~~~~~~~~




muhasabah, muhasabah, muhasabah.

Friday 17 December 2010

Fikir untuk mengundang hidayah.

Bismillahi arrahman arrahim...


Latar tempat : sekitar kawasan universiti
Latar masa : petang khamis, 16 Disember 2010



yamanashi university, tempat saya menuntut ilmu



Saya mendail kembali nombor yang tertera di skrin telefon saya. Ada satu misscall daripada seorang teman dari Ukrain. Ksenya namanya.

Melalui perbualan di telefon, kami bersetuju untuk berjumpa di satu tempat di sekitar universiti.

Tak lama menanti, Ksenya tampil dengan senyuman berseri-seri.

"Minta maaf, buat awak lama menunggu," dia menyapa saya. Mesra.

"Eh, tak apa, takdelah lama mana pun," saya berbahasa.


Hiasan magnet dan losyen tangan.
Petang itu, Ksenya menyerahkan kepada saya satu hiasan magnet dan sebotol losyen tangan.



hiasan magnet. kecil tapi penuh makna.





losyen tangan. tanda ingatan seorang teman.


"Minta maaf lagi, saya simpan benda-benda ini dah lama. Sejak bulan 5 lagi.Baru sekarang dapat bagi awak," Ksenya menerangkan.

"Yang hiasan magnet ini boleh lekat di peti ais, ada gambar muzium. Indah pemandangan di situ,saya pernah ke sana," tambahnya.

"Oo... muzium ke... macam mana nak baca tulisan dia ni?" tanya saya tersengih-sengih.

"Sebutannya 'yalta' ," beritahunya. Ringkas.

"Losyen ini pun untuk awak. Saya ingat lagi yang kulit awak akan cepat kering bila cuaca menyejuk," katanya sambil menyerahkan losyen yang dibawanya dari negaranya, Ukrain.

"Waaahh... terima kasih, ingat juga awak kat saya," balas saya. Terharu.

Fikiran saya terbang mengimbas kembali peristiwa ketika dia memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke negaranya untuk melawat ahli keluarganya yang sakit sekitar bulan 5 yang lalu.

"Jangan lupa bawakan saya ole-ole dari Ukrain ye," kata saya selamba.

"Okey,"balasnya.

Tak tersangka dia mengambil kata-kata saya sebagai suatu yang serius.
Dia belikan saya hiasan magnet itu sebagai ole-ole dari negaranya.
Barang yang kecil tapi amat menyentuh hati saya. Ditambah pula dengan losyen tangan yang dibelinya khas untuk saya.

"Terima kasih," kata saya.

"Saya pun ada ole-ole untuk awak, dari Malaysia. Tapi benda tu ada kat rumah saya, tak dapat nak bagi awak sekarang," tambah saya.

"Tak apa, nanti lepas-lepas ini, kita boleh jumpa lagi. Waktu itu, awak boleh bagi saya ole-ole dari Malaysia tu," balasnya lembut.

Saya tersengih lagi.

Lepas-lepas ini, jumpa lagi? Macam dating pula.
Haha.
Saya ketawa dalam hati.

Dari perbualan biasa kepada perihal agama.
Kami terus berbual-bual.

Macam-macam cerita yang kami bualkan, dari cerita tentang study, hinggalah kepada hal-hal agama dan kepercayaan.

"Awak mahu minum apa-apa tak? Boleh kita minum-minum sambil berbual," tanya nya. Prihatin.

"Eh, tak apa. Terima kasih. Saya berpuasa pada hari ini," balas saya.

Hari itu 10 Muharam, hari asyura. Terbayang seketika sebuah bahtera besar yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. bersama orang-orang mukmin yang mengikutinya yang diselamatkan selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

"Oh, awak berpuasa. Minum air pun tak boleh ke? Strictnya... ," tanya dia. Spontan.

"Mana ada strict. Ok je..." balas saya. Tersenyum.

"Kami orang muslim berpuasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari, lepas itu boleh makan dan minum seperti biasa," tambah saya.

"Ooo... kami orang Kristian pun berpuasa juga. Ada suatu tempoh masa itu, kami tak boleh makan daging dan telur. Tapi boleh je nak minum air," cerita dia.

"Waaahh... boleh minum air sewaktu berpuasa..." saya bersuara. Cuba melayan.

"Kenapa orang kristian berpuasa sebegitu, ya?" saya lontarkan persoalan.

Dengan semangatnya dia menjawab soalan saya.
Dia memberitahu, orang kristian berpuasa sebegitu untuk kebaikan tubuh badan.

Saya mengangguk memberi respon.

"Oo.. Orang kristian percayakan Jesus kan? Siapa dia yang sebenarnya ni? Ceritalah sedikit tentang Jesus... "

Spontan.
Saya menghantar soalan 'bahaya' kepada dia. Bahaya juga kepada akidah saya.

Astaghfirullah...
saya beristighfar dalam hati.

Mohon diampunkan dosa andai keterlaluan dalam perbualan.

Lantas, doa dipohon menujah petala langit.
Mohon diberi kekuatan untuk berbicara soal akidah dengan orang yang belum mempercayai kebenaran Allah.

Berfikir tanda mencari kebenaran.
Sejak saya mengenalinya tahun lepas, perbualan kami selalunya akan menjurus kepada soal agama.
Agak bahaya perbualan kami, kerana melibatkan soal akidah.

Tapi saya cuba berfikiran positif,
menafsirkan keadaan sebegitu sebagai suatu tarbiyyah untuk saya dalam menyampaikan islam kepada orang bukan islam.

"Saya respek orang muslim yang pakai tudung seperti kamu semua ini," katanya merujuk kepada saya dan rakan-rakan muslim lain yang bertudung.

Itu kata-katanya di tahun lepas.
Masih jelas terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-katanya itu.

"Bila saya tengok kamu-kamu yang bertudung, saya dapat nampak yang kamu sedang 'protect' agama kamu," tambahnya. Bernada jujur.


Dia seorang yang suka berfikir. Itu hemat saya.

Penjelasannya tentang Jesus dan asal-usul hukuman salib yang dikenakan kepada Jesus jelas memberi signal bahawa Ksenya yang berada di hadapan saya ini seorang yang suka mengkaji tentang agama.

Penerangannya tentang Jesus, amat panjang.

Saya mengangguk, memberi respon.

Perbualan kami pada petang itu berlarutan.

80% daripada perbualan kami petang itu adalah tentang agama.

Perhatian saya tertarik apabila dia bercerita mengenai suaminya yang tidak bertuhan.

"Saya ada presentation hari ini. Please pray for me, " pinta suaminya pada suatu hari.

"Eh, awak kan tak percayakan tuhan, kenapa minta saya doakan pula?" balas Ksenya. Sinis.

"Walaupun saya tak bertuhan, tapi saya dapat rasakan bahawa dengan memohon pertolongan daripada tuhan awak, saya akan beroleh kekuatan dan kebaikan dalam presentation saya nanti," jawab suaminya.




Ksenya bercerita.

Matanya dikecilkan sedikit.
Memberi signal kepada saya bahawa dia tidak puas hati dengan pendirian suaminya yang tidak teguh berprinsip.

Kalau tidak percayakan tuhan, tak payahla nak suruh orang lain doakan pula...

Begitu fikir Ksenya.

Saya terus setia mendengar.
Mengangguk sesekali menghantar respon.

Seketika, saya mendongak memandang langit.

Langit sudah mulai gelap.
Maghrib sudah hampir, teka saya.

Saya melihat sekilas skrin telefon, cuba mengetahui waktu.

Eh, sudah maghrib, bisik saya.
Sudah melewati beberapa minit selepas maghrib.
Ternyata saya terleka berbual.

Saya meminta diri mahu beransur.

"Nak saya belanja apa-apa makanan atau air ke, untuk awak bebuka?" tanya dia pabila mengetahui saya tidak membawa duit ketika itu.

Saya tergamam.
Terharu sebenarnya.

"Tak mengapa, terima kasih," jawab saya pendek.

"Oh, takpe ke? Okey," dia membalas. Akur.

Saya mengangguk mengiyakan.
Tersengih buat kesekian kalinya.


Fikir dan terus fikir.
Sebelum beredar, saya memberitahunya sesuatu.

"Saya suka berfikir dan saya suka orang yang suka berfikir," ringkas.

"Saya memang suka berfikir," jawabnya pendek.

Dia tersenyum.

"Lets think together,"
katanya bersemangat.
Tangannya diletakkan di bahu saya.
Ditepuk-tepuknya bahu saya.

Yes.
Cubaan saya untuk memprovok berjaya!

Senyum. ^^

Saya cuba mengajaknya berfikir.
Kerana hidayah Allah hanya akan datang kepada orang-orang yang berfikir dengan izinNya.

Saya tahu,
tak guna untuk saya berhujah bercerita kepadanya tentang islam segala.

Saya percaya,
tak guna saya memberitahunya apa yang saya tahu tanpa memberi apa yang dia perlu.

Dia punya pelbagai persoalan.

Jadi, dia perlukan jawapan.

Saya tahu saya tak punya semua jawapan untuk semua persolan dia.

Lalu saya cuba mengajaknya untuk berfikir.

Bercerita tentang islam kepadanya tanpa membawa dia kepada apa yang dia cari adalah suatu pembaziran masa dan tenaga.
Mungkin juga penganiayaan.


Lalu, dalam keadaan yang memerlukan saya bertindak spontan sebegitu,
saya cuba bercerita tentang peristiwa daripada Al-Quran dengan menggunakan teknik chunking.

Hasilnya?

Alhamdulillah.

Katanya, dia berminat dengan cerita saya tentang permulaan kejadian manusia di bumi.
Cerita itu saya petik dari surah Al-Baqarah [2: 30-36]

Katanya, dia tertarik apabila saya bercerita serba sedikit tentang kisah para nabi terdahulu.

"Nama nabi-nabi kita banyak yang serupa. Ada banyak persamaan rupanya antara kristian dan islam," katanya.

Saya tersenyum. Melayan.

Lakum deenukum waliyadeen
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Lafaz dari ayat ke-6 surah al-kafirun melintas di hati.
Saya cuba bertegas.

Agama kita takkan sama.
Saya memberitahu hati sendiri.

Tak lama, kami berbalas senyuman sambil mengaturkan pertemuan seterusnya.
Memberi peluang untuk saya menyerahkan ole-ole untuknya yang saya bawa dari Malaysia.

Ada hikmah apabila ole-ole untuknya tertinggal di rumah.

Dan senja itu,
saya menapak pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.




Allahu Allahu...
bantu aku untuk membantu agamaMu...

.
.
.
note : Ini cerita bukan rekaan. Moga ada sesuatu yang boleh kita ambil dari kisah ini. Terima kasih juga kepada yang membaca.

Thursday 16 December 2010

Tuhan Penyayang

.
.
.
okeh,
abaikan tajuk pada video utube tuh.

saja nak beritahu pada sesiapa yang terjenguk blog ni,
bahawa saya terkesan dengan lagu itu.
subhanallah...

okeh,
beransur...

(layankan aje...)
.
.
.





duhai insan yang mulia
ingatlah kepadaNYa
yang telah memberimu
nikmat di dunia

apakah engkau sedar
pemberianNya itu
penuh mengandung makna
tidak terkira

andainya kau mengerti
bersyukurlah kau sayang
kerana hidup ini
sekelip mata

berubahlah semua
seperti kehendakNya
cuma amalan soleh
melindungimu

c/o

ingatlah rakan
ingatlah sayang
kudratnya Tuhan
Maha Segala

sucikanlah jiwamu
dengan amal dan takwa
tanpa rasa curiga
kepadaNya juga

Tuhan pengasih
Tuhan penyayang
pohonlah kepadaNya
sujud padaNya



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
iya.
hidayah milik Dia.

meniti tazkiyatun nafs,
perlu tegas dengan diri sendiri.

Wednesday 15 December 2010

takkan...



takkan tersahut,


sapaan angin lalu.





takkan tersambut,


hilaian tawa ombak.





takkan terbalas,


kiriman salam samudera.





takkan terlayan,


senyum manis rembulan.





takkan termengerti,


sepi yang bukan dicari.








...bilapercayadibalasdusta,jawapannyahanyaredha...

see things...





.
.
.
.
.
.
.


see things 


from a different 


perspective.


.
.
.



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, 


sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, 


telinga mereka dapat mendengar? 


Sebenarnya bukan mata itu yang buta,


 tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."


[Al-Hajj 22 : 46]












yes.
berhenti melihat dari sudut yang sama.
celikkan mata.
bukakan hati.

iya.
setiap yang terjadi ada hikmahnya,
ada ibrahnya,
bagi orang-orang yang berfikir.

kata kuncinya ialah berfikir.
jika tak nampak kebaikan dari sisi sini,
boleh jadi ada manfaat dari sisi sana.

***************************

note: foto itu saya ambil ketika sedang membuat jikken(eksperimen) di makmal universiti.
tak tersangka dalam bilik makmal usang itu, tertampal kertas yang mengandungi ayat berbahasa inggeris yang makes me thinking more about life... makasih jikken.

Tuesday 14 December 2010

yang bernama manusia

Kita yang bernama manusia,
sebaik-baik kejadian,
ianya ahsani taqwim.

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." [At-tin 95:4]

kita yang bernama manusia,
tidak dicipta semata-mata,
ianya bertujuan.

ah,
kamu tidak tahu itu?
atau barangkali kamu lupa.
atau mungkin saja kamu memang tahu dan ingat sentiasa.


tak mengapa,
izinkan saja aku bercerita.

kita yang bernama manusia...
iya.
aku, kau, dia, dan mereka.
diciptakan dengan dua tujuan.
tugas yang tergalas di atas setiap bahu kita.


pertamanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk beribadah kepada Dia.


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Az-Zariyat 51;56)


cuba renungi diri sendiri.
sedalam mana wujudnya rasa kehambaan...
solat, puasa, berakhlak, makan minum, pemakaian...
sejauh mana diri kita,
menjadi cermin kepada rasa kehambaan yang ada dalam jiwa.
jiwa yang penuh rasa kehambaan akan memancarkan sinar keimanan ke luar,
hingga bisa memberi tempias cahaya iman itu kepada orang sekeliling.


ataukah cermin kita yang berdebu?
hinggakan yang cantik, dibias menjadi jelek,
juga yang jelek, dibias menjadi cantik.

oh, jangan terus bernasib malang...


keduanya,
kita yang bernama manusia,
dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'... [al-baqarah 2:30]


cuba menyingkap hari semalam,
apakah ada usaha kita memakmurkan bumi dan isinya?
melunaskan tugas sebagai khalifah,
perlu bermain dengan manusia,
perlu berperang dengan masa,
mahu memberitahu sekalian alam,
bahawa Allah itu tiada setaraNya.


ataukah kita yang terdiam,
tak tahu cara melaksana?
tak mengapa.
cari sahaja teman yang bercahaya.
teman yang mengajak kepada Dia,
itu yang menyelamat kita.
teman sebegitu membantu kita di dunia,
agar tersenyum di hujung Sana.
sila percaya.




oh, cahaya itu ada.terus saja berlari ke Sana. -[sumberfoto: deviantart]

memeluk erat kitab mulia,
mencari lambaian kesejahteraan ummah.
memaut erat dahan tarbiyyah,
menyahut seruan menuju ruang selamat.




pelajari al-quran semahunya -[sumberfoto: deviantart]



langkah ini belum ternoktah.


Ramai sekali yang mengetahuinya,
tetapi bukan sedikit yang cuba menidakkannya.
Eh, bukan.
Bukan menidakkan, cuma tak mahu melunaskannya.
Ah, hentikan saja permainan bahasa.
Alasan selalunya bertopengkan bahasa.


kita yang bernama manusia,
takkan pernah berhenti meminta,
sedang Dia tak jemu memberi.


kita yang bernama manusia,
jarang sekali meluahkan syukur,
sedang nikmatNya tetap tertabur.

ini cerita kita semua,
aku, kau, dia, dan mereka,
kita yang bernama manusia.

Monday 13 December 2010

mencari diri

Mencari diri.

Tak perlu melangkah jauh ke hadapan.
Tak perlu juga mengundur setapak ke belakang.

Hanya berdiri di tempat kaki berpijak.
Cuba sahaja menghadam realiti.
Kerna segala yang telah terjadi, itulah yang terbaik.
Terima sahaja apa yang telah berlaku.
Buruk baik di mata kita, kebenaran ada pada Dia.

Saatnya pena diangkat...
dan...
Tikanya lembaran mengering...




"... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [al-baqarah 2:216]


ayat itu...
selalunya menyejuk jiwa,
melapangkan dada,
memujuk rasa.

ayat itu juga...
adakalanya menyakitkan.

iya.
amat sakit untuk diterima.
amat sakit untuk dialirkan ke seluruh urat nadi,
cuba menyemai benih-benih rasa kehambaan di dalam diri.
agar ia bercambah menjadi suatu tanda penyerahan mutlak.

susah.
ianya sukar.

tak mudah.
ianya bukan senang.

mujahadah untuk pengukuhan jiwa.

mencari diri.
perlu bukakan hati.
jangan tutup,
agar ianya tidak terkunci.

mencari diri.
perlu melapangkan dada.
jangan menyempit,
agar ianya tidak terbalik.

mencari diri.
perlu berdoa.
mohon kekuatan dari Dia.

Dia tidak pernah zalim.
Dia tidak menzalimi.
Dia tidak akan zalim.

mencari diri.
perlu percaya.
Dia yang mengatur segala.

Allahu Allahu...
Engkau dengar kan?


Saturday 13 November 2010

...

.
.
.
pabila pilihan yang ada,
hanyalah menyungkur sujud,
aku rebah.
tak mengalah.
berserah.

.
.
.

Sunday 7 November 2010

mahu yang baik.


.
.
.
mahu yang terbaik.
Dia beri yang terbaik.
tapi diri mentafsir yang sebalik.
apa yang terjadi dianggap jelek.
itu ciri manusia pelik.
diri bukan manusia terbaik.
yang mampu fikir hanya yang baik-baik.
.
.
.

wahai Penilai Hati...
yakinkan aku bahawa Engkau itu Maha Memberi.

wahai Pemilik Nikmat...
yakinkan aku bahawa Engkau itu dekat.
.
.
.

Allahu Allahu...
izinkan aku melangkah ke Sana...
bersama mereka yang aku cinta...



monolog aku,
-terataibiru-

Tuesday 2 November 2010

deras menuju syurga


.
.
.
andai deras itu mampu membawa bahagia,
aku rela.
andai laju itu bisa mengalirkan cinta,
aku sedia.
andai deruan itu arahnya menuju syurga,
aku damba.

.
.
.
monolog aku,
-terataibiru-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...ku lihat semua gembira, bila mengenali erti CINTA...

.
.
.

Thursday 28 October 2010

because of Palestine ~ sila ambil tahu. jangan jadi dungu.

bismillahi arrahman arrahim...


ini bukan iklan.
jangan ambil pesan.

ini bukan promosi.
jangan berbasa-basi.

ini pemberitahuan.
sila ambil tahu.

ini peringatan.
sila beringat.

ini pemakluman.
harap maklum.

[teratai biru]

***











“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.


(Riwayat Bukhari)


***


KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1





Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,


Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,


Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.


Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama  Aqsa Syarifmembawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang  utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana  sebilangan krew terkorban serta cedera.




Ayuh, selami sendiri


dan hayati perjuangan mereka.


Secara “live” kami bawakan kepada anda


KERANAMU PALESTINA



-diari sebuah perjalanan-



3 November 2010


bertempat di PLAZA WEST, SAITAMA




〒338-0835


さいたま市桜区道場4-3-1


プラザウエスト


さくらホール


access : 2 laluan bas



1. Dari Minami Yono Eki→Saitama Univ→Jalan kaki ke Plaza West.(10minit+15minit)


2. Dari Urawa Eki→Plaza West(20minit)


 






Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.





p/s: bagi mereka yang duduk jauh dari Tokyo, jika ingin menaiki kapal terbang, kami mengesyorkan kepada anda untuk mencuba perkhidmatan http://www.skymark.co.jp/ja/

***





sesiapa yang TAK TAHU,
dan MAHU ambil tahu,
mungkin ini langkah awal.
kenali PALESTIN.

berhenti tutup mata.
sudah-sudahlah memekakkan telinga.
cukup-cukuplah berhujah kosong.

sejenak...

tanggal 31 MEI 2010.
Mavi Marmara menuju ke Gaza.
yang di atas kapal diserang.
di atas sempadan antarabangsa.
rakyat Malaysia terlibat.

dan,
ramai yang bersuara.
melenting tak ingat dunia (mungkin, ingat akhirat).
fesbuk gempar dengan kisah Mavi Marmara.
para bloggers kecoh dengan poster membenci Israel.

tapi sekarang mengapa diam?
heh.
kelakar, okeh.
isu Palestin itu secara bermusimkah?



konvoi Mavi Marmara adalah yang ke-4 menuju Gaza.
kau tahukah?

sebelum itu ada konvoi lain.
yang pernah cuba memasuki Gaza.
mengikut jalan darat (melalui London)
ada kau tahu?

sudah 4 tahun lebih saudara se islam kita di Palestin dikurung.
tanpa bantuan kewangan, perubatan, pendidikan.
pernah kau ambil tahu?

kiblat pertama kita berada di Palestin.
eh, kau tahu tak ni?

[terataibiru]

Tuesday 26 October 2010

jawapan, aku tak punya.




siapalah aku mengharapkan cinta

sakit.
pabila impian tinggi melangit.
rebah.
pabila harapan kian tercapah.
redha.
pabila yang ditunggu tak kunjung tiba.
terpana.
pabila yang hadir tak pernah terjangka.
gelabah.
pabila yang ada hanya pasrah.
terseksa.
pabila jawapan tak menenang jiwa.
sendu.
pabila sendiri mendayung perahu.
sayu.
pabila hati terpaku di situ.
geram.
pabila ada yang tak mahu diam.
jemu.
pabila ada yang mengaku tahu.
sebak.
pabila masa kian mendesak.
goyah.
pabila kisah silam datang menerjah.
...
aku tak tahu.
jangan tanya.
tak perlu tunggu.
jawapan, aku tak punya.
maaf.



monolog aku,
untuk kamu.
-terataibiru-

Saturday 16 October 2010

Yang dungu, kamu. Yang belajar, aku. Terima kasih.



[sumber foto]




Wah...wah...wah...

apekah?

sejenak...

ketika ditanya tentang bagaimana Luqmanul Hakim memperoleh hikmah, Luqmanul Hakim menjawab, " Aku belajar daripada mereka-mereka yang dungu. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh mereka-mereka yang dungu, aku tidak akan melakukannya."

[lupa ayat skema. ayat di atas ciptaan aku, tapi isinya tak diubah sama sekali]



Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu erti 'dungu',
kamu adalah sasaran entri aku kali ini.

Iya.

Kalau tak tahu erti kesusahan, masakan tahu menikmati kesenangan.
Kalau tak tahu erti kegagalan, masakan tahu meraikan kejayaan.
Kalau tak tahu erti kesakitan, masakan tahu menghargai kesihatan.
So,
Kalau tak tahu erti kedunguan, masakan tahu mempelajari hikmah.

[ayat aku, sila setuju]


Tak mengapa, aku dah cari siap-siap maksud 'dungu'.
Heh. Baik tu.



(Kamus Dewan Edisi Empat)

Dungu : tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok; mendungukan menjadikan dungu, mem­bodohkan, membebalkan; kedunguan perihal dungu, kebodohan, ke­bebalan, ketololan.




(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Dungu : bodoh; bebal. mendungukan menjadikan (menyebabkan) bodoh atau bebal. kedunguan sifat dungu; kebodohan; kebebalan.




(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kedunguan : sifat dungu; kebodohan; kebebalan.


[tak percaya, sila rujuk]


wink...wink...


Aku dah banyak kali terjumpa mereka-mereka yang dungu melakukan sesuatu kedunguan.
Adakalanya, aku juga terlupa untuk meneladani Luqmanul Hakim yang mempelajari hikmah daripada kedunguan yang bersepah-sepah terpapar di pentas lakonan dunia.

Allahu...Allahu...
Mungkinkah aku layak digelar dungu?

Melihat kedunguan di hadapan mata, tetapi tidak mempelajari sesuatu daripada kedunguan itu, agak membuang masa. Tidak menghiburkan. Malah tak menambahkan iman.


Dalam dunia yang penuh senda gurau ini, banyak sekali kedunguan yang terpampang di hadapan mata. Cuma terpulang kepada kita sama ada mahu mempelajari sesuatu daripada kedunguan yang berlaku, atau hanya menonton lalu turut sama-sama menjadi dungu. Hampeh.


Setiap kejadian adalah asbab.
Asbab untuk kita memperoleh kebaikan mahupun kecelakaan.
Iya kawan-kawan.
Pabila Allah mahu tunjukkan kasih sayangNya kepada kita,
macam-macam kejadian yang Dia izinkan berlaku dalam kehidupan kita.


Roh kita adalah dekat dengan Allah. Sangat dekat.
Tapi itu dahulu.
Sebelum kita dilahirkan ke dunia menjadi manusia yang mengaku sanggup menyandang tugas yang pernah ditawarkan kepada langit dan bumi serta gunung-ganang.
Kesemuanya menolak tawaran itu.


"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh."
[Al-Ahzab 33:72]



amik hang~~~
zalim dan bodoh.





[sumber foto]



Aku, kau, dia dan mereka dengan zalim dan bodohnya mengaku sanggup memikul amanah itu.
Yes, dear... tugas sebagai khalifah.
Tahu pun.

Khalifah...
tugasnya menyuruh kepada yang makruf, mencegah daripada kemungkaran.

Heh.
Kalau perkara yang dungu atau tidak dungu pun tak reti nak beza, macam mana mahu setelkan tugas sebagai khalifah?

wowowowowo...
Berbalik kepada asbab sesuatu kejadian.
Allah sentiasa memanggil kita supaya mendekatiNya.
Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita ini, sama ada kita sedar atau tidak, mempunyai asbab-asbab tersendiri untuk kita makin mendekati Dia.
Cumanya kita jarang mahu menyedari.
Berada di zon selesa barangkali.
Sila setuju.

Saaaangat banyak perkara yang kita boleh belajar daripada kedunguan di hadapan mata.


Contoh ayat-ayat kedunguan yang terang tak perlu disuluh...


ayat 1-
"Aku rasa Allah sayang kat aku. Tak payah studi pun, lulus je exam. Bagusnya aku ini. Selalu solat sunat. Sedekah bagai nak rak. Mesti mudah masuk syurga."



ayat 2-
"Aku still jaga solat 5 waktu. Al-Quran pun aku baca je lagi. Tudung pun ada lagi atas kepala aku ni. Join jugaklah liqa' yang ada sikit-sikit. Kira oraitlah. Cumanya aku kadang-kadang termengumpat je."


ayat 3- [maleh dah nak tulis, fikir sendiri okeh]


Jadi kawan-kawan...

Sesiapa yang terbaca entri aku kali ini, mungkin tulisan aku ini merupakan asbab untuk aku juga kau, dia serta mereka, untuk sama-sama belajar daripada sesuatu kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku.

Setiap kejadian.
Dihadam ibrahnya.
Apatah lagi ketika melihat perkara yang dilakukan oleh si dungu.


Iya.

Dekati Dia selagi darah mengalir.
Fikir perlu diringi zikir.
Berhentilah mencebik bibir.
Itu tanda awal menjadi kikir.




[sumber foto]



Iya.

Ambil hikmah daripada si dungu.

Itu tanda diri mencariNya.


Meneladani Luqmanul Hakim.
Memperoleh hikmah daripada si dungu.


Luqmanul Hakim.
Indah sekali nama itu.
Boleh letak nama anak.
[kepada bakal suami, sila pertimbangkan nama itu okeh]


Kepada sesiapa yang tidak mengenali Luqmanul Hakim,
sila bertanya incik google, incik wiki DAN sesiapa yang kamu siqah(percaya) boleh memberi jawapan terbaik.

Tak tahu, carilah jawapan.
Takkan nak tunggu orang suap semuanya?
Heh.
Jangan jadi dungu.

Friday 15 October 2010

jawapan picisan, membazir masa.


adakalanya banyak bicara tak membawa erti. cukup dengan sepatah kata. Ya atau Tidak.





mendapat soalan.




berkias-kias melontar kata.




opss...
stop it, please.





mungkin, juz stop it!





kerana...




awak tak menjawab soalan.






hanya membawa kesimpulan sekilas pandang.





menyimpang jauh dari kebenaran, malahan.





jawapan picisan, membazir.





haih~~~






(Adakalanya sesuatu soalan itu hanya memerlukan satu jawapan mudah. Hanya jawab 'YA' atau 'TIDAK' .Tak perlu perkataan-perkataan lain untuk membentuk susunan ayat yang mungkin indah bunyinya. Makin dicuba menyusun bicara, makin menyimpang dari keperluan soalan. Mungkinkah kebenaran? Oh, hanya membuang masa. Juz stop it!)

*
*
*

[pesanan dari aku untuk aku. andai tiada keperluan bersuara, jadi kamu sila diam.]

Saturday 2 October 2010

soalan itu takkan ditanya




[sumber foto]


Someone once asked me


"why do you always insist on taking the hard road?"


and I replied


"why do you assume I see two roads?"


***

dan
aku menambah

"kalau kamu menjadi aku,
kamu takkan bertanya begitu.
soalan itu takkan ditanya."

Friday 1 October 2010

tiada tajuk

Iya.
Entri ini tiada tajuk.
Bukan.
Bukan malas nak fikir, cuma malas mahu letak.

Tadi aku sakit kepala.
Eh, sebetulnya semalam.
Sejak semalam.
Iya.
Sakit kepala.
Bukan perkara asing.
Kerap benar sakit kepala menziarahi aku.


Petang.
Housemate suruh makan pain killer.
Tapi aku dengan konfiden cakap tak mahu.
Bukan.
Bukan ego.
Sombong pun bukan.
Cumanya mahu latih diri agar kuat.
Jangan terlalu bergantung pada ubat.
Bajet macam gagah.

Sakit.
Kepala aku sakit.
Aku cuba berzikir.
Mahu mujahadah jiwa.
Bina keyakinan pada Dia.
Sakit itu kifarah dosa.
Tak perlu merungut segala.

Sakit.
Tiba-tiba aku tulis di status ym- Allahu Allahu... Sakit.
Entah.
Aku sebenarnya tak suka pun bila baca sebarang status-status ym yang berbaur seperti itu.
Status fesbuk aku tak kisah.
Sebab, aku bukannya ada fesbuk pun.
Haha.
Okeh, tak kelakar.
Fesbuk.
Belum ada.
Mungkin esok lusa akan ada.
Aku pun tak tahu.
Rasa seolah-olah orang itu mahu cerita pada semua.
Kisah pengharapan pada Yang Maha Kuasa.
Entahlah.
Seolah-olah tak ikhlas gitu.
Tapi ikhlas atau tidak, manusia tak tahu.
Ikut suka hati dialah mahu tulis apa jadi status ym.
Kenapalah aku kisah sangat dengan status ym orang?
Adoyyaaiii...

Tak lama.
Aku pun padam balik status ym aku tadi.
Macam sengal pun ada.
Entah-entah esok-esok aku buat lagi status yang lebih kurang sama.
Waktu itu, sila abaikan aku tegur-tegurlah aku.
Mana tahu aku perlukan teman buat bersembang seketika.
Walaupun sekadar di alam maya.

Malam.
Aku dah tak tahan.
Sakit.
Tapi takde lah setiap saat.
Cumanya sekejap-sekejap rasa macam ada yang menyucuk-nyucuk kepala.
Macam nak kerat bahagian kepala yang sakit.
Lepas itu, buang jauh-jauh.
Biar padan muka.
Siapa suruh sakit sangat.
Tapi aku tahu itu mustahil.
Akhirnya.
Nasihat housemate ditimbang tara.
Aku ambil juga pain killer.
Lebih spesifik, ponstan.
Alhamdulillah, sakitnya makin surut.
Allahu Allahu...
Terima kasih.
Segala puji hanya bagiMu.
Tak sakit dah.
Selalu Kau buat aku terharu.


Inilah ponstan.
[sumber foto]

Peringatan.
Ini bukan entri meminta simpati.
Aku tak mahu simpati manusia.
Nanti aku rasa diri teramat lemah.

Simpati Dia, aku mahu.
Seolah aku dihembus nafas kekuatan.
Sebab aku tahu.
Aku memang lemah.
Lagi hina.


-monolog aku-
-terataibiru-

Thursday 30 September 2010

Saya Mahu Kebaikan

situasi 1 : menolong orang lain

Fatimah mengangkat kain jemuran di ampaian. Guruh di langit yang berdentam dentum memuatkan Fatimah mempercepatkan langkahnya kembali masuk ke dalam rumah bersama-sama segunung kain jemuran tadi di tangannya.


"waaahhh... BAIKnya roommate aku ini. Tolong aku angkat kain pula. Terima kasih ye Fatimah, " kata Latifah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.


Fatimah tersenyum lalu berkata " Tak ada apa-apa pun. Tak BAIK mananya... Angkat kain je pun."





situasi 2 : mampu menjadi imam, pandai memberi tazkirah (banyak ilmu agama)


"BAIKnya si Amin tu. Senang je kalau kita nak minta tolong. Dia tu tak pernah berkira pun dengan sesiapa. Bertuahlah sesiapa yang dapat bersuamikan si Amin tu. Dahlah boleh jadi imam, pandai pulak tu bagi tazkirah," kata Mak Cik Senah sambil melihat kepada anaknya, Latifah yang sedang mengunyah kuaci di hadapannya.





situasi 3 :  solat, menutup aurat


"Alaaah... aku tak berani lah nak tegur si Aminah tu. Biar je lah dia nak bawa cerita apa pun... Aku ni bukannya BAIK mana pun untuk tegur-tegur orang. Selagi dia tak kacau kita, biarlah dia nak buat apa pun. Lagipun, dia tu masih solat je aku tengok. Kira orait lah tu. Tudung pun pakai je lagi. Dia tu BAIK je. Cumanya dia asyik duk cerita hal orang. Tapi apa yang dia cerita tu mende yang betul kan... " kata Latifah pada suatu petang.





situasi 4 : menjaga pergaulan, baju besar-besar, tudung labuh-labuh


"Kalau boleh, aku mahu dapat isteri yang BAIK. Dia tu mestilah seorang yang menjaga pergaulannya dengan lelaki ajnabi, yang suka pakai jubah-jubah... Kalaulah aku dapat yang pakai tudung labuh-labuh, memang superb lah, " beritahu Ahmad kepada Latif tentang ciri-ciri wanita idamannya.





***


wallaweeeeyyyhhhh.....


itu semua antara ayat-ayat klise tentang keBAIKan. Apa sebenarnya maksud keBAIKan? 


Semua orang sukakan keBAIKan. 


Semua orang mahukan keBAIKan.


Tapi...


Berapa ramai yang mahu melakukan dan menyebarkan keBAIKan?



saya tak suka merumitkan, jadi saya cuba nyatakan dalam bahasa yang mudah insyaAllah...





keBAIKan adalah sesuatu yang menyenangkan hati dan diredhai Allah, Sila setuju. Sebarang perlakuan yang tidak mendatangkan keredhaan dari Allah tidak layak dipanggil keBAIKan.





Ya.


Tolong orang.


Berkata benar.


Menepati janji.


Berkata yang manis.


Menjaga hati kawan.



***



Semua itu adalah contoh keBAIKan.


Tapi, sejauh mana tafsiran keBAIKan itu dalam melakukan tugas sebenar kita sebagai hamba dan khalifah Dia di muka bumi ini?



Iya.


Hamba.


Khalifah.


Sentiasa taat pada perintah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. 
Itu tugas si hamba.




Mengajak orang lain kepada Penciptanya. Kembali kepada fitrah. Mengajak kepada islam. 


Itu tugas si khalifah.



Yes.


I really mean it.





Mengajak manusia kepada keBAIKan yang sebenar iaitu islam sepenuh masa
Mempamerkan islam dalam setiap perlakuan dan pertuturan.
Bunyinya mudah, melaksanakannya payah. 
Yes. 
Kerana itulah Dia janjikan syurga buat mereka-mereka yang bergolok bergadai dalam mengajak manusia ke arah islam. 




[sumber foto]
Kita mahukan keBAIKan.
Dan keBAIKan yang terBAIK adalah syurga.


[sumber foto]
Untuk mengajak manusia ke arah keBAIKan, caranya hanya satu.
Dakwah.
Berdakwah atau bahasa mudahnya, menyeru.
Menyeru orang kepada islam bukanlah dengan hanya berdiri di hadapan lalu memberi ceramah tentang islam segala. 
Itu hanya salah satu cara.
Banyak lagi cara yang lain. 
Plis, jangan sempitkan pemikiran.








Bersembang dengan kawan-kawan juga suatu dakwah.
Menghormati guru juga suatu dakwah. 
Meraikan hari jadi kawan-kawan juga suatu dakwah.
Menggembirakan hati ibu bapa juga suatu dakwah.
Memaafkan kesalahan orang lain juga suatu dakwah.
Berpakaian yang kemas dan bersih juga suatu dakwah.


Senang cerita, segala perkara yang BAIK-BAIK yang diniatkan kerana Allah adalah dakwah.


Mengapa?
Sebab kita sentiasa diperhatikan oleh mereka-mereka di luar sana yang sedang mencari-cari cahaya. 
Yang mahukan kepada keBAIKan.


Siapa lagi yang bertanggungjawab mempamerkan keBAIKan islam kalau bukan kita-kita yang mengucap syahadah paling kurang 9 kali dalam sehari?
Tambahan pula jika kita mengaku sudah mengenal jalan tarbiyah.


[sumber foto]
Siapa tahu, hanya dengan melihat tingkah laku (bahasa mudahnya, akhlak) kita yang BAIK, ada insan yang tertarik dengan ajaran islam ini.


Iyalah, hidayah itu milik Allah.
Mana tahu, tingkah laku yang kita tonjolkan akan menjadi asbab kepada perubahan (bahasa mudahnya, turning point) seseorang. 


Kamon lah korang...


Kita buat sama-sama dakwah ini. Tugasan yang tergalas atas bahu setiap yang bersyahadah.
Hukumnya wajib.
Iya.
Mengajak orang lain kepada islam adalah wajib.
Tak buat, dosa.
[rujuk]


[sumber foto]
***


Kita mahukan keBAIKan.
Lalu...
Kita mencari keBAIKan.
Dan...
Dia bagi kita keBAIKan dengan kefahaman tentang islam.
Tapi...
masih ramai mereka-mereka di luar sana yang masih mencari-cari keBAIKan.
Lagi pulak...
kita tak mahu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan menyembunyikan kebenaran yang kita akui.


wowowowowowo....


Alangkah ruginya jika itu berlaku. Bayangkan jika langkah kita untuk menginjak ke syurga terhalang oleh kawan kita yang claim kat Allah. 
Katanya, kita tak tegur pun kesalahan dia yang suka lewat-lewatkan solat.
Katanya, kita tak beritahu pun tentang keindahan Al-Quran. 
Katanya kita punya perangai pun tak mencerminkan muslim. Erkk...
Rugi, okeh.
***


senang cerita.
KeBAIKan yang kita dapat, kita WAJIB sampaikan kepada orang lain.
Mari pastikan hari-hari yang kita lalui tak berlalu tanpa kita mengajak orang lain kepada keBAIKan.
Buat BAIK aje lah... 
Bukankah akhlak Rasulullah dengan si wanita buta telah menjadi asbab kepada pengislaman wanita itu? [rujuk]


Tepuk dada, tanya iman.


Okeh, saya sakit kepala. Mahu cari pain killer. Doakan keBAIKan untuk saya. Terima kasih baca.