Thursday 17 February 2011

Aku berjalan, aku belajar. (2)

Pertualangan diteruskan lagi.
Tanpa berjalan meninggalkan tempat sehari-hari,
aku tahu pengamatan kehidupan aku takkan ke mana.
Bumi Allah ini luas, lagi perlu dijejaki.
Hidup ini suatu realiti, tapi selalu bermain dengan fantasi.
Haha.
Seringkali manusia terperangkap dalam keluh nasib sendiri.
Lupa barangkali tanggungjawab yang tak terlaksana lagi.

Kesal.
Sesekali hati cuba membisik jujur.
Keputusan yang diambil tak menterjemah luhur.
Kisah silam selalu membajai pertimbangan.
Lorong-lorong hidup yang pernah dilewati tak tersuluh terang.
Penuh liku dalam menelusuri alur-alur cahaya Itu.
Aku cuba akur.
Semahunya menelan selamba,
bahawa Allah itu Pengatur segala urusan dunia.
Baik buruk di mata kita,
neraca sebenar di tangan Dia.

Redha.
Doa itu pasti kan terjawab,
dengan cara Dia.


~~~~~~~~~~~~

Allahu,
aturkan hidup aku dengan cara yang Kau paling suka.


[Osaka, Jepun. 16/2/2011-17/2/2011]

Wednesday 16 February 2011

Aku berjalan, aku belajar. (1)

Kesemuanya ada.
Keperluan jasadi lengkap, pendek kata.
Keperluan ruhi perlu diamati lagi, panjang huraiannya.

Tahu dan faham itu berbeza.
Tarbiyah takkan sempurna dengan satu hala.
Ianya bercabang.
Perlu diteliti setiap cabang, agar tak tersilap menghadam ibrah.

Perlu bijak memanipulasi kata.
Kata kosong perlu dibalas lopong.
Biar fikiran tak terus terapung.
Jangan terus terpedaya dek luasnya ruang maya.

Hidup ini lebih dari sekadar perjalanan.
Ianya perjuangan.
Tak cukup sekadar tahu.
Tolonglah faham.

~~~~~~~~~~~

Melangkah lagi menuai kasih, mengharap kasihnya Dia.

[Nagoya, Jepun. 13/2/2011-15/2/2011]

We Could Learn Something From This Guy

Saya mendapat tahu mengenai video ini melalui seorang teman.

Pada hari yang sama juga, ada seorang teman yang lain turut me'link'kan status ym nya dengan link yang sama video ini ke youtube.
Wah2. Best benor ke video nih?




Saya teruja dengan ayat-ayat ini dalam video...

I thought, what is the purpose of my life?
What am I going to do?
In a star hotel, I feed all my guests.
But where in my hometown,
there are people who are living,
even without food?


Saya ulang baris ayat terakhir perenggan itu,

there are people who are living,
even without food?



Aha.

Ada sesuatu yang boleh kita belajar dari situ.
Tak semua orang dikurniakan dengan kesenangan mengisi perut, apatah lagi kemewahan material.

Dan tak ramai pula orang yang sentiasa ingat akan hal ini, setiap masa.

Krisis nilai?

Tak perlu lihat yang jauh-jauh, lihat sahaja suasana di Malaysia. Sehingga awal remaja, saya membesar di Selangor yang melingkungi kotaraya Kuala Lumpur. Penuh kesesakan.

Penjaja-penjaja yang berceratuk di tepi-tepi jalan demi mencari rezeki, ditambah dengan pengemis-pengemis di penjuru-penjuru jalan demi sesuap nasi. Cukup untuk membuatkan saya berfikir.

"Apalah mereka ni, tahu nak mengemis aja. Berusahalah sikit, paling kurang pun seperti penjaja-penjaja tepi jalan tu...Tak payahlah meminta-minta," kata saya.
Meluah pemikiran spontan seorang pelajar sekolah rendah.

"Kalau mereka itu menjadi penjaja, takdelah mereka mengemis dan meminta-minta," balas emak saya. Bersahaja.

Saya terdiam. Cuba menghadam tarbiyah spontan.

Ada sesetengah daripada kita yang tak mampu pun untuk mencari sesuap nasi. Kurang upaya, faktor usia, kekangan hidup antara punca-punca yang menyumbang kepada aktiviti meminta-minta.

***

Kini saya berada di bumi matahari terbit, Jepun, yang berbendera bulat merah di tengah kain putih.

Di sini, kemajuan berteknologi menjadi sasaran utama dalam kehidupan. Bangunan-bangunan tinggi menjulang langit, hanya sesekali berjumpa tanah yang berpokok. Itupun dikira bertuah.

Di celah-celah masyarakat Jepun yang berkejaran ke sana sini, ada juga manusia bernyawa tidak berumah, digelar homeless. Bilangannya banyak. Mudah dijumpai di Osaka, yang memiliki peratusan tertinggi homeless di Jepun. Kebanyakan mereka diberi makan dan minum dengan peruntukan kerajaan.

Saya bukan mahu menulis tentang orang-orang yang homeless, mahupun yang terpaksa meminta-minta, mengharap ihsan masyarakat untuk meneruskan nyawa.

T___T

Saya ada banyak perkara untuk ditulis sebenarnya sehingga saya menjadi speechless. Adeh.

Apa yang cuba saya ketengahkan ialah kemahuan kita untuk memberi.
Tidak semua orang mampu untuk memberi, tanpa berkira, sama ada di ketika senang mahupun susah.

Ada banyak 'benda' yang kita boleh beri kepada orang lain. Bukan hanya duit, pakaian, makanan, buah pinggang atau mana-mana organ sahaja. Ayuh, luaskan ruang pemikiran.

Mungkin kita jarang nak perasan, bahawa dalam konsep memberi, kita boleh juga beri perhatian dan masa kita kepada orang lain. Iyalah kan, bukan semua orang ada banyak duit untuk diberi kepada orang lain yang lebih perlu. Walaupun baaaaanyak benda kita boleh dapat dengan duit, tapi sedikit pun duit tak mampu membeli kasih sayang (baca : perhatian).

Menonton video di atas berulang kali, saya cuba mencari nilai utama yang cuba dibangkitkan.
Yes. Saya jumpa. Ianya pada minit ke-2:29 hingga minit ke-2:34.

What is the ultimate purpose of life?
It's to give.
Start giving. See the joy of giving.


Memberi.
Betapa seronoknya bila ada orang lain yang bergembira dengan pemberian kita.

Tak perlu nak kedekut, lokek segala.

Tak luak pun apa yang kita ada, kalau kita beri sesuatu yang kita rasa, ada, punya, miliki, kepada orang lain. Bahkan bertambah.

Ini janji Allah...

" Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh lipat amalnya..." [Al-An'am 6 :160]




~~~~~~~~~~~~~~~~

dah lama mende nih bersarang dalam draf.
baru sekarang saya publish.