Tuesday 29 May 2012

Kisah Hospital 1# : Ia bermula



Sekadar catatan kehidupan,
buat tatapan sendiri di hari muka,
juga buat sesiapa yang mahu turut berkongsi rasa.

Ceritera ini, banyak mengajar erti Kasih.
Kisah ini, lebih membuat aku menagih.
Menagih kebersamaan Pemilik Segala Tasbih.

Ada banyak hikmah yang terselit indah,
tersusun rapi dalam aturan Tuhan Yang Maha Pengasih.

Jemput baca, bagi yang teruja.




(';

*****************************************************************************




Segalanya bermula


13 April 2012
Jumaat

Saya dah mula rasa tak sedap badan. Saya dah mula rasa berbahang di kepala, muka memerah dek suhu yang meningkat tinggi. Malam itu, kami, warga hawa universiti Yamanashi, pakat-pakat pi main badminton. Tapi saya tak main, sebab ada sedikit luka di kaki. Tapi tetap pergi memeriahkan suasana. Tambahan pula, sebelum berbado (bermain badminton), kami sempat bertilawah bersama-sama, dan seorang sahabat sempat  memberi soalan cepumas kepada kami, untuk mencari ciri-ciri orang yang mendapat nikmat berpanjangan. Jawapannya ada pada mukasurat 517 dalam Al-Quran standard. Okeh sila cari sendiri jawapannya. Pada malam itu, ramai yang menegur rupa saya yang kelihatan memerah pelik, macam orang tak sihat. Bila saya tilik ke cermin, kelihatan mata saya yang memerah seakan baru lepas menangis tersedu-sedan. Ohh... patutlah orang duk tegur...

Malam itu, saya terjaga daripada tidur pada tengah malam. Rasa sejuk sangat. Sweater yang dipakai seolah tak mencukupi (nota : Jepun sudah mula memasuki musim panas, jadi sepatutnya tak sejuk sangat lah), saya hidupkan danbo(heater) bagi membantu memanaskan badan. Kaki saya sejuk, tangan tak usah cerita. Warna kebiru-biruan hampir kehitaman itu perkara biasa. Yang peliknya, muka terasa memanas, kepala terasa berbahang. Saya rasa lemah sangat. Tak lama kemudian, saya mula menggigil. Terkejut apabila melihat tangan sendiri menggeletar, saya cuba melihat ke cermin. Bukan setakat tangan, malah seluruh badan saya menggigil. Macam orang yang sakit parkinson. Saya cuba mengambil futon(sejenis tilam yang nipis, ala-ala toto kalau di Malaysia) lalu menyelimutkan seluruh badan. Keadaan masih tak berubah. Malah semakin teruk. Makin menjadi-jadi gigilnya. Saya ambil tuala, gigit kemas-kemas, mengejapkan gigi kuat-kuat. Bimbang nanti terkena kancing gigi. Air mata tumpah merembes-rembes. Saya kaget tak tahu nak buat apa. 

Tak sampai hati mahu membangunkan cik hosmet di bilik sebelah. Malam itu, dia tidur lewat, dan esoknya dia akan bertolak ke Tokyo (perjalanan melebihi 2jam menaiki tren) untuk berbulatan gembira bersama adik-adiknya. Saya bimbang nanti saya akan mengganggu rehatnya pada malam itu, lantas mengakibatkan dia tak perform ketika berbulatan gembira. Risaunya andai saya menjadi penghalang dakwahnya. T__T
Esoknya juga, sebetulnya saya juga perlu ke Tokyo untuk berbulatan gembira bersama adik-adik pujaan juga. Mengenangkan itu, saya semakin tak tentu arah. Air mata makin melaju membasahi pipi. Tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak give up je untuk pergi Tokyo pada esoknya, sebab saya rasa dah lemah dan amat tak larat dah waktu tu. Saya masih ingat, waktu itu saya yang menggigil kesejukan, masih setia menggigit tuala, dengan penuh linang air mata, duduk memeluk lutut di hadapan danbo, berselimutkan futon, terlena juga dalam keadaan bilik yang terang-benderang. 


14 April 2012
Sabtu

Pagi esoknya, subhanallah... saya terjaga daripada tidur, bangun seperti biasa, macam tak ada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Cuma mata terasa tak selesa sikit, mungkin sebab dah menangis banyak kot. Saya dipermudahkan Allah untuk berbulatan gembira bersama adik-adik pada siang sabtu itu. Dan adik-adik pun duk bertanya tentang keadaan saya. Kata mereka, muka saya ni nampak macam orang yang tak sihat. OMG, rupanya saya masih belum sihat. Saki-baki kepanasan badan masih ada. Okeh saya mengaku, waktu tu memang saya rasa pening-pening juga. Tapi perasaan teruja berjumpa dengan adik-adik terchenta mengatasi segalanya. Tambahan, petang itu kami sempat menziarah ke masjid. Terasa tenang menyusup ke jiwa. Dapat mendengar azan direct ke telinga, seronoknya rasa (selalunya cuma dengar azan daripada speaker komputer je). Malam itu, saya berkejar ke bulatan gembira sendiri pula yang dibuat di rumah salah seorang teman. Badan masih terasa panas. Err... makin panas.


15 April 2012
Ahad

Esoknya, selepas berbulatan gembira sejurus selepas subuh, saya genkai(sampai limit tak larat sangat dah). Saya terbaring di tempat tidur si teman. Kepala terasa makin berbahang. Petangnya, selepas mandi membasahkan kepala, terasa sedikit segar. Cukuplah untuk melangkah pulang ke rumah sendiri (2 jam lebih perjalanan menaiki tren), walaupun hanya mampu jalan slow-slow je. Sempat menelan ubat demam yang dibeli di farmasi berdekatan. Alhamdulillah rasa better.

Malamnya, saya sampai di rumah di Yamanashi. Ubat yang ditelan petang tadi seumpama dah tak ada kesan. Saya rasa tak larat sangat. Saya cuba gedik-gedik nak sukat suhu badan. Mula-mula, suhu duk area 38℃ atau 39℃ lagi. Saya buat tak heran. Malas nak layan suhu yang tinggi-tinggi tu. Malas nak mengaku yang diri ini sememangnya demam. Kemudian, bila sukat lagi, 41℃ !!! Amik hang. Okey saya dah mula kaget. Teringat yang ada orang kata, kalau suhu badan mencecah 40℃, nanti boleh effect otak. Boleh terencat. Saya memutuskan untuk menerjah ke klinik pada esok hari. Saya ajak cik hosmet untuk menemani saya esoknya. 

Saya cakap kat dia, 

"Saya bimbang saya rebah je on the way gi klinik tu."

Sampai macam tu sekali saya punya imagination tentang apa yang bakal berlaku esoknya. Tu bukti saya dah rasa genkai habis. Seriously dah tak larat.



16 April 2012
Isnin

Hari ini, saya ditemani cik hosmet berjalan menuju ke klinik berhampiran rumah. Setapak demi setapak saya melangkah. Kepala saya yang berbahang terasa sakit. Seakan bisa rebah bila-bila masa. Sesampainya di klinik, saya diperiksa. Anak tekak dijolok untuk buat influenza test. Okeh doktor kat klinik ni agak kasar. 

Waktu tu, rasa macam nak jerit kuat-kuat, 

"I ni dah la sakit, tak larat... Buatlah pelan-pelan." 

Tapi alhamdulillah saya masih mampu behave lagi. 

Bila dah buat test, resultnya saya negatif influenza. Doktor masih tak puas hati, sekali lagi anak tekak saya dijolok untuk dibuat test lagi sekali. Saya rela dalam paksa. Uhuk uhuk.

Doktor tu cakap, saya dehydrated. Saya disuruh berbaring di katil milik klinik berkenaan, dan air pun dimasukkan ke dalam badan, menerusi drip di tangan. Darah saya juga diambil untuk pemeriksaan lanjut. Disahkan anemia. Tak terkejut pun bila doc cakap gitu, sebab saya memang dah tahu yang saya ada anemia.

Selepas selesai urusan di klinik berkenaan, saya dan cik hosmet melangkah pulang. 3 keping coolfever ditempek di bahagian kepala saya, demi membantu menurunkan suhu yang mencanak naik. Satu ditempek di dahi, dua lagi di bahagian kiri dan kanan leher. Hilang kakkoi.   Seperti tadi, kaki saya masih melangkah setapak demi setapak. Perlahan. Boleh imagine ke? Jalan setapak, kemudian berhenti. Melangkah setapak, kemudian berhenti. Gitulah yang berlaku hingga sampai ke rumah. Di pertengahan perjalanan, saya hampir hilang pertimbangan, berjalan terhuyung-hayang, dan hampir terjatuh. Cik hosmet lantas memimpin saya untuk melangkah. Sweet kan? (^^)/  Nasib baik ada dia. Saya ingat lagi, waktu itu, dia mengejar masa untuk ke sekolah. Selepas memastikan saya selamat sampai di rumah, cik hosmet berkejar ke sekolah, dan tak lama kemudian, dia bergegas pulang, untuk bantu saya makan ubat yang diperoleh selepas ke klinik tadi. Bantu makan ubat, okeh. Means, nak makan ubat pun saya dah tak mampu nak buat sendiri! 

Malam nya, panas yang dirasai makin menjadi-jadi. saya makin tak larat. Saya gagahkan diri untuk mandi dan membasahkan kepala, dengan harapan dapat juga lah menurunkan suhu sedikit. Alhamdulillah rasa segar dan better, tapi masih tak larat. Cik hosmet menyediakan nestum untuk saya jamah sedikit, sebagai persediaan untuk memakan ubat (tak boleh makan ubat kalau perut kosong). Saya dah makin tak larat . Tak ada selera langsung pun. Tapi terpaksa juga makan nestum tu sebab nak makan ubat. Saya rasa tak larat sangat sampai cik hosmet perlu menyuapkan nestum ke mulut saya menggunakan sudu. Saya telan sedikit je, ada lah beberapa sudu, cukup syarat nak menelan ubat. Kemudian, ubat pun berjaya ditelan. Tak lama, perut saya meragam, tekak terasa loya. Saya muntahkan balik segala ubat yang ditelan tadi. Saya ingat lagi, waktu itu lebih kurang pukul 1130malam. Saya minta cik hosmet untuk menelefon senpai(senior), untuk membawa saya ke hospital. Saya makin genkai!  Saya tahu yang saya dah tak boleh duduk di rumah. Pergi klinik pun tak jadi apa, jadi saya putuskan untuk ke hospital.

Tak lama, seorang kak senpai datang ke rumah, bersama keretanya. Saya sempat meminta cik hosmet membawa prescription ubat-ubatan yang diperoleh daripada klinik tadi, purse, iphone, juga surat temujanji dengan doc peribadi saya di hospital yang bakal dituju (err dah tak ada perkataan lain dah sebenarnya, doc peribadi tu maksudnya doc yang memang merawat penyakit saya sebelum ni). Saya dikejarkan ke hospital. Bilik ditinggalkan dalam keadaan huru-hara. Muntah sebaldi... Okeh tipu. Muntah yang bertakung dalam baldi, air asam jawa dalam bekas yang diguna untuk menjelum kepala sebelum ini, tuala, futon dan segala selimut dan bantal yang basah (sebab duk jelum kepala sebelum nya), secawan nestum yang tak habis dimakan, ubat-ubatan... Semuanya ada di atas lantai. Bilik saya bersepah.

Setibanya di hospital, saya ditemukan dengan doc bertugas pada malam itu. Saya ditempatkan di katil sementara untuk dibaringkan supaya mudah urusan pengambilan darah dan selainnya. Darah saya diambil beberapa tabung uji untuk tujuan analisis, air pun turut dimasukkan melalui drip di tangan. Saya makin tak larat. Kepala rasa berbahang. Berdenyut-denyut. Tak lama, doc peribadi saya pun dihubungi untuk mampir ke hospital bagi menjenguk kondisi saya. Saya diberi makan ubat oleh nurse, tapi saya muntahkan kembali. Hukhuk...

Tengah malam itu, eerr... sebetulnya awal dinihari, saya ditolak menggunakan kerusi roda, menuju ke bilik scan, untuk mengambil x-ray. Kemudian, saya diberi pilihan oleh doc, sama ada mahu pulang ke rumah, dan datang kembali sesudah mentari terbit, ataupun stay sahaja di hospital. Katanya, sebarang analisis terhadap darah dan selainnya, tak dapat dibuat lagi, sebab tempat yang menganalisis tu tutup. Tengah malam okeh. Memanglah tutup. Waktu itu, saya kasihankan cik hosmet dan kak senpai yang sudah berjam-jam lamanya menunggu di luar. Kasihan mereka. Saya tak mahu menyusahkan mereka lagi untuk menghantar saya kembali ke hospital sesudah matahari terbit, lalu saya memilih untuk stay di hospital pada malam itu, tanpa menjangkakan bahwa ia merupakan malam pertama untuk saya bertarung hidup di hospital untuk hari-hari seterusnya.



Bersambung...



Papan tanda yang tercatat di atas kepala katil saya di hospital. Ada nama saya, dan doktor yang merawat.
Boleh buat omiyage ni. Hikhik.



Tuesday 15 May 2012

Teguran Allah pada Hari Nakba kepada saya


Latar masa : Selepas waktu zohor 15 Mei 2012
Latar tempat : Sekitar kawasan aman di Universiti Yamanashi
Watak terpilih : Saya dan seorang teman berjantina sama, beragama berbeza.

Beliau, seorang teman yang sudah lama tidak saya jumpa. Kami mengatur temujanji untuk saling bertanya khabar, bertukar cerita. Pada mulanya, kami mahu berjumpa pada jumaat minggu lepas, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami menangguhkan temujanji kepada hari ini.

Baru sebentar tadi, saya berjumpa dengannya, sempat berbual hal-hal peribadi hinggalah kepada hal-hal dunia. Antara sebab yang menyebabkan saya suka dan teruja untuk bertemu dan bertukar cerita dengannya ialah kerana beliau suka bercerita tentang apa yang dibacanya, apa yang ditonton di televisyen, dan apa yang difikirkannya tentang apa sahaja, terutamanya tentang hal-hal agama dan kemanusiaan.

Beliau seorang wanita jelita yang berasal dari Ukrain, sudah berkahwin, masih muda, berketurunan Kristian. Datuk nya yang amat taat pada agama Kristian, serta neneknya yang banyak menghabiskan masa dengannya semasa kecil, banyak mempengaruhi pemikirannya.

Perbualan kami pada mulanya, lebih tertumpu kepada pengalaman saya yang terlantar di hospital baru-baru ini, dek demam panas yang merancakkan penyakit auto-immune yang saya ada. Bermula perbualan daripada saya dinasihatinya agar banyak memakan buah-buahan yang membekalkan vitamin C, kepada disuruhnya saya mempertimbangkan untuk menyambung pelajaran di Malaysia sahaja kerana cuaca di Jepun yang membahayakan keadaan saya yang berpenyakit. Katanya, para doktor di Jepun tak berapa 'pakar' tentang cara-cara menangani penyakit saya ini. Dia beri beberapa contoh kisah yang 'menyokong cadangannya'. Okey tak mengapalah, saya hanya diam, sambil mengangguk tanda setia mendengar. Terima kasih atas kerisauan dan sifat ambil beratnya pada saya, tapi minta maaf teman, saya masih mahu berada di Jepun.

Entah macam mana, perbualan kami diteruskan kepada kisah Amerika yang bergelar 'penjenayah' , walaupun tetap wujud rakyatnya yang amat baik hati dan baik budi. Kemudian, masuk pula kepada kisah revolusi yang berlaku di Egypt, Libya, Syria, dan kawasan sekitarnya. Apabila ditanya tentang apa pandangannya tentang revolusi yang berlaku, katanya mereka-mereka yang berevolusi itu berkemungkinan besar dibayar untuk berkumpul ramai-ramai, lalu berganding bahu menjatuhkan pemimpin negara masing-masing. Katanya lagi, rakannya yang pernah berada di salah sebuah negara yang berdemonstrasi memberitahu bahawa selama ini rakyat di negara tersebut berada dalam keadaan 'okey' sahaja, taraf hidup di negara tersebut pun agak tinggi jika mahu dibandingkan dengan Ukrain (katanya), kemudian tiba-tiba rakyat di situ mahu berrevolusi. Perkara sebegini tidak masuk akal. Jadi, adalah logik sekiranya rakyat di negara tersebut sebenarnya dibayar untuk berrevolusi. Saya menelan air liur. Geram ada. Sedih pun ada. Saya geram kerana umat islam yang berkumpul untuk memperjuangkan hak-hak kemanusiaan sebagai warganegara daripada pemerintah sendiri, dianggap sebagai menerima bayaran untuk berrevolusi. Saya sedih kerana teman yang banyak membaca pun, salah mentafsir dan 'membaca' realiti tentang apa yang berlaku di negara Arab sana. Macam nak nangis.

Dia banyak membaca dan memerhati, jadi sepatutnya apa yang difikirannya adalah sesuatu yang 'menarik' untuk saya dengar. Saya cuba menduga apa yang diketahuinya tentang konflik terbesar dunia. Saya bangkitkan isu Palestin. Apabila ditanya tentang Palestin, dia mengaku yang dia pernah mendengar tentang Palestin, tapi tak tahu dengan jelas pun tentang apa yang berlaku di sana. Zaaassss... Hati saya ibarat ditoreh-toreh. Aiseh, orang yang banyak membaca dan ambil tahu tentang dunia pun, tak tahu apa sebenarnya yang berlaku? 








Kebebasan Palestin akan menjadi tanda kemenangan islam. Ustaziyatul alam makin hampir insyaAllah.  Mahu menyumbang? Berdakwah lerrr... [sumber foto]






"Hari ini 15Mei, Hari Nakba untuk Palestinians,"saya memberitahunya. Dia tercengang apabila saya menceritakan tentang apa yang berlaku di Palestin 64 tahun dahulu. Apabila saya bercerita tentang kapal Mavi Marmara yang menuju ke Palestin, membawa bukan sahaja orang islam, bahkan turut membawa orang-orang bukan islam. "Kapal itu diserang pada waktu awal pagi, ramai yang terbunuh," saya memberitahunya. Si teman yang membenci hal-hal keganasan dan kezaliman itu terus menunjukkan ekspresi muka tanda turut marah akan hal itu. "Di Palestin, orang Israel turut mengebom sekolah-sekolah, hospital-hospital, juga kem-kem pelarian," saya bercerita sambil memandang wajahnya. Si teman yang sememangnya 'tak ngam' dengan orang yahudi, makin menunjukkan riak muka yang membenci hal itu.

Eeeeeeehhhh.... dia ni tak tahu ke apa yang berlaku di Palestin? Saya bermonolog dalaman.

"Isu Palestin bukan isu umat islam sahaja, itu dah menjadi isu kemanusiaan." kata saya sambil merujuk kepada keganasan yang dilakukan kepada aktivis dalam kapal Mavi Marmara yang turut membawa orang bukan islam di dalamnya. Orang bukan islam pun sensitif dengan isu Palestin, itu maksud saya.

Si teman makin tercengang dengan cerita saya. Mungkin kehairanan, mengapa dia tak mengetahui kisah di Palestin yang merupakan isu kemanusiaan. Saya lagilah hairan.

=.='

Saya berasa kasihan kepada si teman, kerana tak mengetahui tentang apa sebenarnya yang berlaku di negara-negara Arab yang berrevolusi, juga tak tahu-menahu tentang Palestin yang saya kira sudah tersebar kisahnya ke serata dunia.

Saya lebih berasa kasihan kepada diri sendiri. Ini teguran Allah kepada saya. Saya memperjuangkan nasib rakyat Palestin, tapi kawan sendiri pun tak tahu tentang Palestin. Ini teman yang bukan islam. Teman yang seagama pun, masih ramai yang tak tahu tentang Palestin. Saya tidaklah seorang yang serba tahu tentang apa yang berlaku di Palestin, cuma paling kurang, saya tahu yang rakyat Palestin sedang dizalimi oleh orang Israel. Nasib baik si teman menggeleng kepala tanda tidak tahu, di hadapan saya di dunia. Masih sempat saya bercerita serba sedikit semampu saya. Kalau lah di akhirat nanti, si teman menggeleng kepala di hadapan Tuhan, sambil berkata, "Saya kenal dengan si teratai biru yang muslim ni, tapi dia tak pernah pun bercerita pada saya tentang Palestin yang dah jadi isu global tu. Tentang islam apatah lagi."

Nauzubillahi min zalik...

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa."
[Az-Zukhruf 43:67]

Tak dapat dibayangkan andai nanti kaki saya dihalang daripada menjejak Syurga, hanya kerana ada teman yang saya kenal di dunia yang 'claim' pada Allah, yang saya tak pernah bercerita tentang kebenaran (baca : berdakwah) kepadanya, lalu saya dilempar ke neraka yang menyala-nyala.

T_________T


Terbayang-bayang wajah ahli keluarga, saudara-mara yang ada, rakan-rakan satu batch, teman-teman satu sekolah, kawan-kawan satu kelas, jiran tetangga yang berselisih bahu... Adakah semuanya akan mengakui dakwah yang saya buat? Adakah keberadaan saya di dunia ini hanya sekadar ada. Adakah saya sudah menyampaikan nikmat islam dan iman yang saya terima ini pada sekalian penduduk bumi?

Iya, bukan kita yang menentukan sama ada dakwah yang dibuat itu, sampai kepada mereka. Sampai atau tidak, bukan kuasa kita. Kita hanya menyeru, menyampaikan. Kita hanya berusaha, bertawakkal.

"... Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [Ali Imran 3:159]

Nak berdakwah, memanglah susah. Kalau tidak, takkanlah langit, bumi, dan gunung menolak tugas khalifah yang ditawarkan Tuhan?

Susah, tapi kena buat juga.

Mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."
Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."
[Al-Mulk 67:9-10]

Dalam ayat di atas, Allah mengajar kita supaya buat dakwah sungguh-sungguh, sehingga dakwah kita itu diakui oleh orang yang didakwahkan. Dan, mereka yang masih dalam kesesatan itu adalah kerana mereka yang menolak dakwah kita, bukannya kerana dakwah kita cacamarba, bukan kerana dakwah kita yang hambar.

Kata kunci : Buat dakwah sungguh-sungguh. All out!

*Macam kena lempang*

Muhasabah.

Perbaharui niat.
Jom perkemaskan langkah.

Syahadah.

Banyak lagi kerja KITA.
Kerja saya.


***
Terima kasih, si teman dari Ukrain.
i lebiu...



Wednesday 9 May 2012

Random #3

Horizon itu masih di situ.
Ku tenung lama-lama,
Jauhnya aku dengan infiniti itu,
Terbayang gayutan harapan di sebalik kelompok awan-awan ujian,
Awanan yang menapis keikhlasan jiwa seorang hamba.
Aku bungkam.
Aku mahu terbang tinggi,
namun jahiliyyah diri masih kuat mencengkam kaki,
Memasak kakiku tegap di bumi.
Tapi aku mahu terbang tinggi.
Mahu menggapai kenikmatan hidup yang menuju Syurga.
Aku mahu berjumpa Tuhan.
Ingin merasai nikmatnya hidup bersama Sang Pencinta.
Tapi awanan itu masih kelam.
Sedang mentari tetap bersinar di belakang sana.
Aku tiada pilihan.
Aku hanya perlu melangkah di atas awanan kelam,
agar mudah bagiku untuk menyapa Sang Mentari.

-gja-
2012/04/13