Saturday 30 June 2012

Kisah Hospital 3#; Andai aku pergi dulu

Andai aku pergi dulu,
kirimkan doa menerjah petala,
moga aku tenang di alam Sana.


Andai aku pergi dulu,
ampunkan segala salah dan silap,
moga di Sana aku tak tersekat.


Aku manusia biasa.
Alpa lagi penuh dosa.


Banyak memberi susah.
Kerap berkeluh-kesah.


Maaf.
Mohon doa.


-gja-
30/06/2012


***

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
[Al-A'raf 7:34]

Saya disentak oleh ayat itu.

Ajal.
Maut.

Tak siapa pun tahu bila ajalnya. Tapi tak ramai yang benar-benar bersedia menghadapinya.

*macamkenasepak*

Amal kita, tak akan membawa kita menjejak Syurga.

Kita beroleh Syurga, hanya lah kerana RAHMAT-Nya semata. 

Ada orang, beramal sakan dengan segala kerja abid dan tugas dakwah tarbiyah nya, tapi ketentuan 
Allah mendahului, hingga akhir hidupnya dia berbuat dosa. Maka dia dilempar ke dalam neraka menggila.

Ada juga orang, yang enak hidup seolah tak akan mati, seumpama lazat berbuat dosa, tapi ketentuan 
Allah mendahului, hingga di akhir nyawa, dia berbuat kebajikan berpahala. Maka dia dihantar ke
dalam Syurga mulia.

Pssstt... rujuk hadis 4 (daripada Hadis Arba'in). Ada disentuh tentang ini, di barisan-barisan ayat terakhir.

Semuanya kerana RAHMAT Allah.

Sampai satu tahap, di saat nyawa di hujung kerongkong, hanya RAHMAT Allah sahaja lah yang 
menyelamatkan kita.
Pengakhiran kita di dunia ini akan menentukan nasib kita di alam Sana, sama ada mencium haruman 
Syurga, atau tersembam hina ke neraka.

Sayu.
Bila mengenangkan amal sendiri yang tak setara mana.


Saya tak pernah merasai mati.
Saya tak boleh pun nak bercerita sakan tentang azabnya sakaratulmaut, mahupun nikmatnya melangkah
setapak menghala ke Syurga.

Tapi saya pernah merasai suatu fasa yang saya rasa seolah my-time-has-come. 


**********************


Tarikh : Hari-hari awal bermesra di hospital.

Huk
Waktu saya dimasukkan ke hospital dahulu, saya dah rasa tak larat sangat.
Nak solat pun kena niat berkali-kali (saya konfius yang saya tengah solat zohor ke, asar ke, maghrib ke...),
baca fatihah pun tergagap, satu ayat duk ulang 3 atau 4 kali ambil nafas. Semput.
Nak baca quran? Nak angkat quran pun tak larat.
Allah...
Hinggakan saya menghantar mesej kepada seorang murabbi, memberitahu padanya, bahawa antara
nikmat besar yang Allah bagi ialah bila kita mampu baca quran.

Bila saya duk hospital tu, antara yang saya belajar ialah
apabila kita mampu untuk mengingat Allah apabila kita dalam keadaan tak larat, sakit, susah, 
tu semua RAHMAT Allah je.

Allah yang gerakkan hati kita untuk ingat kat Dia.

Kalau kita duk bajet bagus yang kita ni beriman sangat sebab mampu nak sebut nama Allah pada waktu 
kita sakit atau susah, itu tanda kita zalim.

Waktu saya sakit hari tu, ada satu waktu tu, saya tak mampu nak angkat kepala langsung.
Nak gerakkan lidah pun tak larat. 
Waktu tu, nak ngaji, dah tak larat.
Nak baca ayat hafazan? Nak baca fatihah yang duk ulang paling kurang 17 kali sehari pun gagap.
Maka, saya cuba lah untuk beristighfar. Moga-moga terampun dosa, mana tahu si Izrail sudah bersedia beraksi.
Tapi lidah saya keras.

T______________T

Saya naaaaaaaaaaaak sangat sebut-sebut nama Allah, moga-moga dapat kekuatan ke...
Saya nangis je sebab tak tahu nak buat apa.

Last-last, saya sebut 'Allah' ,'Allah' , Allah' je... Tu pun dalam hati.
Hanya mengharap RAHMAT Allah untuk meletakkan saya dalam golongan yang diredhai.

Hmmm... sebak nak tulis mende ni... Rasa aib pun ada, sebab saya tak mampu nak sebut nama Allah,
waktu saya tengah tak larat. 

Petanda iman yang rabak?

Tapi saya gagahkan diri untuk tulis juga sikit-sikit, mungkin boleh bermanfaat kepada orang lain.
Mana tahu kan... boleh juga menopup saham ke Sana...insyaAllah...

Saya sertakan juga, status mukabuku yang saya tulis, 3 hari selepas keluar daripada hospital.
Waktu saya tulis status tu, air mata turun mencurah-curah. Terkesan sangat dengan apa yang ditulis.
Saya benar-benar memaknakan apa yang saya tulis tu.

Jemput baca bagi yang teruja.

[Status Mukabuku, 27 April 2012] 
Salam wbt... 
jazakumullah khairan kathira atas segala perhatian, kesabaran juga doa yang dihantar ke langit oleh kesemua kamu di luar sana... (tak tersenarai panjang nya kalau sy nk tulis nama setiap orang...) 
moga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan kepada kalian semua, moga dipermudahkan urusan kalian, dunia hingga akhirat. 
alhamdulillah wa astaghfirullah...banyaaaak sangat yg Allah ajar saya sepanjang saya tak berapa nak sehat ni...banyak sangat. seriously serius, saya tak tipu...
cuma... cuma... sempena hari kegemaran saya, jumaat yg penuh baraqah ini, saya nak share something kat u all yg duk baca status sy ni... 
 
u all nak tau tak.... yg Allah ni suwiiiiiiiiiiiiiiiiiiit banget.u all nak tau tak.... yg kita duk sebut nama Allah waktu kita sedar atau tak sedar (tym melatah, waktu tidur, dll), tu sebenarnya nikmat dan rahmat yang Allah bagi kat kita... 
u all mesti tau kan... 
kalau Allah tak gerakkan lidah dan HATI kita untuk menyebut dan mengingati Dia ketika kita amat memerlukan Dia, maka hinanya kita... 
kalau Allah tak pilih kita untuk tetap mengingatiNya dalam apa jua keadaan, maka malangnya kita... 
kalau Allah turunkan kesusahan dan kepayahan pada kita itu adalah hanya sebagai bala, bukannya sebagai suatu sesi penghapusan dosa apatah lagi penapisan keimanan, maka celakanya kita...
susah. 
payahnya untuk saya gambarkan dengan kata2 tentang kebesaran nikmat Allah yang maha Kaya ini. tapi saya nak gtau jugak. sebab sy taknak rasa sorang2. saya nak kamu semua rasa juga.
percayalah. yg Allah ini suwit banget.
mari semua.kita sentiasa bersangka baik pada Allah yuk...
Allah hebat.
  Allah baik.  
Allah ada.Dekat sangat.
Dan... saya amat mengakui tentang ini...'Manusia itu kerap kali melampaui batas....'




***
Antara yang larat saya conteng semasa berada di katil wad. Ingat lagi, waktu tulis mende ni, saya dah tak larat kaw-kaw punya. Tulisan buruk la tapinya. Sila abaikan. Heh.






Andai saja kematian diri bisa menggugah jiwa-jiwa yang enak menikmati dunia, 
lagi menjamin aku ke Syurga...


Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qaf : 19]



***


1) Minta maaf buat mereka yang ternanti-nanti sambungan kisah hospital 1# dan kisah hospital 2#
Lebih terpanggil untuk terus bercerita tentang yang di atas ini.

2) Terima kasih kepada yang bertanya. Saya pula yang teruja. Eheh.

3) Kurang lebih dua puluh hari lagi menghampiri ramadan. Enjin macam belum cukup panas je 
untuk merempit laju di bulan ramadan.  =.='


最後まで頑張ろう lah woii !!



Sunday 24 June 2012

Tumpah








Dia #1

Dia.
Sejelita ibunya.
Persis bidadari menyinggah ke dunia.

Dia.
Tidak berkulit putih menggoda.
Hitam manis penuh rahsia.
Namun terpancar bias cahaya.
Itukah bayangan jiwa ahli syurga?

Dia.
Dengan jilbab labuhnya.
Lebar melindungi perhiasan dunia.
Bersibar pakaian meraikan lambaian.

Dia.
Dahulunya tidak sebegitu.
Hidayah Allah tak mengenal manusia.
Hanya menerpa ke jiwa tulus.
Telus dan mulus.
Halus.

Dia.
Dengan senyum bergaya.
Umpama bayangan bidadari syurga.

Dia.
Sudah lama tidak ku jumpa.
Kepingin benar aku mendakapnya.
Meminjam semangat sebarang dua.
Melepaskan rindu terpendam lama.

Dia.
Sejelita ibunya.

-gja-
2012年06月13日












Aah, memang pernah post mende ni di mukabuku pun.
That's why it is repost here.
Bye.



Friday 22 June 2012

random 5#

1) Ramai orang yang mahu menjadi baik. Err... maksud saya, menjadi lebih baik. Bahasa mudahnya, BERUBAH.

2) Untuk berusaha habis-habisan lagi bermati-matian, hanya untuk kesudahan yang sudah pun diTETAPkan, bukanlah suatu perkara yang mudah.


3) Memikirkan kehidupan selepas mati. Sepi.


4) Hanya tarbiyyah yang berkesan, akan menggerakkan dakwah. Tarbiyyah lesu
Tak hairanlah kalau amal dakwahnya pun jemu.


5) Dunia makin menggila bersama majoriti isinya. Di celahan kegilaan dunia, wujud sebilangan manusia 
yang tak kenal erti lelah dalam aktiviti membina manusia. 


6) Dunia semakin bangkit. Ramai yang mula mengenali apa itu islam, apa itu tarbiyyah, apa itu dakwah. 
Seringkali terfikir, dunia yang semakin tua, menghampirkan diri kepada penghujung ceritera?


7) Ramadan bakal bertamu. Hati semakin sayu. Sempat ke? Kat kampung Yamanashi sini takde tarawih kat 
masjid segala. Kalau kat area Tokyo tu, ade lah jugak. Memang kena usaha sendiri.
Kena buat terawih sendiri je. Jelesnya dengan orang yang tinggal di negara islam. ='(


8) Nak menjaga hati orang, susah sangat. Nak jaga hati sendiri, apatah lagi.


9) Masa depan. Apa tu


10) Teringin sangat nak belajar bidang yang banyak guna otak kanan. Tak berapa suka otak 0 1. Digital. 
Kaku. Bosan.


11) Saya suka kopi. Takde orang nak belanja ke?




Kopi. Kepada bakal suami, kalau nak request hantaran kopi termahal dan tersedap di dunia, boleh?  



Tarbiyyah itu sepatutnya membuatkan kita berubah, DAN mengubah.

#okbaitengs

Monday 18 June 2012

so you want to be a writer?



[so you want to be a writer?]

if it doesn't come bursting out of you
in spite of everything,
don't do it.
unless it comes unasked out of your
heart and your mind and your mouth
and your gut,
don't do it.
if you have to sit for hours
staring at your computer screen
or hunched over your
typewriter
searching for words,
don't do it.
if you're doing it for money or
fame,
don't do it.
if you're doing it because you want
women in your bed,
don't do it.
if you have to sit there and
rewrite it again and again,
don't do it.
if it's hard work just thinking about doing it,
don't do it.
if you're trying to write like somebody
else,
forget about it.


if you have to wait for it to roar out of
you,
then wait patiently.
if it never does roar out of you,
do something else.

if you first have to read it to your wife
or your girlfriend or your boyfriend
or your parents or to anybody at all,
you're not ready.

don't be like so many writers,
don't be like so many thousands of
people who call themselves writers,
don't be dull and boring and
pretentious, don't be consumed with self-
love.
the libraries of the world have
yawned themselves to
sleep
over your kind.
don't add to that.
don't do it.
unless it comes out of
your soul like a rocket,
unless being still would
drive you to madness or
suicide or murder,
don't do it.
unless the sun inside you is
burning your gut,
don't do it.

when it is truly time,
and if you have been chosen,
it will do it by
itself and it will keep on doing it
until you die or it dies in you.

there is no other way.

and there never was.

by : Charles Bukowski

***
Terima kasih, wahai pakcik Charles Bukowski .
Pinjam karya pakcik, buat tatapan saya di hari ini sehingga mati.


Mahu menulis, perlu dari hati kan pakcik?


Dari hati.


Hati.


Hati-hati.


Bimbang Hati mati yang menulis, menghasilkan coretan bahasa yang selayaknya hanya di tapak kaki.


Bukan sekadar sahaja. Ia mempengaruhi saham ke Syurga.

Friday 15 June 2012

Kisah Hospital 2# : Mukaddimah kepada sebuah hikmah



Mukaddimah ini,
benar-benar mengajar aku erti tentang jiwa dan doa 
seorang manusia yang aku panggil bonda.

Mukaddimah ini,
menyaksikan sebuah coretan resah dan kasih sekeping hati bonda 
yang berjauhan dengan anaknya.

Mukaddimah ini,
menggesa aku untuk berusaha keras walau derita
dalam episod menghantar doa menongkah petala. 

-gja-
Jumaat
2012/06/15


***
16 April 2012
Isnin

Sehari sebelumnya.
Mesej pesanan ringkas dihantar melayang ke Malaysia. Saya hantar kepada saudari kembar.
(Mesej tak diedit bagi menjaga keaslian, kecuali pada segala shortform dan 
kesesuaian huruf besar-kecil yang perlu.)
Saya

Salam. Noni doakan Ja. Ja demam teruk. Suhu asyik atas 40+.. Lepas mandi turun sikit jadi 38 or 39,. Ja x larat sangat ni. Doakan Ja. Jangan gitau mak. Nanti mak risau.


Rahsia.
Segala kesakitan yang ditanggung, bersama saudari kembar sahaja ahli keluarga yang saya kongsikan. 


Saya menghantar mesej berikutnya :

Noni, tolong tanya mak, kalau orang demam, kita kena buat apa? Ja tak berhenti jelum kepala, tapi still rasa panas. Tapi bila kena air, Ja menggigil. sampai terpaksa gigit towel untuk elak kancing gigi.. Noni doakan..

Kehkeh.

Suruh tanya bonda, tapi konon-konon orang lain yang demam, bukan saya yang demam. Nak berahsia lagi tu. Dan memang, waktu itu bonda tak mengesyaki pun saya lah orang yang demam itu, apabila saudari kembar menyampaikan soalan saya kepada bonda. Tapi, bonda dah ada rasa tak sedap hati. Hati seorang bonda, mana boleh tipu.

Saya menerima balasan mesej itu pada pagi isnin.
Balasan mesej yang diterima (0956am) :

Salam. Noja, mak kata kena gi klinik terus. Tak payah mandi. And jangan berhenti jelum kepala. Kalau kaki sejuk pakai socks and selimut litup. Yang paling penting mesti terus ke klinik without any delay. Noja, bertabah wahai kamu. Sori lambat aku baru abes usrah, phone tak bswa pulak. Aku call kau tak angkat..Tidur dah kot. Rehat tau. Gi klinik. Tc. Moga Allah bersamamu Noja papehal inform aku tau.



***

Itu aje buat kali ini. Masih tergantung lagi cerita tentang mukaddimah ini, tak sempat nak tulis sekarang. Saya ada kerja sekolah yang masih perlukan perhatian. Kerja sekolah saya tak siap lagi...
T___T

Saja gedik-gedik jenguk blog berhabuk ni, conteng-conteng sikit, sebagai usaha mencelikkan mata menjelang dinihari. Kehkeh.

Terima kasih buat yang membaca.

Nanti bila-bila, insyaAllah saya sambung lagi. Banyak sangat nak tulis buat berkongsi mutiara sebuah ceritera. 
Doakanlah agar segalanya baik-baik aja ya.

(=

Masih mencari ruang buat bernafas segirangnya.

Doakan

Inilah pemandangan yang saya tengok selama sepuluh hari sembilan malam berturut-turut dari tingkap bilik wad hospital.
Kalau nak tahu, setiap hari di hospital, saya akan mendongak ke langit, dengan harapan dapat jumpa ruang buat saya tembus ke infiniti. Kehkeh. 考え過ぎだなああ。。。



***

Saya kongsikan antara pengubat kesakitan dari seorang teman yang saya impikan untuk berbual panjang di atas dipan-dipan di taman ketenangan Sana, insyaAllah. Dia antara yang terawal saya menghantar perkhabaran tentang kemasukan saya ke hospital. (Miss you, dear...)


Saat keramat ku terbangkan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh Tuhan,
bantuku khabarkan pada anginmu,
tiupkan kudrat buat dirinya,
sahabat yang sangat aku cinta.

Oh Tuhan,
bantuku khabarkan pada pepohon jalanan,
tebarkan daunnya buat teduhan,
agar teman tiada lelah berjalan.

Oh Tuhan,
bantuku khabarkan pada unggas di hutan,
seru hidupan mainkan alunan,
karya istimewa buat si teman,
buat dodoian kurangkan kesakitan.

Oh Tuhan,
bantuku khabarkan pada bunga di taman,
tonjolkan warnanya yang paling menawan,
saat temanku gigih berjalan,
kagumkan jiwanya lantunkan kesucian.

Oh Tuhan,
bantuku khabarkan pada mentarimu,
sinarkan cahaya ke seluruh penjuru,
pancar dirinya hantarkan senyumku,
agar terhapus segenap rinduku.

Oh Tuhan,
bantu aku sayangi dirinya,
pindahkan derita biar aku rasa,
kerana dia sangat aku cinta,
kerana Engkau sangat aku cinta.

Allah, ku mohon peliharalah dia umpama seadanya.
Aku rindu kamu,
Hana Biruku.