Monday 30 July 2012

Doa

Allahumma inna nas aluka lisanan rotiban bizikrik... koma.

Waqolban maf'uman bisyukrik... koma.

Wabadanan haiyinan layyinan bitho'atik...koma.

Satu persatu tanda 'koma (,) '  ditandakan pada ruangan doa dalam naskhah al-mathurat miliknya. Saya menunjuk satu-persatu kepadanya, tempat mana yang perlu diberhentikan bacaan, untuk mengambil nafas ketika membaca doa itu.

Dia yang duduk di atas lantai rumah saya, terbongkok-bongkok  membuat tanda dalam naskhah al-mathurat, di bahagian doa.

Sedikit tergagap si dia membaca doa itu, dalam bahasa arab, sesekali menyelak helaian belakang, untuk mengetahui apakah maksud bacaan doa itu.

Sayu.

Terasa aura ketelusan si dia cuba memahami sebuah doa. Atau mungkin lebih jujur, terasa aura sebuah kesungguhan untuk lebih mengenali Tuhan.

***

Ada masanya,
saya lebih teruja untuk mengaminkan doa-doa yang diucap oleh mereka-mereka 
yang baru nak mengenali islam semula,
lebih syahdu bunyinya.

Ada ketikanya,
saya lebih suka mengaminkan doa-doa yang dibaca oleh kanak-kanak hingusan,
lebih telus bunyinya.

Iya, tidaklah selancar mana doa yang dibaca, tersekat-sekat, tergagap-gagap.
Tapi, saya suka.

Terasa lebih menusuk ke jiwa.

Menyentak rasa.

***






Muhasabah diri yang tak setara mana.
Terasa jauhnya Syurga.

Tidak dapat tidak


Tidak dapat tidak, mesti dihasilkan rijal yang boleh melaksanakan dakwah, menguruskan kerjanya, mentarbiyyah rijal dan memenuhi segala vacuum.

Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi walaubagaimana hebat, kaya dan ramai manapun orangnya, ia sebenarnya terdedah kepada bahaya.

Rijal-rijalnya akan pupus seorang demi seorang dan tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua rijalnya.

-ihab-


***

life is too short to be a loser
-quoted-


#macamkenalempang

***

1) Tak semua cerita yang kita boleh dan mampu nak cerita pada orang. Atau mungkin bahasa telusnya adalah, tak semua orang yang akan mendengar apa yang kita nak cerita.

2) Langit itu kan tinggi, bukannya boleh naik sebarang tangga. Ia tangga yang menghubungkan Tuhan dengan hamba. Takwa?

Saturday 28 July 2012

Manusia

Saya manusia.

Manusia itu fitrahnya suka complain segala.
Pokpek pokpek.

Atau ini kerana ciri-ciri keperempuanan?
Perempuan kan memang cenderung untuk bercakap, bercakap, dan bercakap.

Pernah lah juga dengar seseorang beritahu,

"Orang lelaki ni dalam sehari hanya ada 5000 patah perkataan yang dia cakap setiap hari, perempuan pula ada 20 000 patah perkataan yang dia cakap setiap hari secara purata."

Nisbahnya jumlah purata yang dicakap oleh seorang lelaki dalam sehari berbanding dengan perempuan ialah 1:4 okeh.

Heh.

Bila tak suka, mulut sakan bercerita.

Dalam alquran, Allah sebut, 'suka berkeluh kesah'.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir," 
[surah al-ma'arij 70: 19-21]




So, normal lah kan.


Tapi tapi tapi...


Kalau segala benda yang terjadi dalam hidup sehari-hari, pun sakan nak di complain segala, entah di mana pula letaknya penghayatan 'redha'?









Nota
Saya naik rimas dan lemas, 
apabila mendengar banyak rungutan dan keluhan daripada para daie.
Tak kisahlah tentang hal sekolah mahupun urusan pembinaan ummah.

Nota juga : 
Atau, mungkin sebenarnya
saya berasa cemas kerana melihat sebuah 'kerapuhan'?















-salam ramadan-

夢です!

Berada di atas puncak gunung, 
atau paling kurang pun atas bumbung bangunan tinggi(rooftop), 
menanti matahari jatuh mencecah horizon langit.
Seorang diri.
Duduk memeluk lutut, 
sambil mata memerhatikan remang senja yang menyimpan sejuta rahsia.
Lidah bergetar dek berzikir memuji Tuhan semesta alam.
Membetulkan sila,
memegang naskhah quran, mengalunkan ayat-ayat cinta,
memujuk jiwa.
Mahu!
Menunggu maghrib berkunjung tiba,
lalu kurma disuap mesra.
Susu segar penambah rasa.
Berbuka seadanya.
Bangkit,
lalu solat melunaskan tuntutan.
Mushaf alquran dibelek mesra.
Ayat-ayat penuh rahsia ditadabbur semahunya.
Mata berkaca,
syahdu menggoncangkan bahu.
Suara dilantun melagukan ayat-ayatNya.
Penuh rasa menyentuh jiwa.
Mahu!
Lalu isyak menjengah muka.
Bangkit melunaskan kewajipan.
Terawih menyusul pula.
Bangkit dan bongkok bersolat,
hiba.
Mahu!

-gja-

nota : Daie bukan seorang robot tanpa jiwa. Itu naif tak tentu hala.

Wednesday 25 July 2012

Cinta Natsu

Natsu kian menjelang, atau mungkin sudah pun menjenguk muka, cuma bahangnya seakan tersembunyi sehari dua kebelakangan ini, dek teduhnya langit awal ramadan, di Bumi Tsunami ini. 

Makanya, di bumi ini juga, sesi persekolahan di alam universiti bakal bercuti seketika. Bagi pelajar tahun satu, dua, dan tiga, bolehlah tersenyum bahagia. Boleh bercuti sakan bagai yang tertulis dalam kalendar tahunan universiti. Bagi pelajar tahun empat, mungkin ada yang berkerut dahi, wajah mencuka dek tak dapat cuti daripada sensei lab, atau mungkin juga hanya mendapat cuti hanya seminggu dua. Ada juga yang dapat sensei yang 'berkira', perlu hadir menjengah muka di lab pada cuti akan datang, hanya kerana 'terlajak ambil cuti' pada kali ini, walau sehari dua. 

Ada yang bertanya kepada saya, 
"Bila nak berwalimah? Hampir setiap kali cuti natsu duk cakap yang dia nak kahwin..."

Dan secara automatik, kening saya terangkat. Ada juga orang yang ambil serius apa yang saya kata, saya bermonolog dalaman.

"My dreams are too high. Don't worry, kalau jumpa orang yang boleh terima impian saya, maka saya akan segera menikah." ujar saya selamba.

And that is my promise, insyaAllah.

***
Tuhan,
kurniakan aku manusia beriman lagi punya hati.
Supaya jika dia cinta, maka aku dimuliakan selayaknya sayap kiri.
Supaya jika dia tidak cinta, maka aku tidak dizalimi sehina di tapak kaki.

It is not about marriage,
it is about making ummah.

***
Teringat kata-kata seorang ustaz, lebih kurang begini,
"Kalau kamu tak mahu terlibat dalam aktiviti membina manusia, takmau bawa usrah, banyak alasan dalam menyantuni mad'u, maka JANGAN KAHWIN. "

Kehkeh.

Okbaitengs.

Friday 20 July 2012

Payung

Katamu,
kau cintakan alam ciptaan Tuhan.
Hairan,
pabila hadir tibanya sang hujan,
mengapa payungmu lekas di tangan?

-gja-
20/07/2012



***
Pagi ini, langit berwarna putih.
Seakan turut sayu dan syahdu menerima bulan yang meredupkan jiwa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Pintu langit bakal dibuka!

"Pintu langit bakal dibuka seluas-luasnya!"

Hampir kepada segala manusia yang ada, saya cuba khabarkan sebegitu.

Iya. Pintu langit yang menjadi 'penapis' bagi doa-doa, bakal dibuka.
Seluas-luasnya.

Siapa yang tidak teruja?

Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka, 
dan dibelenggu semua syaitan." 
[HR Bukhari]

Langit tadi petang, sungguh biru ditompoki awanan memutih.
Seakan ceria menyambut hadirnya bulan yang dinanti oleh setiap manusia yang inginkan kebaikan.

Angin tadi petang, walaupun tidaklah berhembus sakan, tetapi udara seakan nyaman di kala musim panas yang membahang kebelakangan ini.
Seakan turut mengalu-alukan kehadiran tetamu istimewa ini.

Ramadan adalah bulan mengecas iman, menuju takwa.

"Wahai orang-orang yang beriman! 
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana 
diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." 
[Al-baqarah 2:183]

Teringat pesanan dari kitab langit dalam surah yang sama,

"Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. 
Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat!" 
[Al-baqarah 2:197]

Tuhan menyeru kita untuk menjadikan takwa sebagai bekal.

Bekal.
Hanya orang-orang yang mahu berangkat yang akan menyediakan bekal.
Mana mungkin orang yang duduk berdiam diri tidak berkeinginan untuk berangkat itu, bisa bertungkus-lumus menyediakan bekal?


"Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan keberangkatan itu." 
[At-taubah 9:46]


Ini peluang kita untuk memborong pahala berganda!

Juga peluang untuk menghantar harapan-harapan menerjah petala.


"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, 
dengan penuh keimanan dan berkira-kira(mengharap), 
maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah berlalu.
[HR Bukhari dan Muslim]


Jomlah cipta sebanyak mungkin harapan yang bisa.
Sebaik-baik harapan adalah  mengharapkan Syurga.


Rasulullah SAW bersabda, "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu Syurga."
[HR Bukhari]

Mengujakan.
Apa khabar adrenalin?
Makin aktif menerima Ramadhan, atau seakan steady tak rasa apa?

Takpa takpa. Better late than neva. Masih tak terlewat untuk berasa teruja.


---
Sudah jumaat.
Saya teruja.
Menghampiri Ramadhan.
Keterujaan berganda!

Allahumma balighna ramadhan.
Sikit lagi...
もう少しい。。。




Wednesday 18 July 2012

Kata mereka, Kata aku


Ada orang kata tak perlulah nak bersastera bagai.
Susah orang nak faham.
Berbelit-belit.
Cakap terus-terang,
bukankah lebih mudah?
Kata mereka.


Cakap terus-terang tanpa kiasan pun,
berjuta manusia yang masih ternganga.
Bazir air liur.
Buang masa.
Sampah.
Kata aku.



Dengan langkah sebegitu,
kau takkan pergi jauh.
Kata mereka.

Dengan kaki sebegini,
aku menjejak tempat aku berdiri.
Kata aku.

Tarik nafas,
dan hela semahunya.
Lebih telus rasanya.



-gja-
18/07/2012

Hijrah dan Jihad

Ramai manusia berjiwa lembut yang mahu berhijrah ke arah kebaikan
tetapi gentar untuk ke medan juang.
Ramai manusia yang bersemangat mahu beraksi lincah di medan juang
tetapi malas memperbaiki amal atau bertaubat atas dosa-dosa silam.

Hijrah dan Jihad.

Perlu stabil dan seimbang.
Seiringan.

-Sentapan akal dan jiwa dari Muntalaq bab 1-


Tarbiyah dan dakwahnya itu ibarat kopi dan aromanya.
Sebagaimana kopi itu terbangkit rasanya dek tersebar aromanya,
sebegitulah tarbiyah itu terbangkit nikmatnya dek tersebar dakwahnya.




Ianya berkaitan dengan iman, strategi, dan istiqomah.


Dan beberapa hari lagi
pintu langit bakal dibuka seluas-luasnya.
Moga kita makin teruja.


Salam Ramadan.

Friday 13 July 2012

Random 6#

Aku merindukan zaman khalifah yang menghantar 
barisan tentera dari hujung ke hujung perbatasan,
hanya kerana mendengar teriakan seorang manusia daripada kalangan hawa,
yang dihinakan maruahnya.

2012.
Di saat berjuta wanita bertempik meraung belas,
masih tak ramai yang peduli.
Malah diketawakan oleh kaum sendiri.

Tuli barangkali.


***
Melihat tidak sedikit kaum ku yang bermadah gemalai berpuisi berkajang menunggu bakal imam solat di medium mukabuku.

Poster juga foto yang hanya bertemakan aku-tunggu-kamu,
doakan-aku-dalam-doamu antara berlawanan jantina.

Bungkam.

Keliru?


***

Wahai jiwa-jiwa yang faham,
mara!


--------------
Nota : Jangan tanya, mengapa antara random-random yang ada, mana perginya random 4#. Sebab, aku pun tak tahu. Ha ha. Tak kelakar.



Wednesday 11 July 2012

Pilihan

Saya pernah bertemu dengan seorang hamba Allah ini, yang menyatakan kehairanannya tentang orang yang  
sanggup bersusah payah untuk sesuatu.

"Kenapalah dia itu buat macam tu. Kan susah nak buat benda A tu. Benda B kan ada, lagi senang." Lebih kurang begitu katanya.

"Mana kau tahu si dia itu ada pilihan B? Mungkin waktu itu dia hanya ada pilihan A. Mahu atau tidak, dia tetap kena buat benda A itu." Balas saya spontan.

"Alaaaa... kalau aku, memang aku takkan buat benda A yang yang confirm susah tu. Aku akan cuba juga buat benda B." Dia mempertahankan pernyataan awalnya.

"Kalau  benda B tu wujud, bolehlah kau cakap gitu." Saya berwajah selamba.

"Taaak... memang aku takkan buatlah benda A tu." Dia menuturkan pendiriannya.

"Nanti akan ada suatu masa, kau akan jumpa keadaan yang memerlukan kau terpaksa juga buat benda tu. Tak ada pilihan. Pasti akan datang juga waktu sebegitu." Saya cuba mengawal nada suara yang mula bergetar. 

Sedikit geram berhadapan dengan orang yang bercakap seolah mudah segala. Juga menahan sebak apabila peristiwa-peristiwa silam tampil menjengah kepala.

***

There will be times when we have no choices. There is only a choice to be chosen. 

Ketika itu, pengharapan benar-benar kepada Yang Maha Kuasa, mengharapkan miracle lah orang kata.

Waktu itu, baru kita tahu langit itu setinggi mana.

Saat itu, usaha kita mula berganda-ganda, atas satu pilihan yang ada.

Masa itu, menangis tersedu-sedu lah kita memohon kekuatan, minta pertolongan dari Pemilik Petala.

Kadang-kadang, saya mengharapkan yang saya tak mempunyai pilihan untuk sesetengah perkara.

Sebab...
Bila saya ada pilihan, saya akan mula mengada-ngada nak cuba-cuba segala pilihan yang ada.

Atau saya terbazir masa menimbangtara pilihan yang tak sepatutnya.

Maka saya amat terkesan dan suka untuk mengulang-ulang bait doa sesudah mathurat ini,

"wala takkilna ila anfusina torfata ain, wala aqolla min zalika ya nikmal mujib. 
Jangan (ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, (perkenankanlah). "

Saya tak pernah tahu apa yang terbaik untuk saya, jadi saya amat takut untuk memilih. Takut tersilap pilih, saya enak bergembira di dunia, tapi kemudian dilempar hina ke neraka.

Sedikit nota tambahan :

Tarbiyah mengajar kita, bahawa hanya ada dua perkara sahaja yang baik di dunia ini.

1) Segala perkara yang sudah berlaku. Tak kiralah semanis kurma, mahupun sepahit hempedu. Asalkan ianya sudah berlaku, maka itulah yang terbaik. 

2) Segala perkara yang Allah syariatkan untuk kita lakukan. Maksudnya, kena elok-elok ikut sunnah Rasulullah, sentiasa merujuk alquran. Pendek kata, kena melompat masuk ke dalam islam secara keseluruhan.

La takhauf wala tahzan.
Tidak takut akan perkara mendatang, tidak pula sedih akan perkara yang sudah berlalu.

Itu ciri orang mukmin.

Tarbiyah mengajar bahawa kita hanya bisa berusaha, natijahnya semua kerja Dia.

Tarbiyah juga mengajar kita bahawa kita tak pernah memiliki, jadi mana mungkin wujudnya kehilangan.

Pilihan.

Amat tak suka bila perlu memilih.

Dalam novel 'Rooftop Rant' , Hlovate asyik ulang, 

"Live well or live hell. You choose."



Memang kita perlu memilih.

Jadi, bila kita hanya ada pilihan A, sebenarnya kita masih perlu memilih. 

Memilih untuk meredah pilihan A dengan penuh pengharapan pada Tuhan, dengan kepercayaan bahawa Tuhan bersama kita, atau meredah pilihan A dengan kepasrahan tak tentu hala, ibarat layang-layang terputus talinya.

"Dan (demi) jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu (dengan ketakwaan) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (dengan kefasikan)." [Asy Syams: 7-10]

Takwa atau fasik, kita yang pilih.

Syurga atau neraka, kita yang pilih.

Iya, masuknya seseorang itu ke syurga adalah kerana rahmatNya, masuknya seseorang itu ke neraka adalah kerana dirinya sendiri.

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [Al-'Araf :23]

Dalam keadaan tak mempunyai pilihan A atau B pun, kita masih perlu memilih.

Pilihlah untuk sentiasa mendapat rahmat Allah dalam setiap apa yang kita pilih, apa yang kita lakukan.

 Nota : Kadangkala manusia lupa, bahawa pelangi hanya ada selepas hujan beraksi.



Wednesday 4 July 2012

Mari tukar gear

Ramadan.

Kurang lima belas hari lagi.

Taknak jadi orang yang rugi.

Taknak hanya menanti.

Malam seribu bulan.

Ohhh amat bererti.

Dup dap dup dap.

Mari tukar gear.

Yang duk gear satu, ayuh masuk gear dua.

Yang duk gear dua, sila lah ke gear tiga.

Yang duk gear tiga, masuk lah ke gear empat.

Yang duk gear empat, nak masuk gear lima sesiap pun boleh. Lancar gitu.

Yang tak start pun enjin lagi, anda masih belum terlewat.

Better late than never okais~

For sure, kurang separuh purnama lagi, kita sepatutnya sudah mampu merempit laju di bulan ramadan.

Kena ada strategi.   ----- sila klik

Silap percaturan, kang enjin mati tengah jalan.

Ooohh amat rugi.

Bulan penuh barakah.

Ditaburi rahmat menggunung.

Dibanjiri pengampunan meluas.

Dijanjikan pembebasan daripada api neraka.

Kalau bebas daripada neraka, makanya menginjak ke Syurga lah kan?

Wahwah, siapa yang tidak teruja?

\(^^)/





Nah, ayat chenta.

Andaikan umatku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”(Ibnu Khuzaimah)


Nah lagi.

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(mengharap), maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah berlalu. Hadith Sohih Riwayat Bukhari dan Muslim.


***

Dan malam ini, pintu langit dibuka seluas-luasnya.

Langit senja tadi... 
Subhanallah...
(Tak sempat nak snap gambar lelawa... dah try snap, tapi snap sambil berjalan balik rumah, ayun kaki laju-laju sebab dah nak maghrib, jadi gambar tak chantek. So tak dapat nak share kat sini.Uhuk)

Tuesday 3 July 2012

Kekuatan dan Keakraban

Tahap kekuatan HATI dipengaruhi oleh tahap keakraban kita dengan Al-Quran.

Akrab dengan alquran, bukannya boleh dapat dengan membaca berlagu merdu semata.

Perlu menjiwai juga apa yang tertulis dalam alquran.

Saya tak faham bahasa arab pun, tapi saya cuba baca makna ayat yang ada dalam terjemahan quran yang saya ada.

Seronoknya kalau dapat faham bahasa arab... T___T

Alquran.

Dulu waktu saya di tingkatan tiga, ada seorang cikgu pernah tanya, 

"Siapa dalam kelas ni duk baca quran?"

Saya yang pada waktu tu, di rumah, ada juga pegang quran, tapi hanya baca surah yassin je pada khamis malam jumaat, dengan selambanya mengangkat tangan, mengaku yang ada baca quran. Tak malu betui.

Ada juga lah beberapa kawan sekelas yang turut mengangkat tangan waktu itu.

Tapi cikgu tu cakap lebih kurang gini,

"Kalau duk baca surah yassin je, tu pun seminggu sekali, tak cukup... Kita kena baca selalu, kalau boleh, hari-hari."

Terus saya terdiam.

Eh, cikgu ni macam tau-tau je aku ni hanya baca quran seminggu sekali, tu pun surah yassin je. 
- monolog spontan

Waktu tu, seriously saya tak boleh terima apa yang cikgu tu cakap. Sebab saya rasa i'm-okay-with-once-a-week-reciting-quran.

Petanda HATI yang keras.

Kehkeh.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh terima dan faham apa yang cikgu tu cakap.

Sebenarnya, saya amat berterima kasih dengan cikgu tu.
Bila beliau cakap macam tu, terus saya berkerut dahi mencari erti.

Saya mula rasa yang there's something wrong dengan diri saya.

Hmm panjang kalau nak cerita kat sini apa yang berlaku seterusnya . Taknak cerita lah...

***

Kita kena ganbaru (berusaha) juga untuk baca quran selalu.
Sepatutnya, setiap hari mesti kena baca quran.
Rasailah kegersangan jiwa, apabila kita ter-miss baca quran dalam sehari.
Kalau dah sibuk sangat tahap petala kelapan pun, cuba lah juga untuk baca quran, at least satu ayat sehari.
Kalau satu ayat pun tak larat (tak sempat?), tak tahu lah nak cakap apa...

Check lah kondisi HATI.

Cari nilainya bergelar muslim.

Baca quran selalu.

Hayati lah ayat-ayatNya melalui terjemahan yang ada.

Iya, memang kita takkan mampu nak faham quran sorang-sorang.

Terutamanya untuk pelajar engineering yang tak reti berbahasa arab seperti saya ni. >.<

Sebab itu lah kita perlu melazimi majlis ilmu (yang ada mengajarkan tentang ayat quran).

Perlu dinyatakan juga, dalam usrah-usrah(as known as bulatan gembira) kita, murabbi kita bukannya duk ajar tafsir, tapi duk ajak tadabbur(hayati) quran.

Untuk mengajar tafsir quran, bukan semua orang boleh. Hanya orang yang ada ilmu tafsir je.

Tapi untuk mentadabbur(menghayati, mendalami)  quran, semua orang boleh, insyaAllah...

Tafsir dan tadabbur.

Kan lain maknanya tu.

***

Bila HATI terasa kering, mari check jarak kita dengan quran.


Awas, jangan tersilap.

Bijak kan si iblis ni?

***
“Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan).

Yes. It's always easier said than done. Moga Allah menyertai segala perasaan kita.


***


1) Ada seorang sahabat yang 'marahkan' saya sebab tulis post seperti ini atau ini,  dia menangis membaca. Jzkk. Iya sahabat, post sebegitu juga ditulis dengan air mata, atau paling kurang, dengan penuh rasa sebak di dada.

2) Kurang dua belas jam dari saat post ini ditulis, insyaAllah saya akan ada rehearsal presentation di lab. Mohon doakan yang terbaik. 

3) Sayu sekali melihat mata akhwat-akhwat yang saya berpeluang jumpa baru-baru ini. Seolah menghantar isyarat tahu-kena-tsabat-tapi-HATI-berat-kaki-payah-melangkah  ... 一人じゃないよ...最後までやろうぜ~

4) Berlembut, tak semestinya tak mampu bertegas. Berkeras, tak semestinya tak bisa menyantuni. Manusia itu pelbagai ragam, dan itulah yang mewarnakan dunia dakwah tarbiyah ini, biiznillah...

InsyaAllah... Selagi mana pergantungan kita hanya pada Allah, selagi itu Allah akan menyertai kita.

(';


#Okbai.