Saturday 28 May 2011

Melihat manusia, kita berasa hairan.


...andai tanpa cintaMu...


Buat sesuatu, kerana Allah atau manusia, tindakan kita akan berbeza.

Kalau kita melakukan sesuatu kerana Allah, apa-apa yang berlaku, apa-apa yang orang buat, takkan memberi effect pada kita.

Kadang-kadang, kita berasa amat hairan, 'mengapa lah orang lain tak rasa nak buat perkara baik, seperti yang kita rasa?'...

Kadang-kadang, kita rasa nak buat sesuatu kebaikan, tapi orang lain seolah tak menyokong perasaan kita tu.

Lebih sakit, bila perasaan kita itu diejek, diperlekehkan, diperleceh.

Dan kita pun jadi hairan dengan telatah-telatah manusia.

Kita pelik.

Dan sedarlah sebenarnya, TAPISAN ALLAH telah berlaku, sedang berlaku, dan akan terus berlaku.

Tapisan Dia sentiasa berlaku.

Allah akan tapis mana-mana manusia yang Dia mahu, untuk terima kebaikan, terima kefahaman dalam agama.

Pernah dengar tak?

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya, Allah akan berinya kefahaman dalam agama."

Tapisan Allah sentiasa berlaku.

Dan apabila disebut TAPISAN ALLAH, ianya jauh berbeza dengan tapisan manusia.

Neraca Allah dan neraca manusia, jauh berbeza.

Allah nak pilih orang yang benar-benar layak je untuk faham agama ini.

Jadi, jangan pernah rasa down bila orang lain tak menyokong perasaan kita yang mahukan kebaikan.

Dalam ramai-ramai manusia, pasti wujud juga insan-insan yang akan menyokong perasaan kita.

Mungkin orang itu tak berada dekat dengan kita, jarak memisahkan kita dengan orang itu.

Jadi, keluarlah dari tempat diam mu.

Betulkan niat, lihatlah dunia luar.

Sebab itu Allah suruh kita berjalan, kembara melihat bumi.

Bukan saja-saja jalan, tengok-tengok bunga, tengok-tengok lampu kelip-kelip semata-mata.

Itu sememangnya berjalan, tapi mungkin isinya tiada, hanya kosong.

Kalau ada pun, mungkin hanya serpihan-serpihan yang mudah ditiup oleh angin lalu.

Kadang-kadang, ada sesetengah perkara yang kita tak perlu fikir sangat, sangat, sangat pun.

Just do it!

And leave the rest to Allah.

Kita hanya buat apa yang kita mampu.

Biarkan Allah menguruskan selainnya.

Tahu tak?

Bila kita nak buat sesuatu perkara yang baik, iblis dan konco-konconya akan mula mainkan peranan yang amat hebat.

Depa akan bagi kita rasa ragu-ragu dengan keputusan kita.

Depa akan mengINDAHkan perkara yang tak baik tu.

Depa tak mahir untuk memburukkan perkara baik.

Tapi...

Depa amat hebat dalam mengINDAHkan perkara buruk.

Jadi...

Jangan pernah menolak seruan kebaikan yang datang kepada kita.

Manusia cenderung membina dinding terhadap sesetengah perkara.

Hancurkan dinding itu.

Musnahkan tembok itu.

Hidayah Allah takkan memasuki hati yang tak dibuka jendelanya.

***


Inspired by : Perbualan yahoo messenger dengan seorang teman. [2011/5/28]

May Allah bless.

Friday 20 May 2011

[off.record.of.bondas.spirits]


Sinarnya rembulan selalu mendamaikan, tapi pungguk itu tak sudah memuja.




Hidup ini, banyak perkara yang kita tak perlu fikir sangat-sangat pun.
Banyak juga persoalan-persoalan yang harus dibiar tanpa jawapan.
Lalu aje lah hidup sehari-hari.
Redah je apa-apa yang datang.
Kita tak tahu pun apa yang akan mendatangi hidup kita esok-esok.
Jadi, apa yang mampu kita buat hari ini, kita buat je.
Buat sungguh-sungguh.
Apa yang jadi esok lusa, kita terima aje.



[Bonda]



***

Itu kata-kata bonda saya.
Suatu masa dulu.
Saya banyak belajar erti hidup daripada bonda.


Esok, hari ulangtahun kelahiran bonda.
Separuh abad.
Moga setiap hela nafas selama ini diberkahi.
Moga setiap detak jantung di hari mendatang dirahmati.
Saya sayang bonda saya.


***

Latar tempat : Sebuah lapangan terbang di tanah air.
Latar masa : Sebelum saya menerjah pesawat.
Status emosi : Berperang dengan diri sendiri supaya tak menumpahkan air mata. Cis.


Saya : Be stronger! Your strengh makes me strong.
Bonda : You have my strengh!




[selamatharilahirwahaibonda]

Thursday 19 May 2011

Pinjam seloka dari lapangan bumi koala.

[Sila bersabar untuk membaca. Dan tahniah kepada yang baca semua.]



Ruangan sendiri bernama privasi. Damai itu tetap ada.




Kebelakangan ini, saya dilanda penyakit rimas dengan yahoo messenger (ym). Entahlah penyakit jenis apa. Saya mempunyai senarai kontek di ym hampir 400 orang (kali terakhir kira pada tahun 2009, mungkin sekarang lebih ramai lagi). Jangan tanya dari mana datangnya seramai itu kontek ym saya. Notification tentang status online dan offline insan-insan yang memeriahkan senarai kontek, seakan setiap masa beraksi. Sat naik, sat turun, rimas pula rasanya. Jadi, sign out dan hanya offline adalah jalan termudah bagi mengatasi masalah saya. Minta maaf bagi yang mengalami kesukaran.

Dalam sehari, ada lah jenguk sekejap-sekejap, dalam dua tiga minit, kalau-kalau ada sebarang mesej penting. Kemudian, sepantasnya offline.

Tadi tiba-tiba nampak si dia online, terus saya terjah. Sempatlah sembang gedik-gedik sekejap, sebelum kembali offline.

Dalam sembang-sembang yang singkat, si dia memberitahu bahawa si dia telah menghantar sebuah seloka yang dikarang khas sempena memenuhkan keinginan si dia yang telah lama memendam rasa untuk berseloka. Saya pun melayanlah. Baca-baca sikit. Wah, ada nilai yang boleh mengaktifkan neuron-neuron dalam otak, kata saya dalam hati.

Jadi, setelah meminta izin, dengan ini, saya menerbitkan seloka itu di sini.

Jemput baca.

***

Seloka kisah kita

Dengan nama Yang Maha Kuasa,
saya mulakan seloka kita,
kisah kita sesama manusia,
ragam pelbagai bermacam cerita,

seloka dicipta untuk semua,
yang sering terlupa susur dan galur,
mendabik dada tak kira masa,
mudah melatah bila ditegur,

kebanyakan sikap antara kita,
melangit ego pantang ditegur,
konon betul tindakan segala,
tak terasakah diri semakin takbur?

ada pula yang mengaku,
"kubur kita asing-asing,
tak payah dikau nak tegur daku,
nanti jawab asing-asing",

dengar sini saya nak jawab,
awak bercakap sungguhlah riak,
"memang kubur asing, sendiri jawab,
siapa nak diseksa sekali dengan awak?",

tak kurang pula yang meninggi diri,
sombong terlebih tak sedar diri,
"saya nak hidup sendiri-sendiri,
tak payah sebok, sila jaga tepi kain sendiri!",

amboi awak lancangnya bercakap,
sebelum teriak, fikir dulu yer,
kelak susah mula terperangkap,
pandai pulak berdrama, "takde orang pedulikan saye",

saat itu baru nak terasa,
langit biru tinggi atau rendah,
mula tersedar kuasa Yang Esa,
mujur teringat nak bentang sejadah,

terkisah pula yang sinis tempelak,
"awak tegur orang ni, konpem masok sorga ker?,
kain sendiri koyak-rabak,
lain kali cermin diri dulu yer..",

wahai awak, jangan biadap,
syurga neraka, Allah punya kerja,
nanti tiba saat dihadap,
sekurang-kurangnya saya dah buat kerja,

kalau saya confirm masuk syurga,
tak perlulah saya buat baik segala,
tapi saya tau syurga itu berharga,
takkan dijejak kalau penting diri semata,

ada pula kalangan kita,
berfalsampahlah pulak dia,
"hidup ini sekali cuma,
enjoylah kita selagi bernyawa",

falsafah saya mari akui,
hidup ini cuma sekali,
tapi jangan pula kita nafi,
mati juga hanya sekali,

"please back off, don't bother me,
it's none of your business, it's my privacy",
"hey you, please do agree with me,
reminding each other is our addin policy",

jalan mendongak sungguh berbangga,
hanya peduli kisah sendiri,
langsung tak jengah hal tetangga,
susah senang tanggung sendiri,

pabila terlalu bersikap terbuka,
semua benda jadi tak apa,
jadilah kita semakin leka,
lemas dalam tipu daya dunia,

nanti bila bala menjelma,
semua diterkam tak kira siapa,
barulah kalut nak sorok kat mana?,
kudrat Allah usah dilupa,

sekebal manakah berbuat salah?,
menidak segala tohmahan diri,
tak runtuh maruah jika mengaku salah,
malah dihormati disanjung tinggi,

kalau rasa betul belaka,
semua dibuat terasa hebat,
pergilah tinggal di dalam gua,
dengan masyarakat tak payah dekat,

orang menegur untuk manfaat,
moga hidup mendapat berkat,
sama-samalah kita bermuafakat,
saling menegur, saling mengingat,

tidaklah nanti di akhirat sana,
saat Munkar Nakir mula bertanya,
di dunia dulu kamu buat apa?,
terkebil-kebil blur nak jawab apa,

amar makruf dan nahi mungkar,
itu amanah tanggungjawab kita,
bukankah itu Nabi dah ajar?,
marilah sahut laksana segera,

buat baik dapat pahala,
buat jahat dapat dosa,
pilihlah awak, mahu yang mana,
baru bermakna syurga neraka,

sungguh saya bukan Nabi,
bukan juga seorang Wali,
sudah tentu punya khilaf sendiri,
mari sahabat, tegurlah diri,

siapa makan cili dia terasa pedas,
tak nak pedas, jangan makan cili,
saya hanya mahu membidas,
tabiat kita yang makin tuli,

mata ke atas, tangan ke dada,
bukan mahu menyentap sesiapa,
sekadar mengajak berlapang dada,
menguat syukur, melemah alpa,

sudah-sudahlah tu duk menuding jari,
sampai tak kenal yang batil dan haqiqi,
lihatlah dengan mata hati,
di situ terletak hati nurani,

di saat assignment sedang menimbun,
sempat pula buat seloka,
hajat terpendam bertahun-tahun,
menghadam ibrah sebelum bicara,

maaf dipohon andai terasa,
mahu menegur masalah umat,
saya hanya insan biasa,
mengimpi di sana kita selamat,

terima kasih kerana sudi membaca,
usai sudah seloka kita,
terlerai sudah hasrat di jiwa,
mengharap dapat kebaikan bersama.


S.E.L.E.S.A.I
~hak cipta menten terpelihara~


saya yang memerhati,
nonikopiko


***

noted 1 : Si dia ialah penulis asal seloka, merangkap saudara kembar saya.

noted 2 : Pernah dengar sepatah kata yang disebut telepati? Insan-insan yang bergelar kembar, ramai yang mengalaminya. Dan saya kerap merasainya.

noted 3 : Di blog ini, saya hanya menerbitkan apa yang saya mahu sampaikan. Dan seloka di atas adalah apa yang bermain di hati saya juga, telah diterjemahkan oleh si dia, melalui seloka. Terima kasih. Mudah kerja.

noted 4 : Selalu sahaja apa yang terbayang di fikiran saya, turut terlintas di fikiran si dia. Dan saya merasai kehebatan Dia yang Maha Kaya. Subhanallah.

noted 5 : Kepada bakal suami, seronok kan, kalau dapat anak kembar?


.
.
.

Aku rasa,
kamu juga merasainya.
Kita berjuang di rahim bonda di waktu yang sama.
Semahunya aku mengenang detik-detik itu,
tapi realiti hidup tak mengizinkannya.
Kita selalu bersama.
Kadangkala bercakaran juga kita.
Tapi itulah yang menambah rasa rindu ini kepada kamu.
Kamu, nun jauh di lapangan bumi koala sana.
Aku, di bumi samurai, berjuang memburu cinta.

Tahun lalu,
di pusara adinda kita.
Buat pertama kalinya dalam hela nafas,
aku merasai sebak melihat pusara itu.
Kita dulu bertiga.
Adinda kita sempat berjuang 3 hari di dunia fana,
setelah kita bertiga bersama-sama berjuang di rahim bonda.
Ternyata Allah lebih menyayanginya.
Dia pergi meninggalkan kita.
Mengharung payah dunia menggila.
Sesekali,
aku mengharapkan yang kita masih bertiga,
bersama melayari samudera kehidupan.
Tapi seperti yang kita tahu,
ianya mustahil.
Mana mungkin yang telah pergi bisa hidup kembali.
Apa rasanya dia ya?
Melihat kita di pentas dunia.
Dia sudah di horizon Sana.

Kamu masih ingat?
Tika itu,
kita berbalah,
selisih pendapat,
bertikam lidah,
lalu diputuskan,
aku dengan cara aku,
dan kamu dengan cara kamu.
Kita berbeza, kata kita penuh bangga.
Dan mungkin si iblis enak ketawa.
Ada saudara yang tega tak kena masa.
Tapi kini,
kejauhan jarak mendekatkan rasa kita.
Aku tiada kata,
sebenarnya.
Saat jemariku berada di papan kekunci ini,
fikiranku melayang entah ke mana.
Bisa saja terbang merentasi benua,
menggapai kamu.

Kamu,
bilakah masanya akan kita bersua muka,
di alam nyata,
buat kesekian kalinya?

Kamu tahu,
setiap kali menilik muka di cermin,
yang terpantul adalah imej kamu.
walau orang kata,
muka kita serupa,
muka aku, wajah kamu juga.
Tiada bezanya.
Namun,
aku tahu,
imej itu bukan milik aku,
ianya milik kamu.

Wahai kamu,
jawablah aku,
inikah rindu?

Wednesday 11 May 2011

Soalan ala-ala cepumas buat sesiapa yang terjenguk.

[Saya menyedari bahawa blog ini menerima beberapa pembaca setia lagi tegar yang kerap menjenguk ke sini, walau tiada entri baru yang diterbitkan. Terima kasih. Jadi, buat sesiapa yang terjenguk ke sini, ini ada soalan ala-ala cepumas untuk kamu. Kalau agak-agak rajin, silalah jawab. Taknak jawab pun takpe, ini untuk sesiapa yang agak-agak rajin je.]

[Soalan ada di bahagian bawah sekali, pada entri ini]

.
.
.

Di celah kesibukan dunia.

Aku semakin mahu memaknakan kehidupan.

.
.
.



Dunia ini melelahkan.

.
.
.

Pada setiap panggilan penuh cinta.

Aku semakin rindu mahu bersemuka.

.
.
.


Panggilan kedamaian disusuli kekeliruan.

.
.
.

Tika seruan itu kian menderu.

Aku terdiam menyaksikan sketsa.

.
.
.


Dunia indah menipu, ianya semu.

.
.
.


Dan sungguh.
Dia itu ada.
Lagi nyata.

.
.
.



[Soalan ala-ala cepumas.]

Pabila pentas lakonan dunia dimainkan oleh mereka-mereka yang bodoh lagi menggila, adakah para penontonnya terdiri daripada golongan yang serupa?