...sunyi? Allah kan ada... [sumberfoto : deviantart]
Manusia. Takkan tahu apa yang menanti di hadapan. Tak tahu juga apa yang akan mendatang. Cuma. Berusaha untuk melakukan yang terbaik. Pengharapan pada Dia, tawakal. Terima ketentuan Dia, redha. Heh. Mudahnya cakap. Haha. Bila kena batang hidung sendiri, kelu.
Oppsss...
Dunia. Luasnya. Luas lagi akhirat sana.
Manusia. Penuh dengan leka.
Sunyi?
Cis! Aku benci perkataan itu. Kesunyian lah yang banyak mempengaruhi teman-teman aku. Kalah dengan kesunyian. Heh. Manusia mula mencari fitrah. Mahu perhatian segala. Lupa barangkali. Dia ada sedang memerhati.
Kesunyian diri mula diisi. Hati kosong disangka lapang. Wah. Indahnya syaitan menghiasi futur.
Kadang2, kita TERLALU fikir dan CARE tentang sahabat yang jauh2, hingga kita TERlupa sahabat yang dekat2. Allah itu hebat. Sebelum kita pergi ke arah yang lebih jauh, Dia tegur kita untuk melihat apa yang ada depan mata.
Fitrahnya manusia mahukan perhatian. Keadaan latar belakang keluarga banyak memainkan peranan. Dan si syaitan yang direjam tak pernah berhenti mengambil bahagian. Pergolakan dalam hati tanpa sedar telah membuka peluang menuju ke jalan berdebu lagi kelabu.
kau perlahan-lahan melangkahkan kaki cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya hidupnya bagaikan insan yang asing si musafir berkelana di bumi yang lain tiada bermegah tidak terlalu lemah sebaik perkara yang sederhana
kau takkan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian mereka pengertian hidup bukan apa yang kau sangka
jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita dan terbang tinggi di langit yang luas terima dirimu seadanya
jangan kesal jangan sesal terima dirimu seadanya
jangan caci pada si dia yang hina jangan benci pada yang tak mengertinya kasihanilah dia yang tak menghayatinya jangan takut kiranya kau berbeza
kau takkan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian mereka pengertian hidup bukan apa yang kau sangka
jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita dan terbang tinggi di langit yang luas
terima dirimu seadanya
kau takkan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian mereka pengertian hidup bukan apa yang kau sangka
perbezaannya kita ilmu dan sikap mungkin kelak kau akan mengertinya
pengertian hidup bukan apa yang kau sangka
jangan sesal jangan kesal jangan sesal
jangan kesal jangan kesal terima dirimu seadanya
dan terbang tinggi di langit yang luas
~~~~~~~~~~~~~~~fly high~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
notakaki : ...terus cuba terbang walau jejak masih di bumi...