Sekadar catatan kehidupan,
buat tatapan sendiri di hari muka,
juga buat sesiapa yang mahu turut berkongsi rasa.
Ceritera ini, banyak mengajar erti Kasih.
Kisah ini, lebih membuat aku menagih.
Menagih kebersamaan Pemilik Segala Tasbih.
Ada banyak hikmah yang terselit indah,
tersusun rapi dalam aturan Tuhan Yang Maha Pengasih.
Jemput baca, bagi yang teruja.
(';
*****************************************************************************
Segalanya bermula
13 April 2012
Jumaat
Saya dah mula rasa tak sedap badan. Saya dah mula rasa berbahang di kepala, muka memerah dek suhu yang meningkat tinggi. Malam itu, kami, warga hawa universiti Yamanashi, pakat-pakat pi main badminton. Tapi saya tak main, sebab ada sedikit luka di kaki. Tapi tetap pergi memeriahkan suasana. Tambahan pula, sebelum berbado (bermain badminton), kami sempat bertilawah bersama-sama, dan seorang sahabat sempat memberi soalan cepumas kepada kami, untuk mencari ciri-ciri orang yang mendapat nikmat berpanjangan. Jawapannya ada pada mukasurat 517 dalam Al-Quran standard. Okeh sila cari sendiri jawapannya. Pada malam itu, ramai yang menegur rupa saya yang kelihatan memerah pelik, macam orang tak sihat. Bila saya tilik ke cermin, kelihatan mata saya yang memerah seakan baru lepas menangis tersedu-sedan. Ohh... patutlah orang duk tegur...
Malam itu, saya terjaga daripada tidur pada tengah malam. Rasa sejuk sangat. Sweater yang dipakai seolah tak mencukupi (nota : Jepun sudah mula memasuki musim panas, jadi sepatutnya tak sejuk sangat lah), saya hidupkan danbo(heater) bagi membantu memanaskan badan. Kaki saya sejuk, tangan tak usah cerita. Warna kebiru-biruan hampir kehitaman itu perkara biasa. Yang peliknya, muka terasa memanas, kepala terasa berbahang. Saya rasa lemah sangat. Tak lama kemudian, saya mula menggigil. Terkejut apabila melihat tangan sendiri menggeletar, saya cuba melihat ke cermin. Bukan setakat tangan, malah seluruh badan saya menggigil. Macam orang yang sakit parkinson. Saya cuba mengambil futon(sejenis tilam yang nipis, ala-ala toto kalau di Malaysia) lalu menyelimutkan seluruh badan. Keadaan masih tak berubah. Malah semakin teruk. Makin menjadi-jadi gigilnya. Saya ambil tuala, gigit kemas-kemas, mengejapkan gigi kuat-kuat. Bimbang nanti terkena kancing gigi. Air mata tumpah merembes-rembes. Saya kaget tak tahu nak buat apa.
Tak sampai hati mahu membangunkan cik hosmet di bilik sebelah. Malam itu, dia tidur lewat, dan esoknya dia akan bertolak ke Tokyo (perjalanan melebihi 2jam menaiki tren) untuk berbulatan gembira bersama adik-adiknya. Saya bimbang nanti saya akan mengganggu rehatnya pada malam itu, lantas mengakibatkan dia tak perform ketika berbulatan gembira. Risaunya andai saya menjadi penghalang dakwahnya. T__T
Esoknya juga, sebetulnya saya juga perlu ke Tokyo untuk berbulatan gembira bersama adik-adik pujaan juga. Mengenangkan itu, saya semakin tak tentu arah. Air mata makin melaju membasahi pipi. Tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak give up je untuk pergi Tokyo pada esoknya, sebab saya rasa dah lemah dan amat tak larat dah waktu tu. Saya masih ingat, waktu itu saya yang menggigil kesejukan, masih setia menggigit tuala, dengan penuh linang air mata, duduk memeluk lutut di hadapan danbo, berselimutkan futon, terlena juga dalam keadaan bilik yang terang-benderang.
14 April 2012
Sabtu
Pagi esoknya, subhanallah... saya terjaga daripada tidur, bangun seperti biasa, macam tak ada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Cuma mata terasa tak selesa sikit, mungkin sebab dah menangis banyak kot. Saya dipermudahkan Allah untuk berbulatan gembira bersama adik-adik pada siang sabtu itu. Dan adik-adik pun duk bertanya tentang keadaan saya. Kata mereka, muka saya ni nampak macam orang yang tak sihat. OMG, rupanya saya masih belum sihat. Saki-baki kepanasan badan masih ada. Okeh saya mengaku, waktu tu memang saya rasa pening-pening juga. Tapi perasaan teruja berjumpa dengan adik-adik terchenta mengatasi segalanya. Tambahan, petang itu kami sempat menziarah ke masjid. Terasa tenang menyusup ke jiwa. Dapat mendengar azan direct ke telinga, seronoknya rasa (selalunya cuma dengar azan daripada speaker komputer je). Malam itu, saya berkejar ke bulatan gembira sendiri pula yang dibuat di rumah salah seorang teman. Badan masih terasa panas. Err... makin panas.
15 April 2012
Ahad
Esoknya, selepas berbulatan gembira sejurus selepas subuh, saya genkai(sampai limit tak larat sangat dah). Saya terbaring di tempat tidur si teman. Kepala terasa makin berbahang. Petangnya, selepas mandi membasahkan kepala, terasa sedikit segar. Cukuplah untuk melangkah pulang ke rumah sendiri (2 jam lebih perjalanan menaiki tren), walaupun hanya mampu jalan slow-slow je. Sempat menelan ubat demam yang dibeli di farmasi berdekatan. Alhamdulillah rasa better.
Malamnya, saya sampai di rumah di Yamanashi. Ubat yang ditelan petang tadi seumpama dah tak ada kesan. Saya rasa tak larat sangat. Saya cuba gedik-gedik nak sukat suhu badan. Mula-mula, suhu duk area 38℃ atau 39℃ lagi. Saya buat tak heran. Malas nak layan suhu yang tinggi-tinggi tu. Malas nak mengaku yang diri ini sememangnya demam. Kemudian, bila sukat lagi, 41℃ !!! Amik hang. Okey saya dah mula kaget. Teringat yang ada orang kata, kalau suhu badan mencecah 40℃, nanti boleh effect otak. Boleh terencat. Saya memutuskan untuk menerjah ke klinik pada esok hari. Saya ajak cik hosmet untuk menemani saya esoknya.
Saya cakap kat dia,
"Saya bimbang saya rebah je on the way gi klinik tu."
Sampai macam tu sekali saya punya imagination tentang apa yang bakal berlaku esoknya. Tu bukti saya dah rasa genkai habis. Seriously dah tak larat.
16 April 2012
Isnin
Hari ini, saya ditemani cik hosmet berjalan menuju ke klinik berhampiran rumah. Setapak demi setapak saya melangkah. Kepala saya yang berbahang terasa sakit. Seakan bisa rebah bila-bila masa. Sesampainya di klinik, saya diperiksa. Anak tekak dijolok untuk buat influenza test. Okeh doktor kat klinik ni agak kasar.
Waktu tu, rasa macam nak jerit kuat-kuat,
"I ni dah la sakit, tak larat... Buatlah pelan-pelan."
Tapi alhamdulillah saya masih mampu behave lagi.
Bila dah buat test, resultnya saya negatif influenza. Doktor masih tak puas hati, sekali lagi anak tekak saya dijolok untuk dibuat test lagi sekali. Saya rela dalam paksa. Uhuk uhuk.
Doktor tu cakap, saya dehydrated. Saya disuruh berbaring di katil milik klinik berkenaan, dan air pun dimasukkan ke dalam badan, menerusi drip di tangan. Darah saya juga diambil untuk pemeriksaan lanjut. Disahkan anemia. Tak terkejut pun bila doc cakap gitu, sebab saya memang dah tahu yang saya ada anemia.
Selepas selesai urusan di klinik berkenaan, saya dan cik hosmet melangkah pulang. 3 keping coolfever ditempek di bahagian kepala saya, demi membantu menurunkan suhu yang mencanak naik. Satu ditempek di dahi, dua lagi di bahagian kiri dan kanan leher. Hilang kakkoi. Seperti tadi, kaki saya masih melangkah setapak demi setapak. Perlahan. Boleh imagine ke? Jalan setapak, kemudian berhenti. Melangkah setapak, kemudian berhenti. Gitulah yang berlaku hingga sampai ke rumah. Di pertengahan perjalanan, saya hampir hilang pertimbangan, berjalan terhuyung-hayang, dan hampir terjatuh. Cik hosmet lantas memimpin saya untuk melangkah. Sweet kan? (^^)/ Nasib baik ada dia. Saya ingat lagi, waktu itu, dia mengejar masa untuk ke sekolah. Selepas memastikan saya selamat sampai di rumah, cik hosmet berkejar ke sekolah, dan tak lama kemudian, dia bergegas pulang, untuk bantu saya makan ubat yang diperoleh selepas ke klinik tadi. Bantu makan ubat, okeh. Means, nak makan ubat pun saya dah tak mampu nak buat sendiri!
Malam nya, panas yang dirasai makin menjadi-jadi. saya makin tak larat. Saya gagahkan diri untuk mandi dan membasahkan kepala, dengan harapan dapat juga lah menurunkan suhu sedikit. Alhamdulillah rasa segar dan better, tapi masih tak larat. Cik hosmet menyediakan nestum untuk saya jamah sedikit, sebagai persediaan untuk memakan ubat (tak boleh makan ubat kalau perut kosong). Saya dah makin tak larat . Tak ada selera langsung pun. Tapi terpaksa juga makan nestum tu sebab nak makan ubat. Saya rasa tak larat sangat sampai cik hosmet perlu menyuapkan nestum ke mulut saya menggunakan sudu. Saya telan sedikit je, ada lah beberapa sudu, cukup syarat nak menelan ubat. Kemudian, ubat pun berjaya ditelan. Tak lama, perut saya meragam, tekak terasa loya. Saya muntahkan balik segala ubat yang ditelan tadi. Saya ingat lagi, waktu itu lebih kurang pukul 1130malam. Saya minta cik hosmet untuk menelefon senpai(senior), untuk membawa saya ke hospital. Saya makin genkai! Saya tahu yang saya dah tak boleh duduk di rumah. Pergi klinik pun tak jadi apa, jadi saya putuskan untuk ke hospital.
Tak lama, seorang kak senpai datang ke rumah, bersama keretanya. Saya sempat meminta cik hosmet membawa prescription ubat-ubatan yang diperoleh daripada klinik tadi, purse, iphone, juga surat temujanji dengan doc peribadi saya di hospital yang bakal dituju (err dah tak ada perkataan lain dah sebenarnya, doc peribadi tu maksudnya doc yang memang merawat penyakit saya sebelum ni). Saya dikejarkan ke hospital. Bilik ditinggalkan dalam keadaan huru-hara. Muntah sebaldi... Okeh tipu. Muntah yang bertakung dalam baldi, air asam jawa dalam bekas yang diguna untuk menjelum kepala sebelum ini, tuala, futon dan segala selimut dan bantal yang basah (sebab duk jelum kepala sebelum nya), secawan nestum yang tak habis dimakan, ubat-ubatan... Semuanya ada di atas lantai. Bilik saya bersepah.
Setibanya di hospital, saya ditemukan dengan doc bertugas pada malam itu. Saya ditempatkan di katil sementara untuk dibaringkan supaya mudah urusan pengambilan darah dan selainnya. Darah saya diambil beberapa tabung uji untuk tujuan analisis, air pun turut dimasukkan melalui drip di tangan. Saya makin tak larat. Kepala rasa berbahang. Berdenyut-denyut. Tak lama, doc peribadi saya pun dihubungi untuk mampir ke hospital bagi menjenguk kondisi saya. Saya diberi makan ubat oleh nurse, tapi saya muntahkan kembali. Hukhuk...
Tengah malam itu, eerr... sebetulnya awal dinihari, saya ditolak menggunakan kerusi roda, menuju ke bilik scan, untuk mengambil x-ray. Kemudian, saya diberi pilihan oleh doc, sama ada mahu pulang ke rumah, dan datang kembali sesudah mentari terbit, ataupun stay sahaja di hospital. Katanya, sebarang analisis terhadap darah dan selainnya, tak dapat dibuat lagi, sebab tempat yang menganalisis tu tutup. Tengah malam okeh. Memanglah tutup. Waktu itu, saya kasihankan cik hosmet dan kak senpai yang sudah berjam-jam lamanya menunggu di luar. Kasihan mereka. Saya tak mahu menyusahkan mereka lagi untuk menghantar saya kembali ke hospital sesudah matahari terbit, lalu saya memilih untuk stay di hospital pada malam itu, tanpa menjangkakan bahwa ia merupakan malam pertama untuk saya bertarung hidup di hospital untuk hari-hari seterusnya.
Bersambung...
Bersambung...
Papan tanda yang tercatat di atas kepala katil saya di hospital. Ada nama saya, dan doktor yang merawat. Boleh buat omiyage ni. Hikhik. |