Saturday, 4 August 2012

Random 7#

Bantu manusia di sekeliling kamu untuk menghormati kamu.

Tak kira siapa kamu.
Guru, pelajar, murabbi, mutarabbi, kawan atau lawan.

Menyantunilah selayaknya kamu mahu disantuni.
Semahunya.

Kamu berinteraksi dengan manusia.
Punya rasa.

***









Kadang-kadang, tak guna nak kias-kias segala, bila orang tak faham apa kita kata.

Kadang-kadang, tak guna nak terus-terang segala, bila orang masih lagi ternganga menadah telinga.


Wednesday, 1 August 2012

Never say NO to Panda

Salam.

Puasa ke semua? Quran dah baca?

Heheh. Mesti ramai yang dah pernah tengok iklan keju berjenama Panda yang orang sakan duk share kat mukabuku.

Saya... err... baru je tengok video tu, pada hari Jumaat yang lalu. Lambat banyak  sikit lah pada orang lain. Ehem.

Jemput menonton, bagi yang lebih lambat dari saya. Hik~






Okeh seriously serius yang saya teruja dengan iklan tu. 

"Bijaknya diorang buat iklan..." spontan ayat tersebut terkeluar dari mulut saya.

Yes, yes, dan yes, saya pun ketawa juga lah bila first time dihidangkan video iklan itu, oleh teman-teman.
Mula-mula tengok iklan tu, saya rasa macam 'apahal si panda ni...' tapi last sekali, saya pun gelak juga.
Kah kah kah opppss akhwat   hihihi... saya ketawa juga.

Orang normal, akan terhibur lah juga dengan iklan sebegitu. Kelakar. Sengal pun ada lah sikit-sikit si panda tu. 

Dan sejujurnya, saya berasa sedikit geram dan menyampah juga lah dengan si panda tu. Sibuk je si panda ni. Kat mana-mana pun dia ada. Bila orang menolak je untuk makan atau menerima keju tu, si panda ni tiba-tiba akan muncul dan marah, mengamuk, merosakkan kerja orang, menghuru-harakan suasana, mengacau-bilaukan keadaan (Okeh sedikit hiperbola. Mana ada huru-hara dan kacau-bilau segala, sebab orang-orang dalam iklan tu hanya terdiam tergamam sahaja). 

Si panda itu akan beraksi seakan 'menghukum' sesiapa yang menolak untuk menerima keju nya. 

Pendek kata, 

"Kau menolak, siap kau!"

Terfikir juga saya, mengapalah orang-orang tu tak balas balik apa yang si panda tu buat ke, tak marah balik  si panda tu ke... Orang-orang kat situ hanya diam dan tergamam dan seolah merelakan aje apa yang si panda tu buat. 

"Si panda ni, muka macam baik, tapi jahat," kata seorang senior.

"Paling tak boleh nak terima bila si panda ni selamba je gi cabut drip pesakit kat hospital tu," terdengar luahan seorang teman saya.

"Muka si panda ni ialah muka minta cepukan," terngiang-ngiang ulasan seorang junior saya.

Kehkeh. Orang sekeliling saya, seolah dilanda 'demam panda', apabila ada sesiapa yang menolak sebarang pelawaan untuk pergi makan ke, nak keluar sama-sama ke, atau ada rasa 'tak puas hati' ke, maka akan ada orang yang hantar gambar panda, ada juga yang gigih merakam lagu panda, lalu dihantar kepada si teman-teman. Err... jangan salah faham, itu adalah cara kami bergurau sesama kami. Main point kat sini ialah, iklan panda telah memberi effect yang besar kepada kami. Wahwah besarnya kuasa iklan. Heheh

Okeh itu cerita lain.

Jom masuk cerita sebenar, cerita yang saya mahu bangkitkan dan mungkin boleh jadi bahan muhasabah untuk saya pertama-tamanya, dan moga kalian juga.

Alang-alang berada di bulan Ramadhan, mari kita kaitkan iklan si panda ini dengan Ramadhan, baru feel sikit kan. Bulan posa gini, orang pakat nak dengar cerita pasal Ramadhan je selalunya.  

Ramadhan.
Bulan Pengampunan.
Bulan yang dijanjikan ganjaran berganda-ganda kepada pembuat kebaikan, juga ditawarkan pengampunan sebesar-besarnya kepada pembuat kesalahan. Untuk lebih sadis, mari kita sebutkan kesalahan itu sebagai dosa. 

Manusia itu pastinya seorang pendosa. Dulu, kini, dan akan datang.
Tidak boleh tidak, setiap yang bernama manusia itu pastinya seorang pendosa, kecuali Baginda Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan maksum itu sahaja.

Cuba bayangkan andai Tuhan kita itu, tingkahnya seperti si panda dalam iklan keju. 

Si panda itu, tak boleh ada orang say NO to keju nya. Jika ada, haaaa siaplah kamu... (Rujuk iklan untuk pemahaman lanjut)

Tuhan kita, kalau kita say NO to perintah-perintahNya....

Daripada perintah-perintah yang kita selalu 'nampak jelas' seperti perintah untuk solat, puasa, zakat, dan menunaikan haji, kepada perintah-perintah yang kita 'tak berapa nampak jelas' seperti buat baik pada ibubapa, baca quran dan hayatinya, menutup aurat, menundukkan pandangan, menghormati wanita, melindungi manusia yang lemah, memuliakan tetamu, berkata yang baik-baik, sebarkan nikmat, tolong Palestin, bantu Syria, doakan Rohingya dan banyaaaaak lagi.

Tak ada pun Tuhan kita nak gegarkan rumah kita, terbalikkan bumi, runtuhkan langit dan lain-lain bentuk 'hukuman direct' kerana kita menolak perintahNya, sebagaimana si panda mangamuk sakan andai kita say NO to keju nya.

(Nota : Tentang kisah kaum Nabi Luth yang diterbalikkan bumi, kaum Aad yang dibinasakan oleh angin dingin yang kencang, dll kisah sepertinya itu, kita tidak sentuh dalam post kali ini. Panjang huraiannya. Harap maklum.)

Bahkan bila kita melupakannya, boleh pula Dia panggil kita untuk kembali, supaya sentiasa ingat balik pada Dia.
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
-quoted-

Tak rasa ke yang Tuhan kita ni baik sangat?

Sentiasa bagi kita peluang untuk bertaubat.

Manusia itu sifatnya pelupa dan melampaui batas. Kerap benar berbuat dosa.

Tapi hebatnya Tuhan yang Maha Pengasih itu, Dia masih mahu mengampunkan kita si pendosa tegar ini.

Rasulullah SAW bersabda : Ketika Allah menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam kitabNya, Dia (Allah) menulis atas diriNya, lalu Dia swt meletakkan di sisiNya pada Arasy : "Sesungguhnya rahmat Ku mengalahkan kemurkaan Ku." [Shahih Al-Bukhari] 

Rahmat melebihi murka.

Dengan rahmat Nya, Dia tega mengampunkan dosa-dosa kita yang seluas langit dan bumi, atau mungkin lebih lagi.

Hebat.

Allah lebih mahu memaafkan apa jua kesalahan kita, daripada murka kepada kita.

Ulang lagi, RAHMAT mengalahkan murka.

Ketahuilah, bahawa bukan amalan-amalan kita di dunia ini yang menghantar kita untuk menjengah ke Syurga, tapi tak lain tak bukan, hanya RAHMAT Allah semata.

Dari Jabir, ia berkata : Saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang di antara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."  [HR Muslim]

Baiknya Tuhan kita, selalu benar memberi kita peluang.
Tapi kita...

“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )

Manusia cepat melupakan nikmat Tuhan kepadanya.
Cepat melupakan bantuan Tuhan, padahal dahulu dia berteriak tangis memohon pertolongan.
Saya amat rasa tertembak oleh ayat itu.

Saya pernah rasa macam my-time-has-come suatu masa dulu, kemudian Dia sihatkan saya kembali, alhamdulillah buat masa ini, pengambilan ubat dihentikan buat sementara waktu, dan tak perlu lagi pergi menjengah muka ke hospital, lalu menadah lengan kepada nurse untuk diambil darah, sebulan sekali untuk check-up. Kadang-kadang saya lupa yang saya pernah terlantar di katil hospital.

Saya rasa macam ayat ke-8 daripada surah Az-Zumar ini memang diturunkan khas buat saya.
T_______T

Ohhhoooiii ~

Allah siap hadirkan Ramadhan ini kepada saya, untuk saya menghargai peluang yang ada. Mana tahu, ini Ramadhan yang terakhir untuk saya.

Ramadhan kali ini, saya rasa amat berbeza dengan Ramadhan-ramadhan yang lalu.

Berbeza.

Terasa benar segala kelemahan diri kini diuji.
Kesabaran diduga hampir setiap saat.

Emosi tak tentu hala.

Sekejap sayu, sekejap terasa kosong, sekejap terasa mahu marah, sekejap rasa lapaaaaaaang sangat.

Kemudian rasa useless, kemudian rasa gembira sampai sengih hingga ke telinga, kemudian rasa macam nak menangis secara tiba-tiba.

Huru-hara benar perasaan saya.

Mungkin ini suatu cara untuk Allah tarik saya supaya kembali ingat pada Dia.
Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

(';

Banyaknya cara yang Allah ada, untuk panggil kita kepada Dia.

Kalau kita buat salah, Dia tunggu je kita minta ampun. Kalau kita mohon ampun, Dia ampunkan dan berikan ketenangan tiada tara.

Kalau kita jauh, Dia tetap memanggil kita, untuk kembali padaNya.

Dengan pelbagai cara. Cara Dia, yang kadangkala disalah tafsir oleh kebanyakan kita sebagai 'Tuhan-tak-sayang-aku-lagi' .

Kembali kepada topik si panda dan Ramadhan.

Heheh.

Si panda akan marah dan mengamuk kalau kita say NO to keju nya. (Okeh walaupun nampak macam comel, tapi aksinya itu tetap menyusahkan kita)

Tuhan kita pendam je kemarahannya, bagi kita peluang untuk bertaubat. Siap panggil kita yang kadang-kadang mula menjauh.

Dan kini, Tuhan kita menghadiahkan Ramadhan kepada kita semua, untuk kita manfaatkan semaksima mungkin, untuk kembali kepadaNya.

Rasulullah SAW bersabda : "Malaikat JIbril datang kepadaku dan berkata : "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu", Aku mengucap : "Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga", Aku berkata : "Amin". Jibril berkata lagi : "Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". lalu aku mengucapkan : "Amin" [HR Ahmad]

Ramadhan.
Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, segala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Lalu, pintu langit juga dibuka selebar-lebarnya, buat menerima doa-doa telus dan tulus manusia-manusia yang mengaku hamba.

Nak apa lagi?

Jom manfaatkan Ramadhan. Fasa pertama yang menjanjikan rahmat sudah berlalu, tinggal fasa kedua yang menjanjikan pengampunan dan fasa ketiga yang menjanjikan pembebasan daripada api neraka.

Better late, than never.


***

1) Ramadhan ini, saya amat tersentuh dengan peristiwa seperti ini, dan seperti itu.
2) Petang ini, ada sesi gotong-royong bersihkan laman sekolah di fakulti kejuruteraan. Wahwah memegang sabit pada hari ini, amat teruja!
3) Subuh pagi tadi sungguh sayu. Tuhan menjawab sebuah doa hambaNya yang selalu lupa dan tak berpada-pada.
4) Terasa amat hina, apabila membaca ayat 27-30 daripada surah Al-Fajr.

Jiwa yang redha (puas), lagi diredhai.
Terasa jauhnya Syurga.