Sedangkan pada waktu itu, orang lain sedang rancak bercerita.
Malas mahu bersuara.
Malas mahu mencelah di tengah keriuhan.
Ketika itu saya lebih suka menjadi pendengar.
Hanya memerhati.
Seronok juga sesekali menjadi pemerhati.
Mentafsir suasana.
Menghadam ibrah.
Apabila saya berkeadaan begitu, selalunya mereka-mereka yang lain akan bertanya,
"u okey ke?"
atau
"ada masalah ke?"
atau
"siapa yang buat u marah?"
atau
"u marah kat siapa?"
... oh~~~
Terima kasih kepada yang bertanya.
Itu tanda anda peduli.
Hairan juga saya.
Sesekali, berdiam diri...
pun dianggap memarahi orang?
Atau bad mood?
Aisehhh...
Kena bersuara juga la nampak gayanya.
Tidak mahu mewujudkan prasangka-prasangka yang saya sendiri tidak suka.
Jujur.
Saya tidak suka apabila orang melabel saya sedang marah walhal saya tidak beremosi apa-apa pun pada waktu itu.
Tapi saya tak salahkan siapa-siapa.
Susah nak baca perasaan orang.
Kita bukannya ada ilmu magik,
yang boleh baca perasaan orang dengan amat tepat.
Saya pun bukan lah pandai sangat membaca perasaan orang lain.
Saya tahu itu.
Jadi, tidak mustahil lah apabila orang lain juga TERsalah membaca perasaan saya.
Tidak mengapa.
Manusia kan...
Memang begitu...
Sudah namanya manusia.
Tersalah anggap.
Tersilap percaturan.
Tersalah perhitungan.
Itu bukti kita manusia.
Membuatkan saya makin percaya.
Alam ini ada Pengatur.
Dia yang mengatur segala.
Peredaran bumi.
Gerhana bulan.
Luruhnya daun.
Kehadiran tsunami.
Lahirnya seorang bayi.
Matinya seekor semut.
Semua.
Banyak lagi.
Semua Dia tahu.
Manusia jahil.
Tak tahu apa-apa. melainkan diberitahu.
Siapa yang beritahu?
Tentulah Dia.
Yang mengetahui segala.
Guru, kitab, itu hanya perantara.
Dia yang memberitahu.
Pun mahu berlagak lagi?
Sudahlah.
Tidak mahu mendabik dada.
Seolah tahu segala.
Tak salah belajar.
Bukti kita mahu tahu.
Tak salah pura-pura bodoh di hadapan guru.
Walau kita sudah tahu.
Itu tanda kita hormat.
Adab berguru.
Mahu berilmu.
Bersuara.
Belum pasti didengar.
Menulis.
Belum pasti dibaca.

...contoh respon jasad hasil tafsiran akal terhadap arahan hati...
Bosan.
Itu kata hati.
Jemu.
Itu tafsiran akal.
Diam.
Itu respon jasad.
Terima kasih kepada yang membaca.
Ayat entah apa-apa.
Tak tersusun butir bicara.
Niat asal lain ceritanya.
Entah mengapa, ini jadinya.
Ketidakstabilan emosi.
Boleh jadi itu puncanya.
Lihat sahaja tajuk entri ini.
Lihat pula apa yang ditaip.
Lain benar tidak balas jari.
Hati berkata hitam.
Jari menaip putih.
Wahai akal!!!
Mungkinkah kau yang salah?
Tafsiran terbelau.
Habis kucar-kacir.
Cis!!!
Salah.
Semuanya salah.
Parah.
Otak perlu dikerah.
Biar semuanya terarah.
Tidaklah tak tentu arah.
Entahlah.
Dah mula rasa diri sedang merapu.
Jari-jemari percuma kurniaan Ilahi ini laju menaip,
butir-butir kata yang mungkin pada orang lain entah apa-apa.
Saya tidak kisah.
Sudah lama saya simpan.
Bukan bermaksud saya pendendam.
Itu bukti saya manusia normal.
Iya.
Seperti kalian.
Miliki perasaan.
Punya pemikiran.
Simpan sorang-sorang.
Susah, tahu?
...teratai biru...
3 Jamadilakhir 1431H
[sumber foto : Mr. google]