Saturday 17 July 2010

...bawa berbincang...




...setiap kegelapan akan disusuli cahaya, dengan izinNya...


Bawa berbincang
Dalam apa-apa hal pun, perlu dibawa berbincang. Walaupun wujud juga sesetengah perkara yang kita lebih cenderung untuk biarkan rahsia. Itupun perlu dibawa berbincang. Tidak boleh tidak.

Saya percayakan awak
Apabila kita mampu untuk mengkategorikan seseorang itu adalah orang yang kita cari ketika diri bermasalah  percaya, maka itulah orang yang sepatutnya kita ajak berbincang. Awas. Kita selalu terlepas pandang. Bukan semua orang boleh diajak berbincang.

Berbincang = komunikasi banyak hala
Iya. Apabila disebut berbincang ianya pastilah berlaku antara beberapa pihak. Senang cerita, komunikasi dua hala. Ada ketikanya menjadi 3 hala, 4 hala, dan mungkin lebih.
Jadi, kalau memang jenis duduk sorang-sorang, komuniti Melayu yang sedkit seperti di sesetengah tempat di Jepun ini, bagaimanakah? Mahu berbincang dengan siapa?

sebelum saya merumitkan entri ini menjawab soalan di atas, perlulah difahamkan dahulu apa yang saya cuba sampaikan.

begini,

tak perlulah digambarkan aktiviti berbincang itu adalah seperti meeting-meeting oleh para ajk bagi mana-mana persatuan mahupun pertubuhan seperti yang ditayangkan di layar televisyen.

Jika difikirkan kembali, tujuan perbincangan adalah untuk mendapat kata putus bagi perkara-perkara tertentu. Hal studi ke, hal beli tiket pulang beraya ke, hal tema baju raya ke, hal hilang semangat ke, hal berasa futur ke, semualah.

Semuanya itu perlu dibawa berbincang. Atau bahasa MUDAHnya, luahkan segalanya, apa-apa hal pun, jangan simpan sorang-sorang. Sila berCERITA kepada pihak lain.

kerana apa?

Fitrahnya manusia, tak mampu handle semua perkara seorang diri.

Perkara peribadi
Perkara peibadi pun sama lah, Tak boleh seyap je. Perlu diceritakan.

Berbincang dengan Dia
Yes. Memang rumit untuk bercerita segalanya dengan manusia. Tetapi, tidak dengan ALLAH yang Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Dia kan Pengatur segala urusan dunia. Berbincanglah dengan Dia. Segala kebuntuan akan terpandu, segala kesempitan akan terasa lapang. Dengan izinNya. Sila percaya.


...doa itu tanda penyerahan...


Doa?

Iya. Inilah salah satu peranan doa. Doa sepanjang masa. Setiap apa yang kita lakukan, iringilah dengan doa. Tanda pengharapan, penyerahan. kepercayaan.

Kalau ada sesetengah perkara yang kita mahu biarkan rahsia dengan manusia, tak mengapa. Teruskan.

Tapi, berterus teranglah dengan Allah. Iya. Dia Maha Mengetahui. Semestinya Dia tahu segala apa yang telah, sedang, dan akan berlaku. Apatah lagi sesuatu yang kita mahu. Sesuatu yang kita buntu. Sesuatu yang kita serabut.

Berceritalah dengan Dia. Sebagai salah satu tanda pengharapan, penyerahan, dan kepercayaan (ulang ayat tadi )...

Buntu? carilah jalan dengan Al-Quran...

Serabut? carilah damai dengan Al-Quran...

Jiwa kacau? redakan dengan Al-Quran...

Rasa kosong? penuhkan dengan Al-Quran...

berbincang dengan Dia.

bercerita dengan Dia.

bercinta dengan Dia.

***
Lately, saya rasa serabut memikirkan sesuatu. Dan sudah sampai ke tahap genkai (maksimum) . Dan Dia kirimkan calon bidadari syurga membantu saya pada hari Jumaat yang lalu. Dan selepas bersembang sedikit sebanyak, calon bidadari syurga itu meninggalkan saya bersama ayat ini...


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)   [surah al-a'raf 7;201]

***

moga Allah merahmati...

notakaki : ...Dia beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu...

No comments: