Thursday 17 February 2011

Aku berjalan, aku belajar. (2)

Pertualangan diteruskan lagi.
Tanpa berjalan meninggalkan tempat sehari-hari,
aku tahu pengamatan kehidupan aku takkan ke mana.
Bumi Allah ini luas, lagi perlu dijejaki.
Hidup ini suatu realiti, tapi selalu bermain dengan fantasi.
Haha.
Seringkali manusia terperangkap dalam keluh nasib sendiri.
Lupa barangkali tanggungjawab yang tak terlaksana lagi.

Kesal.
Sesekali hati cuba membisik jujur.
Keputusan yang diambil tak menterjemah luhur.
Kisah silam selalu membajai pertimbangan.
Lorong-lorong hidup yang pernah dilewati tak tersuluh terang.
Penuh liku dalam menelusuri alur-alur cahaya Itu.
Aku cuba akur.
Semahunya menelan selamba,
bahawa Allah itu Pengatur segala urusan dunia.
Baik buruk di mata kita,
neraca sebenar di tangan Dia.

Redha.
Doa itu pasti kan terjawab,
dengan cara Dia.


~~~~~~~~~~~~

Allahu,
aturkan hidup aku dengan cara yang Kau paling suka.


[Osaka, Jepun. 16/2/2011-17/2/2011]

No comments: